Vous êtes sur la page 1sur 17

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL NOMBOR 11 HINGGA 15 MENGGUNAKAN PERMAINAN KAD NOMBOR DALAM KALANGAN MURIDMURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

SARAH AZWA BT ASLI sarahazwa@ymail.com PUAN AZIZAH BT AZIZ azizah@ipda.edu.my Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenal nombor 11 hingga 15 dalam kalangan murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dengan menggunakan Permainan Kad Nombor. Kaedah ini menggunakan teknik permainan yang terbahagi kepada tiga bahagian di mana ketiga-tiga bahagian ini merangkumi kemahiran mengenal nombor. Seramai dua orang murid dipilih untuk menjadi responden kajian berdasarkan data awal yang dikumpul melalui pemerhatian dan ujian diagnostik yang dijalankan.

1.0

PENDAHULUAN 1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Konsep nombor merupakan salah satu konsep matematik yang perlu dikuasai oleh murid-murid di sekolah. Menurut Siti Ana Hamdan (2007), penguasaan matematik boleh menjadi prasyarat kepada kejayaan negara mencapai negara maju yang berorientasikan teknologi maklumat. Murid-murid yang tidak menguasai konsep asas ini pastinya menghadapi masalah apabila berhadapan dengan operasi nombor yang lebih kompleks di peringkat lebih tinggi. Masalah mengenal nombor merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh murid-murid bermasalah pembelajaran. Penemuan kepada masalah ini ialah semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk Membilang Nombor 11 hingga 15 Mengikut Tertib

Menurun. Masalah ini dikesan apabila saya meminta murid-murid membilang nombor 11 hingga 15 dengan usaha sendiri. Mereka tidak dapat membilangnya melainkan dengan bimbingan guru. Selain itu, apabila meminta murid-murid menjawab lembaran kerja yang berbentuk mengisi nombor mengikut susunan tertib menurun, cara murid-murid menjawab ialah dengan menulis nombor mengikut tertib menaik. Pada pengajaran tajuk ini, saya telah menggunakan garis nombor dan ternyata murid-murid tidak dapat memahami konsep garis nombor itu. Selain itu, murid-murid juga menghadapi masalah dalam mengenal pasti kuantiti nombor yang diberi dengan simbol nombor yang betul. Murid-murid acapkali menunjukkan simbol nombor yang salah semasa saya menunjukkan kad nombor bergambar kepada mereka. Sekiranya saya mengulangi dan memberi penekanan tegas terhadap kesalahan yang dilakukan oleh mereka, barulah mereka mengubah kesilapan yang mereka lakukan. Saya juga bertanya kepada murid mengenai konsep nilai nombor iaitu nombor kecil dan nombor besar. Contohnya saya bertanya sama ada nombor 11 lebih kecil atau lebih besar daripada nombor 15. Jawapan yang mereka berikan ialah lebih besar. Hal ini lagi terbukti apabila saya mengajar tajuk nilai nombor kepada murid-murid. Murid-murid tidak dapat membezakan nilai nombor yang lebih besar atau lebih kecil. Meskipun saya menyediakan bahan maujud di hadapan mereka, murid masih menunjukkan nilai nombor yang salah. Justeru itu, atas kesedaran mengenai masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya akui masih wujud lagi masalah mengenal nombor dalam kalangan murid-murid saya meskipun mereka telah belajar mengenai konsep tambah. Kebiasaanya, muridmurid yang telah belajar mengenai konsep tambah sepatutnya telah menguasai kemahiran mengenal nombor. Selain itu, kebiasaannya murid dalam lingkungan 10 hingga 14 tahun sepatutnya sudah mengenal nombor dan dapat menyelesaikan masalah matematik ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).

1.2 i.

PENGUMPULAN DATA AWAL Pemerhatian Sepanjang enam minggu saya mengajar murid-murid ini, saya mendapati murid-murid masih lagi tidak dapat menguasai kemahiran mengenal nombor dari aspek nilai nombor, kuantiti dengan nilai nombor dan susunan nombor mengikut tertib menaik dan menurun. Sekiranya saya mengajukan soalan secara spontan kepada mereka, murid masih lagi melakukan kesilapan yang sama. Sama juga ketika mereka menjawab soalan pada lembaran kerja. Untuk mengelakkan murid-murid ini melakukan kesalahan semasa menjawab soalan, murid-murid ini berusaha untuk meniru rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan jawapan yang betul.

ii.

Temu Bual Setelah saya memilih masalah yang ingin dikaji, saya telah mengadakan satu temu bual tidak berstruktur bersama salah seorang guru Pendidikan Khas di mana beliau turut mengajar mata pelajaran Matematik di kelas yang saya pilih. Menurut beliau, kedua-dua murid yang saya pilih mempunyai masalah ingatan jangka panjang. Hal ini menyebabkan murid-murid tersebut mudah terlupa untuk mengingati nombor yang diajar oleh guru. Sekiranya guru tidak mengulang-ulang nombor yang diajar pada sesi pengajaran yang baru, murid tidak dapat mengenal nombor yang diajarkan padanya sebelum ini. Beliau juga mengakui masalah ini kerap terjadi semasa sesi pengajaran beliau di dalam kelas.

iii.

Ujian Diagnostik Sebelum saya mula mengajar murid-murid ini, saya telah menjalankan ujian diagnostik kepada mereka. Hasil ujian diagnostik yang dijalankan

menunjukkan murid-murid kurang mahir dalam konsep mengenal nombor 11 hingga 15.

iv.

Lembaran Kerja Sepanjang enam minggu saya mengajar murid-murid ini, saya mendapati murid-murid ini masih kurang mahir dalam mengenal nombor ketika menjawab soalan pada lembaran kerja. Antara contohnya ialah menjawab soalan menentukan nilai nombor lebih besar atau lebih kecil menggunakan pembilang, murid masih menyebut nombor yang salah. Selain itu, saya juga ada menyediakan soalan menulis nombor mengikut tertib menaik dan menurun. Menulis nombor mengikut tertib menaik tidak menjadi masalah kepada mereka tetapi menulis nombor secara tertib menurun membuatkan murid-murid menulis nombor yang tidak sepatutnya.

2.0

FOKUS KAJIAN 2.1 HURAIAN FOKUS KAJIAN Kemahiran mengenal nombor merupakan aset penting dalam pembelajaran Matematik kerana sekiranya murid-murid tidak menguasai kemahiran ini, ianya akan mendatangkan pelbagai masalah pada pembelajaran yang lebih kompleks pada masa akan datang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), mengenal ditakrifkan sebagai mengetahui atau mengecam sesuatu yang sudah diketahui sebelumnya. Sekiranya murid tersebut tidak mengenal nilai nombor, hal ini akan memberi kesan dalam kehidupan seharian seorang murid Contohnya untuk menggunakan wang dalam membeli barang keperluan seharian. Oleh itu, saya akan fokuskan kajian saya kepada kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid saya iaitu : i. ii. Kesilapan dalam mengenal simbol nombor dengan kuantiti nombor. Kesilapan dalam menentukan nilai nombor sama ada lebih besar atau lebih kecil. iii. Kesilapan dalam menyusun nombor mengikut tertib menaik dan menurun. Dengan membantu murid-murid ini dalam mengatasi masalah kemahiran mengenal nombor, saya yakin murid-murid akan dapat menyelesaikan

masalah-masalah yang dihadapi sekaligus membantu murid menggunakan nombor dalam kehidupan seharian. Berikut merupakan faktor-faktor yang digunakan dalam menilai pemilihan fokus kajian yang ingin saya jalankan. Antaranya adalah faktor

kebolehtadbiran, kepentingan, kegunaan dan kerelevenan kepada pihak Program Pendidikan Khas Integrasi. Mengikut aspek kebolehtadbiran ini, kajian ini akan ditadbir dengan baik kerana kajian ini melibatkan kumpulan sasaran yang terdiri daripada murid-murid di kelas Bijak di mana saya mengajar mata pelajaran Matematik untuk murid-murid kelas tersebut. Hal ini memudahkan saya untuk menjalankan intervensi tersebut pada bila-bila masa sahaja. Di samping itu, hal ini turut memudahkan saya untuk mengumpul data berkenaan dengan aktiviti intervensi yang ingin dijalankan. Faktor yang kedua ialah kepentingan kepada pihak-pihak tertentu. Adalah diharapkan kajian yang ingin dijalankan ini memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Antara pihak yang dimaksudkan ialah murid-murid itu sendiri, guru di kelas Pendidikan Khas, ibu bapa murid berkenaan, dan saya sendiri sebagai guru Pendidikan Khas. Hal ini kerana dengan kajian yang ingin saya jalankan mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan murid-murid ini. Seterusnya, adalah faktor kebolehgunaan. Kajian ini juga diharapkan mampu digunakan dan dijadikan sebagai bahan rujukan oleh guru-guru Pendidikan Khas dalam memberi intervensi yang baik dan sesuai kepada murid-murid Bermasalah Pembelajaran dalam kemahiran mengenal nombor. Di samping itu, diharapkan kajian yang ingin dijalankan ini mampu membawa kerelevenan kepada pihak Program Pendidikan Khas Integrasi dalam mengatasi masalah yang wujud dalam kalangan murid-murid Bermasalah Pembelajaran. Adalah diharapkan dengan penggunaan aktiviti intervensi dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik murid-murid Bermasalah

Pembelajaran di sekolah ini.

2.2

TINDAKAN / INTERVENSI Dengan merujuk kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran lepas, saya mendapati teknik bermain merupakan salah satu teknik yang sesuai diaplikasikan kepada murid-murid Bermasalah Pembelajaran. Menurut Barwell & Clarkson (2009), tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan disamping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadaan tidak formal. Keadaan ini membantu perkembangan fizikal, sosio emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekuatan dan ketangkasan, dapat berinteraksi dan mempelajari nilai-nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang rasa dan lain-lain. Oleh itu, saya bercadang untuk menggunakan Permainan Kad Nombor dalam intervensi yang akan saya jalankan kepada murid-murid saya bagi meningkatkan kemahiran mengenal nombor. Antara intervensi yang akan saya jalankan ialah: i. Permainan Kad Nombor Serupa Permainan ini menggunakan set kad nombor dan mounting board. Permainan ini mengkehendaki murid untuk menggantung kad nombor pada set gambar di mounting board mengikut kuantiti gambar. Sebelum menggantungkan kad nombor, murid dikehendaki mengira kuantiti gambar dahulu. Kemudian, murid memilih kad nombor yang paling sesuai untuk digantungkan pada set gambar yang telah dikira.

ii.

Permainan Kad Nombor Bernilai Permainan ini turut menggunakan set kad nombor, mounting board dan kad perkataan. Permainan ini mengkehendaki murid melekatkan dua kad nombor berlainan nilai yang diberi oleh guru (Rujuk Lampiran 1) dan kad perkataan lebih besar daripada dan lebih kecil daripada.

iii.

Permainan Rantai Kad Nombor Permainan ini pula menggunakan kad nombor yang telah ditebuk, kad perkataan yang ditulis tertib menaik atau menurun dan seutas tali.

Permainan ini mengkehendaki murid untuk memasukkan kad nombor yang ditebuk pada seutas tali mengikut susunan dan berpandukan kad perkataan yang dipilih.

3.0

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN 3.1 OBJEKTIF KAJIAN 3.1.1 OBJEKTIF KAJIAN UMUM Meningkatkan kemahiran mengenal nombor 11 hingga 15 Permainan Kad Nombor.

3.1.2

OBJEKTIF KAJIAN KHUSUS i. ii. Murid dapat mengenal simbol nombor dengan kuantiti nombor. Murid dapat menentukan nilai nombor sama ada lebih besar atau lebih kecil.

iii.

Murid dapat menyusun nombor mengikut tertib menaik dan menurun.

3.2

SOALAN KAJIAN Dapatan kajian ini akan menjawab persoalan berikut : i. Adakah Permainan Kad Nombor Serupa dapat meningkatkan kemahiran mengenal simbol nombor dengan kuantiti nombor dalam kalangan murid-murid Bermasalah Pembelajaran? ii. Adakah Permainan Kad Nombor Bernilai dapat meningkatkan kemahiran menentukan nilai nombor dalam kalangan murid-murid Bermasalah Pembelajaran? iii. Adakah Permainan Rantai Kad Nombor dapat meningkatkan

kemahiran menyusun nombor secara tertib menaik atau menurun dalam kalangan murid-murid Bermasalah Pembelajaran?

4.0

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan dua orang murid dalam kalangan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi dari kelas Bijak di sebuah sekolah dalam daerah Kubang Pasu, Kedah.

BIL

MURID

UMUR JANTINA

PRESTASI AKADEMIK

CIRI-CIRI UNIK

10 tahun

Lelaki

- Boleh mengira 120 tetapi dalam jangka masa yang panjang, akan lupa. - Boleh menguasai konsep tambah 1 digit digit dengan 1 murid

- Suka membantu guru membawa bahan ke meja guru sebaik

tamat kelas. - Apabila diberi tugasan, murid ini akan

dengan

bersungguhsungguh menyiapkan tugasan itu.

bimbingan guru. - Berada Kumpulan sewaktu pembelajaran. dalam A sesi

10 tahun

Lelaki

- Boleh mengira 120 tetapi dalam jangka masa yang panjang, akan lupa. - Berada kumpulan sewaktu pembelajaran. dalam B sesi murid

- Beliau

akan

menumpukan perhatian terhadap pembelajaran sekiranya guru menyediakan aktiviti bermain sambil belajar.

Seramai dua orang murid yang terdiri daripada dua lelaki dalam lingkungan umur 10 hingga 12 tahun terlibat dalam kajian ini. Murid-murid ini saya namakan Murid A dan Murid B. Dalam prestasi akademik dalam mata pelajaran Matematik, murid-murid ini mempunyai persamaan iaitu masalah tidak dapat mengenal nombor dengan betul. Hal ini dibuktikan melalui pemerhatian saya di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta hasil ujian diagnostik murid-murid ini. Murid-murid yang dipilih sebagai responden dalam kajian ini mempunyai kategori masalah yang sama iaitu Masalah Pembelajaran Slow Learner. Jamila (2005) menyatakan bahawa kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah mereka didapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dalam pendidikan. Mereka kebiasaannya tidak mampu mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah dan mempunyai daya ransangan serta daya pengamatan yang rendah atau lemah. Oleh kerana persamaan masalah yang mereka hadapi dalam kemahiran mengenal nombor, saya telah memilih keempat-empat murid ini sebagai responden kerana ingin membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran mengenal nombor dengan intervensi yang akan dijalankan menggunakan Permainan Kad Nombor.

5.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN Dalam pelaksanaan kajian, saya telah merancang untuk menggunakan permainan kad nombor di mana saya telah membahagikan kepada tiga bentuk tindakan yang menggunakan permainan kad nombor.

5.1.1

PERMAINAN KAD NOMBOR SERUPA Guru menyediakan set kad nombor kepada setiap murid. Kemudian, guru meletakkan mounting board di hadapan murid. Pada mounting board tersebut, terdapat set gambar berlainan kuantiti. Murid dikehendaki mengira kuantiti pada set gambar. Setelah itu, murid memilih kad nombor yang paling sesuai dengan kuantiti pada set gambar yang telah dikira dan menggantung kad nombor pada set gambar tersebut. Permainan ini tamat apabila kesemua kad nombor telah digantung pada set gambar.

5.1.2

PERMAINAN KAD NOMBOR BERNILAI Guru menyediakan set kad nombor, dua keping kad perkataan yang bertulis lebih besar daripada dan lebih kecil daripada dan mounting board. Murid dikehendaki mengambil dua keping kad nombor yang berlainan nilai yang telah ditetapkan guru (Rujuk Lampiran 1). Berdasarkan kad nombor tersebut, murid harus memilih kad perkataan yang dapat menggambarkan nilai di antara kad nombor yang diambil. Permainan ini tamat apabila murid berjaya

menyelesaikan soalan-soalan yang ditetapkan oleh guru.

5.1.3

PERMAINAN RANTAI KAD NOMBOR Guru menyediakan set kad nombor yang telah ditebuk, kad perkataan yang bertulis tertib menaik dan tertib menurun dan seutas tali.murid dikehendaki memasukkan kad perkataan terlebih dahulu pada seutas tali sebelum memasukkan kad nombor mengikut susunan berpandukan kad perkataan yang dipilih. Sekiranya murid tersalah memasukkan kad nombor, murid dikehendaki mengulaangi semula permainan ini. Permainan ini tamat apabila murid selesai memasukkan kesemua kad nombor.

5.2

CARA MENGUMPUL DATA Dalam proses pengumpulan data, saya akan menggunakan dua pendekatan iaitu secara kualitatif dan kuantitatif. Bagi pengumpulan data kualitatif, saya akan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual manakala bagi pengumpulan data kuantitatif, saya akan menggunakan hasil ujian pra intervensi dan pasca intervensi.

5.2.1

PEMERHATIAN Menurut Alis (2008), pemerhatian adalah satu kaedah penyelidikan yang penting. Kaedah ini memerlukan pengkaji mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas untuk membuat pemerhatian sebenar. Pemerhatian merupakan suatu aktiviti lumrah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru sentiasa memerhati reaksi muridnya untuk memastikan komunikasi berlaku antara guru dengan murid serta murid dengan murid. Beberapa perkara harus dipertimbangkan sebelum membuat

pemerhatian. Antaranya ialah: i. ii. iii. iv. Apakah yang akan saya perhatikan? Mengapakah pemerhatian tersebut dilakukan? Bilakah pemerhatian hendak dijalankan? Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan untuk

menjalankan pemerhatian? Sebelum membuat pemerhatian, saya perlu menyediakan satu senarai semak sebagai garis panduan ketika menjalankan pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.3

CARA MENGANALISIS DATA 5.3.1 PEMERHATIAN Bagi menganalisis pemerhatian yang ingin dijalankan, saya akan menggunakan senarai semak (Rujuk Lampiran 2). Senarai semak ialah alat yang akan digunakan semasa proses pemerhatian dan temu bual berlangsung. Ianya akan menunjukkan darjah pencapaian yang ditunjukkan oleh kumpulan sasaran. Senarai semak juga digunakan untuk mengenal pasti kemahiran yang telah dikuasai atau belum dikuasai oleh seseorang murid itu. Guru akan menggunakan jadual kekerapan untuk menganalisis senarai semak yang digunakan semasa membuat pemerhatian.

5.4
Bil

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


Aktiviti Januari Bulan Februari Mac April

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 5 1 2 3
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21
Merujuk / membaca literatur yang berkaitan daripada pelbagai Mengenalpasti fokus / tajuk kajian Mengenal pasti tindakan untuk dikaji Perjumpaan ke-1 : Membincangkan fokus/tajuk kajian dan tindakan Memurnikan tajuk kajian dan tindakan Perjumpaan ke-2 : Mengesahkan tajuk kajian kepada penyelia Meneruskan pembacaan literatur dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber Menulis draf 1 Pendahuluan dan refleksi P&P serta refleksi tinjauan literatur Mengemukakan draf 1 kepada penyelia untuk semakan Menguasai kemahiran mengumpul data dengan tepat dan objektif Perjumpaan ke-3 : Perbincangan draf 1 dengan penyelia Memurnikan draf 1 Menentukan kaedah dan instrumen pengumpulan data Menulis draf ke-2 (keseluruhan proposal) Menentukan kaedah pengumpulan data dan menyediakan instrumen yang bersesuaian Menghantar draf ke-2 untuk disemak oleh penyelia Perjumpaan ke-4 : Perbincangan draf 2 dengan penyelia Memurnikan draf ke-2 atau membuat pengubahsuaian terhadap apa yang dirancang dalam proposal (sekiranya perlu sahaja) Sesi pembentangan proposal dengan kajian Perjumpaan ke-5 : Membuat semakan akhir bersama penyelia Permurnian proposal jika perlu Penyerahan kertas cadangan kepada penyelia

5.5

KOS KAJIAN

BI L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

JENIS BAHAN

KUANTITI x HARGA SEUNIT

JUMLA H Rm 10 Rm 20 Rm 50 Rm 30 Rm 5 Rm 10 Rm 10 Rm 5 Rm 5 Rm 1 Rm 3

Mounting board Fotostat bahan dan laporan kajian Printer Catridge Kertas A4 (putih) Kertas A4 (warna) Pelekat strap on Serbuk Glitter Tali putih Klip Penyangkut Gam Double- sided tape

2 x Rm 5 Rm 20 1 x Rm 50 3x Rm 10 1 x Rm 5 Rm 10 2 x Rm 5 1 x Rm 5 1 x Rm 5 1 x Rm 1 2 x Rm 1.50 JUMLAH

RM 149

SENARAI RUJUKAN Alis Puteh. (2008). Kajian tindakan di sekolah. Selangor : Pure Honey Enterprise.

Barwell & R. Clarkson. (2009). Teaching and Learning Mathematics in Multilingual Classroom. In Search for Theories in Mathematics Education : Proceding of the 33rd Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education.

Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa. Kuala Lumpur : PTS Publishing.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Pendidikan Khas. Matematik. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Siti Ana Hamdan. (2007). Penggunaan bahan guru pelatih Matematik Sarjana Muda. UTM Skudai : Fakulti Pendidikan.

LAMPIRAN 1

11 12 13 15

13 14 15 14

13 12 14 13

12 15 11 12

LAMPIRAN 2

SENARAI SEMAK AKTIVITI MURID

MURID : .............................. Sila tanda pada item berikut. ITEM AKTIVITI 1 i. ii. iii. Murid mengira kuantiti pada set gambar dengan betul. Murid memilih kad nombor yang betul berdasarkan kuantiti pada set gambar yang dikira. Murid berjaya menggantung kad nombor yang dipilih. YA TIDAK

AKTIVITI 2 i. ii. iii. Murid mengambil kad nombor yang betul berdasarkan soalan yang disediakan oleh guru. Murid memilih kad perkataan yang sesuai berdasarkan kad nombor yang diambil. Murid berjaya menggambarkan nilai yang betul antara kad gambar yang diambil.

AKTIVITI 3 i. ii. Murid mengambil kad perkataan dan memasukkan ke dalam tali. Murid menyusun kad nombor berdasarkan kad perkataan yang dipilih sebelum memasukkan ke dalam tali.

Vous aimerez peut-être aussi