Vous êtes sur la page 1sur 5

ASAS ORIENTEERING

DEFINISI

Orienteering ialah suatu sukan di mana peserta dengan berpandukan peta dan kompas dikehendaki mengemudikan dirinya ke titik-tik kawalan yang telah ditandakan di atas peta dan telah ditempatkan di atas muka bumi mengikut susunan ang tertentu.

KEBAIKAN ORIENTEERING

SUKAN UNTUK SEMUA - Mudah disertai oleh semua lapisan masyarakat. - Tidak kira tahap umur, kecergasan dan jantina.

MENINGKATKAN KECERGASAN FIZIKAL - Sesuai diadakan di kawasan yang beralun untuk mempertingkatkan daya kecergasan fizikal. - Membantu menguatkan kaki, sistem degupan jantung dan peningkatan stamina serta ketahanan.

MENINGKATKAN KECERGASAN MENTAL DAN DAN DAYA TUMPUAN

- Menggalakkan untuk berfikir untuk menentukan laluan yang terbaik dan mencari kedudukan kedudukan titik kawalan.

MEMBERI CABARAN DAN KESERONOKAN

- Melalui pelbagai keadaan dari mudah seperti kawasan rata atau terbuka sehinggalah pendakian cerun yang curam lagi licin atau kawasan berpaya

MEMBINA KEYAKINAN DIRI DAN SIKAP POSITIF - Membaca peta, menggunakan kompas dan menentukan laluan terbaik secara bersendirian.

PERSEKITARAN YANG SIHAT - Orienteering di kawasan hutan dan taman memberikan persekitaran yang nyaman , udara yang bersih dan tenang.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PETA DAN KOMPAS - Kemahiran ini dapat digunakan apabila mencari jalan atau temapat atau menyesuaikan diri di suatu tempat yang baru.

MEMUPUK SIFAT KEBERANIAN DAN KETENANGKAN DI DALAM KEADAAN CEMAS - Melatih sifat keberanian dan bertenang di dalam apa jua keadaan yang mencemaskan.

Vous aimerez peut-être aussi