Vous êtes sur la page 1sur 7

SOALAN UJIAN OBJEKTIF 1. Amin gemar bermain dengan dua . Kucing kesayangannya yang comel. A. Buah B. Kaki C.

Kerat D. Ekor

2. Emak menyimpan pinggan di .. almari. A. Sisi B. Dalam C. Hujung D. Celah

3. Tolong ambilkan ..segelas air, kata ayah kepada ibu A. Saya B. Awa C. Dia D. Tuanku

4. Pak Abu mengasah parang itu sehingga A. Tajam B. Berkilat C. Tumpul D. Runcing

5. Ruang tamu di rumah itu nampak .kerana dipenuhi perabot. A. Luas B. Lapang C. Teratur D. Sempit

6. Ibu memasukkan .garam dan dua ..tomato ke dalam gulai. A. Secubit.biji B. Sesudu.buah C. Secubit.keping D. Segenggam.biji

Pilih perkataan seerti dengan yang bergaris. 7. Kemalangan ngeri itu nyaris meragut tujuh nyawa. A. Dekat-dekat B. Mujur-mujur C. Hampir-hampir D. Bakal-bakal

8. Encik Kamarul sangat angkuh dengan kekayaanya. A. Hina B. Hormat C. Bangga D. Sombong

Pilih perkataan berlawanan dengan perkataan yang bergaris. 9. Bakul Mak Limah penuh dengan ikan dan sayur-sayuran A. Padat B. Berisi C. Sarat D. Kosong

10. Siti menggulung tikar mengkuang itu selepas digunakan. A. Melipat B. Memusnah C. Menyimpan D. Membentang

Pilih kata ganda bergaris yang membawa maksud tunggal 11. I II III IV Azimah menyapu daun-daun kering di halaman rumahnya. Labah-labah membuat sarang di ranting pokok. Rama-rama itu berterbangan ke sana sini di taman. Semut-semut itu berjalan sebaris membawa makanan pulang. A. B. C. D. I dan II II dan III I dan IV I, II, dan III

12. I II III IV

Kunang-kunang mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Batu-batu digunakan untuk membuat rumah. Emak menghidangkan ondeh-ondeh untuk minum petang. Sesetengah obor-obor berbisa. A. B. C. D. I,II, dan III II,III, dan IV I, III, dan IV Semua di atas

Pilih kata ganda bergaris yang membawa maksud jamak. 13. I II Bintang-bintang berkerlipan di langit malam. Pokok duit-duit hidup menjalar di pokok ara.

III Buku-bukunya tersusun rapi di dalam rak IV Zul gemar bermain kura-kura peliharaannya. A. B. C. D. I dan II II dan III I dan III II dan IV

Pilih kata ganda bergaris dalam ayat dengan membawa maksud saling. 14. I II Jangan tolak-menolak semasa hendak menaiki bas. Para tetamu beramah-mesra sementara menunggu majlis dimulakan.

III Dia tergaru-garu kakinya yang digigit nyamuk. IV Berhati-hati ketika hendak melintas jalan raya. A. B. C. D. I sahaja I dan II IV sahaja II, III, dan IV

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang dinyatakan. 15. Salina mengenakan baju kebaya biru untuk menghadiri majlis itu. A. Kehadiran Salina ke majlis itu adalah dengan memakai baju kebaya biru. B. Baju kebaya biru dipakai oleh Salina untuk menghadiri majlis itu. C. Baju kebaya biru yang dipakai oleh Salina adalah untuk ke majlis itu. D. Majlis itu dihadiri Salinan dengan memakai baju kebaya biru.. Pilih ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul. 16. A. Suara mesin itu sungguh bising B. Nasrul tidak dapat suara hasrat hatinya C. Perlahankan suara radio itu. D. Penyanyi itu mempunyai suara yang merdu. Pilih jawapan yang sesuai bagi soalan berikut. 17. Bagaimanakah keadaan ibu awak sekarang? A. Dia berada di hospital. B. Dia berada di dapur memasak nasi. C. Sehari dua ini, nampaknya dia sihat. D. Dia sudahpun bekerja semalam. 18. Siapakah yang telah berjaya memadamkan kebakaran itu? A. Kebakaran itu dipadam berjaya oleh pasukan bomba. B. Kebakaran pasukan bomba telah berjaya dipadamkan. C. Kebakaran itu telah berjaya memadamkan pasukan bomba. D. Kebakaran itu telah berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba. Isikan tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang sesuai. 19. Pertandingan melukis itu . kepada kanak-kanak berusia di bawah sembilan tahun sahaja. A. Dibuka B. Membuka C. Pembukaan D. Terbuka Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. 20. Pembantu rumah itu amat taat kepada majikannya dan menurut sahaja segala perintah mereka. A. Seperti si kudung mendapat cincin B. Seperti kerbau dicucuk hidung C. Laksana katak diharung ular D. Bagai pungguk merindukan bulan.

Berita Soalan 31-35 Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut. BATU GAJAH, 18 Mac Anak seorang petani, Intan binti Ramli tidak pernah menganggap kemiskinan sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan. Hasil usaha gigihnya, Intan memperoleh 10A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan semalam. Intan juga muncul sebagai salah seorang pelajar terbaik di negeri ini. Menurut Intan, doa restu dan pengorbanan kedua-dua ibu bapanya memberinya semangat untuk belajar dengan lebih tekun. Saya amat gembira kerana dapat menunaikan hasrat ibu bapa saya yang ingin melihat anak-anak mereka Berjaya dalam pelajaran, katanya. Intan berharap agar kejayaanya ini dapat membuka jalan untuknya mengubah nasib keluarga. Selain itu, Intan yang berpegang kepada prinsip masa itu emas dan bertangguh itu pencuri masa, mengatur jadual belajarnya sendiri dan mematuhinya dengan penuh disiplin.

31.

Apakah berita yang dipaparkan? A. B. C. D. Tentang pelajar cemerlang Tentang kejayaan pelajar miskin cemerlang dalam SPM Tentang peperiksaan SPM Tentang pelajar miskin

32.

Siapakah yang menjadi pendorong kepada Intan? A. B. C. D. Ibu bapanya Gurunya Adik-beradiknya Saudara-maranya

33.

Bilakah Intan memperoleh keputusan peperiksaan tersebut? A. B. C. D. 18.5.2003 17.5.2003 18.3.2003 17.3.2003

34.

Bagaimanakah cara Intan memperoleh kejayaan dalam peperiksaan? A. B. C. D. Berpegang kepada prinsip masa itu emas Belajar sepanjang masa Mematuhi jadual belajar yang telah dibuat Tidak membuang masa

35.

Pada pendapat kamu, apakah yang akan dilakukan oleh Intan seterusnya? A. B. C. D. Mencari pekerjaan yang baik Menjadi suri rumah Melanjutkan pelajaran ke universiti Mengajar adik-adiknya

SOALAN SUBJEKTIF Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Pak Rahim penternak puyuh. Dia mempunyai sepuluh sangkar puyuh. setiap sangkar mempunyai 120 ekor puyuh. Pak rahim dibantu oleh dua orang anaknya. Mereka membersihkan sangkar serta memberi puyuh-puyuh itu makanan dan minuman. Selain itu, mereka turut memungut telur-telur puyuh. Telur-telur puyuh dipungut untuk dijual. Ada juga yang dieram supaya menetas. Biasanya, telur puyuh akan menetas dalam masa 17 hingga 18 hari selepas dieramkan. Apabila umur puyuh itu mencapai lima hingga enam minggu, Pak Rahim menyembelih puyuh-puyuh itu untuk dijual. Daging puyuh banyak mempunyai sumber protien. 1. Apakah pekerjaan Pak Rahim? _______________________________________________________________ Pak Rahim bercita-cita untuk menjadi penternak puyuh yang berjaya. Oleh sebab itu, dia berusaha dengan untuk menambah bilangan puyuhnya. 2. Siapakah yang membantu Pakgigih Rahim mengurus penternakan puyuhnya? _______________________________________________________________ 3. Bilakah masa yang sesuai untuk menyembelih puyuh? _______________________________________________________________ 4. Berapakah bilangan puyuh yang diternak oleh Pak Rahim? ________________________________________________________________ 5. Apakah harapan Pak Rahim? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

JAWAPAN : 1. Penternak puyuh 2. Dua orang anaknya 3. Apabila umur puyuh mencapai lima hingga enam minggu 4. 1200 ekor 5. Menjadi penternak yang berjaya/ jawapan yang sesuai

Vous aimerez peut-être aussi