Vous êtes sur la page 1sur 1

AJK Keselamatan Sebelum Program Bina Insan Guru saya Ahmad Syafiq Bin Ayub dan Mohammad Hafiz

Bin Ab Manap, telah dilantik sebagai AJK keselamatan dalam program ini. Tugas kami adalah untuk mengawal keselatan guru pelatih dan juga murid sekolah yang telibat semasa menjalankan aktiviti tersebut. Sehari sebelum menjalankan program tersebut kami telah memimjam peralatan keselatan daripada stor peralatan untuk dibawa ke sana. Antara alat yang kami pinjam adalah peti kecemasan bagi menghadapi situasi kecemasan semasa berada disana. Selain itu, kami telah menemui pemandu bas untuk memastikan bas berada dalam keadaan yang baik. Di samping itu, kami juga telah berbincang dengan AJK lain untuk memastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan yang selamat. Sebelum kami semua bertolak pergi ke sekolah Kebangsaan Haji Hussin kami berdua telah memberi taklimat ringkas berkenaan etika keselamatan semasa menjalani program tesebut. Selain itu, kami juga telah memastikan bilangan guru pelatih mencukupi sebelum menaiki bas untuk bertolak pergi ke sekolah tersebut. Selepas semua guru pelatih berada dalam bas kami telah mengarahkan Muhammad Izzuddin untuk membaca doa sebelum bas bertolak. Alhamdullillah kami semua selamat tiba di sekolah SK Hj. Hussin pukul 9.00 a.m. Sebelum melakukan aktiviti melukis dan mewarna dinding, kami selaku AJK keselamtan telah memberi taklimat ringkas semasa melakukan aktiviti supaya tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini oleh kami dan pihak sekolah. Selama kami berada di sekolah tersebut semua berada dalam keadaan yang selamat dan terkawal. Semasa di sekolah tersebut keselamatan juga berada dalam keadaan yang baik. Lebih kurang pukul 4.00 p.m kami AJK keselamatan memastikan guru pelatih cukup sebelum menaiki bas untuk pulang ke IPG. Selepas kami semua menjalani aktiviti tersebut kami AJK keselamatan memastikan peralatan yang dibawa cukup untuk dipulangkan kembali ke stor pusat IPSAH. Kami selaku AJK keselamatan sangat bersyukur kerana semasa menjalankan program tesebut tidak berlaku sebarang kemalangan.

Vous aimerez peut-être aussi