Vous êtes sur la page 1sur 31

Ahli Kumpulan: Muhammad Syafiq bin Hussin Ahmad Khobir bin Muslim Buhari Nur Izzati binti Abdul

Jamil Siti Norzaidah binti Kamaruddin Fatin Najwa binti Othman

APA ITU ANALISIS SWOT?


Singkatan:S Strength O Opportunities
I. II. III. IV.

W - Weakness T Threat

Kegunaan SWOT :Untuk menilai dan mengenalpasti, apakah kekuatan yang ada, Kelemahan yang dihadapi, Peluang yang dimiliki Halangan-halangan yang dihadapi Objektif SWOT :Bertujuan untuk menilai faktor luaran dan dalaman yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu kejayaan Strengths dan Weakness adalah merupakan faktor dari dalaman. Opportunities dan juga Threats adalah faktor luaran

a)

b)

ANALISIS MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT

Aspek yang dinilai berdasarkan teknik ini adalah : Kekuatan (Strength) Kelemahan (Weakness) Peluang (Opportunities) Ancaman (Threat)

KONSEP MODEL PENGAJARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat menyatakan bahawa ingatan manusia sama seperti komputer. Maklumat iaitu input diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan pemprosesan maklumat dapat didefinisikan sebagai satu operasi mental iaitu mewarna, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar

PENGAJARAN EKSPOSITORI

Proses utama dalam pembelajaran ialah subsumpsi iaitu menggabungkan maklumat baharu ke dalam maklumat sedia ada dengan membuat perkaitan antara idea baharu dengan idea sedia ada. Manusia memperoleh pengetahuan melalui resepsi atau penerimaan dan bukan penemuan. Contohnya, pelajar menerima sesuatu maklumat melalui penerangan daripada guru bukan pencarian sendiri.

Pengajaran ekspositori menekankan pembelajaran verbal yang bermakna, bukannya pembelajaran hafalan. Pembelajaran bermakna berlaku jika perkaitan dibuat antara antara pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada. Pendekatan deduktif iaitu daripada umum kepada spesifik digunakan dalam pembelajaran ekspositori

PERINGKAT PENGAJARAN EKSPOSITORI


~Terdapat 3 fasa:

Penyusunan Awal (fasa pertama ) Penyusunan awal menghubung kait maklumat baharu dengan skema-skema yang sedia ada dan dikemukakan kepada pelajar. Bahan atau maklumat baharu yang diterima melalui kuliah, perbentangan tugasan pelajar (fasa kedua) Pengukuhan organisasi kognitif (fasa ketiga) Guru cuba mengaitkan maklumat baharu ke dalam struktur yang digambarkan dalam penyusun awal dengan mengingatkan pelajar bagaimana setiap aspek dihubungkaitkan dengan gambaran umum. penilaian turut dilaksanakan. Pelajar boleh mengemukakan soalan untuk dapatkan maklumat lanjut.

PENGAJARAN INKUIRI
Merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik. 1. Teknik Inkuiri Terbimbing 2. Teknik Inkuiri Terbuka

Inkuiri terbimbing Inkuiri jenis ini memerlukan guru membimbing pelajar untuk menjalankan segala proses kajian.

Inkuiri Terbuka Pelajar tidak diberi sebarang bimbingan Proses kajian yang dijalankan dibuat oleh pelajar sendiri. Jadi kesimpulannya pelajar akan dapat pengetahuan dan maklumat yang baru dalam pelbagai bidang dan kursus pendidikan secara bersendiri. Secara kesimpulannya pelajar mendapatkan maklumat secara bersendirian

STRENGTH ( KEKUATAN )

Memudahkan pelajar mengetahui isi pelajaran yang seterusnya. Dalam pengajaran konsep, murid hanya belajar konsep utama untuk diaplikasikan kepada pelajaran yang lain. Prinsip dan idea dalam pembelajaran dipersembahkan kepada pelajar dan seterusnya difahami oleh mereka, bukan ditemui sendiri oleh murid. Hal ini dapat dijelaskan dalam pembelajaran ekspositori. Berdasarkan pembelajaran ekspositori, murid dijelaskan secara verbal dan murid akan faham apa yang dijelaskan oleh guru. Guru lebih bersedia sebelum membuat pengajaran di dalam bilik darjah

Guru mengetahui teknik dan kaedah yang dapat membantu murid mengingati isi pelajaran. Model ini mempunyai maklumat yang holistik mengenai bagaimana minda memproses maklumat, menerima maklumat, menyimpan maklumat, mengeluarkan maklumat untuk digunakan jika perlu dan mengubahsuai maklumat. Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria. Selepas itu akan ditafsir dalam satu ingatan kemudian ia dihantar ke stor jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Berfokuskan kepada naluri semula jadi kita untuk memahami dunia dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah yang bersistematik dan berurutan. Melalui model projek, murid boleh belajar dengan perhatian yang rapi melalui aktiviti permainan, demonstrasi, penggunaan tranparensi, kerja praktik, kajian luar dan lawatan.
Berdasarkan model inkuiri, murid dapat melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi mengasah kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan serta membina dan seterusnya menguji konsep dan hipotesis.

WEAKNESSES ( KELEMAHAN )

Pelajar yang mempunyai masalah pemahaman dan kurang berminat dalam pembelajaran akan sukar mengaplikasikan pembelajaran ekspositori Penggunaan model in bergantung sepenuhnya kepada guru-guru. Memerlukan motivasi untuk melaksanakan proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku melalui proses pelaziman tingkah laku yang sudah biasa dilakukan

Guru perlu menarik perhatian murid ketika ingin memulakan proses pembelajaran.
Murid tidak akan mendapat ilmu pengetahuan baharu Sebahagian murid akan menghadapi masalah dalam memahami isi pelajaran. Tahap kemampuan intelektual setiap murid berbeza antara satu sama lain.

OPPORTUNITIES ( PELUANG )

Memberi peluang kepada guru untuk menggunakan salah satu model yang terdapat dalam model pembelajaran Murid dapat melatih pemikiran mereka untuk mencari lebih banyak maklumat sendiri
Murid dapat memahami konteks konsep dan prinsip melalui ekspositori. Murid dapat menetapkan matlamat untuk diri sendiri.

Dapat memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif

Masyarakat dapat mencapai matlamat pendidikan peribadi sosial dan kendiri. Melalui pengajaran dan pembelajaran, guru dapat menyalurkan nilai kebudayaan dan kebangsaan. Model ini dapat menunjukkan kesedaran dan penghargaan mengenai potensi diri murid-murid. Guru boleh mempelbagaikan cara pengajaran bagi menarik minat murid. Menerusi model pemprosesan maklumat ini, pelbagai peluang yang boleh diambil oleh guruguru mahupun pelajar dalam mengaplikasikan model ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan.

Kupasan

mengenai model ini oleh Robert Mills Gagne telah memperkenalkan pelbagai fasa dan teoriteori mengenai proses pengajaran dan cara menyimpan maklumat dalam ingatan jangka masa panjang.

Kajian

yang lengkap mengenai model pemprosesan maklumat ini banyak faedah kepada individu dalam cara memproses maklumat

THREATS ( ANCAMAN )
Guru yang tidak dapat mengajar dengan baik. Oleh kerana model ini bergantung sepenuhnya kepada guru, hasil pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya guru gagal mengajar dengan baik. Murid hanya ingin mempelajari sesuatu sekiranya mendapat ganjaran daripada guru.

Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan murid merasa bosan. Peneguhan yang diberikan perlulah bersesuaian dengan tahap dan potensi murid. Murid akan keliru dengan isi pelajaran apabila mereka tidak memahami apa yang guru sampaikan.

MODEL PENGAJARAN BEHAVIORAL

Model ini berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson dan rakan-rakan. Merujuk kumpulan model ini, manusia mempunyai mekanisme pembentukan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklum balas tentang sejauh mana diri manusia berjaya melakukan tugasan yang diberi

Kumpulan model ini mengesyorkan programprogram yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan dan sebagainya.

PENGAJARAN LANSUNG

Model ini lebih kepada guru di mana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sesuai untuk mengajar cara bacaan dan kaedah matematik tetapi kurang sesuai untuk mata pelajaran yang mirip kepada kaedah penerokaan dan penemuan.

VIDEO

PEMBELAJARAN MASTERI

Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran di mana faktor perbezaan individu diambil kira. Dalam kaedah ini, pelajar disusun daripada mudah kepada kompleks, sebelum disampaikan kepada murid-murid agar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing.

ANALISIS SWOT MODEL PENGAJARAN BEHAVIORAL

STRENGTH( KEKUATAN)
Berpusatkan guru di mana guru menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid. Masa pengajaran berstruktur dan dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru memilih dan mengarah pembelajaran.

Pelajar akan memperoleh akademik yang cemerlang disebabkan guru mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah. Pelajar dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing disebabkan guru menyusun isi pelajaran dari mudah kepada kompleks

WEAKNESSES( KELEMAHAN)

Kebebasan pelajar diabaikan. Perbincangan yang tidak berkaitan dengan topik yang terkandung dalam akademik diminimumkan. Kurang interaksi antara guru dengan pelajar.

Pelajar tidak dapat melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Perbincangan ditumpukan kepada kandungan yang ditetapkan sahaja. Model ini sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi tidak sesuai untuk mata pelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan

OPPORTUNITIES (PELUANG)
o

Menghubungkaitkan isi pengajaran dengan pengetahuan pelajar sebelumnya dan pengetahuan yang sedia ada diketahui oleh pelajar.

Guru menerangkan konsep atau kemahiran baru dengan menggunakan bahan pengajaran yang menarik
Pelbagai latihan boleh diadakan seperti latihan objektif, struktur dan latihan KBKK

THREATS( ANCAMAN)
o Pelajar menjadi pasif dan kurang berinisiatif.

Sifat sosial yang positif tidak dapat dipupuk di kalangan . o Pelajar tidak dapat menerokai ilmu pengetahuan baru o Proses pembelajaran dan pengajaran membosankan

VIDEO

VIDEO

SEKIAN TERIMA KASIH