Vous êtes sur la page 1sur 17

Topik

Keusahawanan Dari Perspektif Islam

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Mengenal pasti pendekatan Islam terhadap keusahawanan; Membincangkan kedudukan perniagaan dan usahawan; Membincangkan kepentingan etika keusahawanan; Mengenal pasti sifat peribadi usahawan Muslim; dan Mengenal pasti etika usahawan Muslim dan luas pasaran, sasaran pengguna dan dasar kerajaan.

PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendekatan Islam terhadap keusahawanan. Antaranya ialah kesepaduan, fitrah Islam, dorongan, ibadah dan kedudukan perniagaan dan usahawan dalam Islam.

6.1

PENDEKATAN ISLAM TERHADAP KEUSAHAWANAN

Islam merupakan satu cara hidup atau agama yang dapat mengurus seluruh aspek kehidupan manusia. Islam melihat ekonomi sebagai sebahagian daripada sistem kehidupan yang menyeluruh. Islam mempunyai nilai Allah, maka semua aspek kehidupan manusia yang meliputi aktiviti ekonomi, politik dan sosial hendaklah berkisarkan kepada persoalan penyerahan diri kepada Allah dalam bentuk amal, itikad (keyakinan) dan akhlak.

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

89

Sama ada kita suka atau tidak suka, ekonomi Islam tidak boleh bersikap berkecuali dalam matlamat yang berbeza. Maka, semua aktiviti yang berhubung dengan pengeluaran dan penjualan minuman arak mungkin merupakan aktiviti ekonomi yang baik dan sesuai dengan ekonomi moden tetapi tidak dalam ekonomi Islam. Ini adalah kerana aktiviti itu tidak meningkatkan kebajikan manusia. Dalam ekonomi moden, kebajikan manusia dilihat sebagai satu fungsi menaik bagi komoditi dan perkhidmatan yang dikehendaki, dan sebagai fungsi menurun bagi usaha pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan tersebut. Sebaliknya, dalam ekonomi Islam seseorang individu menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dalam setiap aktivitinya. Islam sentiasa mementingkan pendapatan yang halal. Maka cara yang haram untuk memperoleh harta atau keuntungan dalam perniagaan mahupun perdagangan adalah dilarang, kerana ia akan merosakkan manusia seperti yang disebut dalam Surah An-Nisa: Ayat 30:

Bermaksud: Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka kami akan masukkan dia ke dalam api neraka, dan balasan yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang dapat menghalangnya). (Surah An-Nisa: Ayat 30) Islam telah menetapkan hukum-hukum tertentu yang mengawal dan menentukan bentuk dan aktiviti perolehan harta oleh manusia. Tujuannya adalah untuk keamanan dan kebajikan masyarakat seluruhnya. Pada semua peringkat, aktiviti ekonomi tidak bebas dari pertimbangan moral sepertimana yang dijelaskan dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 168:

90

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

Bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata. (Surah Al-Baqarah: Ayat 168) Ekonomi Islam hanya menggalakkan aktiviti yang sah dari segi undang-undang Islam dan secara keseluruhannya selaras dengan kebajikan sosial. Oleh itu Islam menentang sekeras-kerasnya perbuatan memonopoli sumber oleh sebilangan kecil pemodal (Surah Al-Hasyr: Ayat 7) dan sebaliknya sentiasa menitikberatkan perbelanjaan yang memberi faedah sosial sahaja. Ia selari dengan firman Allah dalam Surah Al-Faathir: Ayat 29:

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. (Surah Al-Faathir: Ayat 29)

6.1.1

Kesepaduan

Konsep kesepaduan dalam Islam menunjukkan bahawa agama merupakan satu cara hidup yang syumul di mana tiada jurang pemisah terhadap kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan kehidupan. Islam ini amat sesuai diamalkan dalam bidang keusahawanan merentasi masa dan zaman. Kadangkala kita sering terdengar bahawa seseorang usahawan Islam tidak boleh berniaga kalau tidak memberi rasuah dan tidak akan mendapat untung kalau tidak menipu. Jika itu dikatakan sebagai budaya berniaga, budaya siapakah itu yang sebenarnya? Masyarakat kita pada hari ini, kononnya mencari jalan tengah dengan turut berubah; tetapi yang diubah ialah perkataan rasuah menjadi pemberian ikhlas dan penipuan menjadi strategi ataupun taktik. Bukan ini yang dikatakan kemajuan. Islam mengajar umatnya supaya menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan secara halal tanpa ada jurang pemisahan dalam semua aspek

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

91

bermula dari proses pengeluaran sehinggalah proses penukaran hak milik dari pengeluar kepada pengguna akhir. Konsep kesepaduan ini jika dilakukan dan diamalkan oleh semua usahawan tanpa mengira agama dan bangsa akan membawa ekonomi negara ke arah yang lebih cemerlang.

6.1.2

Fitrah Manusia

Fitrah kejadian manusia, semua manusia cintakan kemewahan dan kekayaan. Kadangkala ada dikalangan manusia yang dikenali sebagai insan ini tidak menghiraukan kesucian dan kebersihan harta mereka. Jika kita lihat manusia yang bernama insan, ada antara insan yang berihsan akan sentiasa mengabdikan diri kepada Pencipta-Nya. Insan akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas ibadah dan khalifah. Kita patut ketahui bahawa setiap pekerjaan itu merupakan satu ibadah jika dibuat dengan betul dan sempurna tanpa memasukkan unsur-unsur negatif yang boleh membawa kepada kerosakan di dunia ini. Maka seseorang insan itu akan memastikan setiap perniagaan dan perdagangan yang dilakukan itu mendapat keredhaan Allah SWT. Matlamat seseorang usahawan itu berniaga bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan mahupun kekayaan, akan tetapi adalah untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Usahawan Islam akan meletakkan keuntungan itu sebagai musabab yang terjadi dengan kehendak Allah SWT. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dalam perjalanan menuju ke akhirat yang kekal, maka akhirat tidak boleh dikorbankan semata-mata mengejar kekayaan dunia. Amanah yang diberikan adalah untuk memakmurkan bumi Allah ini maka setiap aktiviti terutamanya aktiviti ekonomi perlulah mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah dan bukan semata-mata mengikut fitrah manusia sahaja.

Rajah 6.1: Fitrah manusia cintakan kemewahan dan kekayaan

92

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

6.1.3

Dorongan

Proses turun naik dalam perniagaan menjadi asam garam kepada semua usahawan. Hakikat ini perlu diterima dengan hati yang terbuka kerana ia boleh dijadikan sebagai asas rujukan dalam merancang dan mengatur strategi perniagaan. Setiap perniagaan atau perusahaan mempunyai dua unsur utama iaitu manusia dan projek perniagaan. Kedua-dua unsur ini mempunyai dorongan dan daya maju bagi menjamin kejayaan sesebuah projek perniagaan. Ini jelas dibuktikan menerusi amalan yang dilakukan oleh institusi kewangan ketika menilai permohonan pinjaman daripada para usahawan. Institusi kewangan ini akan melihat siapa orangnya sebelum menilai sesuatu permohonan pinjaman. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa elemen manusia penting untuk menentukan kejayaan sesuatu projek. Dorongan akan menggerakkan elemen manusia ini untuk berjaya dalam perniagaannya. Al-Quran ada menyatakan bahawa setiap manusia yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih jagung yang tumbuh menjadi tujuh tangkai dan pada setiap tangkai tumbuh seratus biji. Allah akan menggandakan pahala kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui. Potongan ayat 261, 272 dan 274 dalam Surah Al-Baqarah boleh menjadi dorongan yang kuat kepada semua usahawan yang mengamalkan cara Islam dalam perniagaan mereka. Islam tidak menghalang umatnya melayani kepentingan diri, tetapi Islam memberikan perspektif kerohanian yang bersifat jangka panjang kepada konsep kepentingan diri. Islam melanjutkan tempoh kepentingan diri itu melangkaui kehidupan di dunia ini. Islam mengakui bahawa kepentingan diri dan keinginan untuk keuntungan dapat mendorong daya usaha, semangat kecekapan dan keusahawanan individu. Islam turut memperkenalkan mekanisme kawalan diri untuk mengatasi kejahatan yang timbul dari sifat tamak, kelakuan tidak berprinsip, dan tidak mengendahkan hak dan keperluan orang lain. Mekanisme kawalan diri ini menekankan kepercayaan kepada Tuhan, nilai-nilai moral, sanggup bertanggungjawab di hadapan-Nya, persaudaraan sesama manusia dan keadilan sosio ekonomi. Dalam hal ini, Islam tidak berkompromi kepada perkara mungkar. Namun demikian, Islam tidak melarang umatnya daripada mencari harta. Harta boleh dimiliki asalkan berpegang kepada prinsip berikut:

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

93

6.1.4

Ibadah

Keusahawanan merupakan suatu ibadah kerana ia memenuhi tuntutan fardhu kifayah iaitu memuaskan keperluan dan kehendak masyarakat. Usahawan bukan sahaja akan mendapat ganjaran malahan keredhaan di sisi Allah SWT. Dalam konsep ibadah ini, usahawan tidak boleh melakukan penipuan, menjalankan perniagaan tidak halal, melakukan eksploitasi ke atas sumber-sumber alam dan mengaut keuntungan secara berlebihan sehingga membebankan masyarakat semasa menjalankan perniagaan. Keusahawanan adalah satu medan dakwah yang penting dalam Islam kerana menerusinya Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Islam amat menggalakkan bidang keusahawanan kerana menurut hadis nabi: Perniagaan itu adalah sembilan persepuluh dari rezeki... Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk mencari rezeki melalui kegiatan keusahawanan yang merupakan salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Keusahawanan dan segala aktivitinya, baik kecil mahupun besar, merupakan usaha yang dipandang sebagai ibadah dan diberi pahala jika memenuhi tuntutan akidah, akhlak mahupun syariat. Berikut merupakan asas pertimbangan aktiviti ekonomi sebagai ibadah iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) Akidah mestilah betul; Niat mestilah betul; Cara melakukan kerja sesuai dengan ajaran Islam; Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai; dan Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus.

94

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

SEMAK KENDIRI 6.1


1. Apakah pandangan Islam terhadap keusahawanan? Huraikan empat konsep pendekatan Islam. Pada pendapat anda, mengapakah Islam menggariskan prinsipprinsip memiliki harta? Berikan alasan anda.

2. 3.

6.2

KEDUDUKAN PERNIAGAAN DAN USAHAWAN

Islam sebagai agama yang telah menggariskan panduan hidup demi kesejahteraan hidup seluruh manusia di dunia dan di akhirat, amat memandang tinggi kepada aktiviti keusahawanan. Firman Allah SWT dalam Surah AlBaqarah: Ayat 275:

Bermaksud: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: 'Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba'. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

95

sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Baqarah: Ayat 275) Sehubungan dengan itu, terdapat banyak prinsip dan akad dalam muamalat yang telah diperkenalkan oleh Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Kesemua prinsip ini telah memberi ruang yang luas untuk umat Islam bermuamalat dengan mudah dan sistematik. Adnan et al. (1992) menyatakan Model Perlakuan Usahawan Mukmin adalah seperti berikut: Gesaan Islam untuk mukmin bergiat dalam perniagaan adalah lengkap yang merangkumi model perniagaan Islam menganjurkan (usaha perniagaan), menyediakan (kemudahan), menggariskan (peraturan) dan menjanjikan (ganjaran). Model ini menjadi mantap dengan terdapatnya contoh-contoh personaliti usahawan mukmin itu sendiri.

Rajah 6.2: Model Keusahawanan Islam

6.2.1

Peraturan Perniagaan Islam

Islam telah menggariskan peraturan bagi memastikan perniagaan berjalan di landasannya dan membawa keuntungan kepada semua pihak. Dalam model di atas, bahagian peraturanlah yang paling banyak dinyatakan sama ada dalam AlQuran mahupun hadis nabi. Adnan et al. (1992) membahagikan kandungan peraturan kepada tiga bahagian iaitu: makro, mikro dan individu. Dari aspek makro, perniagaan Islam berlaku dalam sistem ekonomi Islam. Manakala di peringkat mikro, dasar suka sama suka yang menguntungkan semua pihak mesti ditekankan seperti firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa: Ayat 29:

96

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuhbunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu. (Surah An-Nisa: Ayat 29) Usahawan Muslim perlu menjalankan perniagaan mengikut panduan Islam. Mengikut Hoe et al. (2005), Islam telah menentukan garis panduan berikut: (a) Menekankan Aktiviti Halal Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan mestilah suci di sisi Tuhan. Usahawan mesti melaksanakan aktiviti perniagaan secara halal. Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (2007), antara tindakan-tindakan yang dianggap haram adalah seperti: (i) Penipuan Dalam Pengiklanan Iklan yang memaparkan maklumat yang kurang tepat mengenai produk dan perkhidmatan adalah ditegah dalam ajaran Islam. Menipu Timbangan Penggunaan timbangan atau ukuran yang kurang tepat untuk mendapatkan keuntungan tinggi merupakan penipuan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa: Ayat 35:

(ii)

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

97

Bermaksud: Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). (Surah Al-Israa: Ayat 35) (iii) Penghapusan Keluaran Lebihan Ada di kalangan petani yang menghapuskan keluaran lebihan untuk mengelakkan harga di pasaran menurun. Tindakan penghapusan keluaran lebihan ini merupakan pembaziran sumber yang dilarang keras oleh Islam. Ini adalah kerana semua sumber adalah milik Allah SWT. Manusia adalah pemegang amanah untuk menjaga sumber itu. Usahawan perlulah mencari jalan untuk menggunakan lebihan tersebut bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. (iv) Menyorok Barangan Perbuatan menyorok barangan boleh menyebabkan bekalan barangan di pasaran berkurangan dan akhirnya akan meningkatkan harga barangan. Usahawan yang inginkan keuntungan yang tinggi ini sebenarnya telah melanggar lunas-lunas Islam. Tindakan mereka ini telah mengabaikan kepentingan pengguna. (b) Penuh Ketabahan Islam amat menitikberatkan semangat yang tinggi untuk berjaya. Sifat keinginan ini merupakan galakan kepada usahawan untuk bekerja keras bagi mencapai kejayaan. Tidak semua usahawan berjaya tidak mengalami pelbagai masalah, rintangan dan kesulitan semasa berniaga. Namun kesungguhan dan komitmen yang tinggi serta tabah dalam mengharungi segala permasalahan dan cabaran telah membuahkan hasil kejayaan. Di mana Rasulullah SAW merupakan satu contoh tauladan terbaik sebagai usahawan berjaya dengan komitmen yang tinggi. Menjaga Kualiti Islam menggalakkan usahawan menjaga kualiti barangan dan perkhidmatan kerana ia akan mempengaruhi kepuasan hati pengguna dan menjamin kesetiaan pengguna. Adnan dan Mohamed Dahlan (2002)

(c)

98

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

menyatakan bahawa kualiti yang rendah tidak dapat menjamin pembelian yang berterusan dan ini membawa kepada kegagalan perniagaan. (d) Mengharamkan Riba Riba adalah haram di sisi Allah. Usahawan ditegah keras daripada terlibat dengan amalan riba dalam setiap aktiviti perniagaannya. Riba adalah faedah atas pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah: Ayat 275: Bermaksud: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: 'Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba'. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (daripada mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Baqarah: Ayat 275) Maka para usahawan boleh menggunakan kaedah muamalat untuk mengelakkan riba dalam urusan. (e) Konsep Keadilan Islam mengalakkan usahawan berlaku adil terutamanya dalam pengambilan pekerja tanpa mengira rupa paras atau warna kulit. Usahawan perlu bersikap adil dalam agihan tugas kepada para pekerjanya. Mereka juga perlu memastikan kebajikan pekerja dijaga. Firman Allah dalam Surah Al-Nahl: Ayat 90 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. (Surah Al-Nahl: Ayat 90) (f) Elakkan Daripada Belenggu Hutang Islam tidak menggalakkan usahawan berhutang kerana ia akan menyebabkan perniagaan mudah gagal. Rasulullah SAW sering menyuruh usahawan berdoa supaya dijauhi daripada belenggu hutang yang tidak mampu dibayar. Namun, pinjaman masih boleh dilakukan dalam kadar

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

99

yang minima dalam lingkungan kemampuan usahawan. Rasullullah SAW menganggapkan orang tidak membayar hutang sebagai munafik. (g) Tidak Boros dan Tidak Kedekut Islam melarang amalan perbelanjaan yang boros dan membazir. Pembaziran sumber merupakan pembaziran terbesar oleh manusia. Ini bertentangan dengan lunas-lunas Islam. Islam juga tidak mengalakkan sikap kedekut sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Furqan: Ayat 67 yang bermaksud: Apabila dia belanja dia tidak boros tetapi tidak pula kikir. (h) Menunaikan Janji Dengan Jujur dan Amanah Sikap berpegang pada janji sangat penting dalam Islam. Usahawan mesti mengamalkan nilai-nilai murni seperti benar, jujur dan amanah. Orang yang menipu merupakan orang yang tidak beriman. Impaknya ialah usahawan akan kehilangan pelanggan yang setia selama ini. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl: Ayat 105 yang bermaksud: Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah SWT (Al-Quran). (i) Penjagaan Alam Sekitar Allah adalah pemilik mutlak alam sekitar. Firman Allah SWT dalam Surah Thaha: Ayat 6 yang bermaksud: Kepunyaan-Nyalah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah. Manusia sebagai pemegang amanah tidak seharusnya merosakkan alam sekitar bagi tujuan mengaut keuntungan berlipat kali ganda dalam jangka masa yang pendek. Ini adalah kerana ia akan mendatangkan malapetaka pada jangka masa panjang. Ini menunjukkan bahawa peraturan Islam itu adalah jelas. Antara rukun jual-beli adalah seperti berikut:

100

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

AKTIVITI 6.1
Bagaimanakah peraturan dalam Islam boleh memperluaskan aktiviti perniagaan pada masa kini? Bincangkan.

6.2.2

Asas Sistem Ekonomi Islam

Sebelum ini kita telah membincangkan mengenai sistem ekonomi Islam. Mari kita lihat apakah yang menjadi asas kepada sistem ekonomi Islam. Antaranya ialah: (a) Allah Ialah Pemilik Mutlak Dalam konteks ini, segala sesuatu yang berada di langit, di bumi dan di antara keduanya termasuklah harta kekayaan yang diperoleh manusia adalah milik mutlak Allah SWT. Aktiviti keusahawanan merupakan aktiviti mencari harta kekayaan. Manusia, baik usahawan mahupun bukan usahawan merupakan pengurus harta yang telah diamanahkan oleh Allah untuk mencari, menerokai dan menggunakan harta dengan kadar tertentu. Ada batas-batas tertentu bagi mereka menunaikan tanggungjawab zakat. Kekayaan Di Dunia Adalah Untuk Mencari Kehidupan Di Akhirat Harta kekayaan hanyalah alat untuk mencapai kesenangan hidup di dunia. Kehidupan yang kekal adalah di akhirat di mana semua harta yang kita miliki tidak boleh dibawa ke alam akhirat, melainkan tiga perkara iaitu, anak yang soleh/solehah, ilmu pengetahuan yang dimanfaatkan ke jalan Allah dan amal jariah. Bahagian Di Dunia Tidak Boleh Ditinggalkan Dalam Mengejar Akhirat Islam merupakan agama untuk hidup. Komitmen dan kerja keras ketika di dunia ini adalah untuk memenuhi sebahagian fungsi kehidupan manusia. Manusia tidak berhak untuk mengharamkan apa-apa yang dihalalkan oleh Allah seperti mengharamkan perhiasan dan harta. Islam menuntut manusia bekerja mencari harta asalkan tidak terkeluar dari batasan agama. Tetap Berlaku Adil Sesama Manusia Manusia hendaklah berlaku adil sesama sendiri dengan menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan membantu mereka yang susah. Tidak Boleh Melakukan Sebarang Kerosakan Allah menyuruh manusia menerokai alam dan mengambil manafaat daripada daratan dan lautan. Namun, aktiviti ini hendaklah tidak

(b)

(c)

(d)

(e)

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF 101

menjejaskan dan merosakkan bumi dan makhluk lain. Islam melarang kegiatan mencari kekayaan yang tidak adil dengan menindas orang lain, membazirkan sumber dan hasil kekayaan serta melakukan penipuan dalam perniagaan.

6.3

SIFAT PERIBADI USAHAWAN MUSLIM

Konsep kejayaan menurut Islam ialah pencapaian al-falah (kejayaan). Skop alfalah meliputi kejayaan di dunia dan di akhirat berdasarkan ketaatan dan penyerahan diri kepada Allah secara ikhlas. Menurut Mohd Salleh Din et al (2005), berdasarkan ayat-ayat Al-Quran, hadis dan sirah nabi, terdapat banyak ciri-ciri orang berjaya sebagai usahawan Muslim. Antara sifat usahawan Muslim yang diiktiraf oleh Islam ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya; Mempunyai niat yang betul; Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi; Mempunyai kemahiran membuat keputusan; Mempunyai kemahiran berkomunikasi; Sentiasa menilai tindakan dan berwaspada; Bersyukur dengan kejayaan; dan Sentiasa menjaga kualiti.

Khairuddin Khalil (1996) menyatakan bahawa terdapat beberapa ciri usahawan yang cemerlang dan berdaya maju. Usahawan cemerlang seharusnya memiliki budaya seperti rajin dan mempunyai daya inisiatif, yakin terhadap keupayaan diri, bersikap positif, bijak mengenal pasti dan mengambil peluang, cekal dan bijak mengambil risiko. Sementara itu, Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya telah mengutarakan lima formula yang disifatkan kejayaan dalam hidup iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) Rezeki yang halal; Qanaah (Berpuas hati dengan apa yang ada); Taufik (Menerima petunjuk daripada Allah); Saadah (Bahagia); dan Jannah (Syurga).

102

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

6.4

ETIKA USAHAWAN MUSLIM

Etika Islam dikenali sebagai akhlak. Akhlak lahir daripada keimanan. Etika dalam perniagaan merupakan prinsip-prinsip moral yang dipegang oleh usahawan bagi membezakan apa yang betul daripada yang salah dan berniaga dengan penuh tanggungjawab sosial. Menurut Mohd Asri, Juhary dan Faoziah (2001), etika perniagaan merupakan satu sistem akhlak atau dasar tingkah laku kumpulan pengurusan peniaga terhadap pelanggan, pembekal, pemodal, kerajaan dan masyarakat. Etika dalam perniagaan merupakan prinsip-prinsip moral yang dipegang oleh usahawan semasa berniaga.

AKTIVITI 6.2
Apakah kepentingan etika perniagaan kepada seseorang usahawan Muslim? Bincangkan.

Etika dalam perniagaan merupakan satu garis panduan kepada usahawan untuk membuat sesuatu keputusan. Etika akan membantu usahawan menumpukan perhatian kepada isu-isu seperti kualiti produk, ketulusan dalam perniagaan, pengurusan berperikemanusiaan dan membuat keputusan yang berkesan dan cekap. Antara kepentingan etika perniagaan ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Membina keyakinan di kalangan pelanggan; Menjalinkan hubungan baik dengan pembekal; Mendapat sokongan pekerja; Menarik pelaburan; dan Menjamin kesinambungan perniagaan.

Etika Islam menurut perspektif Al-Quran meliputi prinsip-prinsip berlandaskan hukum syarak. Ia boleh dijadikan panduan kepada usahawan Muslim dalam menjalankan aktiviti keusahawanan. Antara etika itu ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Kebebasan; Kerelaan; Keadilan dalam menunaikan janji dan menimbang serta mengukur dengan jitu; Perlindungan dalam perjanjian, saksi dan prinsip tanggungjawab individu; dan Kesopanan.

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF 103

Manakala Naqvi (1981) dalam Buku Muhammad Nasri Md Hussain (2006) menyatakan bahawa persoalan akhlak telah meletakkan lima prinsip asas etika dalam Islam iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) Kesatuan; Kesaksamaan; Kebebasan; Tanggungjawab; dan Ihsan.

AKTIVITI 6.3
Pada pendapat anda, prinsip-prinsip etika manakah yang paling penting dan mesti dipegang oleh usahawan?

Kita telah selesai membincangkan tentang keusahawanan, kedudukan perniagaan dan usahawan dari perspektif Islam. Kita juga telah membincangkan tentang etika usahawan Muslim. Kesemua kegiatan manusia mestilah dihubungkan dengan pemiliknya. Setiap amalan ekonomi hendaklah berlandaskan kepada etika dan peraturan yang telah digariskan oleh syariat Islam. Tujuan ekonomi Islam adalah bersifat ibadah dan melaksanakannya bererti melaksanakan sebahagian daripada ibadah yang menyeluruh. Setiap aktiviti ekonomi perlu mempertimbangkan akidah, niat, cara melakukan kerja, natijahnya serta tidak meninggalkan ibadat wajib. Maka barulah ekonomi Islam berkembang dengan pesat dan memberi manfaat kepada semua umat manusia.

104

TOPIK 6 KEUSAHAWANAN DARI PRESPEKTIF

Al-Falah Dorongan Etika Islam Fitrah manusia

Ibadah Kesepaduan Sistem ekonomi Islam

Vous aimerez peut-être aussi