Vous êtes sur la page 1sur 28

ANALISIS DAN PENTAFSIRAN ITEM

Kumpulan 5 Mohamad Amin Marzuki Mohamed Noor Zafirah Mohd Fauzi Wan Fatimah Wan Yusoff

Kesahan dan kebolehpercayaan


Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (realibility) instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang diperoleh bagi menghasilkan keputusan yang baik dan berkualiti

KESAHAN
Kesahan bermaksud kebolehan mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman & Eggleston, 1982) Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lainlain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut

Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti ;


kesahan isi (content validity) kesahan telahan (predictive validity) kesahan serentak (concurrent validity) Kesahan gagasan (contruct validity)

Kesahan Isi
Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan, kandungan sukatan pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran. Jenis item bergantung kepada jenis pencapaian murid-murid, aras kesukaran dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji.

Kesahan Telahan / Ramalan


Berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau kelayakan sesorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa depan. Contohnya : guru mengadakan peperiksaan percubaan peringkat sekolah sebelum peperiksaan sebenar (UPSR dll) Berdasarkan pencapaian murid-murid, kita dapat meramal kejayaan murid-murid dalam peperiksaan sebenar.

Kesahan Semasa / Serentak


Penting bagi merujuk pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang seumpamanya. Sekiranya ujian kedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama ditadbirkan tidak lama kemudian, pencapian calon biasanya lebih baik daripada ujian pertama, kerana calon yang berkenaan telah memperolehi sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang pertama.

Kesahan Gagasan
Penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku atau trait mental seperti sifat peramah, bertanggungjawab, adil, introvert, kreatif dan sebagainya. Idea atau gagasan psikologi perlu dianalisa untuk mengenal pasti proses atau ciri-ciri y dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item yang khusus dan tepat dapat disediakan.

KEBOLEHPERCAYAAN (RELIABILITI)
Realibiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri atau sifat seseorang (Mokhtar , 1995)

Jenis-jenis Kebolehpercayaan
1. 2. 3. 4. 5. Ukuran kestabilan Ukuran kesetaraan Ukuran kesetaraan dan kestabilan Ukuran ketekalan dalaman Kebolehpercayaan pemeriksa

Ukuran Kestabilan
Anggaran kebolehpercayaan uji-uji semula Memberikan ujian yang sama sekali lagi kepada kumpulan pelajar yang sama selepas ujian yang pertama ditadbir Mengira pekali korelasi Pearson antara dua skor yang diperoleh oleh setiap pelajar Ukuran kestabilan adalah tinggi sekiranya jarak masa antara dua pentadbiran ujian adalah pendek

Ukuran Kesetaraan
Ukuran keselarian (parallel), memberikan dua ujian yang berbeza tapi setara (kesamaan dari segi kandungan, JSU, format soalan dan arahan menjawab) kepada kumpulan pelajar pada hari yang sama Mengira pekali korelasi antara dua skor yang diperolehi setiap pelajar

Ukuran kesetaraan dan kestabilan


Melihat ketekalan pencapaian seseorang pelajar untuk jangka masa panjang dengan menggunakan ujian yang berbeza Mentadbir ujian kedua yang setara dengan ujian pertama (ukuran kesetaraan ) pada suatu masa yang lain (ukuran kestabilan) Mengira pekali korelasi Pearson antara dua skor yang diperolehi setiap pelajar, skor ujian pertama dan skor ujian kedua

Ukuran ketekalan dalaman


Ukuran ketekalan dalaman boleh ditentukan dengan menggunakan sekali ujian sahaja. Salah satu daripada kaedah yang digunakan untuk mengukur ketekalah dalaman ialah dengan membelah/memecahkan ujian kepada separuh (split half) iaitu separuh pertama dan seperuh kedua. Ia dapat menggambarkan kesetaraan dalaman ujian, iaitu antara separuh pertama dengan separuh kedua.

Kebolehpercayaan Pemeriksa
Bermaksud ketekalah ukuran/skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama. Kebolehpercayaan ini tidak diperlukan bagi ujan berbentuk objektif, sebab jawapan kepada setiap soalan dalam ujian bentuk ini adalah sama, iaitu perbezaan skor antara pemeriksa tidak wujud (biasanya jawapan dieperiksa oleh komputer sahaja)

Kepentingan
Mengelakkan kekeliruan pelajar Menghasilkan ujian yang stabil Markah yang diberi bukan kerana nasib Dapat menilai kemahiran, pengetahuan dan sikap pelajar

Faktor mempengaruhi Kebolehpercayaan


Panjang pendek ujian Bilangan item Ujian objektif Format ujian Cara ujian ditadbir Binaan item Faktor peribadi Faktor persekitaran Pemeriksa dan pemeriksaan

INDEKS KESUKARAN

TUJUAN
Indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah (Mok, 1995: 129).

FORMULA
Bagi bilangan calon yang kecil:

Bagi bilangan calon yang besar:

Di mana Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/soalan dengan betul. Br = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/soalan dengan betul. J = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi dan kumpulan rendah

Setelah nilai indeks kesukaran untuk item/soalan tertentu diperolehi, pentafsiran item/soalan itu dapat dibuat berdasarkan Jadual seperti di bawah: Indeks Kesukaran (I.K.) Pentafsiran item/soalan Keputusan

I.K. < 0.3 Terlalu sukar Ubahsuai 0.3 < I.K. < 0.8 Sederhana Terima I.K. 0.8 Terlalu mudah Ubahsuai

Jelasnya, dari jadual di atas, dapat dilihat bahawa jika lebih tinggi nilai indeks kesukaran, maka ia bermakna lebih senanglah soalan tersebut dan jika nilai indeks kesukaran rendah, maka lebih sukarlah item atau soalan itu.

INDEKS DISKRIMINASI

DEFINISI
Indeks diskriminasi mempunyai kuasa atau fungsi membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat (Mok 1995: 130). Indeks diskriminasi menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran itu membezakan pencapaian di antara pelajar-pelajar yang baik dengan yang lemah dan seterusnya sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran membezakan pelajar (Azman Wan Chik, 1982:137).

TUJUAN
Tujuan mengadakan penganalisaan soalan untuk mendapatkan indeks diskriminasi ialah untuk mengetahui sama ada soalan yang dibina itu terlampau susah sehingga pelajar yang baik juga tidak dapat menjawabnya atau disebaliknya ia terlalu senang sehingga pelajar yang lemah juga dapat memberi jawapan yang betul.

FORMULA
Di mana Bt = Jumlah calon dalam kumpulan tinggi menjawab item/soalan dengan betul. Br = Jumlah calon dalam kumpulan rendah menjawab item/soalan dengan betul. J = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah

Nilai indeks diskriminasi yang diperolehi daripada formula di atas dapat menolong kita menentukan sama ada item/soalan yang dibina itu bermutu tinggi atau tidak

Pentafsiran item/soalan berdasarkan Indeks Diskriminasi (Mok, 1995: 129)


Indeks Diskriminasi (I.D.) Pentafsiran item/soalan Keputusan

I.D. 0.4

Diskriminasi positif yang tinggi


Diskriminasi positif yang Sederhana Diskriminasi positif yang rendah Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi

Amat sesuai diterima

0.2 I.D. < 0.4

Ubahsuai item/soalan

0 I.D. < 0.2

Tulis item/soalan semula

I.D. < 0

Item/soalan itu buruk dan harus dibuang