Vous êtes sur la page 1sur 4

Televisyen

Tajuk Program: Buletin Utama Tarikh: 16 Jun 2011 Masa: 8:00 pm 9:00 pm Rangkaian: TV3 Antara kata-kata pembaca berita dan orang-orang yang berkaitan

Terlalu sinonim dengan negeri Terengganu, keropok atau kopok lekor, menjadi kegemaran ramai dan boleh didapati di hampir segenap pelosok negeri penyu bertelur. Namun, reputasi Kampung Losong di Kuala Terengganu seakan sukar digugat. Tidak sukar mencari Kampung Losong atau nama asalnya Kampung Losong Haji Su.

Hanya 10 minit perjalanan dari bandar raya Kuala Terengganu, terdapat lebih 20 pengusaha keropok lekor di kampung ini. Buktinya di kiri dan kanan jalan sepanjang 2 kilometer kampung dipenuhi gerai menjual keropok lekor. Jadi, apa bezanya, keropok lekor di sini berbanding di tempat lain ?

KHAIRUL ANUAR AHMAD / PENGUSAHA KEROPOK LEKOR Kita ni banyak ikanla, makan rasa ikan.

SARIAH ISMAL / PENGUSAHA KEROPOK LEKOR Kopok sama, tapi rasa lainla. Ada pelanggan suka kedai ni, kedai tu ada yg lebih sedap. Menurut Sariah atau Kak Yah, perusahaan ini dimulakan sejak 40 tahun lalu.

Bermula dengan hanya beberapa keluarga, pengusaha keropok lekor di Kampung Losong terus bertambah.

Kebanyakan mereka menggunakan ikan tamban yang diadun dengan tepung sagu. Setelah diadun, bahan tadi digentel bagi menghasilkan bentuk seakan sosej yang kemudiannya direbus kira-kira 10 minit.

Selain digoreng, ada pelanggan gemar menikmati keropok lekor rebus. Menambahkan selera, sos khas yang dihasilkan sendiri pengusaha.

ABDUL HASIM ABDUL HAMID / PELANCONG SINGAPURA Tapi sos dia memang special susah nak dapat di Singapura, makcik kampung mana yang buat ni asli ni.

NOR ASYIKIN ABDULLAH / PELANGGAN Sebab keropok kat sane tak ada. Kopok Terengganu ni pure lah rasa ikan. Sebatang keropok lekor bersaiz kecil, berharga 20 sen manakala, seringgit bagi yang bersaiz besar. Boleh dinikmati di kedai atau dibungkus, keropok lekor juga sesuai di bawa pulang sebagai ole ole dari Terengganu.

Orang Sumber
Talib bin Nordin; 43 tahun; No. 171-B, Kg. Losong Haji Su, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu.

700223-14-5629 Pada cuti sekolah yang lepas, saya telah berjumpa dengan pengusaha Perusahaan KL untuk ditemu ramah. Pelbagai soalan yang saya tujukan untuk mendapat maklumat tentang sejarah penubuhan dan perkembangannya perusahaan tersebut serta cara pembuatan keropok lekor yang diusahakan.

Luqman: Assalamualaikum, apa khabar En. Talib? En. Talib: Waalaikumusalam, Alhamdulillah saya sihat sahaja. Luqman: Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Talib kerana memberi ruang kepada saya untuk melaksanakan kajian ini. En. Talib: Tidak mengapa, sudah ramai pelajar datang untuk menemuramah saya pada tahuntahun sebelum. Luqman: Baguslah kalau begitu, saya mulakan sesi ini dengan soalan yang pertama iaitu bagaimana tertubuhnya kedai keropok lekor ini dan daripada manakah datangnya cadangan untuk menubuhkan perniagaan ini? Silakan. En. Talib: Bermula pada tahun 2003, saya telah mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan dengan membuka sebuah kedai keropok lekor yang terletak di kawasan perumahan saya. Cadangan ini datang daripada Mohd Nasir bin Othman, rakan kongsi saya. Luqman: Seterusnya, ceritakan serba sedikit tentang perkembangan perniagaan En. Talib ini?

En. Talib: Alhamdulillah, setelah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk tempatan, Mohd Nasir bin Othman mencadangkan untuk membuka lebih banyak cawangan-cawangan baru di sekitar kawasan negeri Terengganu. Kami juga banyak menerima maklum balas yang baik daripada pelanggan. Luqman: Sekarang, daripada mana En. Talib mendapat pengalaman dan kemahiran untuk membuat keropok lekor ini? En. Talib: Bermula usia 16 tahun, saya sudah mula belajar membuat keropok lekor bersama datuk dan ayah saya. Kaedah dan resepi yang digunakan merupakan warisan keluarga saya. Sebelum mengusahakan perusahaan ini, saya telah menjalani kursus anjuran MARDI di Serdang, Selangor selama 3 bulan. Luqman: Baiklah En. Talib, sebelum mengakhiri temu ramah ini bolehkah En. Talib menerangkan secara ringkas tentang cara pembuatan keropok lekor? En. Talib: Tiada masalah, pertama asingkan ikan daripada tulang dan kisarkan ikan dengan menggunakan pengisar kering sehingga ikan hancur. Kemudian, di dalam bekas yang besar, masukkan ikan yang siap di kisar tadi. Seterusnya, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan masukan tepung , garam dan gula dan uli sehingga kesemuanya sebati. Akhir sekali bentukkan dan sudah sedia untuk digoreng atau rebus. Luqman: Begitu rupanya, terima kasih En. Talib atas segala matlumat yang diberikan dan sudah pasti ia akan banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga berharap agar usaha En. Talib mendapat hasil yang baik. Sekali lagi, terima kasih. En. Talib: Sama-sama.

Vous aimerez peut-être aussi