Vous êtes sur la page 1sur 12

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

SOALAN TUGASAN Emile Jaques Dalcroze menyatakan tahap pembelajaran dan kefahaman berkaitan dengan elemen-elemen muzik seperti irama, melodi, harmoni, bentuk, warna ton dan lain-lain boleh dipertingkatkan melalui aktiviti gerakan dengan muzik ( music and movement).Konsep sesuatu pembelajaran melalui perlakuan dan perasaan (learning by doing) dapat diimplementasikan melalui kaedah yang dicadangkan oleh beliau. (a) Nyatakan dan huraikan contoh bagaimana anda sebagai seorang guru muzik mengaplikasikan TIGA aspek utama yang dicadangkan oleh Emile Jaques Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah anda. i. Eurhythmic, ii. Improvisasi, dan iii. Solfa. (15 markah) (b) Pendekatan Emile Jaques Dalcroze boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dengan memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti berikut: i. Penumpuan, ii. Konsentrasi dan mengingati, iii. Menghasilkan semula, iv. Menukar, dan v. Automatis (involuntary action) Gabungan antara eurhythmic, solfa dan improvisasi dapat memberi impak yang besar terhadap paradigma dan persepsi pendidik muzik tentang Pendidikan Muzik kanak-kanak. Jelaskan sekurang-kurangnya LIMA fokus dan unsur yang diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran Muzik. (15 markah) [Jumlah: 30 Markah]

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

LATARBELAKANG EMILE JAQUES DALCROZE

Emilie Jaques-Dalcroze (1865-1950) dilahirkan di Vienna pada 6 Julai 1865. Keduadua ibu bapanya berbangsa Swiss. Lapan tahun kemudian keluarganya berpindah ke Geneva, Switzerland di mana Emilie belajar di Conservatory. Beliau kembali ke Vienna dan belajar daripada Anton Biukner dan Robert Fuchs. Di Paris beliau belajar daripada Leo Delibos dan Faure. Beliau adalah seorang profesor muzik yang berpengkhususan dalam bidang harmoni, solfege dan komposisi. Dalcroze memulakan karier pertamanya sebagai pengurus muzik di Algiers. Pada tahun 1892, beliau kembali semula ke Geneva dan menjadi pensyarah teori di Conservatory. Kemudian beliau dilantik sebagai profesor solfege dan harmoni. Di sinilah beliau mula membentuk sistem Gymnastique Rhythmique (pergerakan ritma sebagai pengenalan pendidikan muzik). Dari tahun 1909 hingga 1912, beliau menghabiskan kebanyakan masanya dalam membentuk kaedah eurhythmic bersama-sama dengan pakar jiwa Perancis E'douard Claparide, beliau telah membentuk satu termologi khas iaitu Pengajaran Muzik Kaedah Dalcroze (Dalcroze Method of Music Instruction). Dalam tahun 1910, dengan bantuan Wolf dan Harod, Dalcroze menubuhkan sebuah institut di Hellarau. Beliau mengajar di sana dari tahun 1911 - 1914. Dalam masa tiga tahun sahaja beliau mempunyai cawangan-cawangan di Perancis, Rusia, German, England dan Amerika Syarikat.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

PENDEKATAN DALCROZE Emile Jaques Dalcroze memperkenalkan tiga aspek dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh guru aplikasikan dalam pendidikan muzik iaitu : (i) (ii) (iii) Eurthythmic Improvisasi Solfa

Eurthythmic Dalam bahasa Yunani bermaksud `good movement atau dalam terjemahan Bahasa Malaysia memberi makna gerakan harmoni tarian mengikut melodi muzik atau mempelajari dan mengeksppresikan muzik melalui pergerakan atau gerakan badan secara berirama dan dinamik. Dalam eurthythmic murid bergerak bebas mengikut muzik yang diperkenalkan dengan pergerakan kinetic untuk membina kemahiran dalam muzik. Eurthythmic memerlukan penglibatan secara individu menyeluruh dari aspek minda, anggota badan dan emosi diri dengan perkara ini dilakukan secara aktif iaitu mendengar , merasai , berimaginasi kuat ,mengintepretasi bunyi dan bertindak secara spontan . Hasil dari pergerakan berirama ini secara tidak langsung menerapkan irama , melodi , harmoni dan bentuk di kalangan murid yang dapat mewujudkan suasana dan pengalaman pembelajaran yang bermakna.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang diajarkan di dalam kelas , guru boleh menggunakan kaedah Eurthythmic ini. Setelah murid menguasai lagu yang diperkenalkan seperti lagu Menampi Padi dengan melodi, pic dan tempo yang tepat. Guru boleh memainkan semula lagu Menampi Padi tadi dan meminta murid sendiri melakukan gerakan secara bebas namun mestilah berdasarkan lirik lagu tadi. Pergerakan di atas boleh dikombinasikan dengan kedudukan badan pada aras tinggi, rendah atau pertengahan untuk menunjukkan pertukaran berat ringan bunyi, tinggi-rendah bunyi dan kontur melodi. berpandu . Setelah itu, guru bolehlah bersama-sama murid melakukan gerakan

Setelah murid melakukan gerakan bebas, guru bolehlah berbincang dengan murid gerakan yang manakah boleh dipilih untuk melakukan gerakan yang sesuai berdasarkan lirik lagu. Dalam lirik lagu menampi padi murid boleh melakukan gerakan dengan mulakan membuat bulatan, kemudian murid-murid akan mula melakukan gerakan mengikut tempo seperti pada bar ke 4 dan ke 5 murid melakukan lenggokan ke kiri dan ke kanan menggunakan keseluruhan anggota badan Pada bar ke 8 dan ke 9 murid akan melakukan gerakan seolah-olah menampi padi dengan menggunakan gerakan tangan mengikut melodi lagu .Murid juga boleh mempelbagaikan gerakan seperti berpegang tangan dan melakukan gerakan secara berpusing mengikut bulatan dalam kumpulan tadi. Contoh dapat dilihat berdasarkan lagu di bawah.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

Secara kesimpulannya gerakan berirama yang telah murid-murid lakukan bersama telah mewujudkan suasana dan pengalaman pembelajaran yang bermakna.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

Improvisasi Merupakan gabungan atau lanjutan kepada aktiviti eurhythmic . Improvisasi ialah aktiviti yang boleh meningkatkan imaginasi dan kreativiti pelajar. Improvisasi menggabungkan melodi lagu yang asal dengan melakukan sedikit pengubahsuain pada bar-bar tertentu dengan ciptaan sendirisecara spontan sebelum melakukan improvisasi. Pengetahuan murid tentang elemen irama dan pic lagu perlu diambil kira. Aktiviti improvisasi boleh dilakukan dengan menggunakan suara , tubuh badan dan alat perkusi. Namun penggunaan piano menjadi bahan ekspresi yang paling penting kerana penggunaan anggota badan dan muzik seperti pergerakan jari dan tangan pada piano. Dalam pengajaran dan pembelajaran sebelum ini, murid didedahkan cara-cara untuk menggunakan skel, mod, gaya, ton dan bentuk muzik untuk membuat improvisasi pada bar-bar yang dipilih di dalam lagu. Dalam pengajaran dan pembelajaran selanjutnya guru meminta murid membuat improvisasi pada mana-mana bar yang murid suka dengan menggunakan lagu yang telah semua murid pelajari sebelum ini seperti lagu Menampi Padi. Ini penting supaya melodi yang akan dibuat improvisasi tidak menjejaskan melodi asal. Dalam skor melodi lagu Menampi Padi melodi pada bar ke 10 telah diimprovisasikan dari melodi asal dengan melakukan sedikit perubahan pada nilai not.

Not asal pada bar ke 10 ialah

Setelah diimprovisasikan not bertukar menjadi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

Setelah murid melakukan improvisasi , guru boleh memainkan keseluruhan irama lagu merangkumi bar lagu yang diimprovisasikan supaya murid boleh mendengar dan menilai samada bar dalam melodi lagu yang diimprovisasikan sesuai dan mengikut meter lagu yang betul.

Solfa Solfa merangkumi kemahiran mendengar , berfikir dan beritma. Ia

menggabungjalinkan pendengaran , kemahiran berfikir dan menggunakan suara untuk belajar hubungan pic. Telinga anggota badan terpenting yang dihubungkaitkan dengan bunyi manakala keseluruhan saraf dikaitkan dengan irama. Pendengaran yang baik amat diperlukan dalam `musicianship yang baik supaya ketepatan pic , perbezaan ton dan perbezaan kualiti ton dapat diperolehi. Melalui aktiviti solfa dalam pendekatan Dalcroze dapat melatih seseorang murid untuk pendengaran yang lebih tajam. Dalam pengajaran dan pembelajaran sebelum ini, pelajar telah diberi pendedahan sebelumnya bagaimana menukarkan skor melodi kepada solfa. Dalam pengajaran dan pembelajaran kali ini guru memulakan melakukan latihan menyebut solfa dalam tangganada C major dengan betul diiringi piano dan tanpa iringan piano.

Setelah habis menyebut solfa, murid akan menyanyi dahulu lagu Menampi Padi yang sebelum ini telah murid pelajari. Guru memilih not-not tertentu seperti not C, not G, not A, not C, not F berdasarkan pada skor melodi lagu dan membunyikan not tadi 7

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

dalam sebutan solfa. Secara tidak langsung latihan ini memperkembangkan pendengaran secara aktif dan meransang saraf pendengaran tentang pic, perbezaan ton dan kualiti ton. Jika terdapat murid yang tidak dapat menguasai solfa dengan pic yang betil guru bolehlah membuat latihan pic secara individu dan berulang-ulang ini dapat memberi keyakinan diri pada murid itu. Langkah akhir guru bolehlah melakukan pengukuhan dengan meminta murid menulis melodi solfa berdasarkan rangkai lagu Menampi Padi yang dipilih dan dimainkan dengan piano . Secara tidak langsung pendengaran dalaman dan kemahiran membaca skor dapat dipertingkatkan dalam diri murid-murid.

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

Soalan (b) Berdasarkan penelitian yang mendalam terhadap pendekatan yang diperkenalkan oleh Emilie Jaques Dalcroze, didapati bahawa gabungan antara eurhythmics atau pergerakan berirama dengan solfege menghasilkan improvisasi. Melalui improvisasi, sentuhan dan citarasa individu dapat dihasilkan dalam ciptaan sendiri yang kreatif berdasarkan kepada kegiatan-kegiatan eurhythmics dan solfege. Secara amnya, aplikasi pendekatan Dalcroze di dalam bilik darjah memfokuskan kepada aktiviti berikut: penumpuan (pay attention); konsentrasi dan mengingati; menghasilkan semula (reproduce); menukar (change); dan automatis (involuntary action). Kesemua aktiviti ini dilakukan melalui pergerakan fizikal yang melibatkan aural (pendengaran), kinestetik (tangan/ suara), visual (penglihatan) dan kreativiti. Gabungan penekanan terhadap eurhythmics , solfege dan improvisasi seperti yang diperdengarkan oleh Dalcroze telah memberi impak yang besar terhadap paradigma dan persepsi pendidikan muzik kanak-kanak. Antara fokus dan unsur-unsur yangdiberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran muzik ialah: i. Kanak-kanak secara semulajadi memang suka bergerak dan mereka seronok melakukan apa saja. Dengan demikian, pendekatan Dalcroze menggalakkan mereka meneroka pengunaan ruang , masa, tenaga, tempo atau kelajuan yang pelbagai sewaktu melakukan pergerakan. Contoh: Bergerak dengan cepat

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

(berlari), lambat (berjalan) atau berjalan secara berjingkit-jingkit sebagai aktiviti penerokaan dan penggunaan ruang. Melompat, meniarap, berguling, mencangkung dan sebagainya untuk mencari pengalaman baru menggunakan semua anggota tubuh badan untuk bergerak.

ii.

Kreativiti diberi penekanan dalam program eurhythmics di mana keupayaan dan kebolehan melakukan sesuatu yang berbeza di kalangan murid-murid dipertingkatkan. Selain pelajar belajar untuk mengimprovisasikan dalambentuk pergerakan , ekspresi kreatif juga boleh disalurkan melalui media yang berbeza seperti penggunaan suara , alat perkusi, piano, alat tiup kayu , brass dan alat bertali. Setiap murid mempunyai imaginasi , persepsi dan pemahamannya sendiri tentang lagu yang diperdengarkan . Oleh itu, murid perlu diberi kebebasan untuk melahirkan kreativitinya. Guru boleh membantu murid mempelbagaikan pergerakan seperti penggunaan alat perkusi yang dimainkan bersama irama lagu

iii.

Murid-murid digalakkan untuk meneroka , menguji, mencuba dan mencari jalan baru dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar. Penggunaan bahan bantu belajar seperti bola,riben keratan muzik yang pelbagai bentuk , genre , rentak dan irama digalakkan jika ia menjadi satu ransangan untuk melakukan pergerakan yang lebih dinamik. Bahan Bantu boleh dipelbagaikan sebagai membantu murid supaya lebih memahami irama lagu, melodi ,pic dan sebagainya. Penerokaan pelbagai alat ini guru boleh mencadangkan kepada murid membuat alat sendiri seperti memasukkan pasir ke dalam tin yang dapat mengeluarkan bunyi yang menarik sesuai dengan lagu Menampi Padi.

iv.

Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran , pendidik muzik harislah memikirkan langkah-langkah dan aktivit-aktiviti yang bersesuaian dengan

10

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

peringkat kematangan murid , kesediaan murid dari segi fizikal dan mental, bilangan semua murid di dalam kelas dan pengalaman sedia ada murid. Pemilihan bahan Bantu mengajar yang akan digunakan dalam pergerakan haruslah berfungsi, menarik, mencukupi , berkesan dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah diimprovisasikan. Penggunaan program Sibelius boleh diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran. . Contoh guru menggunakan Program Sibelius dan disambung pada LCD untuk dipertontonkan pada kesemua murid.

v.

Pendidik muzik yang berkebolehan dalam melakukan pergerakan berirama samada dalam bentuk demonstrasi atau melakukan sesuatu pergerakkan bersamasama murid-muridnya adalah satu kelebihan. Penyertaan pendidik bersama muridmuridnya dalam sesuatu aktiviti akan menjadi satu motivasi dan ransangan kepada murid. Penglibatan guru dalam melakukan pergerakkan berirama sangat menggembirakan murid. Selain itu , memberi impak yang baik untuk murid lebih memahami irama lagu yang dinyanyikan seperti lagu Menampi Padi.

11

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA III

HBMS 2203 PENDIDIKAN MUZIK

RUJUKAN________________________________________________________.

HBMS2203SMP Pengajaran Muzik III. Universiti Terbuka Malaysia Elsa, F. (1971). Rhythm and Movement applications of Dalcroze eurhythmies. N Jersey: Summy-Birchard Music Princeton. Lois, C. (1991). Teaching Music Effectively in the Elementary School. New Jers Prentice Hall Inc. http://cnx.org/content/m11647/latest/

12

Vous aimerez peut-être aussi