Vous êtes sur la page 1sur 3

PENERANGAN

Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan pengguna atau alat-alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan telah terlaksana mengikut peraturan IEE, TNB dan Suruhanjaya Tenaga (ST) agar berfungsi dengan betul serta selamat digunakan.

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PERLU DIJALANKAN KEATAS PERKARA-PERKARA BERIKUT :-

I. II.

Pemasangan baru. Pemasangan sedia ada untuk tujuan penambahan atau pengubahsuaian.

III.

Pemasangan elektrik sedia yang ada secara berkala mengikut perancangan atau perancanaan untuk tujuan selenggaraan.

IV.

Ujian di atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila berlaku kerosakkan terhadap pemasangan.

V.

Ujian proses kemasukan borang kepada TNB.

PEMERIKSAAN PENGLIHATAN

Pemeriksaan penglihatan adalah dirancangkan dilakukan terlebih dahulu sebelum diadakan sebarang ujian iaitu dengan cara melihat, tujuannya adalah seperti berikut :-

1. Untuk memastikan bahawa alat-alat dipasang adalah mengikut Piawaian British (BS), Piawaian Malaysia (MS) yang diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sirim. Sekiranya alat-alat tersrebut tidak ada sebarang tanda kelulusan maka pihak pemborong hendaklah mengemukakan kelulusan berkenaan. 2. Untuk memastikan bahawa keseluruhan pemasangan itu dijalankan mengikut peraturan IEE, TNB, JKR, ST dan lainlain peraturan yang dikehendaki. 3. Untuk memastikan tidak ada kerosakan yang nyata dan zahir pada pemasangan atau alat-alat elektrik yang disambungkan kepadanya.

SENARAI PEMERIKSAAN PENGLIHATAN


Pemeriksaan Penglihatan sebagaimana yang disyor oleh pihak TNB adalah seperti berikut :A. Setiap sambungan pada pengalir kabel mestilah betul serta kuat dan kukuh dari segi elektrikal atau mekanikal. B. Setiap pengalir kabel mestilah dibuat tanda pengenalan terutamanya pada pendawian 3 fasa. C. Semua kabel dan peralatan mestilah dipasang ditempat-tempat yang tidak terdedah dan yang boleh membahayakan keadaan. D. Pemilihan saiz kabel, penebat, kapasiti membawa arus dan susutan voltan hendaklah diberi perhatian. E. Sambungan suis kutub tunggal ke pengalir fasa sahaja. F.

Vous aimerez peut-être aussi