Vous êtes sur la page 1sur 17

SENARAI KANDUNGAN BIL 1 2 PENGENALAN AGAMA -ISLAM -KRISTIAN 3 PERBANDINGAN AGAMA -KRISTIAN -ISLAM 4 5 KESIMPULAN RUJUKAN KANDUNGAN MUKA

SURAT

PENGENALAN

Definisi tentang agama dipilih yang sederhana dan menyeluruh. Ertinya didefinisikan agama tidak terlalu sempit atau terlalu longgar tetapi boleh dikenakan kepada agama-agama yang selama ini dikenali melalui penyebutan nama-nama agama itu. Agama merupakan suatu lembaga atau institusi penting yang mengatur kehidupan rohani manusia. Untuk itu terhadap apa yang dikenali sebagai agama-agama itu perlu dicari titik persamaannya dan titik perbezaannya. Manusia mempunyai kemampuan terhad, kesedaran dan pengakuan akan keterbatasannnya menjadikan keyakinan bahawa ada sesuatu yang luar biasa di luar dirinya. Sesuatu yang luar biasa itu tentu berasal dari sumber yang luar biasa juga. Dan sumber yang luar biasa itu ada bermacam-macam sesuai dengan bahasa manusianya sendiri. Misal Tuhan, Dewa, God, Syang-ti, Kami-Sama dan lain-lain atau hanya menyebut sifat-Nya saja seperti Yang Maha Kuasa, Ingkang Murbeng Dumadi, De Weldadige, dan lain-lain. Keyakinan ini membawa manusia untuk mencari kedekatan diri kepada Tuhan dengan cara menghambakan diri, iaitu menerima segala kepastian yang menimpa diri dan kawasan sekitar dan yakin berasal dari Tuhan mentaati segenap ketetapan, peraturan, undang-undang dll yang dipercayai berasal dari Tuhan. Dengan demikian diperolehi keterangan yang jelas, bahawa agama itu penghambaan manusia kepada Tuhannya. Dalam pengertian agama terdapat 3 unsur, ialah manusia, penghambaan dan Tuhan. Maka suatu fahaman atau ajaran yang mengandungi ketiga-tiga unsur pokok pengertian tersebut dapat disebut agama.

AGAMA ISLAM

Islam dalam bahasa Arab disebut al-islm, iaitu "berserah diri kepada Tuhan" adalah agama yang mengimani satu Tuhan, yaitu Allah. Dengan lebih dari satu seperempat orang pengikut di seluruh dunia, menjadikan Islam sebagai agama terbesar kedua di dunia setelah agama Kristen. Islam memiliki erti "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Tuhan ( , Allh). Pengikut ajaran Islam dikenal dengan sebutan Muslim yang bererti "seorang yang tunduk kepada Tuhan", atau lebih lengkapnya adalah Muslimin bagi lelaki dan Muslimat bagi perempuan. Islam mengajarkan bahawa Allah menurunkan firman-Nya kepada manusia melalui para nabi dan rasul utusan-Nya, dan meyakini dengan bersungguh-sungguh bahawa Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir yang diutus ke dunia oleh Allah. Kepercayaan dasar Islam dapat ditemukan pada dua kalimah shahadah ("dua kalimah persaksian"), iaitu "asyhadu an-laa ilaaha illallaah, wa asyhadu anna muhammadan rasuulullaah" - yang bermaksud "Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan saya bersaksi bahawa Muhammad saw adalah utusan Allah ". Esensinya adalah prinsip keesaan Tuhan dan pengakuan terhadap kenabian Muhammad. Adapun bila seseorang meyakini dan kemudian mengucapkan dua kalimah persaksian ini, ia boleh dianggap telah menjadi seorang muslim dalam status sebagai mualaf (orang yang baru masuk Islam dari kepercayaan lamanya). Kaum Muslim percaya bahawa Allah mengutus Muhammad sebagai Nabi terakhir setelah diutusnya Nabi Isa 6 abad sebelumnya. Agama Islam mempercayai bahawa al-Quran dan Sunnah (setiap perkataan dan perbuatan Muhammad) sebagai sumber undang-undang dan peraturan hidup yang fundamental. Mereka tidak menganggap Muhammad sebagai

pengasas agama baru, tetapi sebagai penerus dan pembaharu kepercayaan monoteistik yang diturunkan kepada Ibrahim , Musa, Isa, dan nabi oleh Tuhan yang sama. Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian belakangan setelah kepergian para nabinya telah membelokkan wahyu yang Tuhan berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks dalam kitab suci, memperkenalkan intepretasi palsu, ataupun kedua-duanya. Umat Islam juga meyakini al-Quran yang disampaikan oleh Allah kepada Muhammad. melalui perantara Malaikat Jibril adalah sempurna dan tidak ada keraguan di dalamnya (Al-Baqarah [2]: 2). Di dalam al-Qur'an Allah juga telah berjanji akan menjaga kesempurnaan al-Quran hingga akhir zaman. Adapun sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran, umat Islam juga diwajibkan untuk beriman dan meyakini kebenaran kitab suci dan firman-Nya yang diturunkan sebelum alQur'an (Zabur, Taurat, Injil dan suhuf para nabi-nabi yang lain) melalui nabi dan rasul terdahulu sebelum Muhammad. Umat Islam juga percaya bahawa selain al-Quran, seluruh firman Allah terdahulu telah mengalami perubahan oleh manusia. Merujuk pada kalimat di atas, maka umat Islam meyakini bahawa al-Qur'an adalah satu-satunya kitab Allah yang benar-benar asli dan sebagai penyempurnaan kitab-kitab sebelumnya. Umat Islam meyakini bahawa agama yang dianuti oleh seluruh nabi dan rasul utusan Allah sejak Adam adalah satu agama yang sama dengan (tauhid iaitu satu Tuhan yang sama), dengan demikian tentu saja Ibrahim juga menganut ketauhidan secara hanif (murni) yang menjadikannya seorang muslim. Pandangan ini meletakkan Islam bersama agama Yahudi dan Kristian dalam rumpun agama yang mempercayai Nabi Ibrahim as. Di dalam al-Qur'an, penganut Yahudi dan Kristian sering dirujuk sebagai Ahli Kitab atau orang-orang yang diberi kitab.

AGAMA KRISTIAN Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: , Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'. Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu iaitu Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis), Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah), dan Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme) Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

PERBANDINGAN AGAMA Agama Kristian Agama Kristian berkisar tentang perjalanan hidup nabi Isa a.s atau Jesus Christ. Maka apabila kita berbicara tentang sejarah agama Kristian kita sebenarnya menyentuh mengenai perjalanan hidup Jesus Christ. Oleh demikian maka sejarah agama Kristian terbahagi kepada tiga era iaitu: 1. Era sebelum kehadiran Jesus Christ 2. Era sewaktu kehadiran Jesus Christ 3. Era selepas kehadiran Jesus Christ 1. Era Sebelum Kehadiran Jesus Christ. Oleh kerana Jesus Christ dikatakan berketurunan Yahudi dan telah dihantar oleh tuhan khusus untuk kaumnya, maka era sebelum kehadiran Jesus adalah era yang mengesahkan tentang kaumnya. Kaum Yahudi adalah pengikut nabi Musa a.s atau Moses yang diturunkan kitab Taurat kepadanya. Kitab Taurat mengandungi hukum hakam dan syariat nabi Musa a.s yang diperintahkan tuhan kepada bani Israel. Oleh kerana jarak waktu diantara nabi Musa a.s dan Jesus Christ melebihi ribuan tahun, maka tidak hairanlah jika sepanjang tempoh itu berlaku penyelewengan dan korupsi terhadap hukum Taurat oleh bani Israel. Berikutan penyelewengan dan korupsi yang berlaku itu, kemungkaran, kemaksiatan, kelalaian dan kejahilan kian berleluasa di dalam masyarakat bani Israel. Bani Israel ketika itu bebas mengingkari perintah tuhan. Mereka telah jauh menyimpang daripada perintah tuhan.

Berlatar belakang persekitaran kemungkaran inilah nabi Isa a.s atau Jesus Christ telah di turunkan oleh tuhan kepada bani Israel untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar. 2. Era Ketika Kehadiran Jesus Christ Jesus Christ telah dilahirkan di Palestin. Ibu beliau Siti Mariam ialah seorang anak dara. Kisah hidup Jesus Christ ketika kecil tidak banyak diketahui kerana tidak ada catatan mengenainya. Mengikut Al-Kitab, nubuwah (kerasulan) Jesus Christ bermula ketika beliau berumur 30 tahun. Beliau dikatakan gigih berkhutbah dan berceramah di rumah ibadat kaum Yahudi sama ada di kuil ataupun di sinagog. Khutbah-khutbah beliau pada ketika itu banyak mengajak kaum yahudi agar kembali kepada cara hidup dan ajaran yang diajar oleh nabi Musa a.s. Seruan beliau itu diterima baik oleh kaumnya yang selama ini tidak senang dengan gelagat para ulama Yahudi yang telah menyeleweng dan menyimpang jauh dari ajaran nabi Musa a.s yang sebenar Justeru itu, pengaruh Jesus Christ berkembang dengan cepat sehingga para ulama Yahudi berasa kedudukan serta pengaruh mereka tercabar dan terancam. Mereka tidak dapat menghalau Jesus Christ daripada berkhutbah di dalam Sinagog kerana apa yang disampaikan oleh beliau adalah berpandukan kepada ajaran sebenar agama Yahudi. Lalu secara diam-diam para ulama Yahudi telah mengatur langkah untuk menghapuskan Jesus Christ. Oleh kerana para ulama Yahudi tidak ada kuasa untuk menangkap, mendakwa dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Jesus Christ, maka mereka telah mempengaruhi pihak berkuasa Rom yang memerintah jajahan Palestin ketika itu untuk menangkap Jesus Christ dengan alasan bahawa Jesus Christ adalah seorang aktivis yang berbahaya di kalangan kaumnya. Pihak berkuasa Rom yang amat prihatin dengan kestabilan tanah jajahan mereka telah berjaya dipedaya oleh hasutan para ulama Yahudi kerana takut akan adanya rampasan kuasa jika pengaruh Jesus

Christ semakin merebak. Lanjutan daripada itu, pihak berkuasa telah berusaha untuk menangkap Jesus Christ. Mengikut catatatan gereja, Jesus Christ telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Rom pada tengah malam Jumaat tahun ketiga kerasulan beliau. Akibat daripada penangkapan itu Jesus Christ dikatakan dijatuhkan hukum mati disalib pada petang Jumaat. Peristiwa ini dirayakan oleh penganut Kristian sebagai hari Good Friday. Orang Kristian juga percaya bahawa Jesus Christ telah dihidupkan semula oleh tuhan pada hari Ahad yang berikutnya. Hari kebangkitan Jesus ini disambut oleh penganut Kristian sebagai hari Easter . Empat puluh hari kemudian Jesus dikatakan telah diangkat naik kelangit. Sehingga hari ini Jesus dikatakan sedang berada disebelah tangan kanan tuhannya. Beliau dikatakan juga akan datang kembali diakhir zaman. Sementara itu pengikut beliau menunggu kepulangan beliau dengan penuh setia. Mereka beranggapan bahawa akhir zaman yang dijanjikan oleh Jesus amat hampir sekali. 3. Era selepas ketiadaan Jesus Christ. Setelah berjaya memisahkan Jesus Christ daripada pengikutnya, para ulama Yahudi menumpukan pula usaha mereka terhadap pembasmian para pengikut Jesus. Salah seorang ulama Yahudi yang paling taksub memerangi Jesus dan pengikutnya ialah Saul@Paul. Paul merupakan orang yang paling digeruni kerana kekejamannya yang melampau terhadap para pengikut ajaran Jesus. Namun begitu, tujuh tahun selepas ketiadaan Jesus, Paul tiba-tiba bertukar kem dengan menyertai gerakan ajaran Jesus. Pada mulanya penyertaan Paul diragui ramai. Bagaimanapun beliau turut diajak oleh seorang murid Jesus yang bernama Barnabas untuk menyertai rombongan dakwah. Setelah berdakwah beberapa ketika, Paul menjadi terkenal dan semakin diterima ramai.

Paul memanfaatkan kesempatan ini dengan sepenuhnya untuk menyampaikan suatu ajaran yang mengejutkan.Tiba-tiba Paul mendakwa bahawa Jesus ialah anak tuhan yang mati untuk menebus dosa semua manusia. Paul juga mengajar bahawa semua manusia telah mewarisi dosa daripada manusia pertama iaitu Adam. Mengikut Paul lagi, sesiapa yang percaya kepada ketuhanan Jesus dan kepada kerja Jesus menebus dosa akan mendapat jalan keselamatan didunia dan diakhirat. Ajaran Paul inilah yang menjadi asas kepercayaan agama Kristian. Semenjak itu sesiapa yang mengikut iktikad Paul dikenali sebagai orang-orang Kristian. Saranan Paul mendapat tentangan yang hebat daripada pengikut ajaran Jesus. Barnabas terus memutuskan hubungan dengan Paul kerana Jesus tidak pernah mengajar sedemikian. Apabila para pengikut ajaran Jesus menolak ajaran Kristian, Paul mengalih pula dakwahnya kepada golongan Yahudi yang membenci Jesus. Bagaimanapun beliau gagal lagi kerana agama Yahudi ialah agama tauhid dan tidak menerima konsep dosa warisan. Akhirnya Paul terpaksa menjaja ajarannya kepada orang-orang musyrikin. Untuk tujuan tersebut Paul menghalalkan semua makanan serta menghapuskan syarat berkhatan, sekaligus

mengenepikan ajaran Taurat. Taktik Paul itu berjaya menarik ramai orang-orang yang bukan berketurunan Israil sehingga melebehi jumlah pengikut ajaran Jesus. Secara tak langsung pengaruh ajaran Paul bersebar dengan pesat kerana jumlah penganutnya yang ramai dan meluas berbanding jumlah penganut Yahudi dan gerakan Jesus. Pengikut ajaran Paul atau lebih dikenali sebagai penganut Kristian bertemu secara berjemaah. Jemaah-jemaah ini kemudian dikenali sebagai gereja. Gereja-gereja ini berkembang dengan pesat didalam jajahan Rom apabila maharaja Rom yang bernama Konstantin bersikap lebih toleran terhadap penduduk Kristian.

Pada tahun 325 sifat Jesus dan sifat ketuhanan hangat dipersoalkan dikalangan pemimpin gereja sehingga suatu Majlis para ulama Kristian terpaksa diadakan di Nicaea. Majlis tersebut mengisytiharkan Jesus sebagai tuhan. Untuk menambahkan lagi kekuatan terhadap keputusan tersebut arahan juga dibuat untuk menghimpun dan membukukan tulisantulisan yang sealiran temanya. Hasilnya ialah Al-Kitab yang diterima pakai dengan resminya pada tahun 385. Bagaimanapun sifat ketuhanan didalam agama Kristian tetap dibahaskan juga oleh para paderi. Maka pada tahun 451 sifat ketiga-esaan tuhan agama Kristian ditetapkan di Chalcedon. Didalam tahun 1024 gereja Barat yang berpusat di Rom berpisah dengan gereja Timor atau Otodoks yang berpusat di Iskandariah. Puncanya ialah percanggahan pendapat tentang tuhan Ruhul Kudus. Sebenarnya gereja Otodoks sudah lama tidak senang dengan sistem gereja Barat. Perpecahan gereja yang kedua berlaku didalam tahun 1500 apabila seorang paderi German yang bernama Martin Luther memprotes karenah gereja di Rom mengaitkan kutipan pembiayaan pembesaran gereja Rom dengan penebusan dosa. Akibat protes beliau maka tertubuhlah gereja Protestan yang menganggap gereja Roman Katolik sebagai sesat. Tidak berapa lama kemudian gereja di England pula berpisah dengan gereja Rom lalu menubuhkan gereja Anglikan. Lanjutan daripada itu bercambahlah ratusan gereja-gereja Protestan seperti gereja Baptis, Metodis, Sidang Injil Borneo, Seventh Day Adventist, Preybestryian dan lainlain. Gereja Katolik pula hanyalah satu. Kebanyakan penganut Kristian yang berjumlah melebihi 2 bilion merupakan pengikut Protestan. Di Malaysia pula penganut Katolik kebanyakannya terdapat di Melaka, Lembah Kelang, Sabah dan Sarawak.

AGAMA ISLAM Perkataan Islam merupakan kata nama kerjaan berasal daripada kata akar tiga konsonan s-l-m, dan diterbitkan dari kata kerja bahasa Arab Aslama, yang bermaksud "untuk merelakan, menyerah atau tunduk (kepada Tuhan)." Satu lagi perkataan yang diterbitkan daripada akar yang sama ialah salam ( ) yang bermaksud 'sejahtera'. Dengan demikian, Islam bermaksud penyerahan dan penundukan kepada Allah, dan Muslim harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya, menurut perintah-Nya, dan mengelakkan syirik. Perkataan ini kadangkala memiliki pengertian berlainan dalam al-Quran. Dalam sesetengah ayat, kualiti Islam sebagai kepercayaan dalaman ditegaskan: "Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk memberi panduan kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam." Ayat lain menghubung islm dan dn (lazimnya diterjemahkan sebagai "agama" atau "cara hidup"): "Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu (dn) dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama kamu." Manakala ada pula yang menggambarkan Islam sebagai perbuatan kembali kepada Allah lebih dari hanya penyataan pengesahan keimanan. Konsep teologi asas Islam ialah tauhid-kepercayaan bahawa terdapat hanya satu Tuhan. Istilah Arab untuk Tuhan ialah Allh; kebanyakan ilmuwan percaya ia diperoleh daripada penyingkatan kata al- (yang/itu) dan ilh (tuhan), bermaksud "Tuhan" (al-ilh), namun yang lain menjejak asal usulnya daripada kata Arami Alaha. Bangsa bukan Arab

mungkin menggunakan nama lain untuk Allah, seperti "Tanr" dalam bahasa Turki atau "Khod" dalam Parsi. Kepercayaan kepada Allah juga merupakan sebahagian daripada Rukun Islam, di mana tauhid diluahkan dalam syahadah (pengakuan), dengan mengisytiharkan bahawa "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah."

Dalam teologi tradisi Islam, Allah itu di luar pemahaman manusia; Muslim tidak perlu membayangkan Allah, cuma memuja dan sujud padaNya sebagai pencipta alam. Mereka mempercayai tujuan kewujudan ialah untuk menyembah Tuhan. Qur'an kadangkala memerikan Allah dengan nama atau sifat lain, seperti al-Rahman, bermakna "Maha Pengasih" dan al-Rahim, bermakna "Maha Penyayang" (lihat Asmaul Husna). Allah

dihuraikan dalam surah 112 al-Qur'an sebagai "Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah, Yang Kekal, Mutlak; Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." (112:1-4) Dengan itu Muslim menolak doktrin Tritunggal Kristian, dan membandingkannya kepada politeisme. Muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa kitab suci yang diturunkan Allah kepada nabi-nabinya, dengan al-Quran sebagai kitab terakhir. Mereka juga mempercayai kandungan kitab-kitab sebelum al-Quran, Taurat dan Injil, telah dipesongkansama ada dari segi tafsiran, teks, atau keduanya. Muslim menganggap al-Qur'an sebagai kata sebenar Allah; ia adalah pusat teks keagamaan Islam yang diturunkan dalam bahasa Arab. Muslim percaya bahawa ayat Al-Qur'an telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. oleh Allah melalui malaikat Jibrail pada banyak peristiwa antara 610 dan kewafatan baginda pada 8 Jun 632. AlQur'an dilaporkan telah ditulis oleh sahabat Nabi semasa baginda masih hidup, namun cara utama penyampaian ialah melalui lisan. Ia telah disusun pada zaman khalifah pertama Abu Bakar as-Siddiq, dan telah dipiawaikan di bawah pentadbiran khalifah ketiga Uthman bin Affan. Al-Qur'an dibahagikan kepada 114 surah, atau bab, yang apabila digabungkan, mengandungi 6,236 ayat. Surah lebih awal secara kronologinya, diturunkan di Makkah, menekankan topik etika dan kerohanian. Surah Madaniyyah berikutnya kebanyakannya membincangkan isu sosial dan moral yang berkaitan dengan masyarakat Muslim. Al-Qur'an lebih menekankan panduan moral berbanding ajaran undang-undang, dan dianggap "buku

sumber prinsip dan nilai Islam". Pakar undang-undang Muslim merujuk hadith, atau rekod bertulis kehidupan Nabi Muhammad s.a.w., sebagai tambahan kepada al-Qur'an dan untuk membantu menafsirkannya. Sains ulasan dan takwil al-Qur'an dikenali sebagai tafsir. Perkataan Qur'an bermaksud "pengucapan". Apabila Muslim bertutur secara abstrak mengenai al-Qur'an, mereka lazimnya memaksudkan kitab suci yang dibaca dalam bahasa Arab berbanding karya bercetak atau sebarang terjemahannya. Bagi Muslim, al-Qur'an hanya sempurna seperti diturunkan dalam bahasa Arab asli; terjemahan adalah semestinya kurang tepat atas sebab perbezaan bahasa, kesilapan daripada penterjemah, dan kemustahilan mengekalkan gaya asal yang diilhamkan. Terjemahan oleh itu hanya dianggap sebagai ulasan terhadap al-Qur'an, atau "tafsiran maksudnya", bukan seperti al-Qur'an itu sendiri. Muslim mengakui para nabi (Bahasa Arab: ) dan rasul ( ) sebagai manusia

yang dipilih Tuhan untuk menjadi utusanNya. Menurut Qur'an, semua nabi merupakan manusia dan bukan tuhan, walaupun mereka mendapat mukjizat yang membuktikan kenabian mereka. Teologi Islam menyatakan semua rasul menyampaikan pesanan Islampenyerahan kepada kehendak Tuhan. Al-Qur'an menyebut nama beberapa orang yang dianggap nabi, termasuk Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa. Muslim juga percaya bahawa Allah

menghantar Nabi Muhammad s.a.w. (Penutup segala Nabi) untuk menyebarkan pesanan ketuhanan ke seluruh alam (untuk menyimpulkan dan memuktamadkan kata Tuhan), sedangkan rasul-rasul sebelum baginda dihantar kepada puak atau kaum tertentu sahaja. Dalam Islam, contoh "normatif" kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. dipanggil Sunnah (harfiahnya "kebiasaan"). Contoh ini dipelihara dalam tradisi yang dikenali sebagai hadith ("laporan"), iaitu rekod kata, perbuatan, dan perwatakan peribadi baginda. Muslim digalakkan untuk mencontohi perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. dalam kehidupan harian mereka, dan sunnah dilihat sebagai penting kepada panduan tafsiran al-Qur'an.

Kepercayaan pada "Hari Kebangkitan", Yawm al-Qiymah (juga dikenali sebagai yawm ad-dn, "Hari Pengadilan" dan as-s`a, "Saat Terakhir") juga penting pada Muslim. Mereka percaya bahawa masa Qiymah telah ditentukan oleh Allah tetapi tidak diketahui oleh manusia. Ujian dan kesengsaraan yang mendahului dan semasa Kiamat dihuraikan dalam al-Qur'an dan hadith, dan juga dalam komentar dari ulama. Al-Qur'an menekankan kebangkitan jasad, suatu pemecahan dari kefahaman Arab pra-Islam tentang kematian. Ia menyatakan bahawa kebangkitan akan diikuti oleh perhimpunan manusia, dan pengadilan mereka oleh Allah. Al-Qur'an menyenaraikan beberapa dosa yang boleh membawa seseorang ke neraka, seperti kufur, riba dan ketidakjujuran. Muslim melihat syurga (jannah) sebagai tempat keriangan dan kebahagiaan, dengan rujukan al-Qur'an menghuraikan sifatnya dan keseronokan fizikal yang akan datang. Terdapat juga rujukan kepada ridwn (kegembiraan dan senang hati). Tradisi mistik dalam Islam meletakkan keseronokan kesyurgaan ini dalam konteks kesedaran yang amat terhadap Allah. Unit asas dalam masyarakat Islam adalah keluarga, dan Islam mentakrifkan kewajipan dan hak ahli keluarga. Ayah dilihat bertanggungjawab secara kewangan untuk keluarganya, dan wajib untuk memenuhi keperluan mereka. Pembahagian warisan ditentukan dalam alQur'an, yang menyatakan bahawa kebanyakannya adalah untuk keluarga terdekat, manakala sebahagian diasingkan untuk pembayaran hutang dan wasiat. Bahagian wanita dalam pewarisan lazimnya separuh dari lelaki yang sama taraf. Perkahwinan menurut Islam

merupakan kontrak sivil yang terdiri dari tawaran dan penerimaan antara dua pihak yang layak dengan kehadiran dua saksi. Pengantin lelaki diperlukan untuk membayar mahar kepada pengantin perempuan, seperti yang disyaratkan dalam kontrak.

Seorang lelaki boleh mempunyai hingga empat isteri jika si suami percaya dia boleh melayani mereka dengan adil, manakala seorang perempuan hanya boleh mempunyai satu suami. Di kebanyakan negara Muslim, proses penceraian dalam Islam dikenali sebagai talaq, yang lazimnya dilakukan suami dengan menyebut kata "cerai". Wanita dikehendaki

memakai tudung dan menurut aurat, namun para sarjana tidak sependapat sama ada terdapat dalil Qur'an terhadap amalan tradisional Islam seperti purdah dan burqa. Bermula pada abad ke-20, reformis sosial Islam bertelagah terhadap amalan ini dan amalan lain seperti poligami, dengan kejayaan berbeza. Pada masa sama, ramai wanita Islam cuba menyelaraskan tradisi dan kemodenan dengan menggabungkan kehidupan aktif dengan kesederhanaan luaran. Sesetengah kumpulan Islamis seperti Taliban pula cuba untuk meneruskan peraturan tradisional seperti yang digunakan kepada wanita. Terdapat beberapa mahzab dalam Islam contohnya ahli sunnah wal jamaah, syiah dan sebagainya. Islam Sunah merupakan kumpulan terbesar dalam Islam (sehingga 90% daripada 1.5 bilion Muslim di dunia). Dalam bahasa Arab, as-Sunnah secara harfiah bermaksud "prinsip" atau "laluan". Al-Qur'an dan Sunnah (contoh kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang direkodkan dalam hadith) merupakan asas utama doktrin Sunah. Sunnah dilihat sebagai penting dalam membantu mentafsirkan Qur'an. Sunah (atau Sunni) percaya bahawa empat khalifah pertama merupakan pewaris benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.; kerana Allah tidak menunjukkan mana-mana ketua tertentu untuk mewarisinya, ketua itu perlu dipilih. Sunah mengakui empat mazhab (aliran

pemikiran) utama yang sah: Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini menerima kesahihan yang lain dan seorang Muslim boleh memilih mana-mana yang menyenangkannya. Terdapat juga gerakan ultra-ortodoks di dalam Sunah, contohnya Salafi yang mengambil generasi pertama Muslim sebagai model teladan.

KESIMPULAN Sejarah interaksi agama Yahudi dan Islam bermula pada abad ke-7 Masihi dengan permulaan dan penyebaran agama Islam di Semenanjung Arab. Ada sekitar empat puluh tiga rujukan kepada Israel dalam al-Quran (tidak termasuk nabi individu), dan banyak di Hadis. Daripada penurunan Taurat di Gunung Sinai, sampai saat ini, sejarah Yahudi telah berlangsung sekitar 3400 tahun. Selama 2000 tahun pertama ini sejarah Islam tidak ada. Akibatnya tidak ada perbincangan Islam dalam teks pengasas agama Yahudi. Namun, kemudian penguasa rabbi dan cendekiawan Yahudi seperti Maimonides membahas hubungan antara Islam dan undang-undang Yahudi secara menyeluruh. Orang-orang Ibrani purba dan orang Arab pada umumnya digolongkan sebagai orang semitik. Kerana Islam mempunyai landasan dalam agama Yahudi dan mereka berkongsi asal-usul yang sama di Timur Tengah melalui Nabi Ibrahim, kedua-duanya dianggap sebagai agama Ibrahim. Terdapat banyak aspek yang dikongsi bersama di antara agama Yahudi dan Islam: Agama Yahudi hampir sama dengan Islam dalam pandangan agama asas, struktur, jurisprudens dan amalan. Oleh itu, dan serta melalui pengaruh budaya dan falsafah Muslim pada masyarakat Yahudi dalam dunia Islam, pertindihan fizikal, teologi dan politik telah dan terus terjadi antara kedua-dua agama dalam 1,400 tahun berikutnya.

RUJUKAN Khan, Muhammad Muhsin; Al-Hilali Khan, Muhammad Taqi-ud-Din (1999). Noble Quran, edisi ke-1, Dar-us-Salam Publications. Kramer (ed.), Martin (1999). The Jewish Discovery of Islam: Studies in Honor of Bernard Lewis, Syracuse University. Kuban, Dogan (1974). Muslim Religious Architecture, Brill Academic Publishers. Lewis, Bernard (1993). Islam in History: Ideas, People, and Events in the Middle East, Open Court. Lewis, Bernard (1994). Islam and the West, Oxford University Press. Lewis, Bernard (1996). Cultures in Conflict: Christians, Muslims, and Jews in the Age of Discovery, Oxford University Press. Mubarkpuri, Saifur-Rahman (2002). Ar-Raheeq Al-Makhtum: Biography of the Prophet, Dar-us-Salam Publications. Najeebabadi, Akbar Shah (2001). History of Islam, Dar-us-Salam Publications. Nigosian, S. A. (2004). Islam: Its History, Teaching, and Practices, edisi New Edition, Indiana University Press. Rahman, Fazlur (1979). Islam, edisi ke-2, University of Chicago Press.

Vous aimerez peut-être aussi