Vous êtes sur la page 1sur 27

Murid dan Alam Belajar (Dg.

Rafidah Piut)
Isi Kandungan

Perkara

Muka surat

Borang Maklum Balas Halaman Pengakuan Isi Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Penulisan Esei : Teori Pembelajaran Sosial 3.0 Refleksi: Pengalaman Belajar Saya 4.0 Penutup 5.0 Rujukan 6.0 Refleksi Tugasan 7.0 Lampiran

i ii 1 2 3 17 23 24 25 27

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


1.0 Pengenalan

Berdasarkan artikel Apakah Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan, menurut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993), perkataan Pengajaran dan Pembelajaran adalah berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang membawa maksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar dan mengajarkan. Pembelajaran pula ialah suatu gerak balas kepada rangsangan-rangsangan yang akan membawa kepada sesuatu perubahan. Menurut Shea (1994) dalam Juhazren Junaidi et al. (2005) pembelajaran ialah satu proses mental atau fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah laku.

Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahkan cara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yang optimum. Menurut Ormrod (1995), dalam psikologi pendidikan,

pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran iaitu kognitif, emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan. Umumnya, pembelajaran merupakan satu proses memberi fokus kepada persekitaran semasa belajar.

Teori pembelajaran merujuk kepada cara manusia dan haiwan belajar.

Teori

pembelajaran menjelaskan cara manusia belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah. Namun, teori pembelajaran bukannya penyelesai masalah tetapi lebih kepada pilihan-pilihan penyelesaian masalah.

Secara tuntas, pengajaran hanya bermakna apabila wujudnya pembelajaran. Pengajaran ialah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar. Pembelajaran pula merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran mempengaruhi setiap perubahan tingkah laku manusia.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


2.0 Penulisan Esei: Teori Pembelajaran Sosial

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya."

(43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia')

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

(Ibnu Majah dan Lain-lain)

Menuntut ilmu ialah suatu ibadat umum kerana amalan ini adalah diwajibkan oleh Islam. AlQuran menyebut banyak kali ayat yang menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan sangatlah penting bagi semua orang. Hadis Rasulullah S.A.W juga ada menyatakan dengan terus terang bahawa kita semua wajib menuntut ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat. Walau

bagaimanapun, proses menuntut ilmu atau pembelajaran ini, saya yakin, bukan hanya menjadi satu keperluan dan kewajipan kepada umat Islam sahaja tetapi juga kepada semua manusia yang hidup di muka bumi ini untuk meneruskan hidup masing-masing.

Rajah 1 menunjukkan proses pengajaran dan bimbingan daripada seorang ibu atau ayah, guru-guru dan rakan sebaya

Ciri-ciri pembelajaran mempunyai beberapa peringkat proses yang diperoleh secara sistematik iaitu bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria kemudian, diikuti dengan pembentukan konsep dalam fikiran dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


Pembelajaran merupakan pembentukan perubahan tingkah laku dari satu tahap

yang

rendah kepada tahap yang lebih tinggi yang mana perubahan tingkah laku selepas aktiviti pembelajaran yang stabil dan kekal. Perubahan tingkah laku ini hendaklah dibentuk daripada proses pemikiran dan anggapan. Ia bukan terhasil daripada proses pertumbuhan fizikal namun daripada proses kognitif. Hasil pembelajaran diperoleh daripada pengalaman atau latihan. Pembelajaran juga berlaku pada diri sendiri dengan usaha sendiri mengikut motif atau motivasi yang tertentu. Tanpa motif atau motivasi yang sesuai proses pembelajaran akan terhenti. Berdasarkan kepada ciri-ciri pembelajaran yang digunakan di atas, maka adalah

penting kita memahami teori-teori pembelajaran. Teori pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberikan cadangan cara menyelesaikan masalah. Teori pembelajaran bukannya penyelesai masalah tetapi sebenarnya mencadangkan kepada kita kepada pilihan-pilihan penyelesaian masalah. Teori pembelajaran merujuk kepada prinsipprinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli psikologi pendidikan.

Rajah 2 menunjukkan kanak-kanak yang meniru aksi seorang dewasa

Berdasarkan gambar di atas yang menunjukkan proses peniruan, izhar memanifestasikan teori pembelajaran yang menjadi pilihan saya iaitu Teori Pembelajaran Sosial yang telah dikemukakan oleh Albert Bandura. Teori pembelajaran sosial dan sosial kognitif Teori peniruan / Teori Pemerhatian

Albert Bandura

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

"Learning would be exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely on the effects of their own actions to inform them what to do. Fortunately, most human behavior is learned observationally through modeling: from observing others one forms an idea of how new behaviors are performed, and on later occasions this coded information serves as a guide for action." -Albert Bandura, Social Learning Theory, 1977 Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard menyatakan dalam laporan eksperimen mereka bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru dan diperhatikan daripada orang lain. Proses belajar tersebut oleh Miller dan Dollard dinamakan pembelajaran sosial (social learning). Perilaku peniruan (imitative behavior) berlaku kerana manusia merasa telah menerima peneguhan atau imbalan ketika meniru perlakuan orang lain dan sebaliknya akan menerima hukuman sekiranya tidak meniru perlakuan tersebut.

Rajah 3 Albert Bandura

Dua puluh tahun berikutnya, barulah Albert Bandura dan Richard Walters, telah melaksanakan eksperimen lain yang juga berkenaan dengan peniruan. Albert Bandura

merupakan ahli psikologi kelahiran Kanada yang berkhidmat di Universiti Stanford mulai 1953 hingga sekarang. Hasil eksperimen mereka mendapati, peniruan boleh berlaku hanya melalui pengamatan terhadap perilaku model (orang yang ditiru) walaupun tidak menerima sebarang peneguhan. Proses belajar semacam ini disebut observational learning atau pembelajaran melalui pengamatan. Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri iaitu kemampuan kognitif seseorang dan persekitaran.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

In social learning theory Albert Bandura (1977) states behavior is learned from the environment through the process of observational learning. Children observe the people around them behaving in various ways. This is illustrated during the famous bobo doll experiment (Bandura, 1961). - Soul McLeod (2011) Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah mengemukakan teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi dan menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroo dalam video. Setelah menonton video kanakkanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung seperti yang ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut melihat patung tersebut, mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video (Ramlah Jantan & Mahani Razali,2004).

Rajah 4 menunjukkan salah satu contoh kanak-kanak yang bertindak agresif terhadap patung Bobo selepas menonton video yang diberikan

Eksperimen 1 Kumpulan A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul, menumbuk, menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo. Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif. Kumpulan B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra dengan patung besar Bobo. Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A. Rumusan = Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


Eksperimen 2 Dalam eksperimen Bandura yang kedua, kanak-kanak dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C. Kumpulan A : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa menumbuk patung Bobo dan kemudian orang dewasa tersebut menerima hadiah. Kumpulan B : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa menumbuk patung Bobo dan kemudian mendapat denda. Kumpulan C : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa bermesra dengan patung Bobo.

Hasilnya, kanak-kanak Kumpulan A menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif daripada orang dewasa yang diperhatikan. Manakala, Kumpulan B dan C tidak menunjukkan tingkah laku yang agresif. Daripada eksperimen ini, Bandura merumuskan bahawa tingkah laku peniruan adalah hasil daripada peneguhan dalam teori pembelajaran Behavioris. Oleh itu, Albert Bandura telah merumuskan bahawa manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan perlakuan, kemudian mendapat ganjaran atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan. Pembelajaran pemerhatian = pembelajaran peniruan = modeling = pembelajaran sosial Proses pembelajaran melibatkan individu melihat dan meniru tingkah laku orang lain.

Berdasarkan pembacaan saya dalam buku Murid dan Alam Belajar yang ditulis Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009) menyatakan bahawa teori sosial ini ada persamaan dengan teori pelaziman operan yang mengambil kira kesan peneguhan ke atas tingkah laku. Teori sosial ini berkembang dan berubah menjadi teori sosialkognitif memandangkan proses kognitif juga turut terlibat dalam pembelajaran. Secara semula jadi, sekiranya kita perhatikan di sekeliling kita, manusia memang kebanyakannya belajar melalui proses peniruan tingkah laku orang lain yang bukan sahaja meniru tingkah laku yang baik namun boleh juga kita meniru tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh budaya dan pemikiran masyarakat kita.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

Hasil kajian dan pemerhatian yang mendalam menunjukkan bahawa antara faktor yang menyebabkan golongan remaja dan kanak-kanak ini terbabit dengan jenayah termasuklah disebabkan kurangnya pendidikan Islam, longgarnya ikatan kekeluargaan, ketidakselesaan tempat tinggal, kesan persekitaran yang tidak sihat, pengaruh negatif rakan sebaya, media massa, telekomunikasi serta IT dan sebagainya. (Wan Roslili Bt. Abd. Majid; 2012)

Pembelajaran sosial menurut Bandura melibatkan hubungan pengaruh tiga unsur iaitu persekitaran, individu (kognitif) dan tingkah laku (Ormrod, 2008).

Individu (Kognitif)

Persekitaran

Tingkah laku

Ciri-ciri teori pemodelan Bandura : a) Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan b) Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan c) Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan d) Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai (kemampuan kognitif) Menurut Abbott (2007), social learning theory talks about how both environmental and cognitive factors interact to influence human learning and behavior. It focuses on the learning that occurs within a social context. It considers that people learn from one another, including such concepts as observational learning, imitation, and modeling.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

Rajah 5 kanak-kanak meniru gaya artis

Menurut Soul McLeod (2011), individuals that are observed are called models. In society children are surrounded by many influential models, such as parents within the family, characters on childrens TV, friends within their peer group and teachers at school. These models provide examples of masculine and feminine behavior to observe and imitate.

Rajah 6 Peniruan kerana media massa

Tidak dapat dinafikan bahawa manusia sering meniru gaya atau style orang lain yang diperhatikannya. Kita selalu melihat kanak-kanak meniru perilaku dan gaya artis atau pelakon rancangan televisyen yang digemarinya seperti artis Korea, Iron Man, Superman, Spiderman, artis Hollywood dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga membesar dengan meniru tingkah laku ibu bapanya, adik-beradiknya, jiran-jiran, guru-guru dan rakan-rakan sekelilingnya. Di sini dapat kita simpulkan bahawa dalam teori ini, pengaruh persekitaran sangat memainkan peranan penting untuk pembelajaran. Pengaruh media massa juga memberikan impak kepada tingkah laku kanak-kanak.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

10

Rajah 7 Kanak-kanak menonton televisyen

Menurut Kearsley (2007), advertisements/TV commercials are the most common examples of Social Learning Theory. We observe (watch) them, and then copy them. Commercials suggest that drinking a certain beverage or using a particular hair shampoo will make us popular and win the admiration of attractive people. Depending upon the component processes involved (such as attention or motivation),we may model the behavior shown in the commercial and buy the product being advertised. Selain itu, ibu bapa, keluarga, guru dan rakan-rakan sangat memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran sosial ini. Hal ini kerana mereka adalah orang yang rapat dan dekat dengan diri kita dan kita banyak melakukan interaksi sosial bersama mereka. Ingin saya berkongsi di sini, saya ada melakukan pemerhatian terhadap anak buah saya yang masih berumur setahun lima bulan dan dia masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menjalani kehidupan bukan sekadar untuk masa kini tetapi pada masa hadapan. Proses

pembelajarannya amat ketara sekali dan dia suka untuk mencuba sesuatu dengan melihat apa yang dilakukan oleh orang dewasa di sekelilingnya. Contohnya, semasa makan, ibunya sedang makan ayam goreng bahagian paha, dan anak buah saya ini juga mendapat bahagian yang sama seperti ibunya. Pada awalnya, cara mereka makan berbeza. Ibunya, menggenggam paha ayam tersebut manakala cara makan anak buah saya itu pula ialah, ibunya akan mengoyakkan isi ayam sedikit demi sedikit untuknya. Tetapi selepas anak buah saya itu memerhatikan ibunya beberapa ketika yang sedang makan ayam itu dengan hanya menggenggam paha ayam tersebut dan mengangkat serta menggigit ayam goreng itu, dia juga kemudiannya melakukan perkara yang sama. Hal ini mungkin kerana sifat kanak-kanak itu yang intuitif dan suka mencuba perkara baru yang dilihatnya. Selepas itu, kami di sekelilingnya memberikannya tepukan kerana berjaya meniru gaya ibunya makan. Kemudian, dia meneruskan gaya makan tersebut kerana dia tahu apabila dia makan dengan cara tersebut, orang di sekelilingnya akan memberikan tepukan dan pujian. Baginya itu adalah

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

11

satu pencapaian. Oleh itu, apabila dia diberikan ayam goreng, dia akan memakannya dengan cara yang baru tersebut kerana adanya peneguhan selepas dia melakukannya. Contoh yang lain, oleh sebab sering melihat orang di sekelilingnya solat, dia juga akan meniru cara solat tersebut walaupun dia hanya pandai melakukan sujud dan masih lagi tidak sempurna cara tetapi bagi kami yang melihat di sekelilingnya, itu adalah pencapaian yang baik untuknya. Dan selepas itu, seperti biasa, kami akan memberikan pujian dan tepukan

kepadanya. Oleh sebab itu, apabila dia melihat orang solat, pasti dia akan melakukan gaya sujud tersebut.

Rajah 8 Kanak-kanak melihat orang lain solat dan menirunya

Contoh-contoh yang saya berikan ini membuktikan kebenaran dan keberhasilan teori pembelajaran sosial Bandura ini iaitu pembelajaran adalah melalui pemerhatian, dan kemudian perlakuan ditiru serta diberikan peneguhan lalu menjadikan satu proses pembelajaran yang menjadi amalan. Melalui pembacaan saya di edublogs.com (2011), manusia dikatakan makhluk yang visually oriented dan mereka banyak belajar melalui penglihatan. Walaupun mereka

mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka dan dilakukan secara realiti untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah cina; kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu Oleh itu, di dalam teori ini menyatakan kepada kita semua bahawa pembelajaran tidak akan sempurna dengan hanya memerhati tingkah laku orang lain sahaja. Tetapi, pembelajaran

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

12

memerlukan kita menggunakan kemampuan kita iaitu semua deria rasa kita dan kemampuan fizikal kita iaitu dengan meniru dan melakukan perilaku yang telah diperhatikan itu. Untuk apa? Untuk kita merasakan dan mengalami sendiri kesan dan kepentingan tingkah laku tersebut. Tingkah laku yang baru kita pelajari dan lakukan itu akan menambah lagi koleksi pengalaman dan pembelajaran kita. Di dalam buku Murid dan Alam Belajar (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad; 2009) menyatakan peniruan terdiri daripada tiga bentuk iaitu:

Peniruan secara langsung

3 bentuk peniruan
Peniruan elisitasi Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


Huraian: i. Peniruan secara langsung

13

Peniruan ini berlaku secara langsung dengan melihat tingkah laku atau tindakan model (orang lain). Individu pemerhati akan meniru atau mengikut perlakuan yang sama. Pengaplikasian di dalam kelas, guru melakukan

demonstrasi di hadapan murid-muridnya iaitu sebagai contoh guru menunjukkan cara untuk membuat hantaran bola dalam permainan bola jaring. Kemudian, murid-muridnya akan mengikut langkah atau cara membuat hantaran tersebut. ii. Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan Bagi peniruan sekat lakuan, tindakan yang dilakukan hanya boleh dibuat dalam situasi tertentu sahaja; terhad dan disekat lakuannya. Manakala bagi

peniruan tak sekat lakuan, ia melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi; bebas dan tidak disekat. Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak adalah tak sekat lakuan sekiranya mereka melakukannya di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut meniru perbuatan bersorak itu di dalam kelas semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan memarahinya dan diberi tahu perlakuan yang ditirunya itu tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekat lakuan sekiranya dilakukan di dalam kelas. iii. Peniruan elisitasi Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan. Proses ini timbul apabila kita melihat perlakuan yang dilakukan oleh orang lain. Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan, maka timbul keinginan dalam diri kita untuk membuat perlakuan yang sama iaitu pergi ke pusat tuisyen juga. Maka keinginannya untuk meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan perlakuan tersebut.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

14

Albert Bandura telah mengemukakan empat langkah untuk membolehkan peniruan berlaku iaitu:

Attention (pemerhati an tingkah laku)

Retention (Mengingat / menyimpan dalam ingatan)

Production (menghasilka n/ melakukan tingkah laku)

Motivation and reinforcement (meneruskan tingkah laku apabila mendapat peneguhan)

1. Attention (pemerhatian tingkah laku) Individu perlulah memerhatikan perlakuan model. Proses pemerhatian ini boleh berlaku berulang kali dan berbeza tingkah laku sama ada berserta penerangan ataupun tiada penerangan. Contohnya, murid-murid memerhati cara penyelesaian yang digunakan oleh guru dalam menyelesaikan permasalahan Matematik, langkah demi langkah. penerangan. 2. Retention (Mengingat / menyimpan dalam ingatan) Dalam fasa ini, apa yang diperhatikan akan disimpan di dalam ingatan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya proses mental yang melibatkan proses mengekod, menyimpan dan mendekod. 3. Production (menghasilkan/ melakukan tingkah laku) Setelah mengetahui atau mempelajari sesuatu tingkah laku, individu juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkah laku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis dan sebagainya. Bagi sesetengah tingkah laku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen -komponen tingkah laku yang telah diperhatikan. Sambil menunjukkan cara, guru tersebut turut memberikan

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

15

4. Motivation and reinforcement (meneruskan tingkah laku apabila mendapat peneguhan) Apabila individu berasa seronok, berjaya atau mendapat peneguhan daripada orang lain, maka tingkah laku akan diulangi dan dikukuhkan. Contohnya, kemahiran menghantar bola akan menjadi lebih kukuh apabila pelajar berasa berjaya dan mendapat peneguhan daripada guru dan rakan-rakan. Rakan-rakan yang

memerhati juga akan bermotivasi apabila melihat orang lain mendapat pujian atau ganjaran hasil daripada tingkah laku yang ditunjukkan.

Justeru, tidak salah sekiranya para guru menggunakan teori ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah. Tetapi perlu tepat strategi, pendekatan dan cara

pengaplikasiannya. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar. Semasa membentangkan proses PdP, guru boleh dikatakan model dan demonstrasi yang ditunjukkan guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat. Hasil seni atau karya guru seperti kraf tangan, lukisan atau Bahan Bantu Mengajar (BBM) hendaklah bermutu tinggi. Sebagai contoh, guru membuat origami berbentuk sebuah kapal terbang daripada kertas sebagai BBM dalam subjek Perdagangan Tingkatan 4 di bawah sub topik Pengangkutan udara. Pelajar-pelajar akan timbul minat untuk melihat dan menjana pemikiran kreatif terhadap penghasilan yang lebih baik berbanding yang telah guru pamerkan. Pelajar-pelajar akan mempunyai kecenderungan meniru guru mereka dan menganggap guru sebagai role model. Seterusnya, guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. Cara ini boleh dilakukan dengan mengadakan aktiviti PdP secara pembelajaran koperatif yang merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Melalui pembelajaran koperatif, para pelajar akan meniru setiap gaya rakan-rakan mereka yang terbaik dan cemerlang sebagai role model. Selain itu, guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi. Sebagai contoh, guru memulakan set induksi dengan sebuah cerita. Semasa bercerita, guru turut melakonkan watak dengan gaya dan mimik muka yang menarik perhatian para pelajar untuk mendengarnya. Guru juga boleh memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi dan menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan. Guru hendaklah bijak menarik perhatian murid dengan

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

16

motivasi yang sesuai. Setiap pelajar yang dapat menyelesaikan masalah semasa aktiviti di dalam kelas dijalankan atau latihan pengukuhan dengan cemerlang akan diberikan hadiah seperti pujian, tanda simbol bintang di buku / kertas latihan (simbol baik) ,coklat atau pen dan lain-lain yang diberikan secara berkala atau mengikut masa-masa tertentu. Oleh itu, pelajarpelajar akan bersaing dengan meniru perlakuan dan tingkah laku di persekitarannya yang mempunyai ciri-ciri sebagai pelajar cemerlang. Pembelajaran akan berlaku secara positif dan pelajar berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Melalui peneguhan yang positif akan menimbulkan semangat motivasi dalam setiap diri pelajar. Tuntasnya, teori pembelajaran sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura ini sangat wajar dan bermanfaat. Saya sebagai siswi pendidik dan seorang bakal guru hendaklah giat mengkaji dan mempelajari semua teori pembelajaran yang ada agar pendekatan dan strategi yang saya akan gunakan kelak bervariasi. Hal ini adalah kerana proses pengajaran dan

pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan ( Muhd. Fauzi et al., 2008). Walaupun saya memilih teori pembelajaran sosial untuk kerja kursus kali ini, saya percaya, kesemua teori yang telah

dikemukakan oleh para ilmuwan adalah benar dan sangat berguna untuk kemajuan atau pencapaian pendidikan negara kita. Kita sebagai guru perlu berfikir jauh ke hadapan supaya dapat melahirkan anak murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


3.0 Refleksi: Pengalaman Belajar Saya

17

Saya kini berumur 20 tahun. Alhamdulillah, hampir 20 tahun menumpang di bumi Allah ini, banyak yang telah saya pelajari untuk meneruskan hidup dan meneroka ilmu Tuhan. Sepanjang 20 tahun ini, ada satu bakat yang baru dapat saya cungkil dan ketahui serta saya merasakan bakat ini dapat membantu memajukan saya memandangkan bakat ini saya mula temui semasa berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka. Bakat ini juga adalah perkara yang saya minati. Walau bagaimanapun, saya baru setahun jagung menceburi bidang ini dan memerlukan penerokaan dan pembelajaran untuk menjadi seorang yang expert. InsyaAllah, saya yakin dengan minat saya ini saya akan terus belajar dan belajar serta mendalami bidang ini. Jadi, apa pengalaman belajar yang ingin saya perkatakan sejak dari tadi ini? Pengalaman belajar yang ingin saya kongsikan di sini ialah pengalaman belajar menyunting video. Semasa saya kecil lagi saya mula berminat dengan peralatan elektronik terutama sekali komputer. Ibu saya juga membiasakan saya dengan peralatan elektronik lain dan semasa saya kecil ibu ada membelikan komputer mainan yang hanya berfungsi untuk belajar ABC dan mengeja kemudian selepas itu ibu saya membelikan saya kamus elektronik. Semasa saya bersekolah rendah, ibu sudah membelikan komputer untuk kegunaan keluarga kami dan saya selalu menggunakannya walaupun hanya bermain permainan komputer dan melukis menggunakan Paint. Dari kecil juga saya sangat rapat dengan abang saya yang menggemari gadgets, komputer, elektronik dan games serta dia juga merupakan pelajar electrical engineering. Oleh itu, saya terbiasa dan terpengaruh dengannya. Abang saya selalu bercerita dan mengajar saya cara-cara menggunakan komputer dan memperkenalkan saya dengan banyak software yang boleh saya gunakan untuk menyunting gambar. Di sekolah menengah, agak lambat, saya baru mula membiasakan diri dan mula menunjukkan minat dalam menyunting. Saya pernah mengikuti beberapa pertandingan seperti Eksplorasi Alam Kerjaya, Pertandingan Video Pendek dan Minggu Antidadah. Pertandingan ini mengarahkan saya untuk menghasilkan satu persembahan power point yang menarik dan video pendek. Semasa penghasilan video pendek, saya tidak menyunting sepenuhnya tetapi membantu guru saya dan pada waktu itu saya mula berminat dan banyak yang saya belajar daripadanya. Semasa di sekolah menengah juga, mata pelajaran Literasi Komputer bagi saya sangat membantu saya kerana ia mengajar perkara asas yang wajib kita ketahui.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

18

Kemudian, saya berjaya menyambung belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu. Di IPG, saya mula untuk mengasah bakat dan minat saya. Saya telah dilantik untuk menjadi ahli jawatankuasa pereka grafik untuk sidang redaksi majalah Bingkisan IPG Kampus Perempuan Melayu. Semasa penanda aras di IPG lain, banyak software yang saya ketahui dan dapat untuk penyuntingan, bukan setakat untuk menyunting video tetapi untuk menyunting gambar sekali. Itu lah kepentingan dan manfaat penanda aras. Sangat membantu untuk memajukan diri masing-masing. Saya berharap agar dapat mengikuti lebih banyak lagi program penanda aras agar dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan rakanrakan lain dari IPG yang lain agar dapat keluar daripada zon yang biasa. Selepas itu, mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan Jasmani juga banyak membantu saya kerana di situlah bermulanya saya sendiri menghasilkan video untuk pendidikan. Selepas video itu ditayangkan, peneguhan telah diaplikasikan oleh pensyarah dan rakan-rakan sekelas saya. Kerana mereka memberikan pujian dan motivasi, minat dan

keinginan saya untuk belajar lagi menyunting video semakin bertambah. Semasa Festival Penghayatan Islam II, seorang senior telah melamar saya untuk menyunting sebuah filem dakwah pendek dengan durasi satu jam. Alhamdulillah, video itu berjaya walaupun hanya dapat ditayangkan di dalam IPG ini sahaja. Kemudian, senior tersebut telah menubuhkan satu organisasi untuk menghasilkan video-video dakwah kerana sambutan, galakan dan motivasi daripada rakan-rakan IPG yang memberangsangkan. Organisasi tersebut ditubuhkan pada 2012 dan kekal hingga sekarang dan dinamakan sebagai YouTurn Studios. Saya telah dilantik sebagai ketua editor video. Melalui organisasi ini, banyak pengalaman dan pelajaran dalam menghasilkan video yang saya peroleh. Kami juga diminta untuk menghasilkan video-video promosi untuk apa-apa aktiviti yang diadakan contohnya Ihya Ramadhan, Ladies Night, minggu Ekspresi Cinta dan sebagainya. Cara suntingan video bertambah baik apabila semakin banyak video yang saya sunting. Ia seperti latihan dan

pengukuhan kemahiran bagi saya. Saya minat dan berasa seronok belajar menyunting video ini dan ingin menambah lagi kemahiran-kemahiran saya. Cara saya belajar menghasilkan video ini adalah melalui teguran, pujian dan motivasi daripada orang-orang sekeliling yang menonton video saya. Teguran yang mereka berikan sangat membina untuk penambahbaikan video tersebut. Selain itu, saya juga belajar melalui peniruan. Saya selalu dan gemar menonton video pendek yang dimuat naik di Youtube atau filem-filem lain yang menarik. Dengan menonton banyak video, idea untuk menyunting juga bertambah. Saya juga sering meniru teknik-teknik menyunting yang digunakan dalam video-

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


video orang lain kemudian menghasilkan sesuatu yang baru.

19

Selain itu, saya juga sering

melihat orang lain atau rakan lain menyunting video untuk mengetahui teknik-teknik baru menyunting. Saya juga gemar meneroka sendiri software baru teknik-teknik lain untuk

menyunting. Saya suka membaca blog-blog yang mengajar dan berkongsi cara, pengalaman, dan program baru untuk editing. Menyunting video ini merupakan minat saya dan saya akan belajar untuk lebih berkemahiran. Saya percaya kemahiran ini bukan sekadar minat tetapi ia merupakan ilmu yang akan membantu saya pada masa hadapan. Sebagai seorang guru juga, saya boleh

mengaplikasikan kemahiran ini untuk mengajar anak-anak murid saya kelak dengan strategi pengajaran yang baru dan bervariasi. Saya juga merasakan bahawa menyunting video ini membantu saya dalam menambahkan cara berfikir yang kreatif dan inovatif.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


Pengurusan Grafik 1) Teori-teori pembelajaran yang terlibat

20

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


2) Faktor-faktor pembelajaran:

21

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


3) Cara Belajar

22

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


4.0 Penutup

23

Proses pembelajaran dan pengajaran perlulah bergerak dengan seiring supaya murid memperoleh ilmu, pengetahuan baru dan guru berjaya menyampaikan ilmu tersebut tanpa timbul sebarang masalah. Jika setiap teori pembelajaran dapat diaplikasikan semasa dalam kelas dengan baik maka guru akan berjaya melahirkan suasana kelas yang kondusif dan ceria untuk murid. Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilah bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguhsungguh melaksanakan tugas.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


5.0 Rujukan

24

Abbott, L. (n.d.). Social Learning Theory from notes on Ormond's Human Learning. Retrieved 26/8/2013 from http://teachnet.edb.utexas.edu/~lynda_abbott/Social.html Kendra Cherry. ( 2013). Social Learning Theory: An Overview of Bandura's Social Learning Theory. Diakses pada 28/8/2013, daripada

http://psychology.about.com/od/developmentalpsychology/a/sociallearning.htm Kamarudin Hj. Husin, 2010. Psikologi Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Cheras: Kuala Lumpur Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009. Siri Pendidikan Guru: Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam: Selangor Darul Ehsan Kolaborasi Ilmu. (2011). Apakah Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan. Diakses pada 26/8/3013, daripada http://ilmu.edublogs.org/2011/06/27/apakah-pengajaran-dan-

pembelajaran-berkesan/ Michele Smith, Zane L. Berge. (2009). MERLOT Journal of Online Learning and Teaching Vol. 5, No. 2, June 2009: Social Learning Theory in Second Life. Diakses daripada http://psychology.about.com/od/apastyle/ig/APA-Format-Examples/Electronic-SourcesExamples.htm Saul McLeod. (2011). SimplyPsychology: Bandura Social Learning Theory. Diakses pada 26/8/2013, daripada http://www.simplypsychology.org/bandura.html University of South Alabama. (2007). Social Learning Theory. Diakses pada 26/8/2013, daripada http://www.southalabama.edu/oll/mobile/theory_workbook/social_learning_theory.htm Wan Roslili Bt. Abd. Majid. (2012). Portal Rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia: Bersama Tangani Salah Laku Remaja Dan Kanak-Kanak. Diakses pada 26/8/2013, daripada http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7242-bersama-tangani-salah-laku-remajadan-kanak-kanak

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


6.0 Refleksi Tugasan

25

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan keredhaan-Nya dapat saya siapkan Kerja Kursus Projek (KKP) ini dalam masa yang ditetapkan. Pelbagai impak positif mahupun negatif yang diperoleh sepanjang melakukan kerja kursus ini dan tidak terkecuali pelbagai rintangan dan halangan terpaksa saya lalui dalam menyiapkan KKP ini. Kerja kursus ini memberi 1001 makna dalam melangkah sebagai seorang guru baru. Kini ketahuilah saya bahawa terdapat pelbagai kaedah, pendekatan mahupun strategi yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian yang wujud ini merangsang aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah dengan berkesan. Saya akan aplikasikan kesemua teori pembelajaran ini di dalam pengajaran saya. Saya boleh memilih dan mengaplikasikan pendekatan serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori pembelajaran. Teori-teori pembelajaran ini sedikit sebanyak membantu saya menangani murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kecerdasan dan bermasalah. Saya juga akan cuba berusaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam pengajaran kelak. Menyusuri kekuatan tugasan ini, saya kini boleh berbangga dengan pengetahuan dan penguasaan saya dalam teori-teori pembelajaran ini. Tugasan ini memberi manfaat kepada saya dalam menjelaskan konsep alam belajar dan konsep pengajaran dan pembelajaran. Saya juga boleh menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini juga memberi kekuatan dalam mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif. Tambahan lagi, kerja kursus ini dapat menyedarkan saya bahawa saya perlu bijak dalam menguruskan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya. Diharap sebagai seorang guru kelak saya dapat menguruskannya segala kerja yang perlu selesai mengikut waktu yang ditetapkan. Kelemahan yang saya hadapi semasa melaksanakan tugasan ini

tentulah dari segi peruntukan masa. Lambakan kerja kursus dalam satu-satu masa amatlah memeningkan. Selain itu juga, kesukaran untuk mencari maklumat dan bahan. Hal ini kerana, saya tidak dapat mencari maklumat di internet kerana tiada kemudahan tersebut di rumah dan di kampung.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)


Ditambah pula dengan kepulangan dari cuti berhari

26

raya. Perkhidmatan wireless

yang sekejap ada sekejap tiada juga memberi tekanan. Namun, kelemahan ini dapat diatasi pergi ke tempat-tempat yang mempunyai perkhidmatan internet seperti kelas IPG dan koperasi IPG. Kelemahan lain adalah dari masalah dalam penguasaan teori pembelajaran. Teori-teori pembelajaran ini sejujurnya amat sukar untuk difahami. Mujurlah, perbincangan dengan rakanrakan dari semasa ke semasa telah menutup kelemahan ini. Secara tuntas, terdapat pelbagai impak positif yang saya dapat sepanjang menyiapkan tugasan ini. Masalah-masalah yang timbul hanyalah sekadar ujian mahupun dugaan yang harus ditempuh oleh setiap manusia yang bergelar pelajar. Ibarat ungkapan sebuah kata-kata hikmat bukan senang hendak senang, bukan susah hendak senang. Kata-kata ini sentiasa disematkan dalam meniti kehidupan ini. Sekian.

Murid dan Alam Belajar (Dg.Rafidah Piut)

27

7.0 Lampiran

Vous aimerez peut-être aussi