Vous êtes sur la page 1sur 8

Nama : No.

kad pengenalan : Sekolah : Kategori : Tema : Tajuk cerpen :

Amen Naqib Mohd Nazri bin Zakaria 960118-14-6119 Sekolah Agama Menengah Bestari Menengah atas Alam persekolahan Remaja : Antara Cita dan Cinta

Kicauan burung yang girang berterbangan menceriakan waktu fajar di sekitar bumi Kolej Islam Bestari. Di sinilah tempat Rayyan berhempas-pulas menggali ilmu Fardu Ain mahupun Fardu Kifayah . Rayyan merupakan seorang pelajar sekolah agama. Ironinya, dia sudah terdidik dengan suasana yang dihiasi dengan keindahan dakwah dan tarbiah. "Baiklah, masa sudah tamat. Semua calon dikehendaki untuk berhenti menulis. Letakkan kertas jawapan anda di penjuru meja sebelah kanan....

Dua jam yang diperuntukkan sudah tamat. Rayyan melangkah keluar meninggalkan dewan peperiksaan. Rayyan redha dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang bakal diumumkan. Dia berharap agar cita-citanya untuk menerokai ilmu tafsir di Madinah akan mampu dia capai pada suatu hari nanti. Cinta sejati, turut mahu dia jejaki * * *

Ya Allah, ada juga yang tak tutup lampu lagi, keluh Khairil sendirian lantaran masih ada bilik yang tidak ditutup lampunya. Di asrama, Khairil bertanggungjawab untuk memastikan segala peraturan dipatuhi oleh pelajar putera Kolej Islam Bestari

memandangkan dia merupakan Ketua Asrama. Dia mengatur langkah menuju ke bilik tersebut.

menaiki tangga,

Setelah sampai ke tempat yang ditujunya itu, Khairil mendapati bahawa penghuni bilik tersebut semuanya sudah tidur, termasuklah Rayyan yang juga merupakan penghuni bilik yang tidak ditutup lampunya itu. Sekali lagi Khairil mengeluh sendirian.. Namun, niat Khairil untuk memutuskan litar lampu yang terpasang terbantut apabila terlihat sesuatu yang menarik perhatiannya. Kelihatan Rayyan yang berhampiran dengan suis lampu sedang tidur tertiarap bersama helaian kertas di tangannya. Di situ juga turut tersisip sebatang pena di antara jari-jemari. Rayyan tertidur rupanya. . Kertas yang terletak di bawah pergelangan tangan Rayyan diambil oleh Khairil. Setiap bait kata diteliti dengan sepenuh hati Aku dihantui wajah mulusnya yang bikin hati ku melonjak-lonjak, Andai ku lari beribu batu, dia masih wujud di kehitaman mata ku, Andai ku bungkam, tidur membatu,hadirlah dia dalam mimpi ku Bait puisi terhenti di situ sewaktu Rayyan tertidur ketika menulis. Barangkali Rayyan benar-benar bermimpi. Tengah terbang rupanya, bisik Khairil.

Saat itu,bola mata Rayyan kelihatan tidak tentu arah. Degup jantungnya turut meningkat dengan tidak semena-mena. Dadanya terasa bagai dicucuk-cucuk duri halus. Perasaannya semakin bergelojak bahkan membuak-buak sehinggakan tidak mampu ditebak mahupun ditetak! Dia hanya mampu berpura-pura tenang dengan memalingkan wajahnya ke luar jendela ,kononnya ingin menikmati ciptaan Allah yang luas terhampar Rayyan tersentak apabila dia ditegur oleh Ustaz Rahman. Baru dia sedar fikirannya sudah jauh menerawang ke angkasaraya. Mata-mata di kelas 5 Ar Rasyid sedang tertumpu ke arahnya. Dia menundukkan wajahnya ekoran perasaan malu yang sedang

menyelubunginya. Lapisan epidermis kulitnya pula terasa seolah-olah nipis benar. Rayyan,dah sampai mana fikiran kamu tu? Tembus papan putih ini dibuatnya. tolong fokus . Macam mana nak ambil SPM kalau kamu terus macam ini. Ustaz Rahman meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiah. Usai belajar, pelajar kelas 5 Ar-Rashid meninggalkan kelas yang mereka duduki setelah memberikan salam kepada Ustaz Rahman. Khairil, teman baik Rayyan, segera bertanyakan soalan kepada Rayyan ketika mereka sedang berjalan pulang ke asrama. Eh, kenapa sejak akhir-akhir ini aku tengok engkau lain macam ya? Kalau ada masalah biar aku tolong. Tak ada apa-apalah. tenang sudah., jawab Rayyan dengan nada yang penuh selamba. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke asrama. * * *

Langkah diorak dengan teratur. Rayyan nekad. Dia sudah tidak tahan lagi! Gelojak rasa yang wujud di dalam sanubarinya perlu diluahkan agar dia tidak terumbang-ambing dalam gelora rindu yang dialaminya itu. Fikirnya, mungkin dia akan berasa senang setelah meluahkan isi hatinya kepada Insyirah yang merupakan bendahari bagi kelas 5 Ar-Rasyid. Keputusan muktamad! Rayyan mahu meluahkan isi hatinya yang terpendam sejak sekian lama. Rayyan tidak tersilap. Benarlah seperti apa yang diduga olehnya, Insyirah sedang menelaah pelajaran di dalam kelas bersama dua sahabat baiknya. Seperti biasa, mereka akan mengulangkaji pelajaran di kelas seperti hari-hari minggu sebelumnya .Dengan lafaz basmalah, Rayyan menghampiri Insyirah

Hmm.. Insyirah.Rayyan cuba untuk menegur. Ohya, ada apa Rayyan? Insyirah yang sedang menumpukan perhatiannya terhadap subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah segera mengalihkan tumpuannya kepada Rayyan. Ada sesuatu perkara yang Insyirah perlu tahu sebenarnya. Setiap tutur kata dijaga,Rayyan meneruskan bicaranya. Insyirah cuba memasang tumpuan. Bagi saya benda ni penting, tak lengkap rasanya kalau saya terus simpan perkara ni.Err..cukup penting,demi kepentingan kita. Perasaan hairan menyelubungi Insyirah apabila ayat demi kepentingan kita diungkapkan oleh Rayyan. Emm,.perkara penting. Tentang apa ya? Kurang faham. Saat damai angin bertiup, Rayyan menghirup udara sedalam-dalamnya bagi

mendapatkan ketenangan yang optimum. Inilah masanya! Saya sebenarnya sudah jatuh Lafaznya tersekat di situ. Insyirah semakin bingung. Jatuh? Rayyan mahu meneruskan bicaranya. Namun, kalimah cinta yang mahu diungkapkan seolah-olah terkunci di dalam mulutnya. Terasa berat benar bagaikan batu yang tak terangkat. Dengan tidak semena-mena, tubuh sasa yang dimiliki oleh Rayyan menjadi berpeluh apabila Insyirah merenung ke dalam matanya meskipun sudah lama dia terpacak di bawah kipas yang sedang ligat berputar. Cemas. Renik peluh di dahinya turut jelas kelihatan. Jatuh apa Rayyan? Insyirah semakin tertanya-tanya. Dengan nada yang terburu-buru, Rayyan menjawab soalan tersebut. Err, tadi sebenarnya saya terjatuh dekat tangga. Masa saya terjatuh, duit dalam poket saya terkeluar. Baru saya ingat yang duit kelas kita belum saya serah dekat Insyirah. Ini duitnya. Kata Rayyan sambil menyeluk duit kelas milik pelajar 5 Ar-Rasyid daripada poket bajunya. Kebetulan duit yang dikutip olehnya beberapa hari yang lalu memang ada di dalam poket bajunya itu. Rayyan ialah penolong bendahari kelas bagi kelas 5 Ar-Rasyid. Ya Allah, kasihan Rayyan Terima kasih ya, Insyirah terlupa pula mahu tanya Rayyan pasal duit tu. Betul, benda ini penting untuk kepentingan kelas kita... Insyirah tampak lega apabila persoalan yang berlegar di mindanya terjawab meskipun jawapan tersebut bukanlah

perkara sebenar yang ingin Rayyan sampaikan. Dalam masa yang sama, Insyirah turut kelihatan risau memikirkan keadaan Rayyan yang kononnya terjatuh di tangga sekolah. Ah, kenapa aku malu! desis hati Rayyan. Ternyata perasaan malu masih mampu menjadi benteng bagi dirinya. * * *

Terik mentari hangat menerjah lapisan kulit Rayyan yang seakan-akan terbakar. Dalam kehangatan Jumaat ini, Rayyan melangkah menuju ke ruang yang dicari-cari untuk melihat keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia,(SPM) iaitu dewan sekolah. Setibanya di sana, kelihatan ramai pelajar sedang meneliti keputusan mereka yang rataratanya tergolong dalam inteligensia. Kebanyakan mereka berjaya mengecap falah. Namun, ada juga yang seakan punah. Reaksi yang bervariasi dapat dilihat, terlukis di wajah mereka. Suka bangga..juga kecewa. Lantas, Rayyan menghampiri teman-teman seperjuangannya yang sedang menebarkan deria mata pada kertas yang ditampal pada papan kenyataan. Padanya tercetak kedudukan mereka semua dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang baru sahaja bertandang. Rayyan melirikkan matanya ke arah cetakan tersebut dari atas ke bawah. Kombinasi huruf yang membentuk nama Rayyan Khairuddin masih belum dia temui sehinggalah pada kedudukan yang ke 87 Ruang mindanya sesak, tersentak. Sejak belakangan ini, tumpuan Rayyan seringkali terganggu. Wajah ayu Insyirah senantiasa bergentayangan di ruang mindanya. Rayyan jatuh cinta. Dia sememangnya sedang terseksa dengan seksa memendam yang mengheret ke arah derita merindu. Perambatan gelombang cinta yang melanda lubuk hatinya tidak mampu Rayyan singkirkan dari hidupnya. Hati yang pada mulanya cuma sedikit berkocak, terus bergelojak dan akhirnya membuak-buak! Rayyan benar-benar merindui Insyirah yang memiliki imej wanita yang solehah. Keputusan peperiksaan membuatkan Rayyan berasa kecewa. Sementara menunggu ketibaan bapa yang bakal menjemputnya pulang ke rumah, Rayyan duduk sendirian di bawah pokok sambil merenung ke langit yang tak terjangkau tangan manusiawi. Sungguh indah ciptaan Allah. Langit yang terbina tidak ada langsung tiang yang menyokongnya, sungguh hebat ciptaan-Nya! Begitu juga dengan pokok yang sedang diteduhi olehnya itu, tegap berdiri tanpa ada kewujudan batu-bata yang mengukuhkan lagi dasar pokok. Yang ada cumalah kombinasi sel tumbuhan yang pada mulanya sangatlah kecil, akhirnya

membentuk suatu penciptaan yang teguh setelah digabung bersama. Itulah sinergi yang Allah ciptakan. Begitu juga dengan manusia. Sekerdil manapun manusia itu, mereka tetap mampu berdiri teguh dengan adanya sinergi yang wujud apabila mereka bersatu-padu di bawah naunganNya. Inilah yang sepatutnya ada dalam kalangan umat Islam. Bermula dengan merapatkan saf di dalam solat, kemudian dihayati dengan jiwa yang yakin kepada Allah S.W.T seterusnya mengaplikasikan simbolik kesatuan tersebut di luar solat. Sungguh jelas mesej yang Allah sampaikan. Kekuatan yang besar tidak akan terbina tanpa dasar yang benarbenar kental. Umat Islam perlu bersatu . Subhaanallah.., Rayyan terpesona dengan ciptaan Allah yang menyedarkan dirinya betapa Allah yang paling layak dicintai. Lantaran itu, Rayyan membuka fail yang dipegangnya dengan niat ingin mengambil satu daripada helaian kertas yang ada di dalam fail itu. Dia ingin membaca puisi yang dikarangnya tempoh hari buat kali yang terakhir. Baginya, tong sampah adalah sebaik-baik tempat bagi kertas tersebut. Rayyan mahu berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal bertandang. Insyirah perlu disingkirkan dari hidupnya! Belum sempat Rayyan meneliti bait-bait puisi yang dikarangnya itu, niatnya terbantut apabila ada insan yang menyapa dia dari belakang. Assalaamualaikum, kawan., sapa Khairil sambil melemparkan senyuman yang

terkandung seribu satu keikhlasan. Waalaikumussalam, ingatkan kau dah balik Khai..., Rayyan menjawab lemparan salam itu. Mereka berdua terus berbual di bawah pokok yang rendang itu Topik perbualan mereka lebih terarah kepada peperiksaan yang bakal mereka hadapi tidak lama lagi. Rayyan dan Khairil kedua-duanya merupakan pelajar cemerlang di Kolej Islam Bestari. Bezanya di sini, keputusan Rayyan telah banyak merosot sejak akhir-akhir ini .Guru-guru di Kolej Islam Bestari seringkali menasihati pelajarnya supaya berusaha untuk maju dalam ilmu keduniaan tanpa mengabaikan ilmu Fardu Ain yang menjadi dasar kepada segala ilmu Khai, aku sebenarnya ada masalah, ujar Rayyan apabila perbualan mereka terhenti seketika. Masalah cinta?,Khairil menduga.

Rayyan berasa hairan apabila Khairil seakan-akan mengetahui akan apa yang dialaminya Err,macam mana engkau tahu? Air wajah engkau menceritakan segala-galanya, kata Khairil. Saat itu, Rayyan menceritakan segala-gala yang dialaminya kepada teman baiknya itu. Tekanan yang dihadapi oleh Rayyan memaksa dia untuk meredakan tekanan tersebut dengan menceritakan masalah yang dialami olehnya kepada Khairil. Aku fikir aku perlu buang perasaan yang sedang aku rasakan! Aku perlu buang Insyirah dari hidup aku!, ujar Rayyan dengan nada yang sedikit beremosi. Khairil menarik nafas panjang seraya berkata, Aku rasa engkau tak perlu buang Mengapa? Bukankah kehadiran Insyirah dalam hidup aku hanya menyusahkan? Tumpuan ku terganggu kerana asyik memikirkan tentangnya saja.. Sudahlah, apa gunanya disimpan-simpan Rayyan menyatakan pendapatnya. Dengan tenang, Khairil membalas kata-kata tersebut, Cinta itu fitrah. Fitrah itu Allah ciptakan bukan untuk dibuang, fitrah itu perlu dijaga. Rayyan terdiam sejenak . Memang benar apa yang diperkatakan oleh Khairil. Fitrah itu perlu dijaga bukannya dilempar jauh, maka cinta perlu dijaga. bicaranya. Tidak salah sekiranya memiliki perasaan cinta, cuma perlu dikawal rapi. Kewujudan cinta yang berputik juga aku kira sepatutnya tidak melebihi cinta yang lebih utama. Cinta Allah, cinta rasul, cinta ayah bonda , cinta guru dan seterusnya. Aku sebenarnya tertarik dengan definisi cinta yang dibina oleh saudara Hilal Asyraf,penulis muda, ujar Khairil. Dengan gaya yang ingin tahu, Rayyan bertanya, Definisi cinta? Apa definisinya?. Katanya,cinta itu membawa ke syurga Maknanya di sini, sekiranya kita benar-benar cintakan seorang wanita, jadikan perasaan cinta itu sebagai suatu perasaan yang mampu mengukuhkan lagi dasar cinta terhadap pencipta cinta itu sendiri iaitu Allah S.W.T. Dalam erti kata lain, kita menguatkan lagi rohani kita di samping membina peribadi muslim yang sejati. Usah biarkan diri kita terus hanyut sehinggakan fikiran kita terus lalai daripada mengingati-Nya., jelas Khairil kepada Rayyan. Rayyan yang pada mulanya agak beremosi kini tampak semakin tenang. Khairil mengusap-usap belakang tubuh Rayyan bagi menenangkannya. Khairil meneruskan

Antara cita dan cinta, kedua-duanya sangat penting malah saling berkait rapat. Mana mungkin seseorang itu bercita-cita menjadi usahawan sekiranya dia tidak cinta akan bidang perniagaan. Begitu juga dengan kita, mana mungkin kita cintakan Allah sekiranya kita tidak bercita-cita untuk menjadi hamba-Nya yang taat. Dalam konteks cinta kepada si dia, zahirkan ketaatan kita kepada Allah dengan tidak melakukan perkara yang sia-sia bersama insan yang kita cintai. Sekadar menyimpan perasaan di dalam hati tidak apa, asalkan jangan lalai sudahlah, terang Khairil dengan penuh penghayatan. Ponnnnn!, bunyi hon kereta memecah keheningan petang yang mendamaikan jiwa. Eh, ayah aku dah sampailah ., Khairil baru perasan bahawa ayahnya sudah tiba di perkarangan sekolah. Oh, cepat-cepat, nanti ayah kau marah pula kau lambat, ujar Rayyan. Mereka berdua bersalaman sebelum Khairil meninggalkan Rayyan sendirian di bawah pokok. Khairil sempat memberi pesanan kepada Rayyan sewaktu dia sudah masuk ke dalam kereta milik bapanya. Rayyan, utamakan mana yang patut utama! Cita-cita perlu jauhbiar sampai ke syurga! Jaga diri ya! Rayyan tersenyum sendirian. Dia bersyukur kerana masih ada insan yang setia menemaninya meskipun dalam situasi yang sedemikian rupa. Ketika itu, baru dia teringat bahawa ada suatu perkara yang dia terlupa. Kertas yang ingin diambilnya sebentar tadi masih tersimpan di dalam fail. Rayyan mengambil kertas tersebut lalu membaca kembali akan apa yang dia coretkan beberapa hari yang lalu, Namun, dia dapati bahawa ada sesuatu yang mencuri tumpuannya. Di bawah puisi yang dikarangnya tempoh hari terdapat sambungannya yang bukan ditulis oleh dia sendiri. Duhai hati yang masih goyah, bangkitlah engkau dengan zikrullah! Kerna kau raja penghulu jasad, fitrah hakiki penentu kismat" Rayyan kenal benar dengan tulisan yang tertulis pada bahagian bawah kertas tersebut. Tidak lain,tulisan tersebut milik Khairil! Terima kasih sahabat. Kerana Allah, aku cintakan kau Jiwanya tertusuk suntikan semangat. TAMAT-

Vous aimerez peut-être aussi