Vous êtes sur la page 1sur 2

Asal Usul Planet Pengetahuan mengenai alam semesta bermula dua kurun yang lalu.

Begitu juga dengan pengetahuan mengenai planet. Terdapat dua teori utama berkenaan dengan pembentukkan planet. 1) Teori Malapetaka (Chaotic Theory) - Ia menyatakan yang planet terbentuk dari sesuatu yang tidak tentu kejadiannya. 2) Teori Beransur ansur - Planet terbentuk secara semulajadi dengan matahari.

Selepas perang dunia kedua, ahli-ahli astronomi mula menerima teori kedua.

Pembentukan Planet Terdapat 3 peringkat utama dalam pembentukkan planet adalah seperti berikut. PLANETISIMAL ------> PROTOPLANET ------> PLANET Planetesimal pada mulanya adalah manik-manik atau butir-butir kecil jirim pepejal di angkasa. 'Proses pemeluwapan'(condensation) kemudiannya berlaku. Proses ini ialah proses pembesaran manik-manik jirim. Ia berlaku dengan mengumpul atomatom molekul gas yang berada disekelilingnya dan membentuk planetesimal. Selepas planetesimal cukup besar, proses pemeluwapan berhenti. 'Proses penambahan'(accretion) kemudian nya berlaku. Proses ini disebabkan oleh tarikan graviti dan juga oleh permukaan yang berelektrostatik yang akan menarik manikmanik lagi dan menambahkan lagi saiz planetesimal. Proses ini berterusan sehingga protoplanet terbentuk. Bila diameter planetesimal lebih besar dari 100km, baru ia boleh dianggap protoplanet.

Protoplanet terjadi bila planetesimal-planetesimal berlanggar dan bergeser antara satu sama lain pada halaju orbit(67000mph). Perlanggaran dan pergeseran menghasilkan serpihan-serpihan dan serpihan-serpihan ini akan bercantum dan membesar dan terbentuklah protoplanet.

Bila terjadi protoplanet, ia akan mempunyai gravitinya sendiri dan dapat menarik banyak lagi serpihan-serpihan dan juga gas nebula asli(hidrogen dan helium) dan terhasillah atmosfera primitif(mengandungi gas hidrogen dan helium). Pembesaran protoplanet melalui 'proses pembezaan'(differentiation) akan membebtuk planet.

Jenis Planet Planet di dalam sistem suria kita terbahagi kepada 2 jenis iaitu Terrestrial(inner planet) dan Jovian(outer planet). Ciri-ciri planet jenis terrestrial dan jovian akan diterangkan dibawah. 1) Terrestrial Planet

Terdiri dari planet utarid, zuhrah, bumi dan marikh. Kecil, tumpat, permukaan berbatu dan kurang atmosfera.

2) Jovian Planet

Terdiri dari planet musytari, zuhal, uranus dan neptun. Besar, bergas dan berketumpatan rendah.

Planet pluto bukan berasal dari jenis terrestrial dan mahupun jovian. Planet jenis terrestrial dan jenis jovian dipisah kan oleh jalur-jalur asteroid yang berada diantara planet marikh dan planet musytari. Semua planet-planet di dalam sistem suria kita berputar dan beredar. Semua planet beredar lawan jam mengelilingi matahari. Dan semua planet-planet berputar diatas paksinya sendiri. Buat pengetahuan semua, semua planet beredar mengelilingi matahari dalam satu satah yang sama. Sudut diantara orbit planet Utarid dan Bumi ialah 7 darjah. Manakala sudut diantara planet Pluto dan Bumi pula adalah 17.2 darjah. Marikh dan Bumi pula mempunyai perbezaan sudut yang sedikit sahaja iaitu 3.4 darjah.

Melalui kajian, Matahari berputar dengan khatulistiwa nya condong 7.25 darjah ke orbit Bumi. Diantara semua planet-planet dalam sistem suria, planet Zuhrah, Uranus dan Pluto berbeza dari yang lain. Planet Zuhrah berputar berlawanan dengan planet yang lain, manakala plenet Uranus dan Pluto pula berputar secara golekan.

Vous aimerez peut-être aussi