Vous êtes sur la page 1sur 11

BAHAN RESOS

BAHAN BERCETAK

1. BUKU LATIHAN

2. WANG KERTAS TIRUAN

3. KAD NOMBOR

4. KAD

BAHAN BUKAN BERCETAK 1. COP

2. BONGKAH PELBAGAI BENTUK

3. ASBASCUS

4.

ALAT PENIMBANG DAN JAM

5. KEPINGAN MOZEK

6. ALAT UNUTK MENUNJUKKAN KEDUDUIKAN NOMBOR

7. NOMBOR BULAT

8. ALAT MENYUKAT ISIPADU

9. ALAT PENGUKURAN

BAHAN ELEKTRONIK

Umumnya, resos boleh dianggap sebagai sebarang bahan-bahan, objek, kelengkapan, model, rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang kemudahan yang dapat menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik. Resos boleh merujuk kepada segala benda dalam persekitaran luar pelajaran. Ini bermaksud resos merujuk kepada set benda yang boleh digunakan untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran matematik serta meningkatkan pemikiran matematik pelajar.

Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan chalk and talk tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua panca indera terutama sekali dalam pembelajaran matapelajaran Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui konsep, prinsip dan kemahiran matematik. Kemahiran metematik merujuk kepada keupayaan seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal. Selain itu, resos juga berfungsi sebagai kaedah untuk mempelbagaikan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sekolah rendah digalakkan mempelbagaikan kaedah mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Selain itu, guru-guru boleh mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran dengan senang dan berkesan. Hal ini dapat dilihat apabila penggunaan resos yang dibina, digunakan oleh murid-murid secara menyeluruh, mereka akan dapat menjawab soalan-soalan latihan yang diberikan dengan berkesan. JIka kita dapat perhatikan, murid-murid yang dapat menjawab soalan dengan cepat dan betul merupakan murid-murid yang faham akan konsep pembelajaran pada hari itu. Selain itu juga, mereka akan mampu untuk menyatakan kembali apa yang telah mereka pelajari pada hari ini secara mantap dan tepat dan dapat menggalakkan pemikiran secara membina. Tamabahan lagi, yang paling menyeronokkan adalah dengan adanya bahan bantu belajar, ianya akan menggalakkan penglibatan murid-murid di dalam bilik darjah secara langsung.

Cara ini adalah cara yang paling baik dan patut digunakan oleh semua guru kerana cara ini terbukti merupakan cara terbaik bagi memastikan murid-murid akan memahami konsep subjek tersebut dengan baik. Bahan bantu belajar yang berbentuk 3D adalah bahan yang paling baik, dan jika seseorang guru itu berkemampuan, guru boleh menyediakan bahanbahan tersebut bagi setiap murid supaya mereka boleh meneroka dan memegang sendiri barang tersebut. Murid-murid akan terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dan mereka pasti tidak akan berasa bosan dengan subjek tersebut. Kita dapat lihat pelbagai kemahiran dalam kalangan murid-murid yang akan dapat ditonjolkan jika cara ini diguna pakai dalam bilik darjah. Oleh itu, kita boleh lihat betapa pentingnya penggunaan bahan bantu belajar 3D dan penggunaannya digunakan sepenuhnya oleh murid-murid. Penggunaan bahan bantu belajar juga dapat menilai perkembangan intelek murid-murid. Murid-murid dapat mengetahui tahap keupayaan, kesediaan dan kecerdasan untuk belajar. Murid-murid juga akan dapat mengetahui pelbagai kemahiran sekaligus dapat membantu mereka berfikir dengan lebih kreatif dan logik. Mereka juga dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda dan akan mengembangkan potensi pemikiran mereka dalam mendedahkan mereka dengan cara menyelesaikan masalah, Selain itu,. Penggunaan bahan resos juga dapat meningkatkan kemahiran seperti kemahiran pengiraan dalam matematik. Contonhya penggunaan abakus Penggunaan abakus dapat meningkatkan kemahiran pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik dalam kalangan murid. Murid juga dapat mengira dengan pantas, meningkatkan penggunaan otak kanan murid dan penglibatan semua deria utama murid ketika mengendalikan abakus. Penggunaan abakus boleh diaplikasikan dalam keempat-empat operasi matematik iaitu, penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi. Ianya amat mudah untuk digunakan dan sangat efisien bagi menyelesaikan masalah dalam matematik. Murid-murid hanya perlu menggunakan jari telunjuk, jari tengah dan ibu jari untuk menaik dan menurunkan manikmanik tersebut. Contohnya, penambahan nombor dua digit dengan nombor dua digit tanpa kumpul semula. Seperti yang kita ketahui setiap yang mempunyai kelebihan itu pastinya ada kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahan bahan resos hasil temu bual dengan ketua Panitia Matematik, Puan Hajah Lijah binti Hajah Ismail, beliau mengatakan bahan resos yang digunakan di sekolah Pangkal Jenereh ini tidak tahan lama. Hal ini kerana contohnya alat penimbang yang digunakan akan rosak seperti jarumnya tercabut jika terjatuh dan tidak sesuai untuk didahkan kepada pelajar yang agak nakal. Pada tahun ini sahaja, panitia

matematik hanya menerima RM 967 sahaja untuk membeli bahan-bahan resos ini dan membuat aktiviti berkaitan matematik. Bahan resos yang rosak tidak lagi dibaiki dan dibuang. Hal ini kerana pihak sekolah tidak mempunyai masa untuk membaikinya dan memudahkan urusan dengan membeli bahan resos yang lain yang lebih baik. Selain itu, penggunaan bahan resos juga mempengaruhi kawalan pelajar dalam kelas. Hal ini kerana, jika bahan resos ini tidak mencukupi, pelajar yang tidak dapat bahan ini tidak akan dapat memahami sepenuhnya pelajaran yang diajar pada hari itu. Contohnya bahan resos yang digunakan secara berkumpulan. Jika kumpulan itu terlalu ramai disebabkan bahan resos yang tidak mencukupi menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan pelajar mungkin akan cepat merasa bosan atau bergaduh sesame sendiri kerana berebutkan bahan resos tersebut. Tambahan lagi, penggunaan bahan resos seperti cop untuk operasi tambah, tolak, darab dan bahagi boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal jika tidak dirancaang dengan betul dan kawalan yang baik daripada guru yang mengajar. Hal ini kerana pelajar yang tidak dikawal akan bermain-main dengan cop tersebut dengan mengcop pada baju kawan atau mengcop buku kawal. Hal ini akan menyebabkan comot dan pergaduhan antara satu sama lain. Kesan yang lebih buruk apabila ibu bapa terlibat sekali dalam masalah ini. ibu bapa yang tidak puas hati dengan baju anaknya yang kotor dengan dakwat yang dicop tadi akan menuding jari kepada guru yang terlibat seterusnya kepada pihak sekolah. Kelemahan bahan resos ini juga memerlukan kos untuk membelinya. Walaupun kosnya bukanlah tinggi, tetapi jika diambil kira daripada semua aspek seperti aspek penggantian apabila rosak atau penyelenggaraan boleh mempengaruhi bajet sesebuah sekolah itu. Jadi untuk menggunakan bahan resos ini, pihak sekolah perlu menetapkan bajet yang sesuai untuk membeli bahan ini lebih-lebih lagi bahan yang melibatkan penggunaan elektronik seperti CD pembelajaran dan komputer. Kelemahan bahan resos juga memerlukan guru yang mahir dalam mengendalikan bahan ini. hal ini kerana guru yang tidak mahir menggunakan bahan resosakan menyebabkan bahan ini cepat rosak dan objektif untuk pembelajaran tidak akan tercapai. Contohnya penggunaan abaskus. Jikalau guru tersebut tidak mahir menggunakan abaskus ini, pembelajaran pada hari itu tidak akan tercapai. Selain itu, alat penimbang yang digunakan juga perlu diketahui tahap maksimum berat yang boleh ditimbang. Guru yang tidak berpengetahuan dalam perkara ini akan menyebabkan alat tersebut akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi kerana kebiasaanya alat penimbang yang dibekalkan di sekolah adalah berbeza dengan penimbang yang digunakan oleh peniaga. Ketahanan juga berbeza.

Di sini, jelaslah kepada kita semua bahawa kepentingan menggunakan bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Selain itu juga, kita dapat mengetahui beberapa bahan-bahan manipulatif yang boleh digunakan dalam dalam pengajaran matematik yang mana. Bahan bahan manipulatif ini adalah sangat bagus bagi mengukuhkan konsep matematik terhadap diri murid-murid. Guru memainkan peranan yang penting dalam merancang dan melaksanakan rancangan pengajaran harian yang bersesuaian dengan subtopik yang ingin diajar pada waktu tersebut serta guru perlu bijak dan pandai memilih bahan bantu belajar yang sesuai bagi murid-murid mereka.

Vous aimerez peut-être aussi