Vous êtes sur la page 1sur 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER / TAHUN 2013

HBSC 1203

BIOLOGY 1 : BASICS OF LIFE

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL NAMA PENSYARAH

: : : : : :

KAREN ANAK SULAU 791018135282001 791018-13-5282 019-8861018 karenkayny@oum.edu.my PUI SHEAU WOAN

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

HBSC1203

ISI KANDUNGAN TAJUK 1.0. PENGENALAN 2.0. SALUR DARAH 3.0. STRUKTUR DAN FUNGSI JANTUNG 3.1. STRUKTUR JANTUNG MANUSIA 3.2. FUNGSI JANTUNG MANUSIA 4.0. PENYAKIT KARDIOVASKULAR 5.0. AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 6.0. PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN MUKASURAT 2 3 5 6 8 10 11 13 14 15

HBSC1203

1.0. PENGENALAN Jantung merupakan organ yang penting dalam sistem peredaran darah kita. jantung merupakan tempat dimana berlakunya pertukaran darah beroksigen dan terdeoksigen. Tabiat pemakanan dan gaya hidup zaman moden telah banyak mempengaruhi tahap kesihatan kita, terutamanya sistem peredaran darah dan juga jantung. Ini telah mengakibatkan peningkatan kadar penyakit sistem kardiovaskular. Penyakit kardiovaskular adalah penyakit diantara jantung dan saluran darah. Beberapa jenis penyakit kardiovaskular yang menjadi pembunuh utama masyarakat Malaysia ialah penyakit jantung dan strok. Oleh itu, sekolah memainkan peranan yang kritikal dalam mempromosikan tentang kesihatan dan keselamatan anak-anak muda dan membantu mereka menjalani gaya hidup yang sihat seumur hidup. Jantung yang sihat menggambarkan masyarakat yang sihat.

HBSC1203

2.0. SALUR DARAH

Gambarajah 2.1 menunjukkan sistem peredaran darah dalam badan manusia. Salur darah merupakan suatu jaringan tiub yang berselirat di seluruh badan. Salur darah membawa darah yang telah dipam oleh jantung ke segenap bahagian tubuh, dan kemudian membawa darah tersebut balik ke jantung bagi mengulangi kitaran yang seterusnya. Ada tiga jenis salur darah yang utama di dalam tubuh: arteri, vena dan kapilari atau rerambut. Arteri merupakan tiub yang teguh dan kenyal (elastik), membawa darah yang kelaur daripada jantung. Arteri membentuk cabang-cabang sehingga menjadi salur-salur yang lebih halus. Arteri yang paling besar ialah sebesar ibu jari, manakala yang paling halus, dinamai arteriol, lebih halus daripada sehelai rambut. Kebanyakan arteri membawa darah yang berwarna merah terang yang kaya dengan oksigen. Vena membawa darah kembali ke jantung. Vena yang paling halus ialah venul, sebagaimana arteri, adalah amat halus. Ia bersambung-sambung dan semakin membesar sehingga membentuk suatu salur vena besar yang bersambung dengan jantung. Kebanyakan

HBSC1203

vena membawa darah yang berwarna merah gelap kerana kandungan oksigennya sangat rendah. Arteri dan vena dihubungkan oleh kapilari, iaitu salur darah yang paling halus.

Gambarajah 2.2. menunjukkan salur darah pada manusia. Jaringan saluran darah yang kompleks, jantung serta darah yang mengalir di dalamnya membentuk suatu sistem peredaran. Ia dinamai sistem peredaran kerana ia bertugas mengedarkan atau menggerakkan darah daripada jantung ke seluruh tisu dan organ dalam tubuh dan balik semula ke jantung. Di dalam tubuh kita, jaringan salur darah ini panjangnya menjangkau lebih 150 000 kilometer (90000 batu), lebih tiga kali ganda jarak mengelilingi (ukuran keliling) Bumi ini. Sebahagian besar daripada jaringan ini terdiri daripada salur kapilari yang amat halus yang terdapat di celah-celah tisu, menyambungkan arteri dan vena. Arteri dan vena ibarat jalan raya dan jalan besar bagi sistem peredaran ini, manakala kapilari pula ibarat jalan-jalankecil yang menghubungkan tempat-tempat yang terpencil (sel-sel). Sebenarnya , sistem peredaran merupakan dua sistem yang bercantum, iaitu antara sistem pulmonari dengan sistem sistemik. Sistem peredaran pulmonari (paru-paru) bertugas membawa darah daripada jantung ke paru-paru untuk mengambil oksigen, dan kemudian 5

HBSC1203

balik semula ke jantung. Dalam sistem pulmonari, arteri membawa darah yang kurang oksigen manakala vena membawa darah yang kaya dengan oksigen. Sistem peredaran sistemik pula bertugas membawa darah ke seluruh bahagian tubuh yang lain selain daripada paru-paru. Ia membekalkan darah ke sel-sel di otak, jari, perut, ginjal dan untuk semua tisu dan organ. Di situ, ia akan mengagih-agihkan oksigen dan makanan serta memungut bahan buangan.

3.0. STRUKTUR DAN FUNGSI JANTUNG


Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan utama dalam sistem peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan utama dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh. Jantung terletak di tengah-tengah bahagian dada di antara dua paru-paru. Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma. Jantung biasanya bersaiz segenggam penumbuk bagi orang dewasa. Darah berjumlah antara tiga hingga enam liter boleh dimuatkan di dalam jantung pada satu masa. Jantung dibahagi dua oleh septum. Oleh itu, bahagian kanan dan bahagian kiri jantung tidak berhubung secara langsung. Manakala di setiap belah jantung terdapat dua ruang. Ruang sebelah atas dikenali sebagai serambi jantung (atrium kanan dan kiri) dan bertugas menerima darah. Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan dan kiri) di mana tugasnya adalah menghantar keluar darah daripada jantung.

Gambarajah 3.1. menunjukkan struktur jantung manusia.

HBSC1203

Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ketiga bayi masih dalam peringkat fetus, iaitu ketika organ-organ lain baru mula membentuk. Ia terus-menerus berdenyut tanpa henti sejak janin di dalam kandungan ibu sehinggalah seseorang itu mati. Walaupun jantung sentiasa berdenyut, jantung juga masih mempunyai waktu rehat iaitu pada waktu di antara dua denyutan. Ventrikel kiri mengambil masa 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke tubuh. Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupun menurun bergantung pada aktiviti seseorang. Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurun sewaktu dalam keadaan rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidak aktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutan jantung akan menurun. Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/70 mmHg, sebenarnya tekanan ini dihasilkan oleh jantung sewaktu berdenyut. Angka 120 menggambarkan tekanan (dalam mmHg) sewaktu jantung mengepam (tekanan sistolik), manakala 70 mmHg menggambarkan tekanan sewaktu jantung rehat (tekanan diastolik). Angka bawah lebih penting daripada angka atas kerana semakin tinggi angka ini semakin sedikitlah waktu rehatnya. Juga semakin tinggi angka ini, semakin banyak kerja atau beban yang harus dipikul oleh jantung untuk memastikan bekalan darah sampai ke seluruh tubuh. Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya kerana salur-salur darahnya menjadi semakin keras. 3.1. STRUKTUR JANTUNG MANUSIA

Gambarajah 3.2 menunjukkan struktur lapisan dinding pada jantung manusia.


Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam. Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel.

HBSC1203

Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru. Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh. Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja. Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta. Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung. Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonary dan aorta. Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu. Secara ringkasnya; Jantung mempunyai beberapa lapisan. Lapisan-lapisan yang ada pada jantung: Selaput Jantung (Perikardium) Meliputi jantung dan terbahagi dua; Pertama, lapisan berserat di bahagian luar (lapisan parietal); dan Kedua, lapisan viseral iaitu lapisan serosa yang terdiri daripada dua lapisan selaput. Selaput ini berfungsi mengeluarkan bendalir jernih yang menghalang geseran apabila jantung berdenyut. Otot Jantung (Miokardium) Dibina daripada otot bebas; dan Keadaannya tebal di bilik kiri, kurang tebal di bilik kanan dan nipis di serambi jantung.

HBSC1203

Selaput Jantung (Endokardium) Terbina daripada tisu epitelium skuamosa; dan Lapisan ini berbentuk leper dan licin kerana ia merupakan lanjutan daripada lapisan dalam saluran darah. 3.2. FUNGSI JANTUNG MANUSIA

Gambarajah 3.3 menunjukkan aliran peredaran darah dalam jantung.

HBSC1203

Fungsi utama jantung adalah menyediakan oksigen ke seluruh tubuh dan membersihkan tubuh dari hasil metabolisme (karbon dioksida). Jantung melaksanakan fungsi tersebut dengan mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen (terdeoksigen) dari seluruh tubuh dan mengepamnya ke dalam paru-paru, dimana darah akan mengambil oksigen dan membuang karbon dioksida; jantung kemudian mengumpulkan darah yang kaya oksigen (beroksigen) dari paru-paru dan mengepamnya ke seluruh tubuh. Semasa jantung berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan terisi darah disebut diastol; manakala jantung berkontraksi dan mengepam darah keluar dari ruang jantung disebut sistol. Kedua atrium mengendur dan berkontraksi secara serentak, dan kedua ventrikel juga mengendur dan berkontraksi secara serentak. Darah yang kehabisan oksigen dan mengandung banyak karbon dioksida dari seluruh tubuh mengalir melalui 2 vena besar (vena kava) menuju ke dalam atrium kanan. Setelah atrium kanan terisi darah, dia akan mendorong darah ke dalam ventrikel kanan. Darah dari ventrikel kanan akan dipam melalui katup pulmoner ke dalam arteri pulmonari, menuju ke paru-paru. Darah akan mengalir melalui pembuluh yang sangat kecil (kapilari) yang mengelilingi ruang udara di paru-paru, menyerap oksigen dan melepaskan karbon dioksida sebelum dihembuskan keluar. Darah yang beroksigen mengalir di dalam vena pulmonari menuju ke atrium kiri. Peredaran darah diantara bahagian kanan jantung, paru-paru dan atrium kiri disebut sirkulasi pulmonari. Darah dalam atrium kiri akan didorong ke dalam ventrikel kiri, yang selanjutnya akan mengepam darah beroksigen ini melalui katup aorta masuk ke dalam aorta (arteri terbesar dalam tubuh). Darah beroksigen ini disediakan untuk seluruh tubuh, kecuali paru-paru. Fungsi-fungsi jantung secara amnya adalah:

Menjana dan mengekalkan tekanan darah. Denyutan jantung akan menjana tekanan darah dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh;

Mengarah peredaran darah. Peredaran darah dapat dilakukan ke beberapa tempat berdasarkan ruangan di dalam jantung; dan

Membawa bekalan darah ke tisu. Kadar denyutan jantung yang berbeza akan membuatkan jumlah darah yang dialirkan berbeza. Contohnya semasa bersukan dan semasa keadaan rehat. Semasa bersukan, lebih banyak darah dialirkan berbanding dengan keadaan berehat.

10

HBSC1203

4.0. PENYAKIT KARDIOVASKULAR Menurut fakta dari World Health Organization (WHO): setiap dua saat seorang manusia di dunia ini meninggal akibat penyakit kardiovaskular. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa penyakit kardiovaskular merupakan penyebab utama kematian dan kecacatan di seluruh dunia. Penyakit kardiovaskular merupakan suatu istilah untuk gangguan yang menyebabkan penyakit jantung (kardio) dan pembuluh darah (vaskular). Ada beberapa jenis penyakit kardiovaskular dan salah satunya ialah penyakit jantung koronari. Penyakit ini terjadi akibat penyempitan/ penyumbatan di dinding nadi koronari akibat endapan lemak dan kolesterol sehingga menyebabkan aliran darah ke jantung menjadi terganggu. Perubahan pola hidup, pola makanan, dan stress juga dapat mengakibatkan terjadinya penyakit jantung koronari. Penyebab penyakit jantung koronari adalah kerana penumpuna zat lemak secara berlebihan di lapisan dinding nadi pembuluh koronari ya g dipengaruhi oleh pola makan yang kurang sihat. Tabiat merokok, hipertensi, kolesterol tinggi juga dapat menjadi penyebab penyakit jantung koronari. Penyakit strok atau angin ahmar ialah salah satu penyakit kardiovaskular. ia disebabkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak terganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba. Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit jantung kongenital pula merupakan penyakit yang jantung yang wujud semasa atau sebelum kelahiran atau semasa dalam kandungan. Ia selalu dikaitkan dengan sesuatu keadaan yang tidak normal. Oleh itu, penyakit jantung kongenital bermaksud kecacatan jantung yang wujud semasa kelahiran walaupun kesan segeranya tidak begitu ketara. Ia berlaku apabila terdapatnya kecacatan pada jantung atau pembuluh darah yang berhampiran tidak terbentuk dengan normal dan wujud ketika lahir. 11

HBSC1203

5.0. AMALAN GAYA HIDUP SIHAT Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang. Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah 12

HBSC1203

mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat. . ..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini..Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada 13

HBSC1203

perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak. 6.0. PENUTUP Setelah meneroka dengan lebih mendalam mengenai struktur jantung dan system peredaran darah pada manusia, dapatlah disimpulkan bahawa jantung merupakan nadi kehidupan dalam tubuh manusia. Oleh itu, kita harus menjaganya dengan baik untuk mengelakkan system peredaran darah ini terganggu. Amalan gaya hidup yang sihat harus sentiasa diamalkan dari kecil lagi agar jantung kita dapat dipelihara dengan baik.

(2812 patah perkataan)

14

HBSC1203

RUJUKAN Eric T.S. Tan (2007). The Human Body. Kuala Lumpur: Penerbitan Hartamas. Nagalingam a/l Karuppiah (2012). Biologi 1: Basics of Life. Selangor: Meteor Doc Sdn Bhd OUM (2012). HBSC1203 Biologi 1: Basics of Life. Richard Walker (2005). Jantung: Bagaimana Darah Mengalir Ke Seluruh Badan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teh Ah Kien (1987). Biologi SPM. Kuala Lumpur: Longman Wan Zaharah Megat Hashim (1997). Tubuh Kita. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes Sdn Bhd. www.kesihatansemua.blogspot.com/20120/09/gaya-hidup-gaya-hidup-sihat.html www.slideshare.net/norazanePBSM/sistem-peredaran-darah www.scribd.com/doc/42965066/congenital-heart-disease www.ahlussyifa.com.my/pesakit-jantung.html www.scribd.com/doc/37469241/pengenalan-jantung

15

HBSC1203

LAMPIRAN

16

Vous aimerez peut-être aussi