Vous êtes sur la page 1sur 25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM 3106

NAMA ANGKA GILIRAN NO K/P KUMPULAN

: KHAIRUL ANUAR BIN ABD. KARIM : 2012301360215 : 810114016137 : PPG PJK SEMESTER DUA

NAMA PENSYARAH : ENCIK ALYES BIN ARIFF TARIKH SERAHAN : 20 OKTOBER 2012

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nurkilan dan ringkasan yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: ______________ : KHAIRUL ANUAR BIN ABD. KARIM : 20 OKTOBER 2012

PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan PJM 3106 Anatomi dan Fisiologi. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat pensyarah yang saya hormati iaitu Encik Alyes Bin Ariff di atas segala ilmu dan tunjuk ajar, bimbingan serta semangat yang dilontarkan serta dikongsi bersamasama kami para pelajar PPG PJK . Di samping itu ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas buat isteri serta anak-anak yang sentiasa memberi dorongan, sokongan, galakkan bagi membantu menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga tidak dilupakan buat sahabatsahabat yang banyak membantu dalam berkongsi maklumat, pendapat serta buah fikiran dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu kami juga saling berkongsi dan bertukar-tukar bahan rujukan di antara satu sama lain agar lebih banyak maklumat yang diperoleh di samping dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Akhir kata saya berharap agar tugasan ini bertepatan dengan kriteria yang dikehendaki oleh pihak pensyarah serta ia mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Sekian terima kasih.

SENARAI KANDUNGAN

ISI Halaman Pengakuan Penghargaan Isi Kandungan 1.0 Pengenalan Anatomi dan Fisiologi 2.0 Pengenalan Tulang, Sendi dan Otot 3.0 Pengenalan Bola Jaring 3.1 Sejarah Bola Jaring 3.2 Sejarah Bola Jaring di Malaysia 4.0 Objektif Kajian Anatomi Permainan Bola Jaring 5.0 Menjaring 6.0 Fasa fasa Melakukan Jaringan 7.0 Otot yang Terlibat Serta Fungsinya 8.0 Tulang tulang Yang Terlibat Serta Fungsinya 9.0 Sendi Yang Terlibat Serta Fungsinya 10.0 Satah dan Aksis Dalam Pergerakan Menjaring 11.0 Rumusan Refleksi Bibliografi Lampiran

MUKA SURAT i ii iii 1 2 3 3 4 5 6 7 8

1.0 Pengenalan Anatomi dan Fisiologi Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia. Ia juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula di kaji sejak 2300 tahun dahuli dan terus berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Anatomi terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu anatomi kasar (gross) dan anatomi mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, jantung, paru-paru, otot dan lain-lain lagi. Manakala anatomi mikroskopik (histologi) pula merupakan bidang kajian terhadap tisu dengan menggunakan mikroskop. Fisiologi merupakan kajian tentang struktur tubuh badan berfungsi dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan. Tubuh manusia terdiri daripada beberapa sistem yang mempunyai fungsi dan peranan masing-masing. Antara sistem-sistem tersebut ialah sistem saraf, sistem pencernaan, sistem pernafasan, sistem limfatik, sistem rangka, sistem respiratori dan lain-lain lagi. Sistem-sistem ini saling berkaitan dan saling berinteraksi serta saling bergantung dalam menjalankan fungsi-fungsinya.

2.0 Pengenalan Tulang, Sendi dan Otot Terdapat banyak sistem yang terdapat di dalam tubuh badan manusia. Antaranya ialah sistem pernafasan, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan, sistem saraf dan lain-lain sistem lagi. Salah satu sistem yang dibincangkan dalam tugasan ini ialah sistem rangka. Sistem rangka terdiri daripada tulang, sendi dan otot. Sistem rangka merupakan salah satu sistem yang penting bagi tubuh badan manusia. Tulang, sendi dan otot memainkan peranan yang berbeza. Tulang berfungsi sebagai bentuk sistem rangka yang menyimpan mineral, menghasilkan sel darah merah, memberi perlindungan kepada organ dalaman, menyokong postur badan dan membantu pergerakan. Sendi pula merupakan titik pertemuan antara tulang atau rawan dengan tulang. Struktur sendi dipengaruhi rapat oleh hubungan pada titik pertemuan pergerakan dan pergerakan ditentukan oleh kelenturan tisu ligament dan tendon. Sendi-sendi berada di bahu, siku serta pergelangan tangan dan kaki. Apabila manusia melakukan sesuatu pergerakan, otak akan menghantar utusan kepada otot dan otot akan mengecut atau mengendur. Selain itu, tulang juga akan bergerak bersama dengan otot pada masa yang sama bagi menghasilkan sesuatu pergerakan.

3.0 Pengenalan Bola Jaring Bola Jaring merupakan permainan yang dimainkan oleh dua pasukan. Permainan ini melibatkan kemahiran asas seperti menghantar dan menerima bola, mengelak, menghadang dan menjaring. Sukan bola jaring dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain dalam sesuatu pasukan. Permainan ini menumpukan kepada jaringan gol untuk menentukan kemenangan. Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja dibenarkan menjaringkan gol dari dalam Bulatan Gol. Bagi tugasan ini, kita akan lebih membincangkan tentang kemahiran menjaring. Komponen anatomi dan fisiologi yang akan dibincangkan adalah seperti otot-otot, tulang dan sendi-sendi yang terlibat dalam kemahiran menjaring. Selain itu aksi pergerakan dan satah pergerakan juga akan turut sama dibincangkan. 3.1 Sejarah Bola Jaring Dr. James Naismith, seorang rakyat Kanada, telah memperkenalkan sukan ini sebagai sukan dalaman di Amerika Syarikat dalam tahun 1891. Beliau menggunakan bola yang besar supaya mudah untuk menerima dan menghantar serta tidak boleh berlari dengan bola. Bakul dipasang di tempat tinggi sebagai gol. Dr. James Naismith menetapkan tiga belas undang-undang bagi permainan ini. Permainan ini bertambah popular apabila jaring diperkenalkan dan undangundangserta aspek kemudahan dimurnikan. Bola Jaring (atau asalnya dikenali sebagai bola bakul/basket ball) dibawa ke England dari Amerika Syarikat oleh Dr. Toles semasa beliau melawat Kolej P.T. Osterberg dalam tahun 1895. Beliau memperkenalkan permainan ini dengan cara menjaringkan bola ke dalam bakul sampah. Pasukan Madam Osterberg mendapat reputasi antarabangsa melalui Kolej Dartford. Pada tahun 1897, bola jaring dimainkan di atas padang rumput di seluruh United Kingdom. Kawasan atau zon gelanggang terbahagi kepada tiga.

3.2 Sejarah Bola Jaring di Malaysia Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-mubaligh Kristian dari England kepada murid-murid Sekolah Rendah Inggeris di negeri-negeri Selat pada zaman pemerintahan British. Pada lewat 1960-an, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) ditubuhkan dan di bawah kepimpinan Pengerusi Teknik Puan Teh Gin Sooi, bola jaring mula berkembang dengan meluas. Dari 1970-an hingga lewat 1980-an, bola jaring di Malaysia telah dimainkan dalam kalangan wanita di sekolah, kolej, universiti serta jabatan kerajaan dan kelab. Persatuan Bola Jaring Selangor adalah merupakan persatuan pertama yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar pada awal 1970-an. Keadaan ini diikuti oleh beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang. Kesemua persatuan-persatuan negeri ini bergabung dengan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM). Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di bawah naungan Almarhumah Ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. PBJM mempunyai 17 ahli gabungan yang terdiri daripada 14 ahli gabungan dari negerinegeridan 3 ahli gabungan dari bukan negeri iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad. PBJM telah bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun 1980 dan dengan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) bermula dari tahun 1982. Malaysia merupakan salah satu ahli pengasas Persekutuan Bola Jaring Asia yang ditubuhkan pada tahun 1985. Aktiviti utama PBJM adalah untuk menganjurkan kejohanan bola jaring pada peringkat kebangsaan. Dua kejohanan tahunan yang diadakan pada peringkat kebangsaan ialah Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun. Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan (KBJK) telah diadakan sejak tahun 1979. Kejohanan ini terbuka kepada semua ahli gabungan. Kejohanan Bola Jaring Bawah 21 Tahun bermula pada tahun 1984. Kejohanan pada peringkat kebangsaan merupakan medan bagi pemilihan pemain ke peringkat antarabangsa.

4.0 Objektif Kajian Anatomi Permainan Bola Jaring Melalui tugasan ini, kita dapat : Memahami mekanisma dalam pergerakan menjaring dalam bola jaring. Mengenal pasti tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi yang terlibat dalam pergerakan menjaring dalam bola jaring. Memahami tentang satah pergerakan yang terlibat dalam pergerakan menjaringkan dalam bola jaring. Melabelkan kedudukan tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi pada gambar pergerakan yang dipilih.

5.0 Menjaring Menjaring adalah satu kemahiran yang penting dalam sukan ini. Setiap

pemain perlu mahir membuat jaringan. Walaupun Cuma dua orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan, namun pemain-pemain lain perlu juga mahir kerana adakalanya, penjaring tercedera atau tidak dapat bermain dengan baik maka dia perlu diganti oleh pemain lain. Percubaan menjaring gol boleh dilakukan di mana-mana tempat di dalam bulatan jaringan. Yang penting ialah ia perlu disesuaikan dengan cara menangkap bola, kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian penghalang. Kemahiran melakukan jaringan memerlukan ketepatan pada sasaran dan pada gelang jaring. Jaringan dikira masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Untuk menjadi penjaring yang baik, seseorang pemain itu mestilah pantas, cekap dan berhati-hati. Penjaring haruslah pantas berlari atau melompat serta cekap menangkap bola yang dihantar kepadanya. Terdapat beberapa cara jaringan boleh dibuat. Antaranya ialah jaringan statik sebelah tangan atau dua belah tangan, jaringan sambil melompat dan jaringan sambil berlari.

6.0 Fasa fasa Melakukan Jaringan

Fasa 1 Penjaring boleh menjaringkan bola dari mana mana bahagian tetapi mesti berada di dalam bulatan jaringan. Mata perlu fokus memerhatikan ke dalam jaring dan yang penting posisi badan dalam keadaan seimbang. Berdiri tegak dengan kaki di buka seluas bahu. Bola dipegang dengan kedua dua belah tangan lurus atas kepala.

Fasa 2 Dalam fasa ini, mata melihat sasaran. Siku di bengkokkan dan bawa bola ke belakang kepala. Badan direndahkan dengan membengkokkan lutut untuk menghasilkan daya untuk melonjakkan badan

Fasa 3 Tolak bola dengan meluruskan tangan dan siku serta flik bola dengan pergelangan tangan. Lutut serentak diluruskan kembali bagi memperolehi daya sebagai sokongan dan ikut lajak. Tumit diangkat dan imbang badan dengan hujung jari kaki.

7.0 Otot yang Terlibat Serta Fungsinya Otot otot utama yang terlibat

Rajah di atas menunjukkan otot otot utama yang digunakan ketika pergerakan menjaring dilakukan. Antara otot yang terlibat ialah biseps, triseps, deltoids, pectoralist major, wrist flexor, lumbricals dan interossei. Berikut adalah fungsi otot tersebut dalam menghasilkan pergerakan menjaring dalam permainan bola jaring.

OTOT Biseps Triseps Deltoids Pectoralis Major Lumbricals Interossei Wrist Flexor

FUNGSI Fleksikan bahagian lengan Fleksikan lengan hingga ke siku Menarik, memanjang dan mengfleksikan lengan semasa menjaring Mengekstensikan deltoids Mengfleksi tapak tangan semasa menolak bola Mengfleksi tapak tangan semasa menolak bola Menguncup dan meregang untuk penstabilan dan ketika abduksi

8.0 Tulang tulang Yang Terlibat Serta Fungsinya

Rajah di atas menunjukkan beberapa bahagian tulang yang terlibat ketika pergerakan menjaring dilakukan. Antara bahagian tulang tulang yang terlibat adalah seperti Humerus, Ulna, Radius, Carpals, Metacarpals dan Phalanges. Rujuk jadual di bawah bagi mengetahui fungsi tulang tulang tersebut dalam pergerakan menjaring. TULANG Humerus Ulna Radius Carpals Metacarpals Phalanges FUNGSI Berfungsi sebagai tuas bagi menggerakkan tangan Fleksi dan ekstensi ketika dalam fasa persediaan dan menjaring Pronasi dan supinasi Membolehkan pergerakan pergelangan tangan berlaku Berfungsi untuk mengerakkan jari Menolak bola ke sasaran dengan lebih tepat

9.0 Sendi Yang Terlibat Serta Fungsinya

Sendi merupakan tempat pertemuan antara tulang tulang atau kartilej dengan tulang. Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi pula ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligament, otot dan tendon. Sendi terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan fungsinya, iaitu tidak menghasilkan atau tidak bergerak dikenali sebagai Sinatrosis, menghasilkan gerakan yang terhad dikenali sebagai Amfiartrosis dan bergerak bebas dikenali sebagai Diartrosis. Dalam permainan bola jaring apabila melibatkan kemahiran menjaring statik dua belah tangan, sendi yang terlibat adalah sendi sinovial. Sendi sinovial diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara sel kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas antara tulang tulang. Antara sendi sinovial yang terlibat dalam kemahiran menjaring ini ialah sendi engsel, sendi gelungsur, sendi kondil dan sendi lesung. Lihat jadual dan rajah di bawah sebagai rujukan bagi fungsi,gerakan dan kedudukan sendi tersebut. SENDI Sendi Lesung FUNGSI Membantu mengangkat dan menurunkan lengan tangan. Membolehkan tangan dibengkok dan diluruskan untuk meningkatkan daya semasa menjaring. Membantu menggerakan jari untuk menolak bola dan mendorong jaringan dengan lebih tepat. Membantu membengkokkan pergelangan tapak tangan untuk menolak bola ke hadapan semasa menjaring. GERAKAN Fleksi dan Abduksi Fleksi, Ekstensi dan Abduksi

Sendi Engsel

Sendi Kondil

Fleksi dan Abduksi

Sendi Gelungsur

Mendatar ke hadapan

10.0 Satah dan Aksis Dalam Pergerakan Menjaring Umumnya pergerakan manusia akan tertumpu kepada pergerakan ke arah hadapan, belakang, sisi kanan atau kiri serta berpusing dan lain lain pergerakan. Namun demikian terdapat empat jenis satah pergerakan utama dan aksis aksis dalam pergerakan manusia. Satah satah tersebut adalah seperti : Satah saggital - Pergerakan dalam garis yang lurus ke arah hadapan atau belakang. Ianya membahagikan anggota badan kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Satah Frontal - Pergerakan dalam garis yang lurus kea rah sisi samaada kiri atau kanan. Ia membahagikan anggota badan kepada bahagian hadapan atau belakang. Satah Transversal - Pergerakan dalam bentuk pusingan. Ia membahagikan anggota badan kepada bahagian atas dan bawah. Satah Diognal - Pergerakan melintang dalam sudut 90.

Oleh yang demikian, satah yang bersesuaian bagi kemahiran menjaring dalam permainan bola jaring adalah satah saggital. Manakala aksis yang sesuai dalam pergerakan ini adalah aksis lateral.

11.0 Rumusan Dalam pergerakan menjaring dalam permainan bola jaring, bahagian badan yang utama dan paling banyak digunakan ialah bahagian tangan. Sistem badan yang terlibat adalah sistem rangka, sistem sendi dan sistem otot. Sistem ini saling berkaitan bagi menghasilkan gerakan gerakan dalam permainan ini. Antara otot otot utama yang terbabit dalam pergerakan ketika menjaring adalah Biseps, Triseps, Pectrolist major, Wrist flexor, lumbricals dan interossei. Otot otot lain yang terlibat adalah seperti Trapezius, Brachialis dan lain lain lagi. Setiap otot otot ini saling bertindak dan bekerjasama dalam melakukan pergerakan melalui agonis, antagonis dan senergis. Manakala bagi pergerakan tangan pula fleksi dan ektensi menjadi pergerakan utama dalam pergerakan menjaring. Hasil daripada pengucupan dan pengenduran otot membolehkan daya dihasilkan. Humerus, Ulna, radius, karpals, Metakarpals dan Phalanges menjadi tulang penting dan utama dalam pergerakan menjaring. Tulang tulang ini menjadi dan berfungsi sebagai tuas untuk menghasilkan fleksi dan ektensi untuk melakukan jaringan yang baik dan sempurna. Sendi sendi utama yang terlibat pula adalah seperti sendi lesung, sendi engsel, sendi kondil dan sendi gelungsur. Semua sendi yang dinyatakan saling berkait dengan otot dan tulang yang terlibat bagi membolehkan kemahiran menjaring dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

REFLEKSI Allhamdulillah bersyukur saya kepada Allah, kerana dengan izinNya dapat jua saya menyiapkan tugasan ini walaupun berdepan dengan seribu masalah, dugaan dan cabaran. Bagi saya tugasan ini adalah satu tugasan yang amat mencabar buat saya. Tugasan ini memerlukan saya mengkaji kemahiran dalam sukan dan mengaitkannya dengan sistem tubuh badan yang terlibat dalam bidang kemahiran sukan yang telah di pilih. Saya telah memilih permainan bola jaring dan kemahiran yang saya pilih adalah kemahiran menjaring statik dengan dua belah tangan. Walau pun banyak yang saya tidak tahu dan faham tentang permainan bola jaring, namun dengan berkat kesabaran,doa dan sedikit kerajinan yang tersisa dalam diri saya akhirnya dapat jua saya memahami sedikit sebanyak tentang permainan yang biasanya dimainkan oleh kaum wanita. Pelbagai bagai cabaran yang terpaksa saya hadapi dalam proses menyiapkan tugasan ini. Pada awal permulaan tugasan ini, saya menghadapi masalah dalam memilih kemahiran sukan. Sebelum ini saya terpaksa menukar beberapa kemahiran atau fasa permainan lain kerana kekurangan bahan. Setelah meneliti beberapa perkara saya telah memilih bola jaring. Walaupun bahan tentang bola jaring tidak banyak yang dapat saya kumpulkan tetapi rakan rakan di sekolah telah meyakinkan saya yang mereka akan membantu.Di tambah pula isteri tersayang sudi mencurah ilmu tentang bola jaring kerana menurutnya, dia merupakan seorang pemain hebat pasukan universiti dan sekolahnya sewaktu zaman kegemilangannya dahulu. Bersyukur saya kepada Allah kerana telah memberi kemudahan dan mempermudahkan saya bagi menyiapkan tugasan ini. Subjek anatomi dan fisiologi ini adalah satu subjek yang amat berat. Kebanyakkan bahan sama ada di dalam internet dan buku adalah di dalam bahasa inggeris. Ini menambahkan kekusutan dan masalah kepada saya. Akan tetapi, bahan bahan dan nota nota yang diberikan oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Alyes banyak membantu. Di samping bahan bahan dalam bahasa inggeris yang telah diterjemahkan hasil bantuan rakan rakan yang mengajar bahasa inggeris di sekolah saya.

Hasil daripada tugasan ini, kefahaman saya tentang bidang anatomi dan fisiologi semakin bertambah. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami secara mendalam tentang fungsi dan kaitan anatomi dalam permainan dan sukan. Dengan memahami tentang prinsip dan pergerakan yang betul akan menghasilkan aksi yang sempurna dan hasil yang baik. Secara tidak langsung dapat saya gunakan ilmu ini ketika melatih atlet-atlet di sekolah nanti. Kefahaman dan pengetahuan saya tentang permainan bola jaring juga turut meningkat melalui tugasan ini. Berbanding sebelum ini boleh dikatakan saya kosong dan tidak tahu apa apa tentang permainan ini. Anggapan saya tentang permain ini juga turut berubah selepas mempelajarinya. Sebelum ini saya beranggapan bahawa permainan ini ada mudah dan tidak mencabar maklumlah ianya hanya dimainkan oleh kaum wanita. Tetapi sebenarnya, permainan ini juga memerlukan strategi, latihan dan kemahiran khusus seperti permainan dan sukan sukan lain. Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah terlibat memberi tunjuk ajar dan ilmu kepada saya. Allah sahaja yang membalas kepada kalian semua yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung. Dan semoga ilmu ilmu yang telah saya pelajari dan perolehi melalui tugasan ini dapat saya kembangkan dan sampaikan kepada insan insan lain di luar sana. Sekian.

Bibliografi Buku 1. Dzulkifli Ismail , Jamaliyah Ahmad dan Yahya Abdul Jalil (2007). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan . Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 2. Helen Tan,(2005). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Jaring . Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 3. Lim Chew Sin, Choo Kon Lee, Rosnah bt. Safee, Tan Choo Zen (2011). Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah, Sukan Bola Jaring. Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. 4. Kamus bergambar Tubuh Badan Manusia. Pustaka Delta Pelajaran. 5. Anne Waugh, Allison Grant (2006). Ross And Wilson Anatomy And Physiology In Health And Illness. Churchill Livingstone, Elsevier.

Laman Web 1. http://www.dodon.org/nota/pengenalan 2. http://www.eorthopod.com 3. http://www.theworldofanatomy.wordpress.com/mnemonics/superior 4. http://www.news.bbc.uk/sportacademy/hi/sa/nettball/skills 5. http://www.sainssukan4.blogspot.com/2009/04/unit-3-sistem-otot-rangka-34otot-otot.html 6. http://www.evolve.elsevier.com/waugh/anatomy

LAMPIRAN

Vous aimerez peut-être aussi