Vous êtes sur la page 1sur 10

AMALAN-AMALAN NIFAQ

PENGERTIAN MUNAFIK
Munfiq atau Munafik (kata nama, daripada bahasa Arab: , jamak munfiqn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

Terminologi munafik dalam Al Qur'an


Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman. Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenarbenarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.[1] Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan.[2] Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami.[3] (Al Munafiquun:13)

Hadis
. Maksudnya: Daripada Abdullah bin Amru, katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: Empat perkara yang mana seseorang itu keempatempatnya berada dalam dirinya, ia adalah seorang munafik tulin. Dan sesiapa yang dalam dirinya terdapat salah satu daripada empat perkara tersebut, ia dikira memiliki salah satu daripada ciri atau sifat munafik sehinggalah ia meninggalkannya. Empat perkara tersebut ialah: Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji mungkiri, apabila membuat perjanjian, ia melanggar perjanjian atau khianati, apabila bertengkar ia melampau (atau berbuat jahat). (Riwayat Ahmad)

Ciri-ciri orang munafiq


"Tanda orang-orang munafik itu ada EMPAT keadaan. Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta. Kedua, apabila berjanji, dia ingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati". Keempat, walaupun diri bersalah tetap dikatakan benar umpama menegakkan benang yang basah

Keadaan orang munafik


Mereka yang menyembunyikan keadaan nifaq mereka dan tidak menyatakannya. Golongan munafik bahagian ini tidak menzahirkan nifaq mereka atau kekufuran dan berkekalan sehingga hari Kiamat. Mereka iaitu munafik yang telah jelas bukti mereka itu munafik. Mereka ini munafik tulen dan hukum terhadap mereka adalah boleh memerangi dan membunuh mereka seperti memerangi orang murtad. Mereka yang mana tidak ada bukti jelas daripada syariat. Hal ini kerana, mereka mengambil dan menjadikan iman itu sebagai tempat berselindung. Untuk itu mereka hendaklah dihukum menurut zahirnya iaitu mereka beriman dan ditinggalkan keadaan mereka menurut zahir syariat.

Faktor
Disebabkan orang munafik takut kepada orang beriman; mereka mengakui beriman hanya di hadapan orang beriman sahaja, namun apabila kembali bersama sekutu mereka, mereka menyatakan bahawa mereka hanya memperolok-olokkan orang beriman sahaja. Mereka ingin menipu orang beriman dan menipu Allah. Terdapatnya perasaan hasad dengki dalam diri orang munafik terhadap orang beriman. Orang munafik itu benci dan menganggap orang yang beriman bodoh serta sia-sia.

Akibat
Allah akan memperli golongan tersebut dan membiarkan mereka dalam kesesatan serta merabaraba mencari jalan kebenaran. Jenayah orang yang munafik diharamkan untuk disembahyangkan oleh umat Islam kerana mereka merupakan golongan yang kufur. Disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi. Orang munafik tidak akan diampun dosa mereka oleh Allah walaupun nabi bertaubat meminta ampun bagi mereka. Orang munafik perlulah dilayan dengan kasar serta bertindak keras kerana mereka sekutu orang kafir.

Hukum
Haram menyembahyangkan jenazah orang munafik. Haram meminta ampun untuk golongan munafik. Munafik dari sudut akidah akan diazab dan ditempatkan dalam neraka yang kekal ke dalamannya. Orang munafik dari sudut amalan tidak gugur imannya, namun mereka ditempatkan dalam neraka mengikut kadar maksiat dan dosa, jika tidak mendapat keampunan. Golongan munafik adalah sia-sia amalan mereka.

BIBLIOGRAFI
Oleh: Muhammad Fauzi bin Yusof Teks Pengantar Syariah 2 : Hadis Hukum

Vous aimerez peut-être aussi