Vous êtes sur la page 1sur 4

LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL

Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang diadakan oleh kumpulan T1SN1 Pendidikan Jasmani Semester Lima. Kumpulan saya iaitu T3MT3 dan T3KS merupakan peserta dalam karnival ini. Karnival ini telah berlangsung pada hari rabu, 20 Februari 2013 dengan berjaya dan lancar. Semua peserta telah berkumpul di MSquare pada pukul 8.30 pagi untuk mendapatkan kehadiran.

Pada pukul 9.30 pagi, Karnival tersebut dirasmikan oleh Encik Azhar turut ditemani oleh Encik Khoo Tiang Oon. Pelajar T3SN1 sangat kreatif kerana menjemput Encik Azhar dengan menunggang basikal untuk merasmikan karnival ini.

Sepanjang karnival ini berlangsung, kumpulan ini boleh dikatakan sangat bersungguh-sungguh untuk menjayakan karnival ini kerana hiasan tempat untuk setiap permainan cantik dan menarik. Mereka telah membina pintu kebang yang menarik dan besar dan juga menghiaskan M-square dengan cantik. Mereka telah menyediakan dan menghias papan tanda untuk setiap permainan supaya dapat menarik perhatian orang. Buku program yang disediakan juga turut menyenaraikan tentatif program, jawatankuasa karnival dan permainan tradisional yang dijalankan oleh mereka. Kumpulan ini telah menjalankan sebanyak 10 jenis permainan tradisional contohnya tarik upih, congkak, ketingting, batu seremban, lompat dalam guni, baling getah, bowling kelapa, tudung botol, tuju guli dan juga gasing.

Kebanyakkan permainan ini amat sesuai untuk murid-murid tahap satu dan tahap dua kerana permainan ini senang diajar, dan seronok dimain. Namum begitu, permainan tradisional terutamanya tarik upih dan lompat dalam guni perlu mengambil perhatian kerana ini dapat mencederakan murid jika guru tidak mengambil perhatian yang sepenuhnya dan langkah berjaga-jaga. Selain itu, peralatan yang dipilih oleh kumpulan ini juga mencukupi tetapi upih yang disediakan adalah senang koyak. Oleh itu, AJK peralatan perlu menyediakan lebih banyak upih untuk dimain dan perlu memilih upih yang lebih keras dan tahan.

Walau bagaimanapun, kawasan yang dipilih oleh kumpulan ini tidak strategik dan tidak mempunyai ruang yang besar untuk kesemua permainan tradisional ini. Hal ini menyebabkan sesetengah orang terpaksa bermain di koridor luar pejabat untuk bermain permainan tradisional seperti batu seremban dan tudung botol.

Walaupun karnival ini dijalankan dengan lancar tetapi terdapat beberapa perlu ditambahbaikan, contohnya stesen permainan gasing perlu tempat ruang yang lebih luas untuk dimainkan kerana gasing akan mencederakan orang lain jika pelajar tidak mainkan dengan berhati-hati di dalam ruang yang kecil itu. Selain itu, gasing juga sentiasa jatuh ke dalam longkang oleh itu ruang yang luas diperlukan. Bagi permainan batu seremban dan tudung botol pula boleh bermain di tempat lain dan bukannya di koridor yang banyak orang lalu itu.

Secara

keseluruhannya,

permainan

tradisional

yang

dianjurkan

oleh

kumpulan T3SN1 telah memberi pengetahuan dan pengalaman yang baik kepada semua pelajar guru kerana pelajar guru boleh mengaplikasikan pengetahuan dan

pengalaman tersebut apabila menjadi seorang guru pada masa depan. Selain itu, melalui karnival ini pelajar guru lebih memahami permainan tradisional kaum melayu dan ini dapat semua kaum termasuk orang cina dan india sekaligus dapat merapatkan jurang perhubungan antara orang cina, melayu dan india dimana dapat merealisasikan slogan satu Malaysia.

Disediakan oleh: Kelly Yong Fue Ling T3MT3

Vous aimerez peut-être aussi