Vous êtes sur la page 1sur 4

Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang digunakan dalam pembelajaran sains dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Seseorang pelajar dikira menguasai kemahiran proses sains sekiranya ia dapat memerhati, membeza, mengelas, membuat inferens dan seumpama dengannya( Lawson, A.E., 1995; Trowbridge,L.W.et.al.,1981.)

Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran proses sains dibahagikan kepada 2 jenis kemahiran iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu( Sayer,M. danAdey, P.S.,1981; Hacker dan Rowe, M.J.,1985, dan Garnett, P.J. et. Al.,1985).

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Manipulatif

Asas

Bersepadu

Kemahiran proses sains terdiri daripada pemerhatian, pengkelasan, pengukuran dan menggunakan nombor, berkomunikasi, membuat inferens, membuat ramalan dan penghubungan menggunakan ruang masa.

Perkaitan ruang dan masa Memerhati Mengelas

Berkomunikasi Kemahiran Proses Sains Asas

Membuat inferens Meramal Mengukur dan menggunakan nombor

Kemahiran proses sains bersepadu merupakan proses berfikir yang kompleks yang mengabungkan dua atau lebih kemahiran proses sains asas. Contoh kemahiran bersepadu iaitu seperti mentafsir data dan maklumat, mendifinisi secara operasi, membuat hipotesis, mengawal pembolehubah dan mengeksperimen ( mereka bentuk ujikaji ). Tiap individu perlu menguasai kemahiran proses sain asas terlebih dahulu sebelum menguasai kemahiran proses sains bersepadu. Mentafsir data

Mengenalpasti dan mengawal pembolehubah

Membentuk dan menguji hipotesis

Kemahiran Proses Sains Bersepadu

Mendefinisi secara operasi

Menjalankan eksperimen

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor yang diperkembangkan melalui penyiasatan dalam Sains.Kemahiran ini memupuk pelajar supaya dapat mengendalikan peralatan, bahan, serta specimen hidup dan bukan hidup dengan betul,selamat,cermat dan tepat.

Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. 6. Menyimpan peralatan Sains di tempat yg betul