Vous êtes sur la page 1sur 18

Topik

10

Etika dan Tanggungjawab Sosial

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mengguna pakai amalan etika dalam sesuatu perniagaan dan kerjaya; Mengenal pasti peranan dan tugas peniaga dalam masyarakat; Mengaplikasikan etika perniagaan dalam urusan perniagaan; Mengaplikasikan etika perniagaan Islam; Membandingkan etika perniagaan di Timur dengan etika perniagaan di Barat; dan Membincangkan hak-hak kita sebagai pengguna dan pihak-pihak yang berkuasa tentang kepenggunaan.

PENGENALAN
Dalam topik akhir ini, kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan etika iaitu etika perniagaan dan etika kerja, tanggungjawab sosial, perniagaan dan masyarakat, dan kepenggunaan yang merangkumi hak-hak kita sebagai pengguna dan peranan agensi-agensi yang berkaitan.

10.1 PENGENALAN ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL


Dalam melakukan apa saja transaksi perniagaan, sama ada sebagai seorang peniaga ataupun pengguna/pelanggan, kita haruslah mengamalkan tatatertib yang telah digariskan. Etika dan tanggungjawab harus diambilkira setiap waktu dalam perniagaan. Mari kita bincangkan kedua-dua konsep ini.

TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

147

10.1.1

Etika

Tahukah anda bahawa perkataan etika berasal dari perkataan ethos dalam bahasa Yunani yang bermaksud tabii atau perangai? Secara formal, etika ditakfirkan sebagai satu teori mengenai perlakuan baik buruk manusia dan sejauh mana dapat ditentukan akal. Jika kita lihat dalam bahasa Latin, ethos disebut sebagai mores yang dikatakan sebagai moral. Dalam bahasa Yunani pula ia membawa maksud karakter. Etika mengkaji hak dan tanggungjawab manusia ke atas peraturan-peraturan moral yang digunakan semasa membuat keputusan dan juga jenis-jenis perhubungan antara manusia. Caroll berpendapat bahawa etika dan taraf hidup mempunyai kaitan yang rapat. Moral merupakan norma yang sesuai dengan konsep yang diterima umum sebagai tingkah laku manusia yang baik dan wajar dan dianggap sebahagian daripada etika. Etika boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: (a) Etika Deskriptif (i) (ii) Ia merupakan suatu disiplin mengenai sejarah sistem moral yang dianuti oleh setiap individu mahupun golongan tertentu. Etika ini menyedarkan kita bahawa dalam dunia ini terdapat pelbagai sistem moral yang relatif seperti moral kepada orang Kristian, Buddha, Yahudi, Islam dan sebagainya.

(iii) Etika deskriptif ini menyatakan bentuk atau karakter yang sebenarnya satu sistem moral yang ada. Etika ini tidak akan membuat pengadilan, penilaian atau keputusan terhadap sistem-sistem moral tersebut. (b) Etika Normatif (i) Etika ini akan menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Ia akan mencadangkan satu undang-undang moral yang dianggap terbaik untuk diamalkan. Etika ini akan mengemukakan satu sistem moral yang standard berpandukan sistem yang sedia ada seperti etika guru.

(ii)

Berikut merupakan dua jenis etika iaitu: (a) Etika Perniagaan Etika dalam perniagaan bertujuan mengkaji tindakan manusia sama ada betul atau salah dalam konteks perniagaan. Etika ini ditentukan oleh masyarakat yang digambarkan melalui media massa, kumpulan-kumpulan berkepentingan, organisasi perniagaan, moral dan nilai individu sendiri. Etika ini mengandungi tiga tahap iaitu:

148 TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

(i) (ii)

Persoalan asas dalam masyarakat;

Stakeholder (pihak berkepentingan - pekerja, pembekal, pengguna,


pemegang saham); dan

(iii) Dasar-dasar dalaman (hubungan syarikat dengan para pekerja kontrak yang adil, kewajipan pengurus dan pekerja, dan hak-hak pekerja) dan layanan antara satu sama lain dalam sesebuah organisasi. (b) Etika Kerja Etika kerja ini berkaitan dengan bidang pekerjaan sama ada bekerja di sektor awam atau swasta dengan menceburi profesion tertentu dan manamana jenis dan tahap pekerjaan. Tidak salah pada undang-undang jika ia tidak diamalkan tetapi pekerjaan yang dikerjakan itu tidak lagi beretika berdasarkan kepada norma-norma dan nilai-nilai masyarakat yang sedang diamalkan. Sebagai contoh, bagi kod etika seorang doktor di mana doktor tersebut hanya boleh berkongsi maklumat dan latar belakang seseorang pesakit dengan pesakit itu sahaja mengikut masa yang diperlukan.

10.1.2
(a)

Jenis-jenis Tindakan Tidak Beretika

Terdapat empat jenis tindakan tidak beretika seperti berikut: Utilitarian Berkembang daripada teleologi (consequentialist), etika telah diasaskan dan menjadi kepentingan sebagai penakrifan. Konsep ini berasaskan fahaman bahawa sesuatu keputusan yang dibuat itu hendaklah bergantung kepada hasil yang diperolehi daripada perlaksanaannya. Matlamatnya ialah memberi taraf kebaikan tertinggi kepada seberapa ramai orang. Sebagai contoh, satu projek empangan yang dilaksanakan memerlukan pemindahan penduduk seramai 100 orang. Walaupun terpaksa memindahkan 100 orang dari kawasan tersebut, empangan tersebut memberi kebaikan kepada 10 juta orang. Ini bermakna walaupun terpaksa melibatkan 100 orang mangsa, ia tidak memberi makna yang besar kerana kebaikan terhadap 10 juta orang.

Rajah 10.1: Empangan Hidroelektrik Bakun di Sarawak.

TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

149

Terdapat beberapa kelemahan pada konsep utilitarian iaitu tidak ada faktor yang dikatakan baik yang boleh dimaksimumkan dalam suasana yang berbeza, tidak berupaya menyukat utiliti pada faktor-faktor bukan kewangan seperti kesihatan, kebajikan dan sebagainya, tidak berupaya menentukan yang benar dengan yang salah, tidak mengambil kira faktor individu, hanya menumpukan kepada agregat kolektif dan tidak juga mengambil kira hak-hak asasi individu. (b) Individu Sesuatu keputusan mestilah berdasarkan kepada dasar menghormati dan melindungi hak-hak asasi seseorang individu. Implikasinya seseorang itu boleh melakukan apa sahaja asalkan ia tidak bercanggah dengan undangundang. Seseorang itu berhak melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri tanpa mempedulikan arahan orang lain; akan tetapi ia boleh merencatkan kecekapan dan produktiviti organisasi. Satu lagi konsep berkaitan etika yang sedang berkembang dinamakan egoism iaitu berpegang kepada prinsip diri dengan membuat apa yang difikirkan betul. Egoism meletakkan kesalahan seseorang individu disebabkan oleh masyarakat yang membentuknya menjadi sedemikian. Secara lumrahnya, setiap individu itu baik dan pemurah tetapi masyarakat yang telah membentuk keburukan padanya. Ia menjadi idola laungan Barat dan mungkin nampak ideal pada asasnya bagi memuaskan kebebasan individu tanpa mengganggu hak-hak orang lain.

Egoism mempunyai beberapa kelemahan. Kelemahannya ialah ia sendiri telah menyuburkan sikap mementingkan diri sendiri dan individualistik dan juga sesebuah perjuangan hanya bertujuan untuk menegakkan hak ke atas seseorang individu sahaja walaupun pada hakikatnya ada pihak yang menjadi mangsa.
(c) Hak Moral Hak moral merupakan satu konsep yang berkembang daripada falsafah deontologi. Ia mencadangkan bahawa apa-apa tindakan yang disukai dan tidak disukai perlu menjadi undang-undang universal. Contohnya, sekiranya kita merasakan bahawa kita tidak suka orang lain mencuri harta milik kita, maka undang-undang yang perlu diadakan ialah menjatuhkan keputusan mencuri itu salah. Prinsip ini tidak praktikal dari segi utiliti kerana tidak berupaya menyelesaikan konflik berkepentingan diri termasuk konflik dalam melaksanakan tugas tentang etika. Kesaksamaan Pada pandangan kesaksamaan, seseorang pengurus atau pemimpin itu mestilah adil dan saksama dalam membuat keputusan. Keadilan dan kesaksamaan yang dimaksudkan ialah sesuatu yang sepatutnya melebihi daripada keadilan atau kesaksamaan biasa. Prinsip asas ialah setiap orang

(d)

150 TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

mesti dilayan secara sama rata dengan memberikan peluang-peluang yang serupa. De George telah membahagikan prinsip ini kepada empat jenis iaitu ganti rugi, hukuman, keserataan dan pengkaedahan. Kesaksamaan akan tercapai sekiranya pihak yang kerugian diberi ganti rugi oleh pihak yang telah merugikan, sekiranya sesuatu yang sukar untuk diberi ganti rugi, pihak pelaku mesti dijatuhi hukuman. Prinsip kesaksamaan ini tertakluk kepada beberapa masalah iaitu siapa yang akan menentukan sesuatu peraturan etika itu betul atau salah; dan siapa yang akan menentukan kesetimpalan hukuman, pampasan dan sebagainya.

10.1.3

Prinsip Etika Keusahawanan

Menurut Zimmerer dan Scarborough (1996), terdapat sepuluh prinsip etika keusahawanan yang perlu ada pada setiap usahawan (Abdul Aziz, 2003). Antara prinsip itu ialah: (a) Akauntabiliti Usahawan perlu bersedia mengambil tanggungjawab dan menerima tanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang telah mereka ambil. Tindakan mereka menjadi contoh kepada orang lain. Integriti Usahawan perlu ada prinsip, maruah, yakin dengan kebenarannya dan bertindak berlandaskan bukti-bukti yang jelas. Jujur Usahawan perlu sentiasa bersikap jujur semasa bertindak, menyatakan pendapat atau semasa melaksanakan sesuatu keputusan. Tepati janji Usahawan perlu menepati janji kepada semua pihak yang berurusan dengannya. Mereka perlu mematuhi setiap perjanjian yang telah ditandatanganinya. Adil Sikap adil perlu ada semasa melaksanakan prosedur, mengagihkan sumber dan telus dalam melaksanakan sistem tanpa mengira status, tahap pendidikan dan rupa paras. Hormati Orang Ramai Usahawan perlu menunjukkan penghormatan terhadap maruah insan lain. Mereka perlu menghormati hak-hak persendirian, hak bersuara dan hak berpersatuan.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

151

(g)

Tanggungjawab Sebagai Warganegara Usahawan perlu mematuhi undang-undang dan bertindak selari dengan tuntutan undang-undang. Mereka berhak menggunakan hak demokrasi. Kesetiaan Usahawan perlu setia kepada keluarga, kawan-kawan, pekerja dan negara. Mereka sama sekali tidak boleh membongkarkan maklumat penting untuk kepentingan pihak lain. Ambil Berat Hak Orang Ramai Usahawan hendaklah bersedia berkongsi kelebihan yang dimilikinya dengan pihak yang memerlukannya. Meningkatkan Kecemerlangan Usahawan perlu sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kerja, produk dan perkhidmatan. Mereka perlu bertindak secara profesional dan boleh dipercayai apabila diberi tanggungjawab.

(h)

(i)

(j)

10.1.4

Tanggungjawab Sosial

Usahawan tidak akan terlepas daripada tanggungjawab sosial. Menurut Keith Davis (1975), tanggungjawab sosial wujud daripada kuasa sosial. Ia wujud daripada tanggungjawab untuk mengambil berat mengenai kesan daripada aktiviti perniagaan yang telah dijalankan. Ia memberi kesan kepada kepentingan orang lain. Ia wujud apabila terdapatnya pembahagian kuasa yang boleh ditakrifkan dengan kewajipan sesebuah organisasi ke atas masyarakat. Ia juga adalah sebahagian daripada perniagaan. Ia berfungsi sebagai pemaksimum kesan-kesan positif dan meminimumkan kesan-kesan negatif terhadap masyarakat. Konsep tanggungjawab sosial secara relatifnya adalah satu subjek baru yang perlu diberi perhatian sebagai satu cabaran kepada masyarakat peniaga. Adalah sesuatu yang logik bahawa tanggungjawab sosial menjadi sebahagian daripada perniagaan dan tentunya dapat membantu pertumbuhan dan keuntungan sesebuah perniagaan di dalam jangka panjang. Tanggungjawab sosial terbahagi kepada tiga iaitu tanggungjawab ekonomi (menghasilkan produk yang diperlukan oleh masyarakat), tanggungjawab undang-undang (mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan), tanggungjawab sukarela (hal-hal yang dingini oleh masyarakat seperti derma, sokongan kewangan dan moral kepada projek-projek komuniti). Tanggungjawab sosial juga boleh dikatakan sebagai suatu kepercayaan bahawa fungsi organisasi dan pengurus itu sebagai pembuat keputusan mestilah berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi. Tanggungjawab sosial juga membawa idea bahawa firma perniagaan seharusnya membantu menyelesaikan

152 TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

masalah-masalah sosial sementara menuju ke arah pencapaian matlamat firma iaitu memaksimakan nilai firma. Tiga fasa dalam perkembangan tanggungjawab sosial perniagaan kepada masyarakat di Amerika Syarikat bermula dari zaman keusahawanan di akhir abad ke-19 apabila syarikat-syarikat besar menyalahgunakan kuasa mereka dalam soal-soal diskriminasi harga, mengurung buruh dan lain-lain amalan yang menyalahi moral kemanusiaan. Ini telah membawa kepada bantahan masyarakat dan memberi kesan kepada perubahan peraturan perniagaan yang dibuat oleh kerajaan. Fasa kedua evolusi tanggungjawab sosial tercetus di dalam tahun-tahun 1930-an. Suasana tidak puas hati masyarakat terhadap golongan peniaga sekali lagi memuncak di tahun-tahun 1960-an dan 1970-an menggambarkan fasa ketiga perkembangan tanggungjawab sosial di Amerika Syarikat. Prinsip-prinsip asas kepada tanggungjawab sosial yang terbina di Amerika Syarikat ialah prinsip Charity dan prinsip Stewardship. Prinsip Charity atau menderma membawa idea bahawa anggota masyarakat yang lebih kaya seharusnya menolong anggota masyarakat yang kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya, warga emas dan orang sakit. Pada masa kini, kita dapat melihat satu trend perubahan telah berlaku pada konsep ini apabila pihak korporat mula memberi perhatian dan sumbangan kepada Charity berbanding dengan masa lalu di mana ia dibuat oleh individu-individu tertentu sepertimana di dalam Rajah 10.2 di bawah.

Rajah 10.2: Astro pergiatkan konsep Charity sebagai tanggungjawab sosial korporat

Prinsip Stewardship adalah satu konsep yang diambil daripada ajaran kitab Injil yang mengkehendaki individu yang kaya menganggap diri mereka sebagai pemegang amanah terhadap harta benda mereka untuk kebajikan keseluruhan masyarakat.

TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

153

Tanggungjawab masyarakat peniaga kepada masyarakat umum adalah berkisar kepada beberapa isu seperti kesihatan masyarakat, menjaga alam sekitar dan membina satu sumber pekerja yang tinggi kualitinya. Pihak swasta juga perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membina tenaga kerja yang berkualiti dan berkemahiran dengan memberi ruang kepada pelajar mengikuti latihan praktikal di tempatnya. Peniaga juga mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap pengguna. Walaupun sesebuah perniagaan itu memerlukan keuntungan tetapi ia tidak boleh membelakangkan soal-soal kebajikan dan kepentingan pengguna. Mereka tidak boleh menjual produk yang membahayakan pengguna, menipu kandungan sesuatu produk dan sebagainya. Antara tanggungjawab majikan terhadap pekerja-pekerja ialah membayar gaji dan menjaga kebajikan pekerja melalui skim-skim seperti potongan KWSP dan SOCSO. Namun isu-isu seperti memberi kelonggaran cuti kepada pekerja bagi memenuhi keperluan keluarga dan peluang-peluang pekerjaan yang sama rata telah menjadi lebih penting kini. Pihak pengurusan sesebuah syarikat juga memainkan peranan penting dalam menjaga hak-hak pelabur syarikat yang diuruskannya. Amanah yang diberikan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kesilapan pengurusan kepada sesebuah syarikat melibatkan kesengsaraan ramai pelabur dan masyarakat. Oleh itu, pemilihan kakitangan pengurusan dalam sesebuah syarikat perlu diutamakan bagi menentukan hala tuju sesebuah syarikat.

SEMAK KENDIRI 10.1


Sejauh manakah sepuluh prinsip etika keusahawanan diamalkan oleh golongan usahawan? Bincangkan.

10.2 PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT


Usahawan perlu pastikan semua keputusan yang dibuat perlu mengambil perkiraan nilai kos agar sepadan dengan kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang perlu dibayar oleh pelanggan. Usahawan perlu mengambil kira aspek masyarakat di samping keuntungan. Masyarakat perlu dititikberatkan dalam menjalankan tanggungjawab sosial.

154 TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Rajah 10.3: Tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh Petronas

10.2.1 Pihak Berkepentingan (Stakeholder)


Terdapat beberapa pihak yang berkepentingan dalam perniagaan iaitu: (a) Pekerja Pekerja merupakan orang yang menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang juga menentukan kualiti produk keluaran. Dasar upah dan gaji perlulah diberikan kepada pekerja mengikut daya pengeluaran dan kecekapan. Dasar pengambilan pekerja yang adil perlu diutamakan. Majikan juga perlu memberi jaminan kerja dan ganti rugi yang mencukupi dan menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat. Selain itu, majikan juga perlu mewujudkan keadaan yang membolehkan pekerja meningkatkan keupayaan tenaga kerja dan hubungan manusia, seterusnya menggalakkan penyertaan supaya berpengetahuan, berpengalaman dan berdaya cipta. Pelanggan Pelanggan ialah orang yang membeli barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Syarikat perlulah menjaga mutu barangan dan perkhidmatan yang dapat memuaskan hati pelanggan. Syarikat juga tidak boleh menghasilkan dan menjual barangan palsu, barangan seludup dan membahayakan kesihatan. Selain itu, pengeluar juga perlulah mengguna dan mengubahsuai penemuan dan rekaan sains yang memberi faedah kepada pelanggan. Selain itu, aktiviti pemasaran perlu diadakan supaya memberi manfaat kepada pelanggan. Pembekal Orang yang menyedia dan membekalkan barangan atau perkhidmatan dikenali sebagai pembekal. Pembekal memainkan peranan penting dalam mengawal urusan keluar dan masuk inventori dan seterusnya memastikan barangan yang dipesan oleh peniaga mencukupi. Sebelum urusniaga jual beli dilakukan, peniaga dan pembekal perlulah mengemukakan syaratsyarat kontrak dengan jelas dan tidak meragukan. Ini bertujuan untuk

(b)

(c)

TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

155

mengelakkan penyalahgunaan kuasa ekonomi dengan pembekal dan menepati syarat pembayaran. (d) Pemilik dan pemodal Pemilik merupakan tuan punya perniagaan yang dijalankan. Pemodal pula merupakan orang yang mengeluarkan modal sama ada dalam bentuk wang, bangunan atau harta yang lain untuk menjalankan sesuatu perniagaan. Pemilik dan pemodal perlulah menentukan kadar pulangan yang mencukupi supaya pelaburan mereka terjamin. Mereka juga perlulah menggunakan sumber kewangan mereka untuk membekalkan barangbarang dengan penuh tanggungjawab dan cekap. Selain itu, peniaga juga perlulah memberi maklumat yang perlu kepada pemilik dan pemodal supaya mereka sentiasa mengikuti perkembangan dalam syarikat. Akhir sekali, pemilik dan pemodal perlulah berusaha supaya mencapai objektif sebagai pemilik dan pemodal selagi tidak bercanggah dengan prinsip etika. Kerajaan Kerajaan merupakan pemerintah sesebuah negara yang mempunyai kuasa untuk mengatur, mengawal dan memantau aktiviti perniagaan. Pihak kerajaan juga memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan ialah mengambil bahagian dalam perbincangan undang-undang yang dicadangkan dalam perlaksanaan yang melibatkan kepentingan sektor kawasan, negara dan kerajaan dan seterusnya membuat laporan yang benar tentang kewangan dan membayar cukai. Ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak peniaga dan mengenal pasti pihakpihak yang tidak mempunyai etika perniagaan. Masyarakat Pengguna sebenar barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dikenali sebagai masyarakat. Masyarakat memainkan peranan penting dalam industri perniagaan. Oleh sebab itu, kepentingan masyarakat keseluruhannya perlu diambil kira dalam segala keputusan. Selain itu, pihak pengeluar juga perlu mengesan dari semasa ke semasa keperluan asas masyarakat yang sentiasa berubah-ubah yang memberi kesan kepada alam sekitar dan orang ramai. Selain itu, pihak-pihak tertentu juga boleh memberi sumbangan terhadap penyelidikan pembangunan dan membiayai projek-projek pembangunan sosial. Pihak kerajaan juga harus mengadakan satu dasar yang membolehkan pekerja menyumbang tenaga dan masa terhadap perkhidmatan kebajikan awam dan masyarakat.

(e)

(f)

156 TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

10.2.2 Pendekatan Timur dan Barat tentang Etika dan Tanggungjawab/Sosial Perniagaan
Seterusnya, kita akan melihat pendekatan Timur dan Barat tentang etika dan tanggungjawab sosial perniagaan. (a) Pendekatan Islam Walaupun tidak banyak perbincangan tentang etika perniagaan mengikut Islam, beberapa percubaan tentang perkara ini telah dibuat oleh beberapa orang ilmuan Islam. Mereka telah membina satu asas kod etika mengikut lunas-lunas Al-Quran dengan pendekatan yang lebih spesifik. Antaranya Naqvi (1985) telah menulis di dalam bukunya yang berjudul Ethics and Economics: An Islamic Synthesis, dan yang mutakhir, Beekun (1998), telah menghasilkan karyanya yang berjudul Islamic Business Ethics. Naqvi (1985) memfokuskan etika dalam Islam sebagai konsep manusia individu dan manusia kolektif, sementara Beekun (1998) pula memfokuskan etika sebagai sesuatu yang berkuatkuasa sepanjang masa kerana manusia sentiasa diperhatikan oleh Penciptanya. Beekun melanjutkan lagi bahawa falsafah etika Islam mempunyai lima prinsip iaitu kesatuan, kesamaan, keinginan, tanggungjawab dan kemurahan hati. Inilah antara perkara yang membezakan etika Islam dengan etika sekular Barat. Kelihatan bahawa etika Islam lebih bersifat kualitatif, sedangkan etika sekular menerjah ke arah kuantitatif walaupun dalam banyak keadaan pemikir-pemikir mereka sendiri mengakui bahawa sukatan baik dan buruk itu sukar untuk dilakukan. (b) Pendekatan Sekular Barat (i) Aliran Naturalisme Naturalisme menyatakan bahawa ukuran baik buruk sesuatu tingkah laku ditentukan oleh fitrah manusia itu sendiri dari segi zahir dan batin. Sememangnya fitrah manusia dikatakan menuju kepada kebahagiaan yang dipandu oleh akal dan rasional. Setiap suatu di dunia ini menuju ke suatu matlamat dan ia dapat dicapai sekiranya manusia itu dapat memenuhi fitrah diri sendiri. Tumbuh-tumbuhan mencapai matlamatnya tanpa pertimbangan dan perasaan. Binatang pula mencapai matlamat dan keperluan melalui naluri kehaiwanan (Judith A. Boss, 2001). Aliran Hedonisme Menurut Thiroux (2001), tokoh utama bagi aliran ini ialah Epikuros (341-270 SM). Ukuran etika yang lebih baik mahupun jahat itu ditentukan oleh faktor hedone iaitu kenikmatan dan kelazatan. Fitrah manusia dan binatang ialah mencari kelazatan, kenikmatan dan

(ii)

TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

157

keseronokan hidup yang maksima. Sebarang jalan yang dapat menyampaikan manusia kepada kelazatan itu dianggap mulia dan merupakan keutamaan. Aliran ini membahagikan kelazatan kepada tiga: Kelazatan utama seperti makan, minum dan keperluan asas yang lain. Kelazatan wajar tetapi tidak menjadi keperluan asas. Kelazatan tidak wajar, tidak diperlukan dan tidak berasaskan kepada yang benar seperti riak dengan kekayaan, iri hati, sombong dan bongkak.

(iii) Aliran Deontologikal Menurut Abd Hadi Ismail et al (2000) terdapat dua kaedah yang sering digunakan untuk mengukur tingkah laku manusia iaitu kaedah deontologikal dan kaedah telelogikal. Dua kaedah ini dapat memperjelaskan gerak laku manusia iaitu pada dua situasi. Pada gerak laku (Deontologikal); dan Pada gerak laku (Telelogikal).

10.3 KEPENGGUNAAN
Sebagai seorang pengguna, kita harus menjadi bijak dalam penggunaan dan pembelian seharian. Kita juga harus mengambil tahu akan hak kita sebagai pengguna.

10.3.1 Definisi
Kepenggunaan adalah satu pergerakan sosial untuk mewujudkan sebuah masyarakat pengguna yang bijak, sedar dan faham tentang hak dan tanggungjawab mereka. Ia melibatkan tindakan pengguna secara kolektif melalui pertubuhan atau perwakilan untuk membela dan melindungi kepentingan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan seperti alam sekitar, hak asasi manusia dan sebagainya.

10.3.2 Hak-hak Pengguna


Pengguna yang bijak adalah pengguna yang tahu dan menyedari haknya sebagai pengguna serta bertindak dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Setiap pengguna perlu tahu haknya dan menjaga hak tersebut agar tidak ditindas oleh

158 TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

pengeluar yang tidak bertanggungjawab. Terdapat lapan hak para pengguna iaitu: (a) Hak Mendapat Keperluan Asas Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hak Penjagaan Keselamatan Pengguna berhak untuk mendapat jaminan bahawa barang dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah selamat digunakan tanpa membahayakan kesihatan pengguna. Hak Mendapat Maklumat Pengguna berhak diberi maklumat yang mencukupi dan tepat berkaitan barang dan perkhidmatan yang hendak dibeli bagi memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Maklumat yang perlu dipamerkan pada label sesuatu barang ialah nama pengeluar, jenama, tanda harga, berat, kuantiti, kandungan dan juga tarikh luput. Pengguna berhak dilindungi daripada maklumat palsu dalam pengiklanan, pelabelan dan amalan lain. Hak Membuat Pilihan Pengguna perlu diberi kebebasan untuk memilih dan menentukan barang atau perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperolehi. Hak Bersuara Hak bersuara bererti hak untuk menyuarakan pendapat, sama ada secara individu atau melalui perwakilan, dalam proses menggubal dan melaksanakan polisi kerajaan. Hak Mendapat Ganti Rugi Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi barang atau perkhidmatan yang sudah rosak, tidak bermutu dan luput tarikh. Hak Mendapat Pendidikan Kepenggunaan Pengguna perlu diberi panduan untuk mengetahui hak-hak mereka. Pendidikan kepenggunaan juga membolehkan pengguna menjadi lebih rasional dan bijak. Ini boleh diperolehi melalui bengkel, media massa, pameran, seminar dan ceramah. Buletin Pengguna merupakan salah satu contoh media massa untuk pengguna. Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih, berudara nyaman dan bebas daripada sebarang ancaman yang memudaratkan kesihatan serta tidak mengganggu ketenangan jiwa.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

159

Rajah 10.4: Gunalah hak-hak pengguna yang ada supaya tidak ditipu oleh para peniaga

10.3.3 Peranan Persatuan Pengguna dan Kerajaan


Berikutnya, kita akan bincangkan peranan persatuanpengguna serta peranan kerajaan. (a) Peranan Persatuan Pengguna Persatuan pengguna ialah persatuan persatuan sukarela yang ditubuhkan bertujuan untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna. Pengguna dapat bersatu dan menyelesaikan masalah mereka melalui persatuan pengguna. Antara beberapa persatuan pengguna di Malaysia ialah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Pengguna Selangor (SCA), Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (CANS), Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Kedah (CAKE). Antara peranan persatuan pengguna ialah: (i) Menerima dan Menyiasat Aduan Persatuan pengguna akan menerima sebarang aduan daripada pengguna. Aduan-aduan tersebut akan disiasat dan persatuan pengguna berusaha untuk menyelesaikannya. Jika penyelesaian tidak dapat dilakukan, persatuan pengguna akan merujuk perkara tersebut kepada pihak berkuasa yang sewajarnya seperti Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan sebagainya.

Rajah 10.5: Pengguna perlu segera membuat aduan sekiranya menghadapi sebarang masalah atau perkara yang mencurigakan

160 TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

(ii)

Menyebarkan Maklumat Semua hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh persatuan pengguna akan disiarkan melalui media massa dan majalah persatuan pengguna seperti Utusan Pengguna yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Laporan dan maklumat ini membantu pengguna membuat pilihan yang tepat dan pengguna menjadi lebih peka terhadap kepenggunaan dan konsumerisme.

(iii) Menjalankan Kajian dan Penyelidikan Persatuan pengguna akan menjalankan ujian, kajian dan penyelidikan ke atas barangan para pengguna terutamanya barang makanan bagi memastikan keselamatannya, kualitinya dan harga yang bersesuaian. Ujian juga dijalankan terhadap kandungan bahan pewarna, bahan pengawet dan perisa makanan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan para pengguna. Kajian ke atas harga barangan juga dijalankan untuk memastikan sama ada kenaikan harga sesuatu barang itu wajar mahupun sebaliknya. (iv) Memberi Pendidikan Kepenggunaan Persatuan pengguna berusaha untuk memberikan pendidikan, latihan dan kesedaran kepada para pengguna melalui aktiviti ceramah, kursus, forum, seminar dan pameran dengan kerjasama daripada agensi kerajaan. Usaha yang dijalankan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para pengguna mengenai hak mereka di sisi undang-undang. Konsumerisme juga boleh membentuk kemahiran para pengguna membuat keputusan membeli barang dan perkhidmatan. Memberi Bantuan dan Khidmat Nasihat Persatuan pengguna membantu meningkatkan kemahiran pengguna dalam memilih, membeli dan mengguna barangan melalui konsumerisme. Persatuan pengguna juga berusaha melahirkan pengguna yang bijak dan berjimat-cermat semasa berbelanja untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka dengan mengedarkan risalah, menerbitkan majalah pengguna dan mengadakan ceramah konsumerisme.

(v)

(b)

Peranan Kerajaan Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab dalam melindungi hak dan kepentingan pengguna. Usaha kerajaan untuk melindungi pengguna adalah dengan cara-cara seperti berikut. (i) Menggubal Undang-undang Undang-undang yang pelbagai telah digubal oleh kerajaan dengan bertujuan memberi perlindungan kepada pengguna. Akta-akta berikut digubal oleh kerajaan untuk memberi perlindungan keselamatan dan kesihatan para pengguna. Antara akta tersebut ialah:

TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

161

(ii)

Akta Perihal Dagangan 1972 (Pindaan 1982). Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (Pindaan 1983). Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan). Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 1973). Akta Timbang dan Sukat 1972. Peraturan-peraturan Makanan 1985. Akta Sewa Beli 1967. Akta Elektrik. Akta Label 1980. Akta Mutu Alam Sekitar 1974.

Menyelaraskan Kepentingan Pengguna Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan (MPPPK) pada tahun 1973 untuk memberi nasihat kepada kerajaan tentang kawalan bekalan barang dan harga, mengkaji dan menilai amalan perniagaan, mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah pengguna dan menerbitkan majalah serta risalah yang bertujuan menyebarkan maklumat terkini kepada para pengguna. Anggota Majlis Pengguna terdiri daripada wakil kerajaan, persatuan pengeluar, kesatuan pekerja, pertubuhan belia dan orang perseorangan.

(iii) Menguatkuasakan Undang-undang Kerajaan juga telah menggunakan kementerian dan agensi tertentu untuk menguatkuasakan undang-undang dan akta berkaitan dengan para pengguna. Antaranya ialah: Bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memastikan akta yang digubal dipatuhi sepenuhnya serta mengawal peniaga dari melakukan penyelewengan. Kementerian Kesihatan bertugas memastikan kebersihan diamalkan di kedai mahupun di tempat pengeluar terutamanya pengeluar makanan. Kementerian juga memastikan ubat-ubatan yang dikeluarkan selamat digunakan dan makanan yang dijual tidak beracun dan berbahaya. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar berusaha meningkatkan kualiti alam sekitar melalui langkah pencegahan, pengurangan dan pengawalan pencemaran.

162 TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Institut Piawaian dan Penyelidikan Malaysia (SIRIM) bertanggungjawab memastikan barang yang dikeluarkan adalah berkualiti dan selamat digunakan. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab mengeluarkan logo Halal bagi memastikan barangan makanan dan kosmetik yang dikeluarkan tidak mengandungi bahan yang haram digunakan oleh umat Islam.

AKTIVITI 10.1
Adakah anda fikir slogan Customer Is Always Right (Pelanggan Sentiasa Betul) adalah tepat dan sesuai ditujukan kepada pelanggan? Bincangkan.

SEMAK KENDIRI 10.2


1. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan etika? Huraikan perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam falsafah etika perniagaan Islam berbanding dengan falsafah pemikiran etika sekular. Terangkan lapan hak pengguna yang perlu diketahui oleh setiap individu.

3.

Kita telah selesai membincangkan tentang etika dan tanggungjawab sosial serta maklumatnya. Kita juga telah belajar mengenai kepenggunaan iaitu untuk mempertahankan hak-hak kita sebagai pengguna dan mengetahui peranan badan-badan atau agensi yang berkaitan dengan kepenggunaan.

TOPIK 10 ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

163

Deontologikal Etika Hedonisme

Naturalisme Tanggungjawab sosial

Vous aimerez peut-être aussi