Vous êtes sur la page 1sur 3

Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil

hati Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga senduduk Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu mati Walaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan Dihembus angin jatuh ke bawah Ilmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuah Tumbuh melata si pokok tebu Pergi pasar membeli daging Banyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdinding Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kena Jagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukat Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satu Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut Ditiup angin dari Selatan Layar dikembang kemudi dipaut Kalau tak laju binasa badan Padi segemal kepuk di hulu Sirih di hilir merekap junjungan Kepalang duduk menuntut ilmu Pasir sebutir jadikan intan.

Vous aimerez peut-être aussi