Vous êtes sur la page 1sur 7

PEMARKAHAN 1. RPH 2.

REFLEKSI JUMLAH

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

PECAHAN II : PELAN PENGAJARAN(RPH) & REFLEKSI


KUMPULAN EL-B04 ( A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

SYARANI BT MD SARIFF

D20102054865

0136329970

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR MADYA DR.ABD RAHMAN BIN DAUD abdul.rahman@fppm.upsi.edu.my

TARIKH SERAH: 17 NOVEMBER 2012

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 2 Mata pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid Bidang pelajaran Tajuk : Matematik : Tahun 2 Arif : 31.10.2012 : 1:40 2:10 petang : 30 orang : Sukatan dan Geometri : Ruang

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk: 13.1 Mengenal pasti bentuk tiga demensi ( 3D ) Hasil Pembelajaran : Murid berupaya untuk i.) Mengenal pasti bentuk tiga demensi berdasarkan huraian.

Bahan,peralatan dan bahan sumber : Meja murid, bongkah 3D dan lembaran kerja. Pengetahuan Sedia Ada Fasa Isi kandungan 1. Persedi Aan Pemerhati an dan analisis (5 minit) Benda maujud Meja murid. 2.) Guru bersoaljawab dengan murid berdasarkan perlakuan tersebut. 2.) Murid merasai dan membuat pemerhatian masing-masing. 1.) Guru menyuruh murid memegang permukaan atas, tepi dan bucu meja . 1.) Murid tunjukkan permukaan atas,tepi dan bucu meja mereka. Simulasi : Murid telah mengenali bongkah 3D. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Strategi/ Teknik: Nota

3.) Guru meminta murid berbincang berdasarkan aktiviti yang dilakukan.

3.) Murid berbincang berdasarkan aktiviti yang dilakukan.

2. Imaginasi Penjanaa n idea. (10 minit)

bongkah 3D 1.) Guru memperkukuhkan kemahiran murid dengan menjalankan aktiviti dibawah. 1.) Murid menyatakan ciriciri setiap bongkah yang ditunjukkan oleh guru. Penerangan

2.) Guru meletakkan sekumpulan

bongkah di hadapan murid dan minta murid menyatakan ciricirinya.

2.) Murid melabel ciri-ciri bentuk 3D pada lembaran kerja.

3.) Guru meminta murid melabelkan ciri-ciri bentuk 3D pada lembaran kerja.

4.) Guru membincangkan hasil kerja murid.

3. Perkemba ngan Penambahb aikan ( 10 minit )


Permukaan melengkung sisi bucu

1.) Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

1.) Murid mencari jawapan secara berkumpulan.

Strategi/ Teknik

2.) Setiap kumpulan diberikan 1 bongkah 3D 3.) Guru meminta murid membilang permukaan rata,melengkung,sisi dan bucu.

2.) Murid membilang permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah yang dibekalkan.

Aktiviti kumpulan

4.) Guru membimbing murid di


Permukaan rata

dalam kumpulan.

4. Tindakan (5 minit)

Lembaran kerja 38

1.) Guru mengedarkan lembaran kerja 38 kepada setiap murid.

1.) Murid menjawab soalan yang diberikan didalam lembaran kerja 38.

Aktiviti individu

2.) Guru membincangkan hasil kerja murid. 2.) Murid berbincang soalan bersama guru. pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan pada lembaran kerja, murid dan keupayaan murid mengenal pasti 3D berdasarkan huraian dengan betul. Nilai &sikap Bekerjasama, berani, bertanggungjawab

REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN : Saya masuk ke kelas 2A dengan semangat yang berkobar kobar walaupun terasa sedikit berdebar-debar kerana sesi rakaman makropengajaran akan dijalankan. Kelas 2A ini adalah kelas yang aktif dan bijak.Saya sudah bersiap sedia untuk membuat pengajaran pada hari ini. Saya berasa yakin kerana sudah membuat persiapan pengajaran sejak dari awal lagi. Kehadiran saya dalam kelas tersebut diterima baik oleh semua murid.Pengajaran saya menggunakan bahan

maujud seperti bongkah 3D dan lembaran kerja .Saya mengajar matapelajaran Matematik Tahun 2 .Tajuk yang saya pilih untuk sesi pengajaran ini ialah tajuk Bentuk yang melibatkan bongkah 3D. Saya menggunakan bahasa melayu semasa menyampaikan pengajaran saya. Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran saya dapati terdapat kekuatan dan kelemahan sepanjang proses P&P di jalankan. 1.Kekuatan pengajaran Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun memang diakui terdapat kekurangannya .Ketegasan dan kelantangan suara dalam menyampaikan isi pelajaran. Suara yang lantang dan jelas akan memudahkan murid mendengar dengan tekun seterusnya dapat membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada saya. Sebagai contoh , saya menegur murid-murid yang kurang memberi perhatian dengan menyebut nama mereka. Tindakan yang saya ambil, menunjukkan ketegasan dan sikap prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling.

Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, strategi pengajaran yang digunakan adalah lebih berpusatkan murid. Ini dapat dilihat melalui penglibatan semua murid dalam aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid juga kelihatan aktif dalam pembelajaran tersebut. Susulan daripada itu, iklim kelas adalah baik di mana suasana yang ditunjukkan oleh murid adalah ceria.

Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih kearah membimbing murid-murid. Didapati, manamana murid yang menghadapi masalah segera bertindak membimbing secara individu bagi memudahkan memahaman mereka dalam soalan yang diedarkan. Semasa melaksanakan pengajaran, guru bergerak aktif cuba sedaya upaya membantu murid-murid tidak memahami apa yang diajar. Didapati juga guru telah bergerak dari meja ke meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa murid membuat latihan kendiri.

1.Kelemahan pengajaran

Dalam pelaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya ialah tahap kelancaran atau kepetahan guru berkomunikasi tidak begitu lancar. Adakalanya , seolah-olah guru tercari-cri apa yang hendak dikatakan.Disamping itu penggunaan papan tulis. Guru tidak menggunakan terus papan tulis.sedangkan guru boleh menunjukkan cara melukis bongkah 3D ini. Guru sepatutnya menyelitkan ativiti mengggunakan papan tulis seperti menampal hasil kerja aktiviti kumpulan.

Kelemahan dan kekurangan yang ketara sekali dapat dikenal pasti dalam pelaksanaan tugasan makro ini ialah kepelbagaian aktiviti. Pengajaran dan pembelajaran makropengajaran ini melibatkan murid yang pandai, pengetahuan sedia ada mereka berkaitan tajuk telah ada. Sepatutnya guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti supaya murid tidak bosan seperti tayangan slaid power point dan lembaran kerja menggunakan excel. Ini dapat menarik minat murid.

Tindakan guru menggesa murid dalam menyiapkan lembaran yang diberi juga merupakan kelemahan dalam pengajaran. Apabila melihat kembali rakaman yang dibuat, tidak sepatutnya guru menggesa murid menyiapkan tugasan dengan cepat. Hal ini boleh menimbulkan tekanan kepada murid dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Namun begitu didapati tugasan yang dijawab oleh murid memuaskan hati dan mereka memberikan jawapan yang tepat walaupun segelintir murid masih lemah kefahamannya tentang kemahiran yang diajar.

Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi teknik penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya murid kelihatan pasif mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal sama ada memang faham atau tidak berkaitan tajuk yang diajar.Penggunaan masa juga ada kelemahan kerana didapati peruntukan masa dalam pengajaran tersebut ialah 30 minit tetapi guru menggunakan masa 29 minit 58 saat untuk menyelesaikan sesi pengajarannya .

Kelemahan terakhir, guru dapati penjelasan berkaitan tajuk dari guru agak laju. Contohnya penerangan tentang ciri-ciri bongkah. Tetapi guru bernasib baik kerana murid-muridnya kelas pandai ,penjelasan dari saya yang laju itu dapat difahami oleh murid-murid. Begitu juga langkahlangkah pengajaran guru agak kelam kelibut sedikit mungkin saya terlalu memikirkan masa yang hanya 30 minit sahaja. Pada sesi p&p yang akan datang, saya harus sentiasa berhati-hati dengan segala tindakan yang saya buat agar pengajaran saya berjalan dengan lancar dan mengikut segala perancangan yang dibuat.

3. Langkah Mengatasi: Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu. Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran seterusnya.

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran makro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah memfokuskan kepada strategi pemusatan murid. Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid. Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah. Kebolehan guru

mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung dengan jayanya.

Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar kepada murid dapat diterima dengan baik. Begitu juga dengan penggunaan papan tulis sepatutnya dirancang dengan baik untuk penggunaan ruang.

Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita hendaklah menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu menekan minda murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri meneroka ilmu itu sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada murid-murid.begitu juga dengan penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika melaksanakan pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Oleh itu, pengalaman yang lepas-lepas penting untuk membantu kita mengatasi masalah penggunaan masa denganberkesan.

Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah menjadi kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang melalui aktiviti refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru bertindak untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang. Kita dapat merancang pengajaran yang dengan lebih baik berdasarkan tahap kebolehan.

murid yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh murid-murid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.

Vous aimerez peut-être aussi