Vous êtes sur la page 1sur 8

Analisis data

Refleksi murid

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, pengkaji telah menggunakan kaedah refleksi murid untuk mengukur tumpuan dan minat murid sebelum dan selepas intervensi dilakukan terhadap pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Sebelum intervensi dijalankan, ramai murid menyatakan bahawa subjek DST adalah subjek yang susah. Terdapat juga murid yang mengatakan subjek ini tidak menyeronokan dan ada juga yang menyatakan mereka sudah tahu semuanya. Hal ini kerana terdapat sebahagian murid di kelas tersebut telahpun memasuki prasekolah sebelum menjejakkan kaki ke darjah 1. Oleh itu, mereka telahpun mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan isi kandungan pengajaran bagi tejuk-tajuk tertentu. Namun begitu, masih terdapat sebagaian murid yang tidak pernah ke sekolah sebelum ini. Oleh itu, mereka memerlukan bimbingan yang lebih terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari. Murid yang lemah kebanyakannya menyatakan subjek DST ini susah manakala murid yang sederhana dan pandai menyatakan subjek ini tidak menyeronokan dan banyak maklumat telahpun diketahui. Setelah intervensi dijalankan di dalam kelas tersebut, pengkaji sekali lagi meminta murid-murid menyatakan perasaan mereka setelah mempelajari subjek DST dengan menggunakan kaedah 4B. Keseluruhan murid menyatakan mempelajari subjek DST menyeronokan. Terdapat murid yang suka kepada segment uji minda. Ada juga murid yang menyatakan mereka suka mendengar guru bercerita. Terdapat juga murid yang mengatakan buku besar cikgu cantik. Hasil refleksi murid menunjukkan mereka sangat tertarik dengan kaedah 4B yang dibawa oleh pengkaji. Buku besar yang berwarna warni yang disertakan dengan watak-watak kartun yang digemari telah berjaya menarik minat dan tumpuan murid untuk mempelajari subjek ini. Selain itu

penyampaian cerita yang menarik berserta intonasi yang pelbagai juga dapat menarik tumpuan dan minat murid untuk mendengar dan memberikan respon terhadap pengajaran guru.

Temubual

Bagi mengukuhkan dapatan, pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Pengkaji telah memilih 3 daripada 9 orang murid tahun 1 untuk ditemu bual. Untuk memastikan ketepatan data, pengkaji telah merakamkan perbualan dengan murid dan mengulangi rakaman untuk beberapa kali. Temubual yang telah dirakam telah diterjemahkan dalam bentuk teks. Berdasarkan pemerhatian sebelum intervensi dilakukan, pengkaji mendapati sebahagian murid tidak menunjukkan minat dan murid cepat hilang tumpuan terutamanya diperingkat pertengahan sesi P&P. Kesannya murid tidak dapat menyebutkan semula istilah-istilah baru yang telah dipelajari dan murid keliru untuk memadankan istilah dengan subjeknya dengan betul. Murid juga masih terpengaruh dengan pengetahuan sedia ada walaupun pengkaji telah menstrukturkan semula kesalahan konsep mereka. Apabila disoal murid tidak dapat menjawab soalan yang diajukan. Mereka lebih cenderung untuk mendiamkan diri. Murid kelihatan bosan dengan kaedah pengajaran pengkaji sebelum ini. Perhatian dan tumpuan mereka mudah beralih pada peralatan di sekitar mereka seperti pemadam, pensel, mengganggu rakan lain, dan sering mengalihkan pandangan di sekitar luar bilik darjah. Apabila diberikan lembaran kerja, murid tidak dapat mengeja dan memadankan istilah dengan betul. Selepas intervensi dijalankan, saya mendapati murid lebih berminat dan memberikan tumpuan terhadap proses P&P yang dijalankan. Mereka juga sangat seronok melibatkan diri dalam aktiviti P&P dengan kaedah 4B yang pengkaji gunakan. Murid juga dapat memberikan tumpuan setiap kali guru bercerita dengan menunjukkan setiap helaian dalam buku besar tersebut. Hal ini disebabkan oleh mereka tertarik dengan gambar dan ilustrasi yang menarik yang terdapat di dalam buku tersebut. Tambahan pula terdapat segmen uji minda yang menggalakan murid untuk berfikir secara kreatif dan

kritis. Hal ini telah menambahkan lagi keseronokan dan memikat tumpuan murid-murid untuk mempelajari subjek DST dengan menggunakan kaedah 4B. Saya telah menganalisis temubual yang telah dijalankan dan memindahkan rakaman temubual dalam bentuk transkripsi. Apabila saya melakukan temubual dengan murid-murid berkaitan intervensi yang dilakukan, mereka menyatakan mereka sangat berminat dan seronok mempelajari subjek DST menggunakan kaedah 4B. Berdasarkan soalan saya iaitu, Adakah kamu seronok mempelajari subjek DST menggunakan kaedah bercerita bersama buku besar?. Murid menyatakan bahawa, Saya seronok cikgu dan Best la cikgu. Cikgu cerita la lagi. Selain itu juga, saya bertanya soalan lain iaitu Adakah kaedah 4B dapat memupuk minat kamu mempelajari subjek DST?. Murid telah memberikan respon seperti berikut Ya, saya tidak sabar nak belajar subjek ini. Saya juga bertanya, Antara kaedah 4B dan kaedah yang belum ini, manakah yang paling kamu sukai?. Murid menjawab Saya suka cikgu bercerita. Buku cikgu best. Daripada temubual ini, pengkaji juga mendapati minat murid dalam mengikuti P&P dalam subjek DST semakin meningkat. Pengkaji juga mendapati murid mulai faham dengan isi pengajaran dan pembelajaran DST terhadap P&P yang menggunakan kaedah 4B. Berdasarkan temubual pengkaji dengan murid, pengkaji menanyakan soalan kepada murid iaitu Adakah kamu lebih faham mempelajari tajuk Dunia Haiwan? Sebutkan cikgu contoh haiwan yang mempunyai cengkerang? Murid menyatakan bahawa mereka lebih faham dan boleh menyebutkan contoh haiwan dengan betul seperti kenyataan berikut, Ya, saya lebih faham dan lebih ingat. Haiwan yang ada cengkerang ialah penyu, kura-kura, dan siput babi. Apabila murid dapat menjawab soalan yang diberikan oleh pengkaji berkaitan dengan topik P&P yang menggunakan kaedah bercerita bersama buku besar, ini menunjukkan murid memberikan tumpuan ketika pengkaji mengajar dan murid faham serta ingat apa yang pengkaji terangkan.

Soal selidik

Data telah dikumpulkan dan dianalisis untuk mengetahui perubahan minat murid hasil daripada intervensi yang dijalankan. Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik sosiometri. Objektif kajian telah diukur berdasarkan borang soal selidik yang telah dijawab oleh murid selepas intervensi dijalankan. Data yang telah diperoleh telah dianalisis menggunakan terjemahan gambar seperti yang telah dinyatakan dalam seperti berikut: Jadual 1: Terjemaham soal selidik sosiometri. Imej Penerangan Imej ini menunjukkan perasaan murid yang benar-benar seronok dan suka dengan pengajaran pengkaji setelah menggunakan kaedah 4B. Imej ini menunjukkan perasaan murid yang tidak berminat dan tidak tertarik dengan kaedah P&P yang digunakan oleh pengkaji. Imej ini menunjukkan perasaan murid yang sangat tidak suka dan tidak berminat dengan kaedah P&P dan cara penyampaian pengkaji.

Berikut merupakan hasil analisis soal selidik sosiometri yang telah dijalankan kepada muridmurid tahun 1 seramai 8 orang dalam P&P DST yang menggunakan kaedah 4B:

Jadual 2: Analisis soal selidik sosiometri Bil. 1. Apakah perasaan kamu terhadap pengajaran guru dengan menggunakan buku besar? 0 0% 0 0% Item soalan Imej Perasaan Bilangan murid 8 Peratus 100%

2. Adakah kamu memberikan tumpuan semasa guru mengajar? 3. Adakah pengajaran guru menarik?

8 0 8 0 8 Apakah perasaan kamu apabila mendengar cerita yang disampaikan oleh guru? 0 0

100% 0% 100% 0% 100% 0% 0%

4.

Berdasarkan jadual soal selidik sosiometri di atas, bagi item soalan yang pertama, keseluruhan murid tahun 1 iaitu seramai 8 orang telah menunjukkan perasaan yang gembira dan teruja apabila subjek Dunia Sains dan Teknologi diajar menggunakan kaedah Bercerita Bersama Buku Besar. Perasaan ini menunjukkan mereka sangat berminat mempelajari subjek DST dengan menggunakan intervensi ini. Bagi item soalan yang kedua, dengan peratusan 100% menunjukkan semua murid telah memberikan tumpuan ketika pengkaji sedang mengajar. Keadaan ini menunjukkan semua murid dapat memberikan perhatian terhadap maklumat yang telah disampaikan oleh pengkaji kesan daripada minat yang mendalam terhadap subjek DST. Berdasarkan item soalan yang ketiga pula, 100% murid tahun 1 suka dengan pengajaran guru yang menggunakan kaedah 4B. Ini menunjukkan, murid seronok dan dapat memahami dengan lebih baik isi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru dengan menggunakan kaedah ini. Begitu juga dengan item soalan yang keempat, keseluruhan murid tahun 1 seronok mendengar cerita yang disampaikan oleh pengkaji.

Berdasarkan soal selidik ini, dapatlah dirumuskan bahawa pengkaji telah berjaya mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan dengan menggunakan kaedah 4B ini. Kaedah ini telah dapat meningkatkan minat dan tumpuan murid tahun 1 terhadap P&P Dunia Sains dan Teknologi.

Pemerhatian Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengukuhkan dapatan dengan menggunkan senarai semak. Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid, tumpuan, minat dan penglibatan mereka semasa PnP. Pengkaji telah merekodkan pemerhatian menggunakan senarai semak yang telah ditetapkan. Terdapat 5 tema yang dapat dirumuskan dalam keseluruhan senarai semak yang telah dilakukan iaitu tingkah laku murid mengangkat tangan, bertanya soalan, menjawab soalan, tumpuan terhadap P&P serta menunjukkan ekspresi berminat terhadap P&P. Perubahan tingkah laku positif yang belaku menunjukkan murid semakin berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran subjek DST. Berikut merupakan jadual tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid tahun 1. Tarikh: 20 Julai 2013 Tema Murid Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 / / / / / / / / / / / / / / / / / / Mengangkat tangan Bertanya soalan Menjawab soalan Tumpuan terhadap P&P / / / Ekspresi berminat / / / / / / Peratus (%) 100 80 100 80 100 80

Murid 7 Murid 8

/ /

/ /

/ /

/ /

/ /

100 100

Jadual 3: Analisis borang senarai semak Berdasarkan jadual yang berikut, pengkaji mendapati bahawa minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi semakin meningkat. Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji mendapati murid-murid menunjukkan sikap yang negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Murid cepat hilang tumpuan dan menunjukkan sikap bosan serta tidak berminat terhadap subjek ini terutamanya bagi murid yang lemah. Apabila diberikan soalan, mereka menunjukkan respon pasif dan tidak ada usaha untuk menjawab. Ini sangat mengecewakan pengkaji kerana mereka tidak berminat dan tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran yang dismpaikan oleh pengkaji. Walau bagaimanapun, selepas intervensi dijalankan, pengkaji mendapati murid mula menunjukkan perubahan yang positif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dapatan menunjukkan 5 daripada 8 orang murid telah melibatkan diri secara aktif dengan menunjukkan minat dan memberikan tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan peratusan tertinggi iaitu 100% berdasarkan tema yang diukur. Tiga orang murid lagi menunjukkan peningkatan terhadap tingkah laku dengan peratusan sebanyak 80%. Ketiga-tiga murid ini boleh dikategorikan sebagai lemah kerana mereka mempunyai masalah dalam kemahiran membaca. Berdasarkan jadual, dua daripada tiga orang murid ini tidak bertanya soalan kepada pengkaji berkaitan dengan tajuk pengajaran semasa proses P&P manakala murid 4 tidak dapat memberikan tumpuan pada peringkat aplikasi idea. Hal ini disebabkan murid ini mempunyai masalah dalam kemahiran menulis. Berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid, dapatlah disimpulkan bahawa intervensi yang dilakukan telah membantu guru meningkatkan minat dan tumpuan murid semasa mempelajari subjek Dunia Sains dan Teknologi.

Analisis dokumen

Berikut merupakan analisis lembaran kerja murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Murid telah menunjukkan peningkatan daripada hasil kerja mereka selepas pengkaji mengajar menggunakan kaedah 4B. Peningkatan yang ditunjukkan memberi gambaran bahawa murid telah memberikan tumpuan ketika guru mengajar. Apabila tumpuan diberikan, murid lebih memahami isis pengajaran yang disampaikan oleh pengkaji. Oleh itu, murid dapat menjawab semula soalan-soalan dalam lembaran kerja yang telah diberikan dengan baik.

Sebelum intervensi

Selepas intervensi

Rajah 1: Hasil kerja murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan

Vous aimerez peut-être aussi