Vous êtes sur la page 1sur 1

KAEDAH LATIH TUBI CELIK HURUF : MEMBANTU MEMINIMUMKAN KESALAHAN MENULIS HURUF SECARA TERBALIK

OLEH

NURNADHIRAH BINTI KHAIRAZMY nurdyra@yahoo.com

Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah latih tubi celik huruf dalam membantu murid pemulihan meminimumkan kesalahan menulis huruf j, g, b dan p secara terbalik. Kajian ini melibatkan seorang peserta kajian iaitu murid Tahun 2 dari kelas pemulihan di sebuah sekolah daerah Sepang, Selangor. Data dikumpul melalui pemerhatian hasil kerja dan cara memegang pensel, temu bual dengan guru pembimbing dan ibu subjek serta gambar hasil kerja subjek. Tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid tersebut telah dijalankan dengan menganalisis ujian awal yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Data dianalisis melalui jadual dan graf yang dibuat berdasarkan kepada ujian awal dan akhir ke atas subjek untuk melihat kekerapan subjek menulis huruf secara terbalik. Senarai semak juga digunakan bagi merekod perkembangan kemajuan murid sepanjang kajian dilaksanakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah latih tubi celik huruf dapat membantu murid pemulihan meminimumkan kesalahan menulis huruf j, g b dan p secara terbalik. Selain itu, kajian ini berjaya membantu subjek memegang pensel dengan betul serta meningkatkan kekemasan tulisannya di samping meningkatkan motivasi kendiri subjek serta membantu meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang. Kata kunci : kemahiran menulis, murid pemulihan, latih tubi, Celik Huruf , menulis huruf secara terbalik, senarai semak, graf

Vous aimerez peut-être aussi