Vous êtes sur la page 1sur 3

BAHASA KIASAN

DEFINISI - Bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan kpd. perkara lain,sama ada dengan menyebut atau tanpa menyebut bandingan. - Abdullah Hassan(1997) menyatakan, ada 4 jenis bah. kiasan dlm. BM. i. ii. iii. iv. Kiasan asal(simile) Perorangan(personifikasi) Kiasan terus(metafora) Hiperbola(ungkapan melebih-lebihkan/membesar-besarkan makna yg. hendak disampaikan): contoh: Lautan api, lautan dalam akan aku selami.

- Mengikut ZABA pula; A. Kiasan asal -menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. Kiasan ini menggunakan kata-kata perbandingan seperti, ibarat, umpama, bagai, macam, bak, laksana Contoh: Matanya merah bagai biji saga.

B. Kiasan berpindah: kiasan tidak menyebutkan bandingan sebaliknya berpindah kpd. benda bandingan itu sendiri. Menutur ZABA,kiasan ini terbahagi tujuh;

terus

a. Kiasan sandar: kiasan yang dikaitkan dengan benda lain: contoh; tidur ayam, pekak badak,telinga kuali

b. Kiasan bersajak/berangkap: menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yg. diperkatakan dengan benda yang dikiaskan: contoh; sudah geharu cenda pula, sudah tahu bertanya pula, c. Kiasan berbunga: menggunakan perkataan yg. berbunga-bunga /indah. Contoh: Rajin dan berusaha menelurkan kejayaan, hancur lebur harapannya, tak bersisa,selimut kemalasan menyelimuti tubuhnya. d. Kiasan terus : menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan benda lain. Contoh: kutu embun, harimau berantai,pisau cukur. e. Kiasan pemanis: kiasan untuk melindungi seseorang drp. mengatakan sesuatu yg. kurang elok atau kurang manis jika disebut secara terus terang. Contoh; datang bulan, orang rumah, membuang air besar,meninggal dunia. f. Kiasan melompat: kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih drp. perkara yang sebenarnya. Contohnya: menanak nasi, mencucuk atap, menjahit baju.

g. Kiasan melarat: kiasan yang perkataannya sudah menyimpang jauh drp. maksud asal perkataan tersebut: sudah berisi, badannya melidi, demamnya mula ringan.

C. Kiasan pemanusiaan/Personifikasi: kiasan menggunakan objek tertentu yang tidak bernyawa tetapi diberi sifat/kelakuan manusia: Contoh: air dan batu bercumbu, angin menampar pipiku. D. Kiasan berkacau kiasan yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta bertentangan antara satu sama lain, tidak memperlihatkan kesesuaian antara bhgnya,kurang logik. Cth: semacam mahu ditelannya org itu, diam seribu bahasa,akan kukejar hingga ke lubang cacing,terasa ingin masuk balik ke dalam perut ibu. E. Tamsil: memberi misalan yang berkias,mengandungi pengajaran dan teladan. Cth: ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Seperti ayam betina, bertelur sebiji riuh sekampung. Bagai lalang ditiup angin.

Vous aimerez peut-être aussi