Vous êtes sur la page 1sur 4

Tugasan 1 Bahasa Melayu telah Berjaya dalam menyatupadukan penduduk berbilang kaum di Malaysia. Bincangkan.

Malaysia telah mencapai kemerdekaan melalui perpaduan kaum. Penduduk di Malaysia unik kerana masyarakatnya terdiri daripda berbilang bangsa, iaitu Melayu, Cina, India dan lain lain bangsa. Perpaduan kaum yang erat inilah yang bakal menjadi keutuhan, keharmonian dan kemajuan negara. Soalnya, bagaimanakah sesebuah Negara yang berbilang bangsa dapat bersatu padu? Memang tidak dapat dinafikan bahawa Bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan kita, telah berjaya dalam menyatupadukan semua kaum di Malaysia. Dalam konteks negara Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa dalam pendidikan di Malaysia yang telah dipilih dan dan dipersetujui bersama sama kerana memiliki kekuatan dan sejarahnya yang tersendiri. Bahasa Melayu merupakan tonggak kejayaan negara Malaysia dalam mencapai sebuah bangsa yang bermuafakat. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang difahami seluruh rakyat Negara. Penggunaan satu bahasa yang saling difahami oleh semua rakyat adalah sangat penting. Negara negara lain seperti China dan India masih tidak mencapai kesejahteraan dan kemakmuran kerana mereka tidak hidup bersatu padu walaupun terdiri daripada satu bangsa sahaja. Kehidupan mereka berpecah belah kerana masing masing enggan mencapai persetujuan untuk menggunakan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan,

malah mereka menggesa bahawa bahasa mereka sahaja yang patut digunakan. Keadaan huru hara ini langsung tidak berlaku di Malaysia kerana semua pihak bersetuju untuk memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional. Oleh kerana itu, rakyat Malaysia dapat saling memahami apabila berkomunikasi, meminta bantuan dan membantu pelanggan. Sebagai usaha dalam mencapai perpaduan, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah kebangsaan di Malaysia. Melalui sistem pendidikan, murid murid belajar membaca Bahasa Melayu. Pada masa yang sama, para pelajar juga dapat fasih berbahasa Melayu apabila mereka bergaul dengan kawan kawan Melayu di sekolah. Sejak bangku sekolah lagi, murid murid mula menghayati dan menghargai Bahasa Melayu sebagai jiwa bangsa dan citra jati diri. Semangat kewarganegaraan dan cinta akan negara sering dipupuk dalam diri pelajar. Melalui pendidikan, guru guru dapat menerapkan nilai nilai murni dalam diri pelajar. Ini menjadikan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan yang seterusnya mewujudkan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Bahasa dan komunikasi mempunyai kaitan antara satu sama lain. Bak kata pepatah, Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Masalah ini diatasi apabila Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar. Bahasa Melayu

mempunyai kekuatan manyatupadukan kaum yang sejurusnya menyumbang ke arah sebuah negara maju. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyat. Pemisahan kaum pula membawa permusuhan dan pergaduhan. Jika perkara buruk ini berlaku, rakyat sukar bekerjasama dan akan berlakunya prasangka dan salah faham. Ini akan merenggangkan hubungan sesama kaum. Kekuatan persaudaraan di antara penduduk berbeza bangsa di Malaysia membuktikan bahawa negara kita sering mencapai persetujuan dalam pelbagai perkara. Kehadiran Bahasa Melayu tidak pernah disangsikan oleh kaum kaum lain. Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana mana pihak dan kehadirannya tidak menyebabkan bahasa ibunda kaum masing masing menerima nasib malang. Sebaliknya, bahasa ibunda mereka masih digunakan tetapi keutamaan d Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat iberikan kepada penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. menghindari daripada berlakunya salah faham antara satu dengan lain, malah rakyat Malaysia akan saling memahami dan bertolak ansur. Dasar memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah tindakan yang bijak. Kesimpulannya, Bahasa Melayu adalah bahasa penyatu bangsa.

Vous aimerez peut-être aussi