Vous êtes sur la page 1sur 17

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN DEFINISI KECURANGAN KECURANGAN DI DALAM RUMAH TANGGA DAN KELUARGA JENIS-JENIS KECURANGAN FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG

KECURANGAN FAKTOR-FAKTOR KECURANGAN DARIPADA SUAMI ISTERI KESAN-KESAN KECURANGAN CARA-CARA MENGATASI KECURANGAN TIPS-TIPS ALAM RUMAH TANGGA KESIMPULAN BIBLIOGRAFI RUJUKAN 2 3 4 5 6 7 8 9 13 15 16 17

PENGHARGAAN
1

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dan juga segala puji bagi Allah SWT saya merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga atas segala anugerah-nya kerana dengan izin-Nya saya telah menyempurnakan tugasan individu Pengantar Perkhawinan dan Keluarga mengenai kecurangan untuk subjek tangga. rumah

Alhamdullilah,walaupun pada awalnya semasa saya melakukan tugasan telah menhadapi beberapa masalah untuk mencari bahan rujukan tetap akhirnya berjalan dengan lancar.

Dikesempatan ini,saya

mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi

subjek Pengantar Perkhawinan dan Keluarga Islam Puan Suhaya Binti Deraman dari Falkulti Sains Sosial dan Sastera kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menbuat kajian mengenai tajuk ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan Diploma Kaunseling semester 5 yang lain. Walaupun kami semua mendapat beberapa kesulitan semasa menjalankan kajian ini,namun atas kerjasama dari semua pihak akhirnya kami dapat menyelesaikan masalahmasalah yang timbul.

Sekali lagi ucapan jutaan terima kasih dan kami ingin memohon maaf diatas segala kesilapan dan kelemahan di sepanjang menjalankan tugasan yang Puan Suhaya berikan ini kepada kami. Segala kerjasama dan pengorbanan dari semua pihak amat kami kenang buat selamanya.

DEFINISI KECURANGAN

Di dalam kamus pelajar edisi kedua, antara maksud curang ialah tidak lurus, tidak jujur, khianat, menipu, tidak setia dan sebagainya. Perkataan curang ini bukan sahaja digunakan di dalam sesuatu perhubungan atau ikatan tetapi ianya juga boleh digunakan untuk perkara yang lain seperti contoh didalam perniagaan jika pemegang saham menipu kewangan syarikat ianya juga boleh di anggap kecurangan terhadap pemegang saham yang lain.

Istilah curang secara lazimnya dikenali sebagai tidak mempunyai kesetiaan dalam perhubungan. Ia tidak kira dalam sebuah perhubungan sebelum di ijab kabul atau semasa berumah tangga merupakan racun yang amat kuat hingga terkadang boleh memusnahkan dan menghancurkan pertalian tersebut. ( Menurut laman web, http://www.wikipedia ensiklopedia bebas.gov.com )

Selain daripada itu, perkataan curang atau kecurangan ditakrifkan sebagai kehadiran orang ketiga yang dikatakan punca utama berlaku penceraian di kalangan umat islam. Faktor lain ialah poligami, kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan seperti kesuburan, masalah hutang, ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja, kerjaya yang terlalu tinggi, cemburu buta, kurang didikan moral, penderaan dan pengabaian. ( Menurut Tuan Awang Musa,Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Berita Harian 7 MAC 2012 ).

KECURANGAN DI DALAM PERKAHWINAN DAN KELUARGA

Terjadinya kecurangan ini kebiasaanya apabila menpunyai ikatan (suami, isteri) tetapi pada masa yang sama menjalinkan hubungan dengan orang lain atau dikenali orang ketiga yang tiada menpunyai ikatan. Contohnya: si suami berlaku curang kepada isterinya dengan menjalinkan hubungan dengan perempuan lain,begitu juga dengan sebaliknya.

Di dalam masyarakat melayu sudah lama berlaku kecurangan sehingga mereka menggunakan pantun sebagai cara menunjukkan perbuatan ini pada masa itu. Salah satu contoh pantun ialah:

sayang buah kepayang, di makan mabuk di buang sayang

Bermaksud : keadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang.

Secara umumnya, kecurangan ialah berlakunya perhubungan sama ada dari sudut perasaan,perbuatan dan sebagainya dengan pihak ketiga yang tidak menpunyai apa-apa ikatan perkahwinan. Konsep kecurangan untuk setiap kaum, agama atau negara lain hampir sama maksudnya.
4

JENIS-JENIS KECURANGAN

Kecurangan yang berlaku dalam perhubungan juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu kecurangan emosi dan kecurangan seksual. Kecurangan seksual ialah perlakuan seksual yang berlaku di luar perkahwinan. Ia boleh berlaku tanpa melibatkan perasaan cinta. Manakala, kecurangan emosi pula berlaku apabila seseorang bercinta dengan seseorang yang bukan pasangannya. Ia biasanya bermula dengan perkongsian pendapat seperti bertukar-tukar fikiran atau chatting di Internet. Kemudian mereka mula berkongsi perasaan dan berbicara tentang sesuatu yang lebih peribadi. Oleh hal yang demikian, lamakelamaan perasaan tersebut menjadi semakin dalam dan akhirnya membawa kepada fasa keintiman. Justeru itu, kes ini lebih banyak berlaku dan lebih bahaya adalah perlakuan seksual yang berlaku di luar perkahwinan. Ia boleh berlaku tanpa melibatkan perasaan cinta.
5

Sejurus itu, terdapat tanda amaran melalui pakar mengatakan, curang merupakan petanda bagi sesebuah perkahwinan yang bergolak dan bukannya penyebab kepada pergolakan tersebut. Ia juga adalah wake-up call untuk pasangan mengembalikan hubungan mereka. Langkah pertama ialah dengan mendedahkan kecurangan tersebut, ini kerana sekiranya cuba ditutup akan menjadi semakin barah, walaupun tidak ramai pasangan yang akan mendedahkan kecurangan masing-masing.

Perlakuan curang turut mencorak tingkah laku pasangan yang melakukannya. Oleh itu, setiap seorang perlulah benar-benar peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku pasangan masing-masing. Tambahan lagi, sekiranya ibu bapa boleh mengetahui yang anak mereka dilamun cinta, inikan pula pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga sekian lama.

Hakikatnya, dalam pengisian perkahwinan tidak ada mana-mana pasangan yang berkahwin mengharapkan pasangannya berlaku curang. Sekiranya kedua-dua jenis kecurangan ini tetap berlaku kedua-dua pihak perlu melaluinya dengan tabah, dan sedia berubah ke arah kebaikan. Tuntasnya, kecurangan tidak bermakna berakhirnya sebuah perkahwinan.

FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG KECURANGAN

Kecurangan dalam rumah tangga juga berlaku adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah kehidupan terlalu dikongkong oleh pasangan di antara suami dan isteri.Ini turut memberi kesan kepada kecurangan kerana pasangan akan menimbulkan rasa ketidakselesaan dalam perhubungan hasil daripada kongkongan yang timbul dalam sesebuah perhubungan. Selain daripada itu, kerap berprasangka buruk dan menimbulkan rasa curiga dan meragui kejujuran pasangan adalah titik permulaan kepada kecurangan rumah
6

tangga.Perasaan negatif yang wujud dalam diri pasangan seperti prasangka dalam perhubungan, tidak pandai mengambil hati pasangan, dan tidak pandai memainkan peranan masing-masing dalam perhubungan membawa kepada kecurangan. Tambahan lagi, apabila ada pasangan yang sudah berumah tangga menjalani kehidupan tinggal berasingan atas urusan tertentu, akan mengalami kurang kasih sayang dan belaian mesra daripada pasangan an komunikasi dua hala yang jarang berlaku anatara pasangan akan menghambarkan perhubungan hingga mampu mencetuskan simptom-simptom kecurangan yang merupakan racun dalam sesebuah perhubungan. Perhubungan yang rapuh kesan daripada kecurangan adalah disebabkan ego pasangan yang tidak berjaya di kawal dengan cara yang baik. Setiap pasangan pasti menginginkan sesuatu yang terbaik di dalam sesebuah perhubungan terutama bagi pasanagan yang telah mendirikan rumah tangga. Maka, di dalam diri pasangan mestilah menjauhkan sifat ketidaksetiaan kerana ia merupakan salah satu ruang bagi membuka permasalahan curang. Ianya akan berlaku tanpa dijangka lebih-lebih lagi apabila kemunculan atau kehadiran kekasih lama yang mungkin membawa pengaruh kepada hati pasangan sama ada si isteri. Justeru, sebaik- baiknya ia perlu dielakkan bagi memperoleh kehidupan yang sempurna dalam menjalani perhubungan sebagai suami atau isteri. Tuntasnya faktor utama yang membawa kea rah kecurangan ialah kurang penghayatan nilai keagamaan yang menjadi punca hati kedua-dia pasangan kosong tanpa pengisian yang berkualiti seperti tidak mengamalkan cara kehidupan sebagai seorang islam seperti berpegang dengan ajaran Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan terbaik membina perhubungan yang sempurna. FAKTOR-FAKTOR KECURANGAN DARIPADA SUAMI DAN ISTERI Lazimnya, faktor-faktor yang paling utama berlakunya kes-kes kecurangan adalah daripada kedua-dua pihak itu sendiri iaitu suami dan isteri kerana ini adalah kehendak mereka. Terdapat dua perbezaan yang dapat kita huraikan iaitu faktor-faktor yang datang daripada suami dan faktor-faktor yang datang dari isteri. Antaranya ialah: a) Faktor-faktor yang datang dari suami ialah : Daripada segi nafkah zahir yang diberi oleh suami tidak mencukupi.
7

Suami gemar mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain Suami lemah tenaga batin. Suami mempunyai sikap panas baran dan selalu meninggikan suara dengan isteri. Keganasan rumah tangga.

b) Faktor-faktor yang datang dari isteri : Isteri enggan melakukan hubungan kelamin dengan suami. Isteri anti poligami dan tidak mahu dimadukan Isteri melawan cakap suami. Isteri sering sakit atau mandul. Isteri pilihan ibu bapa.

KESAN-KESAN KECURANGAN Terdapat beberapa kesan kepada kecurangan iaitu hilang semangat dan keyakinan diri, mengalami kekecewaan yang melampau sehingga mampu memudaratkan diri. Ini bolh di lihat di dada akhbar yang sering menyiarkan berita berkenaan kes bunuh sama ada di bunuh atau membunuh diri kerana curang atau berlakunya kecurangan. Tekanan perasaan yang dihadapi oleh pasangan yang akan menyebabkan gangguan emosi dan mental. Selain itu juga, kesan daripada komunikasi kan menjejaskan komunikasi dua hala iaitu antara si suami dan si si isteri. Antaranya ialah :
8

Perhubungan semakin hambar Kerap tercetus pergaduhan sesama pasangan. Anak menjadi korban dan kurang mendapat kasih sayang serta perhatian. Tambahan lagi, kesan atau implikasi daripada permasalaha kecurangan ialah anakanak akan kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa kerana ibu bapa mereka mengalami permasalahan dalam perhubungan iaitu kecurangan. Oleh hal yang demikian, anak-anak akan terarah kepada masalah kebejatan sosial yang akan menambah kerumitan dalam permasalahan yang dihadapi. Hubungan dengan keluarga pihak mertua juga akan semakin tipis renggang hasil daripada masalah yang di hadap kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri. Walaubagaimanapun, permasalahan kecurangan dalam rumah tangga akan menjadi barah yang kritikal dalam perhubungan sekiranya tidak dirawat dengan sempurna atau menggunakan alternatif yang baik. Jika masalah kecurangan ini di pandang enteng atau sepi oleh pasangan dalam perhubungan akan menjadi buah mulut atau umpatan masyarakat. Ironinya,implikasi atau tamparan yang bakal dihadapi oleh pasangan yang telah mendirikan rumah tangga ialah mengalami keruntuhan rumah tangga, ianaya dapat dilihat melalui permasalahan yang timbul antara suami isteri dan anak- anak yang menjejaskan dari pelbagai aspek contoh member kesan pada prestasi pembelajaran anak-anak di sekolah atau institusi pengajian tinggi, dan turut mempengaruhi prestasi pekerjaan suami dan isteri.

CARA-CARA MENGATASI KECURANGAN

Bagi mengatasi atau mengurangankan kes-kes kecurangan ini, kedua-dua pihak atau salah satu pihak perlu pandai untuk memahami dan mengambil perhatian pasangan mereka dengan melahirkan rasa cinta dan menberikan layanan yang sepatutnya. Terdapat dua cara atau pandangan bagi melahirkan rasa cinta di dalam hubungan suami dan isteri iaitu melalui Pandangan Barat dan Pandangan Islam.
9

a) Menurut Pandangan Barat Cinta dilihat adalah satu keperluan penting sebagai perkara yang perlu bagi memenuhi keperluan hidup individu. Sebab itu cinta dilihat sebagai kerjasama yang dapat menbawa kepada keperluan yang mendesak dan melibatkan emosi cemburu bagi memilikinya. Menurut Spinoza (1677) cinta melibatkan kesedaran individu kepada pasangan, dan pada masa yang sama cuba memenuhi keperluan sendiri. Ini menunjukkan bahawa cinta dan layanan yang sepatutnya penting di dalam rumah tangga kerana ianya adalah satu keperluan yang wajib. Jika setiap pasangan mahir mengekpresikan cinta mereka, kemungkinan peratus kes kecurangan dapat di kurangkan atau tidak berlaku langsung. Beverly Fehr adalah pengkaji berpengalaman yang berkaitan dengan pengertian cinta pada tahun 1988. Dia bertanya terus kepada pasangan-pasangan yang ditemuinya. Pengertian cinta yang diperoleh melalui definisi cinta pasangan Barat yang dia temui antaranya ialah: Mengambil berat Pelukan Ciuman Erat Belaian Peka Persahabatan Sentiasa berada di sisi Ikatan Melakukan sesuatu untuk pasangan Kegembiraan
10

Berpegangan tangan Keperluan seks Memahami jujur

11

b) Menurut Pandangan Islam Hikmah perkhawinan dapat dilihat apabila setiap individu meneliti dan menghayati erti sebenar perkhawinan. Pasti tiada orang yang menundanya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Perlu difahami, pernikahan adalah perjanjian berat yang bertujuan menyempurnakan kesucian diri dan jiwa pasangan suamiisteri. Antara hikmah perkhawinan yang sangat besar kesannya kepada kehidupan: 1. Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram. 2. Memelihara keimanan dan takwa. 3. Menghalang dan menghindarkan maksiat. 4. Membawa berkat kepada rezeki. 5. Mengembangkan keturunan. Mulakan hidup berumah tangga dengan kemesraan dan kasih saying. Biasanya tabiat ringan tulang dalam membantu urusan rumah tangga yang ditangani oleh isteri. Sentiasa menghidupkan budaya berbincang dan berterus-terang, atas asas kasih sayang. Memandangkan perkahwinan adalah janji setia menuju cita-cita kebahagian bersama, setiap perkara yang berlaku perlu dilalui bersama. Setiap aktiviti kehidupan selepas berumah tangga perlu dikongsi secara harmoni. Suami berperanan memimpin, melindungi, dan menenteramkan. Sementara isteri pula berperanan melaksanakan dan menyempurnakan kewajiban dalam rumah tangga. Selepas perkongsian tugas dipenuhi dengan baik, isteri sewajarnya bersyukur dan menghargai suami. Begitu juga dengan suami, sebagai tanda kesyukurannya perlu menghargai penat lelah isterinya. 1. Bagi memelihara keutuhan dan keharmonian yang baru terbina. 2. Semestinya saling memahami tabiat dan tingkah laku masing-masing. 3. Sentiasa mengelakkan buruk sangka dan mencurigai kejujuran pasangan. 4. Mengalah untuk kepentingan bersama.

12

Kebahagiaan hanya berkekalan sekiranya kita tabah dan gigih memelihara unsurunsur yang menerbitkan kebahagiaan itu sendiri. Unsur-unsur yang dimaksudkan adalah iman, cinta, mawaddah, rahmat, amanah, dan sabar. Memahami pernikahan dan hidupberumah tangga adalah penerus dan kesinambungan yang memelihara cinta, berbagai usaha perlu dilaksanakan bagi mengekalkan kesegaran cinta. Antaranya yang mudah dilakukan: 1. Menberikan pujian. 2. Saling menghargai dan menghormati. 3. Sentiasa bersangka baik. 4. Menjaga kesetiaan semasa berjauhan. 5. Mengawal sikap cemburu. 6. Menutupi aib dan rahsia suami isteri. Seorang ulama berkata, isteri yang baik dapat mendatangkan iham kepada suami. Isteri yang cerdas membangun perhatian suaminya. Namun, isteri yang penuh kasih-sayang dan lemah lembut dapat menguasai suaminya.

13

TIPS-TIPS ALAM RUMAH TANGGA. Menurut Fatimah Syarha Mohd Nordin di dalam bukunya Pemilik Cintaku, terdapat tips-tips atau cara-cara untuk memiliki syurga dunia di alam rumah tangga. Antaranya ialah: Menjaga keberkatan. Memanjakan pasangan dengan panggilan yang disukai. Selalu berkongsi rasa dan cinta. Bersegera memenuhi permintaannya. Bergurau-senda dan bercanda, bermain dan bercengkerama. Memuji dan menyanjung. Menberikan penghargaan dengan ikhlas. Berhias. Melayan dengan baik. Memujuk pasangan apabila dia sedang beremosi. Meminta pertolongan dengan cara yang baik. Berahlak baik. Berpada dan reda dengan apa yang ada. Taat pada pasangan. Selalu menambah rasa cinta.

14

Walau bagaimanapun, terdapat juga pantang larang dalam hubungan suami isteri yang perlu diketahui. Ini perlu kerana bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak di ingini. Antaranya ialah: Berlebih-lebihan dalam memberi gambaran dan pujian yang menggiurkan tentang orang lain. Melontarkan kritikan pedas dan tidak menghargai pendapat pasangan. Mencela usahanya atau kebaikan yang cuba dibuat olehnya. Mengangkat suara dengan keras. Membazir-bazir dengan harta pasangan. Berdusta. Menghina dengan ungkapan kotor. Mengungkit-ungkit pemberian. Membocorkan rahsia rumah tangga. Sering merasakan diri tidak tidak bersalah, selalu betul. Menberikan ancaman penceraian. Tidak bermesra ketika isteri didatangi haid. Menyambut kedatangan pasangan dengan pelbagai ungkapan masalah. Isteri menampakkan auratnya pada lelaki lain. Sering meninggalkan isteri sendirian tanpa sebab-sebab yang kukuh. Tidak menghiraukan perasaan pasangan. Menzalimi pasangan.

15

KESIMPULAN Rumusan yang boleh disimpulkan mengenai tajuk kecurangan ini ialah kegagalan suami atau isteri dalam mentadbir atau mengurus rumah tangga bukanlah alasan untuk beralih kasih. Di sini ingin dijelaskan sekiranya isteri berlaku curang terhadap suami, maka isteri perlu keluar daripada perkahwinan. Begitu juga dengan suami. Jika isteri tidak dapat dipegang dengan cara makruf, maka perlu dilepaskan mereka secara baik. Firman Allah SWT bermaksud: ...maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik... (Surah al-Baqarah: 231). Selain daripada itu, perkahwinan memerlukan pengisian berkualiti dari aspek emosi, material dan kerohanian. Jiwa yang sentiasa dipenuhi tidak akan terlintas untuk berlaku curang, serta memperbaiki komunikasi untuk memberi sepenuh perhatian terhadap pasangan. Setiap permasalahan yang berlaku pasti ada penyelesaiannya begitu juga berkaitan kes kecurangan ini. Penerapan unsur-unsur keagamaan juga amat penting dalam kehidupan berumah tangga. Ianya boleh dijadikan rencah dalam menyedapkan rasa. Melalui pengaplikasian solat berjemaah di rumah, membaca Al Quran dan pengamalan amalanamalan sunnah dalam kehidupan serta berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah, pasti menjadi keperluan dan penerang di dalam rumah tangga. Maka, kecurangan dalam rumah tangga dapat dielakkan dan perkara yang dititik beratkan ialah niat ikhlas menerima pasangan dalam pelbagai situasi serta saling memperbaiki diri demi keharmonian rumah tangga, bukannya berterusan melakukan kesilapan yang sama.

BIBLIOGRAFI
16

Fatimah Syarha Mohd Nordin. 2009.Pemilik Cintaku: Setelah ALLAH dan RASUL. TELAGA BIRU SDN BHD Rozumah Baharudin & Rumaya Juhari. 2002. Pengantar Perkahwinan dan Keluarga. UPM Ummu Anas. 2012. Istikharah Cinta. PTS MELLENNIA SDN BHD. Zamri Mohd. 2011. Semurni Kasih Adam Seutuh Cinta Hawa. PTS MELLENIA SDN BHD. Zaharuddin Mohamad. 2010. Majalah Solusi. TELAGA BIRU SDN BHD.

17

Vous aimerez peut-être aussi