Vous êtes sur la page 1sur 8

Laporan Eksperimen 1- Pengukuran Dalam Kehidupan Seharian Tarikh: 3 Mac 2013 Aktiviti 1: Mengukur panjang / saiz / diameter Tujuan

: Untuk mengambil dan membandingkan ukuran dengan menggunakan pelbagai jenis instrument pada tahap kepersisan dan kejituan berbeza dengan menggunakan pelbagai jenis alat pengukur. Alat / Bahan : Pembaris meter, pita ukur, jangka lengkung venier dan tolok skru micrometer. Teori : Semua ukuran dalam sains merupakan anggaran nilai yang sebenar. Apabila menggunakan satu alat pengukur untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah, beberapa bacaan akan diambil. Beberapa bacaan akan diambil untuk mengelaskan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan benda yang diukur, contohnya ketidaksempurnaan diameter tiang kaki retort, iaitu diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama. Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan iaitu kepersisan, ketepatan dan kepekaan. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat memberi bacaan yang konsisiten pada setiap kali ukuran dibuat. Ketepatan suatu ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai. Kepekaan suatu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil. Antara alat-alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ialah pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru mikrometer. Prosedur : 1. Menyediakan bahan-bahan eksperimen yang hendak diuji. 2. Dengan menggunakan pembaris meter, pita ukur, jangka lengkung vernier dan tolok skru micrometer, ukur panjang dan tebal cermin, diameter tiang kaki retort, dan bahan yang bersesuaian.

3. Mengambil bacaan ukuran panjang pada setiap instrument yang diuji. 4. Bacaan ukuran pada setiap instrument diulangi sebanyak 3 kali bacaan. 5. Semua bacaan yang diambil direkodkan seperti dalam jadual.

Keputusan : Pembaris Meter Objek 1 Tebal cermin Diameter tiang kaki retort Rambut 0.3 0.6 0.0 Diameter / cm 2 0.3 0.6 0.0 3 0.3 0.6 0.0 0.3 0.6 0.0 Purata cm

Keputusan : Angkup Vernier Objek 1 Tebal cermin Diameter tiang kaki retort Rambut 0.32 0.65 0.0 Diameter / cm 2 0.31 0.63 0.0 3 0.29 0.64 0.0 0.31 0.64 0.0 Purata cm

Keputusan : Tolok Skru Mikrometer Objek 1 Tebal cermin Diameter tiang kaki retort Rambut 3.13 6.54 0.722 Diameter / cm 2 3.12 6.52 0.723 3 3.11 6.56 0.723 3.12 6.54 0.723 Purata cm

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran :

1. Daripada ketiga-tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang, yang paling persis atau yang paling tepat ? Alat pengukur yang paling persis atau yang paling tepat untuk mengukur pangjang ialah tolok skru mikrometer.

2. Jika seseorang pelajar menggunakan pembaris meter untuk mengukur ketebalan sesuatu objek, adalah realistik untuk beliau mencatat bacaan sebagai 4.32cm. Jelaskan mengapa ? Adalah tidak realistik bagi seseorang pelajar untuk mencatat ukuran sebagai 4.32cm kerana kepekaan pembaris meter ialah 0.1cm. Oleh itu, bacaan ukuran tersebut tidak jitu.

Aktiviti 2 Pengukuran Jisim

Tujuan

: Untuk mengambil dan membuat perbandingan berat jisim dengan menggunakan pelbagai jenis imbangan bagi beberapa objek yang disediakan dengan tujuan untuk mencari berat jisim yang paling tepat.

Bahan

: Imbangan beam, imbangan elektronik, satu sudu teh pasir dan bekas pensel.

Teori / Pengenalan :

Jisim sesuatu objek adalah kuantiti jisim dalam objek tersebut. Antara alat-alat pengukur yang digunakan untuk menyukat jisim ialah neraca tiga palang / alur/beam, dan imbangan elektronik. Jisim sesuatu objek itu adalah sama seperti jisim standard yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan imbangan untuk jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti ( jisim objek adalah sentiasa tetap ).

Prosedur : 1. Menyediakan bahan-bahan eksperimen yang hendak diuji. 2. Dengan menggunakan imbangan beam dan imbangan elektronik, ukur jisim beberapa objek yang disediakan. 3. Bacaan jisim pada setiap instrument diulangi sebanyak 3 kali bacaan. 4. Semua bacaan yang diambil direkodkan seperti dalam jadual.

Keputusan : Imbangan tiga palang / alur / beam Objek 1 Bekas pensel ( Ralat Sifar : + 0.40g ) 125.35 Jisim / g 2 125.30 3 125.30 125.32 Purata g

Objek 1 Bikar + Pasir Pasir ( Ralat sifar : + 0.40g ) Jisim bikar kosong 98.25g 164.40 66.15

Jisim / g 2 164.60 66.35 3 164.45 66.20

Purata g

164.48 66.23

Keputusan : Imbangan Elektronik Objek 1 Bekas pensel ( Ralat Sifar : + 0.40g ) 125.34 Jisim / g 2 125.34 3 125.33 125.34 Purata g

Objek 1 Bikar + Pasir Pasir ( Ralat sifar : + 0.40g ) Jisim bikar kosong 94.24g 165.18 70.94

Jisim / g 2 165.18 70.94 3 165.18 70.94

Purata g

165.18 70.94

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran :

1. Daripada kedua-dua alat pengukur yang digunakan untuk mengukur/ menyukat jisim, yang manakah paling persis atau paling tepat ? Terangkan. Daripada kedua-dua alat pengukur yang digunakan untuk mengukur/ menyukat jisim, yang paling persis atau paling tepat bacaannya ialah alat pengukur imbangan elektronik berbanding dengan alat pengukur imbangan tiga palang/alur/beam. Ini kerana bacaan ukuran bagi imbangan elektronik adalah lebih tepat bacaannya dengan nilai sebenar. 2. Namakan alat timbangan yang digunakan untuk mengukur jisim dalam kehidupan seharian. Alat timbangan jisim yang digunakan untuk mengukur jisim dalam kehidupan seharian ialah neraca tuas, neraca jarum berskala dan neraca lengan gantung.

3. Apakah yang telah anda belajar daripada aktivit di atas ? Apabila menggunakan satu alat pengukur beberapa bacaan akan diambil untuk mendapatka suatu anggaran yang munasabah. Bacaan perlu diambil beberapa kali untuk mengelakkan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan benda yang diukur, contohnya ketidaksempurnaan diameter kaki retort, iaitu diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama. Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan iaitu ketepatan, kejituan, dan kepekaan alat pengukur. Ketepatan ialah kebolehan sesuatu alat memberi bacaan yang konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Kejituan suatu ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai. Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang

kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil. Sebelum mengukur atau menyukat sesuatu objek ralat harus dielakkan serta memastikan terdapat atau tidak ralat sifar bagi alat pengukur tersebut. Aktiviti 3 Pengukuran Isipadu Tujuan : Untuk mencari ukuran isipadu yang paling tepat dengan menggunakan pelbagai silinder penyukat yang berbeza saiz. Bahan : satu ukuran isipadu larutan disediakan dan silinder penyukat yang berbeza saiz. Teori / Pengenalan : Isipadu cecair merujuk kepada kuantiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan non standard units atau dengan kata lain unit bukan piawai dan standard units yang membawa maksud unit piawai dalam millimeter ( ml ) atau ( l ) dalam sistem metrik yang selalu digunakan di sekolah rendah. Penyiasatan jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz. Dalam konteks kehidupan seharian, kita boleh menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan seperti botol air mineral, pasu, mangkuk dan lain-lain untuk membuat ujikaji tentang pengukuran muatan yang terkandung dalam sesuatu bekas. Antaranya alatan untuk menyukat jisim adalah seperti bikar, jug penyukat.

Prosedur :

1. Dengan menggunakan silinder penyukat yang berbeza, ukur isipadu yang disediakan. 2. Ulangi ukuran anda. 3. Jadualkan keputusan anda.

Keputusan : Objek 1 Bikar (2000ml) Silinder penyukat (250ml) 256 250 Isipadu / ml 2 255 250 3 255 250 255.33 250 Purata ml

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran :

1. Daripada kedua-dua alat pengukur yang digunakan untuk mengukur isipadu, yang manakah paling persis? Yang paling tepat? Terangkan. Alat pengukur paling persis dan tepat untuk mengukur isipadu ialah silinder penyukat. 2. Namakan peralatan yang boleh digunakan untuk mengukur isipadu dalam kehidupan seharian.

Peralatan lain yang boleh digunakan untuk menyukat isipadu dalam kehidupan seharian ialah jug air, cawan, sukatan beras dan botol air mineral.

3. Apakah yang telah anda belajar dariapda aktiviti di atas?

Bacaan isipadu bagi silinder penyukat tidak semestinya sama dengan bacaan pada bikar bila cecair dipindahkan.

Vous aimerez peut-être aussi