Vous êtes sur la page 1sur 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

AKTIVITI PERSATUAN
(LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID MASALAH PEMBELAJARAN)

ANJURAN PISMP SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2011 (PENGKHUSUSAN MATEMATIK DAN PEMULIHAN)

1.0 PENGENALAN

Program lawatan sambil belajar ini adalah sebuah program bagi memenuhi sukatan pro forma kursus kokurikulum-Persatuan (WAJ 3113). Program ini bertujuan melengkapkan para pelajar dengan ilmu berkaitan proses pengajaran dan pengajaran murid-murid berpendidikan khas serta mencari pengalaman seberapa banyak yang mungkin sebagai bekalan di masa perkhidmatan sebagai warga pendidik kelak. Selain itu, ilmu pengurusan program yang disemai dalam perancangan dan perjalanan program ini juga amat penting bagi setiap pelajar sebagai panduan bagi menerima arahan pihak atasan untuk mengurus, mengarah mahupun menganjur sesebuah program atau melakukan aktiviti di medan pendidikan pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, diharapkan program ini mendapat kelulusan daripada pihak atasan sebagai landasan untuk melihat sendiri proses pengajaran dan pengajaran murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran dan dalam ilmu pengurusan yang bakal ditimba sepanjang perancangan dan perjalanan program ini. 2.0 OBJEKTIF

2.1

Memenuhi sukatan pro forma WAJ 3113 untuk kursus Kurikulum-Persatuan dan MTE 3112 untuk kursus Amalan Pentaksiran dalam Matematik bagi guru pelatih semester 6.

2.2

Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan pengalaman para pelajar tentang proses pembelajaran dan pengajaran murid-murid pendidikan khas.

2.3

Memberi pengalaman secara langsung kepada para pelajar akan hakikat sebenar masalah pembelajaran pada zaman sekarang.

2.4

Membina keyakinan diri dalam kalangan guru pelatih semasa slot bersama-sama murid-murid masalah pembelajaran.

2.5

Memberi latihan penganjuran program yang sebenar kepada para guru pelatih.

3.0 MATLAMAT Melahirkan para guru pelatih yang mempunyai penghayatan dan pengalaman dalam menjalankan program di samping melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan pengajaran dan pembelajaran murid-murid pendidikan khas.

4.0 TEMA Guru Pemangkin Insan Berjaya

5.0 TARIKH 10 Oktober 2013 (Khamis)

6.0 TEMPAT 6.1 Sekolah Kebangsaan Bukit Raya, Batu 9, Cheras

7.0 SASARAN PESERTA 40 orang pelajar PISMP 6.11 dan PISMP 6.14 (Rujuk Lampiran 1) dan 2 orang pensyarah pembimbing (Puan Fazidah bt Jaafar dan Puan Azizah bt Haji Tengah) dari Jabatan Matematik.

8.0 PENGANGKUTAN Bas IPG Kampus Pendidikan Islam.

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Rujuk lampiran 2

10.0

TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran 3

11.0

ANGGARAN BELANJAWAN

Rujuk lampiran 4

12.0

PENUTUP

Diharapkan agar program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya serta InsyaAllah dapat mencapai objektif, matlamat program dan tema program Guru Pemangkin Insan Berjaya. Semoga segala yang dirancang dan diusahakan ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. Sekian.

Disediakan oleh

Disemak oleh

................................................ (WAN FATIMAH BINTI WAN YUSOFF) Setiausaha Aktiviti Persatuan Lawatan sambil Belajar Persatuan Matematik IPG Kampus Pendidikan Islam.

....................................................... (DATIN ZAITUN BT OTHMAN) Pensyarah Penasihat Aktiviti Persatuan Lawatan sambil Belajar Persatuan Matematik IPG Kampus Pendidikan Islam.

Disokong oleh

................................................ (DR. YUSMINAH BINTI MOHD YUSOF) Ketua Jabatan Jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Islam.

Ulasan

Diluluskan oleh

...................................................... (HAJI OSMAN BIN HUSSAIN) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.

LAMPIRAN 2 JAWATANKUASA INDUK PENAUNG TN. HJ. Osman bin Hussain (PENGARAH IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM)

PENASIHAT DR. Yusminah binti Mohd Yusof

PENSYARAH PENASIHAT Puan Azizah binti Haji Tengah Datin Zaitun binti Othman

JAWATANKUASA PELAKSANA AKTIVITI PERSATUAN (LAWATAN SAMBIL BELAJAR)

PENGARAH PROGRAM Muhammad Syaffiq bin Mohd Noor Azman

PENOLONG PENGARAH PROGRAM Maisarah Zakaria

SETIAUSAHA Wan Fatimah binti Wan Yusoff

NAIB SETIAUSAHA Ahmad Bukhari bin Mohamad

BENDAHARI Noor Zafirah Mohd Fauzi

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK PENGANGKUTAN Ahmad Khairul Amin bin Mukhatar. Abdullah Rahimi Bin Nordin

AJK HUBUNGAN LUAR Mohd Qhairil Anwar bin Azhar Nur Fadhillah binti Ghazali

AJK MAKANAN Nur Hanum binti Mohd Subri Nurathirah binti Aladin

AJK FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI Mohamad Amin Marzuki bin Muhamod Fikri Hanafi bin Mohamad Arifin Anis Shamila binti Ab. Salam

AJK CENDERAMATA Norfatin Nadia Rozali. Nur Atikah binti Remali

LAMPIRAN 3 TENTATIF PROGRAM 10 Oktober 2013 (Khamis) TENTATIF PROGRAM

MASA 7.00 pagi 7.30 pagi 9.00 pagi 9.15 pagi Berkumpul di garaj bas

AKTIVITI

Bergerak ke Sek. Keb. Padang Temu Tiba di sekolah Taklimat ringkas oleh pihak sekolah tentang kelas masalah pembelajaran

10.15 pagi

Pemerhatian ke atas teknik pengajaran masalah pembelajaran

11.15 pagi 11.45 pagi

rehat - Beramah mesra dengan pelajar masalah pembelajaran - aktiviti bersama pelajar masalah pembelajaran

1.00 tengah hari 1.30 petang

Majlis penutupan dan penyampaian cenderahati Bertolak pulang

LAMPIRAN 4 Anggaran Perbelanjaan Bil Perkara Cenderahati kepada pihak Sekolah Plak Mug Beg kertas Cenderahati kepada pensyarah pembimbing Mug Beg kertas Makanan Sarapan Makan tengah hari Peruntukan IPG Unit Belanja Sebenar Jumlah Sumber

Stor Pusat IPG

Stor Pusat IPG

42

RM 10.00 x 40 RM 12.00 x 2

RM 400.00 RM 24.00

Air mineral

2 kotak

Stor Pusat IPG

JUMLAH KESELURUHAN

RM 424.00

Vous aimerez peut-être aussi