Vous êtes sur la page 1sur 12

Nilai 2.

1 Nilai Pembalasan Setimpal (Buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat) Semua agama didunia ini mempunyai kepercayaan dan pegangan yang berbeza, tetapi semua agama mengkehendakkan penganutnya untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara yang dilarang. Antara nilai asas yang terdapat dalam kebanyakan agama didunia ini adalah pembalasan setimpal dimana setiap perkara yang baik akan dibalas dengan kebaikan sementara amalan yang jahat akan dibalas dengan kejahatan. Setiap agama menyarankan penganutnya hidup secara harmoni lantas dengan itu pelbagai peraturan telah diwujudkan bagi memastikan keharmonian itu dapat dijaga. Sesiapa yang melanggar sesuatu larangan akan mendapat akibatnya kelak. Nilai ini dapat dilihat dalam agama islam dimana adanya dosa dan pahala serta syurga dan neraka. Di dalam agama islam, sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan akan dicatatkan pahala untuknya manakala sesiapa yang membuat kemungkaran akan mendapat dosa. Menurut (Ahmad Salleh,2008) Pahala ialah ganjaran baik dari Allah atas setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh manusia di dunia ini. Sebaliknya dosa ialah balasan buruk atau hasil daripada perbuatan jahat yang bertentangan dengan perintah Allah. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: Apabila hambaKu berniat ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan itu sepuluh kali ganda. Di dalam Al-quran pula, Allah bersabda "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)." (Surah al-Zalzalah,7-8) Daripada dalil ini terbuktilah bahawasanya setiap perbuatan adalah dibawah pemerhatian Allah dan Dia akan membalaznya setimpal dengan perbuatan hambanya

itu. Konsep buat baik dibalas baik dalam Islam adalah sedikit berbeza dengan konsep Karma dalam agama Hindu. Dalam Islam tidak semestinya seseorang yang berbuat kebaikan, pasti akan dibalas dengan kebaikan di dunia ini. Contohnya termudah adalah dari kalangan nabi dan rasul yang ditimpa musibah dan pelbagai kesusahan dalam hidup mereka. Kebaikan yang dimaksudkan adalah kebaikan yang kekal abadi iaitu ganjaran syurga di akhirat kelak. Dengan kata lain, bagi muslim sejati dunia adalah tempat menanam dan akhirat adalah tempat menuai. Dalam agama Hindu pula nilai ini jelas dilihat melalui kepercayaan mereka terhadap hukum karma. Hukum adalah ketentuan ketentuan atau peraturan, manakala Karma berasal dari bahasa Sansekerta dari urat kata Kr yang berarti membuat atau berbuat. Ideologi pembalasan berdasarkan hukum karma adalah manusia yang buat baik akan menerima pembalasan baik, manusia yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan, samada dibalas secara terus atau secara kelahiran semula iaitu reincarnation. Sebagai contoh jika seorang manusia berbuat jahat seperti merompak, maka ia akan dibalas dengan kejahatan contohnya kemalangan atau menjadi cacat. Ataupun jika tidak dibalas secara tunai, apabila mereka mati, mereka akan dilahirkan semula menjadi makhluk yang lebih hina contohnya seperti anjing kurap, atau mereka juga mungkin dilahirkan semula sebagai manusia yang tidak cukup sifat, tempang, buta dan pekak . Bagi penganut agama Hindu dan Buddha yang berjaya ingin melepaskan diri dari pusingan

kelahiran/sumpahan ini mereka perlu mencapai peringkat Mokhsa dan roh mereka akan bersatu dengan Tuhan. Peringkat ini dalam agama Buddha dinamakan

Nirvana/Nirwana. Berbeza dengan konsep pembalasan dalam Islam, Agama kita tidak ada konsep kelahiran semula sebagai manusia yg lebih hina, bersatu dengan zat Tuhan, atau kelahiran semula menjadi haiwan. Di dalam kristian, hukum tabur tuai diguna pakai oleh penganutnya dalam menjelaskan soal pembalasan. Dalam Alkitab ada disebutkan "Jangan sesat! Allah tidak membiarkan diri-Nya dipermainkan. Kerana apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya" (Galatia 6:7). Setiap perbuatan yang dilakukan seseorang semasa dia hidup, dia pasti akan mendapat balasannya, inilah yang dinamakan hukum tabur tuai.

Seperti seorang petani menaburkan benih padi, apabila sampai waktunya past dia akan menuai padi. Tidak mungkin benih padi yang ditaburkan tetapi hasilnya tumbuh pokok rambutan. Contoh mudah bagi hukum tabur tuai dalam agama kristian ini adalah apabila kita senyum pada sesorang maka dia akan tersenyum pada kita kembali. Semakin banyak kebaikan yang kita lakukan semakin banyakla balasan kebaikan yang akan kita perolehi. "Camkanlah ini: Orang yang menabur sedikit, akan menuai sedikit juga, dan orang yang menabur banyak, akan menuai banyak juga" (II Korintus 9:6). Teori Perkembangan Moral Kanak-kanak yang boleh dikaitkan dengan nilai pembalasan setimpal ini adalah Teori Perkembangan Moral Kognitif oleh Piaget. John Piaget berpendapat bahawa perkembangan moral kanak-kanak adalah mengikut perkembangan empat tahap iaitu bayi (0-2), kanak-kanak, (2-7), kanak-kanak (7-11) dan meningkat remaja (11-15). Pada peringkat awal, kanak2 akan menyesuaikan dirinya dgn persekitaran dan hubuangan sosial memainkan peranan yg penting. Sikap mereka terus berubah apabila memahami bahasa dan dapat berinteraksi dgn persekitaran. Pada masa ini, kanak-kanak akan mematuhi semua peraturan sosial dan banyak menyoal tentang kewujudan persekitaran. Setelah memahami nilai moral dan struktur masyarakat maka sikap bekerjasama, menghormati dab menghargai apa yang ada di sekelilingnya. Ini menunujukkan setiap kanak-kanak secara tidak lansungnya akan memahami konsep pembalasan atas setiap perkara yang mereka lakukan. Sebagai contoh kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun tahu mereka akan akan diberi ganjaran baik jika mereka berbuat kebaikan seperti memberi makan kepada binatang.

2.2 Hormat Orang Tua Nilai yang seterusnya adalah menghomati ibu bapa dan orang yang lebih tua. Semua agama mengarahkan penganutnya menghormati orang tua tetapi antara yang paling menekankannya adalah agama Islam, Hindu, Confucious, Budha dan juga Taosim. Didalam islam itu sendiri ada menyatakan bahawa syurga itu terletak di bawak kaki seorang ibu. Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan

menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting. Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu (Surah Luqman, 31: 14) RasululAllah tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini. Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa. (Hadis riwayat at-Tirmizi). Menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan dan ucapan seharian. Allah melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkaaan ah, cis, uh dan sebagainya. Firman Allah dalam surah Al-Isra: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaikbaiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu

membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (Surah Al-Isra: 23-24). Selain itu ajaran Islam juga mewajibkan sesorang anak menghormati ibu nya walaupun mereka berlainan agama. Sebuh hadith berbunyi: Dari Asma' binti Abu Bakar r.a katanya:Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu

masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?Jawab Rasulullah SAW,Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu.Selain itu haris diingati yang menghormati orang yang tua bukan hanya sekadar budaya, namun ia merupakan nilai dari akhlak mulia dan terpuji yang diseru oleh Islam. Agama Hindu sangat menitik beratkan ketaatan kepada ibu bapa dan menyatakan sebagai cara untuk mencapai kesempurnaan hidup. Contoh yang diberikan dalam Veda ialah Dhurva yang begitu taat kepada Prahlada. Beliau mencium kaki untuk mendapatkan restu dan ketaatannta dinamakan vatalsya-bhara. Disini dapat kita lihat betapa tingginya nilai seorang ibu dan bapa dalam sesebuah institusi kekeluargaan bagi penganut agama Hindu. Seperti Agama Hindu, Budha turut menyenaraikan taat dan hormat kepada ibubapa sebagai suatu teras penting. Antara perkara yang dijelaskan dalam agama Budha berkaitan hormat ibu bapa ini adalah anak-anak perlu menjaga ibu bapa yang membesarkan mereka,menjalankan tugas-tugas keluarga dengan penuh tanggung jawab, menjaga harta benda keluarga serta menghormati jasa ibu bapa setelah mereka meninggal dunia. Selain agama-agama yang disebut diatas, Coinfucios dan Taosim juga amat memandang sirius tentang penghormatan terhadap ibubapa. Pengasan Confucius, Kung-Fu Tze sangat menekankan hubungan kekeluargaan dimana tiga daripada lima jurusan pertalian yang dikemukakan dalam Confucius adalah berkaitan dengan hubungan kekeluargaan. Masyarakat Cina sememangnya amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan yang juga diaanggap sebagai asas kemasyarakatan. Dalam lima jurusan pertalian , hubungan ayah dan anak adalah yang paling diutamakan sekali. Ini merupakan perkara biasa bagi bangsa yang menyembah roh nenek moyang mereka. Menurut Kung, kewajiban anak keatas orang tuanya ialah pancuran yang memancurkan keuliaan akhlak. Bagi penganut confucius, adalah penting bagi seseorang untuk menghormati orang yang lebih tua iaitu semakin meningkat usia seseorang itu semakin banyak penghormatan yang akan diterimanya. Golongan tua juga dijadikan tempat meminta nasihat, mencurahkan kesetiaan dan pemujaan apabila mereka meninggal kelak. Pemujaan nenek moyang adalah sesuatu yang wajib bagi mereka disamping memberi penghormatan kepada golongan tua. Seperti Confucius,

Taoisme juga menyarankan penganutnya saling menghormati antara satu sama lain, terutamanya kepada yang lebih tua. Ajaran Tao banyak menyentuh keidupan di akhirat, sewaktu upacara pengebumian dijalankanm mereka akan membakar kertas dalam pelbagai bentuk barangan dan makanan serta duit kertas agar roh mereka damai dan senang di sana disamping menunjukkan rasa hormat kepada mereka. Teori etika yang boleh dikaitkan dengan nilai menghormati orang tua adalah teori kemoralan soial yang diasaskan oleh ~~. Teori kemoralan sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah laku yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Teori ini merupakan satu teori yang amat penting dan perlu dikaji secara keseluruhan. Teori ini sangat berkait rapat dengan peraturan dan amalan masyarakat yang berbilang jenis dan kaum. Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan individu dalam mencapai matlamat moral. Sesuai dengan nilai menghormati orang tua ini yang memang sangat disarankan oleh semua kaum dan juga agama di dunia ini kerana ia merupakan asas dalam memelihara keharmonian dalam masyarakat. 2.3 Berkasih Sayang Daripada dalil ini maka jelas lah menunjukkan bahawa nilai kasih sayang amat penting di dalam Islam. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat. (Maliki,2009) mengelaskan antara bentuk kasih sayang itu adalah ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan, melalui sentuhan yang lemah lembut, dan juga melalui pujian atau senyuman. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat. Firman Allah dalam surah Al-Hujuraat:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya saling mengenal. Sesungguhnya orang mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal." - Surah Al-Hujuraat [49]:13 Berkasih sayang dalam Islam adalah sangat penting, Nabi S.A.W sendiri pernah bersabda "Tidak akan masuk syurga kecuali orang yang penyayang." Tapi harus diingat, yang diterima itu hanyalah rasa kasih sayang yang diniatkan kerana Allah, bukan kerana keuntungan, kesenangan duniawi atau sekadar nafsu sahaja. Kasih sayang dalam Islam tidak terhad hanya sesama manusia sahaja, malah ianya tidak berpenhujung. Kita haruslah mempunyai sifat kasih pada makhluk-makhluk Allah yang lain seperti binatang dan juga pokok. Dalam sebuah sebuah kisah ketika Amr bin Ash menaklukkan kota Mesir, saat itu datanglah seekor burung merpati di atas khemahnya. Melihat kejadian ini, kemudian Amr bin Ash membuat sangkar untuk merpati tersebut di atas kemahnya. Tatkala dia mau meninggalkan perkemahannya, burung dan sangkar tersebut masih ada. Dia pun tidak mahu mengganggunya dan dibiarkan burung merpati itu hidup bersama sangkar yang telah dibuat diatas khemahnya itu. Maka kota itu dinamakan sebagai kota fasthath (khemah). Jelaslah bahawa ajaran Islam sangat menjunjung tinggi kasih dan sayang. Kita perlu mencontoh teladan Nabi SAW dan para sahabat dalam perkara ini. Dalam Islam, seluruh umatnya adalah bersaudara. Ini dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu

damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat, ayat 10). Umat islam diajar untuk berkasih sayang dan saling menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Contohnya seperti rukun zakat yang membolehkan saudara Islam kita yang miskin turut dapat merasa kesenangan. Sesungguhnya hubungan

persaudaraan kerana Allah itu tidak akan terputus di dunia ini, bahkan ia berterusan sehingga ke hari akhirat. Allah berfirman di dalam surah al-Zukhruf yang bermaksud: Teman-teman rapat pada hari itu ( kiamat ) menjadi musuh antara satu sama lain kecuali orang-orang yang bertakwa. (surah al-Zukhruf) Selain Agama Islam, Agama Hindu, Budha dan Sikh turut mempertengahkan nilai kasih sayang ini terutamanya antara suami dan isteri. Bagi penganut Hindu yang berpegang dengan kitab suci Veda, mereka mengamalkan cerita-cerita yang dibaca dalam Hikayat Mahabrata. Contoh kasih sayang yang paling ideal ialah Rama dan Sita. Bagi mereka, seorang suami adalah bertanggungjawab melindungi isterinya dari gangguan orang lain. Bagi yang berpegang dengan Agama Buddha pula, mereka mempunyai suatu garis panduan nilai moral antara suami dan isteri. Seorang suami itu perlulah setia dan melayan isteri dengan hormat dan baik hati. Selain itu si suami juga haruslah menyediakan segala keperluan yang bersesuaian untuk isterinya. Manakala tanggungjawab seorang isteri bagi penganut Buddha adalah mereka mesti

menguruskan rumah tangga dengan cekap selain menunjukkan kemahiran dan kerajinan dalam semua aspek. Selain itu seorang isteri wajib melayan saudara mara dan rakan-rakan suami dengan baik serta bersikap peramah. Menurut (Jusoh,2000), dalam agama Sikh, perkahwinan atau anand karaj dianggap suci. Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan, iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Si suami mestilah menyayangi dan mengasihi satu-satunya isteri yang telah mereka kahwini itu. Agama Kristian juga menggalakkan pengikutnya-pengikutnya sentiasa menaruh belas kasihan, tidak mengumpat dan tidak mengniaya orang lain. Ini terbukti dalam ayat: Berbahagialah segala orang yang menaruh kasihan, kerana mereka itu akan beroleh rahmat.. Berbahagialah kamu apabila orang mencela kamu dan menganiaya kamu sertamengumpat kamu dengan dusta oleh sebab aku.. (Matius 5:1). Kristian menyifatkan kasih sayang sebagai sifat tuhan. Ia adalah sangat penting bagi penganut Kristian untuk saling mengasihi kerana dengan itu mereka akan jadi lebih hampir dengan tuhan. Dalam kitab suci mereka ada menyatakan: Sesiapa sahaja yang tidak

berkasih sayang mereka tidak kenal tuhan, kerana tuhan itu adalah kasih sayang. Beginilah cara tuhan menunjukkan kasih sayangnya kepada kita.. Duhai sahabat, tuhan menyayangi kita, maka kita haruslah menyayangi sesama kita. Tiada sapa pernah melihat tuhan, tetapi jika kita berkasih sayang maka tuhan ada bersama kita dan melengkapkan hidup kita (John 4:7-12). Selain itu penganut kristian juga disarankan untuk berkasih sayang dengan semua orang dan tidak membenci musuh tetapi mendoakan untuk mereka. Kamu telah mendengar firman: Kasihilah sesamamu manusia dan bencilah musuhmu. Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu (Matius5:43). Teori etika yang bole dikaikan dengan nilai berkasih saying ini adalah teori etika eksistensialisme. Eksistensialisme mengikut (Balakrishnan, 2009) bermaksud

kebebasan moral bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan iaitu merangkumi aspek kebebasan; kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral. Eksistensialisme berasal daripada perkataan existent yang bermaksud wujud atau ada. Deontologikal tindakan ini dipelopori oleh Jean Paul Satre yang menegaskan bahawa sesuatu nilai mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai buruk jika ianya dipaksa. Eksistensialisme juga dikaitkan dengan pilihan moral (First Hand Choice) iaitu membuat pilihan terus dari akal rasional berdasarkan kepada sesuatu keputusan moral yang tidak universal, bersifat subjektif, dan tidak mutlak. Seperti nilai berkasih sayang, ianya merupakan sesuatu yang tidak dipaksa dan merupakan kemahuan sendiri. Contohnya seorang suami tidak dipaksa untuk menyayangi isterinya tetapi ia merupakan pilihanya sendiri.

2.4 Hidup Bersederhana Islam adalah agama yang mementingkan kesederhanaan hidup dalam segala aspek. Sifat sederhana ini mencerminkan kemurnian iman dan kesyukuran kepada Allah atas limpah nikmat kurnia-Nya yang tidak terhingga yang tidak terhitung banyaknya. sifat sederhana ini amat dititikberatkan dalam kehidupan umat Islam. Dalam

hal hidup sederhana Nabi SAW bersabda: "Makanlah, minumlah, pakailah dan bersedekahlah, jangan berlebih-lebih (boros) dan janganlah untuk bermegah-megah." (riwayat Abu Daud dan Ahmad). Seseorang yang bersifat sederhana tidak mudah ditimpa kesusahan dan kepapaan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap kesusahan orang lain yang harus dibantu. Melalui sifat kesederhanaan akan lahirlah rasa syukur, sabar, tawakal dan insaf di hati seseorang. Sifat-sifat ini juga banyak membawa kebahagiaan hidup kepada pengamal sifat ini. Imam Abu Hanifah pernah berkata, sepotong roti, segelas air dan sehelai kain yang diperoleh dengan jalan halal, lebih baik daripada hidup mewah yang kemudian menimbulkan penyesalan. Hidup menurut ukuran Islam ialah menikmati kesejahteraan di dunia dan di akhirat nanti. Demi merealisasikan harapan yang murni itu, setiap orang Islam haruslah mengamalkan sifat kesederhanaan dalam segenap segi kehidupannya. Sifat ini dipraktikkan Nabi Muhammad dan juga sahabat Baginda, sehingga mereka muncul di permukaan sebagai insan yang sewajarnya diteladani, yang cemerlang dan dirahmati Allah. Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah, sejak kecil sehinggalah saat wafatnya, ternyata Baginda tidak pernah mengecapi hidup mewah. Dalam segenap sudut kehidupan Baginda, sama ada cara berpakaian, perhiasan, dalam soal makanan dan sebagainya, berada di paksi kesederhanaan. Padahal Baginda memang mampu untuk hidup bermewah. Namun keimanan yang jitu di dada Baginda justeru mengalahkan segala-galanya. Sesungguhnya sifat ini adalah pakaian peribadi orang yang beriman sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: " Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman! (HR Abu Daud). Islam dengan tegas menegah seseorang membeli barang melebihi keperluan hidup atau berbelanja mengatasi jarum penunjuk pendapatan, lantaran akibatnya akan menimbulkan pembaziran yang dibenci Allah. Jika berbelanja melampaui batas untuk tujuan bermegah-megah, sehingga berlaku pembaziran hanya saja akan menggambarkan tingkah laku orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan sebagaimana keterangan daripada ayat Al-Quran yang bermaksud:

Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudarasaudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (al-Israk: 26 27) Sebagai manusia yang memiliki fitrah, keinginan untuk memiliki kehidupan yang serba mewah dan hebat sudah tentu menjadi idaman. Sudah tentu kita semua meninginkan tinggal di rumah yang mewah, berkereta besar, berpakaian cantik dan hal ini sebenarnya sudah tentu tidak menjadi satu kesalahan dengan syarat kita sebagai umat Islam harus berpegang kukuh kepada prinsip yang telah ditetapkan oleh para ulama supaya nilai wasathiyyah itu menjadi penghias kehidupan kita dan secara tidak langsung kita dapat meneruskan cara kehidupan yang sebenarnya seperti yang diperintah oleh Allah s.w.t serta menjadi amalan baginda Rasulullah s.a.w. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Araf (7) ayat 31 yang bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Pakailah kamu yang indah dan berhiaslah pada setiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang). Makanlah, minumlah dan janganlah pula kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak sama sekali suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (surah al-Araf,31) Hidup bersederhana dan zuhud adalah dua perkara yang berbeza dalam islam. Kedua-duanya mempunyai konsep yang berbeza, walaubagaimanapun hidup

bersederhana dan zuhud ini amat berkait rapat sekali. Apabila disebut zuhud, orang ramai terus memvisualkan keadaan yang miskin, susah, dan compang-camping. Ini adalah satu tanggapan yang salah dan tersasar jauh. Hakikatnya zuhud itu konsepnya ialah manusia itu jiwanya mengawal dan bukannya dikawal oleh wang atau harta. Kerana itu masih ramai yang keliru apabila zuhud itu disebut dalam Islam tetapi pada masa yang sama orang Islam digesa mencari kekayaan dan hidup dengan baik di dunia ini. Salah satu hadith yang menyeru kepada kehidupan secara zuhud berbunyi: Dari Sahl bin Saad As Saidi, ia berkata ada seseorang yang mendatangi Nabi S.A.W lantas berkata, Wahai Rasulullah, tunjukkanlah padaku suatu amalan yang apabila aku

melakukannya, makaAllah akan mencintaiku dan begitu pula manusia. Rasulullah bersabda, Zuhudlah pada dunia, Allah akan mencintaimu. Zuhudlah pada apa yang ada di sisi manusia, manusia punakan mencintaimu. (HR. Ibnu Majah dan selainnya). Agama Hindu dan Sikh juga berpegang pada nilai hidup bersederhana ini. Bagi penganut agama Hindu, mereka menolak kehidupan mewah kerana mereka percaya dengan mengamalkan kehidupan bersederhana, mereka akan hidup semula sebagai Brahmin. Oleh itu nilai moral ini menurut kesengsaraan, memerangi kelazatan, benci kepada kekayaan dan mengamalkan yoga. Bagi penganut agama Sikh pula, mereka mengamalkan kehidupan yang sederhana adalah kerana beranggapan ia adalah jalan menuju nirvana. Mereka diarahkan berjimat cermat dan bekerja keras untuk memenuhi keperluan. Mereka sangat berpegang pada prinsip ini dan sehingga kini, Bangsa Sikh dianggap satu bangsa yang rajin dan bekerja keras.
Teori etika yang dapat dikaitkan dalam nilai hidup bersederhana adalah teori keperibadian mulia. Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Keperibadian mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, akan tetapi menerusi latihan hingga menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan. Setiap keperibadian mulia merupakan jalan tengah iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah, buruk dan tercela. Cara yang betul ialah mengambil pendekatan secara sederhana dan pertengahan. Sama seperti nilai hidup bersederhana yang disarankan dalam kebanyakan agama-agama di dunia ini. Hidup dalam kemewahan yang melekakan adalah dilarang sama sekali. Mereka seharusnya belajar dan berlatih untuk hidup bersederhana agar mereka akan tetap merasa bahagia dan seronok walaupun dalam keadaan bersederh