Vous êtes sur la page 1sur 3

Apakah kelayakan bagi pegawai membuat pinjaman kenderaan J awapan:

i.

Jumlah potongan bulanan untuk pembelian kenderaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok anggota dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaun-elaun; ii. Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4% setahun atas baki berkurangan; iii. Skim pembiayaan ini ditawarkan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam yang bertaraf tetap atau yang berkhidmat secara kontrak dan dibenarkan membuat pinjaman kenderaan setiap lima tahun sekali dengan syarat pembiayaan terdahulu telah selesai. Bagi pegawai yang dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak dikehendaki menyediakan dua orang penjamin yang telah disahkan dalam perkhidmatan; iv. Pendapatan minimum untuk permohonan pinjaman membeli kereta adalah sebanyak RM1,620.00 sebulan (kelulusan Perbendaharaan perlu diperolehi bagi gaji kurang daripada RM1,620); v. Surat perjanjian pembiayaan kenderaan adalah dikehendaki dimatikan dengan setem bernilai RM10.00 atas satu salinan perjanjian sahaja; vi. Bagi pembelian kenderaan terpakai hendaklah dinilai dan dikeluarkan sijil nilaian kenderaan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal; vii. Seseorang anggota yang mendapat pembiayaan membeli kenderaan hendaklah menyerahkan resit / invois bagi kenderaan yang dibelinya kepada pegawai yang meluluskan permohonannya dalam tempoh 30 hari selepas cek bayaran diterima beserta nota takaful (cover note) atau sijil takaful kenderaan (komprehensif) dan buku pendaftaran kenderaan yang telah dicatat "Hak Milik Dituntut Oleh Kerajaan"; viii. Jumlah pembiayaan tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran sumbangan takaful dan lain-lain bayaran tambahan yang berkenaan kepada kenderaan tersebut. ix. Harga bersih kenderaan ialah harga kenderaan yang dilulus oleh Kerajaan dicampur dengan cukai eksais, cukai jualan hawa dingin, getah pelapik lantai dan penahan lumpur; x. Selagi pembiayaan belum lagi selesai sepenuhnya: 1. Pegawai hendaklah menyertai takaful kenderaan (komprehensif). Jumlah yang diperlindungkan yang diambil pada tiap-tiap tahun hendaklah tidak kurang dari baki pembiayaan yang belum diselesaikan; dan 2. Pegawai tidak boleh menjual, memindah hak milik atau menggadaikan kenderaan tersebut tanpa kebenaran khas dari Perbendaharaan.

Had pinjaman yang layak


awapan:

No. Jenis Kenderaan 1 2 3 4 5 6 7 8 Motosikal Motobot Enjin Motobot Bot Basikal Kenderaan

Gred Jawatan Jawatan Utama/Gred Khas Kumpulan Pengurusan & Profesional Kumpulan Sokongan

Had Pinjaman (RM) 70,000.00 65,000.00 55,000.00 5,000.00 4,000.00 3,500.00 700.00 500.00

Dokumen dokumen yang diperlukan


Jawapan:

1. Sebelum kelulusan diperolehi, dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk permohonan


pinjaman kenderaaan adalah: 1. Permohonan pinjaman kenderaan adalah melalui Ketua Jabatan; 2. 2 Salinan kad pengenalan yang diakui sah; 3. 2 Salinan lesen memandu yang diakui sah; 4. 2 Salinan slip gaji terkini yang diakui sah; 5. Sebut harga daripada pembekal di atas nama pemohon bagi kenderaan baru 6. Sijil Penilaian Kenderaan daripada JKR (bagi kereta terpakai), salinan kad pendaftaran kenderaan tersebut dan pengesahan perlindungan insurans dari syarikat insurans; dan 7. 5 Borang permohonan (Kew 294 Pin 1/93 dan Lampiran c SPK 5/94) atau (Kew 294A Pin 1/93 dan Lampiran C SPK 6/94) 2. Selepas kelulusan diperolehi, dokumen yang perlu dikemukakan adalah: 1. 5 Borang perjanjian (Kew 294A pindaan 1/93 @Kew 294 pindaan 1/93) - salinan perjanjian dimatikan setem bernilai RM10; 2. Jika pemohon masih dalam tempoh percubaan/kontrak borang perjanjian harus mempunyai 2 orang penjamin; 3. Memorandum penerimaan yang telah ditandatangani oleh pemohon dan seorang saksi; 4. Borang akuan penerima biaya dan jadual pertama dan jadual kedua; 5. Borang akuan Peminjam 6. 1 salinan slip gaji terkini yang diakui sah; 7. 1 salinan kad pengenalan yang diakui sah; dan 8. 1 salinan akaun bank BSN.

3. Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar selepas menerima bayaran dan membuat pembelian kenderaan 1. Salinan geran kenderaan yang dicop "Hakmilik" yang diakui sah; 2. Salinan insurans takaful yang diakui sah; 3. Salinan invois yang diakui sah; 4. Salinan resit pembelian yang diakui sah; 5. Salinan slip gaji yang dipotong pada bulan pertama; dan 6. Sebelum pengeluaran geran, peminjam hendaklah mengemukakan maklumat kenderaan untuk pendaftaran "Hakmilik Oleh Kerajaan".

Jenis perlindungan Insurans


awapan:Adalah menjadi tanggungjawab setiap kakitangan untuk mendapatkan perlindungan insurans jenis takaful bagi kenderaan tersebut. Satu salinan insurans takaful yang diperbaharui setiap tahun dan diakui sah perlu dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan surat pelepasan hak milik kerajaan setelah selesai pembayaran pinjaman ? Jawapan:

i.

ii.

Peminjam dikehendaki mengemukakan surat permohonan dengan melampirkan dokumendokumen berikut: 1. Satu salinan Surat Pelepasan Ikatan Peminjam daripada BSN. 2. Satu salinan Kad Pendaftaran Kenderaan yang diakaui sah. 3. Alamat JPJ yang mendaftarkan kenderaan berkenaan. Bahagian Kewangan akan mengeluarkan Surat Pelepasan Hakmilik Dituntut Oleh Kerajaan atas nama Pengarah JPJ yang berkaitan dan disalinkan kepada Ketua Jabatan Peminjam bagi pemberhentian potongan kenderaan.

Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan lebih awal pinjaman kenderaan


Jawapan:

i.

ii.

Untuk menyelesaikan lebih awal pinjaman kenderaan, peminjam hendaklah mengemukakan permohonan ke Bahagian Kewangan dengan memberi maklumat seperti berikut: 1. Nama Penuh Peminjam 2. Kad Pengenalan Baru 3. No. Telefon dan No. Faks Pejabat Peminjam dikehendaki membuat pembayaran baki pinjaman di mana-mana cawangan BSN setelah mendapat jumlah baki pinjaman di bank-bank berkenaan.

Vous aimerez peut-être aussi