Vous êtes sur la page 1sur 16

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

PENDAHULUAN Dewasa ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan. Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Mengikut pandangan Islam pula, ianya merupakan penyanlahguann nikmat Allah yang dikurniakan kepada manusia seperti nikmat penglihatan, pendengaran, akal dan hati. Ianya merupakan nikmat Allah yang besar dan tidak ternilai kepada manusian. Firman Allah dalam Surah al-Araf ayat 179 berbunyi :

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);

Semester Mei 2009

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. 1.0. GEJALA SAMSENG JALANAN Samseng Jalanan atau lebih sinonim dengan panggilan Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, yang biasanya menggunakan motor kapcai. Ianya merupakan satu gejala sosial yang tidak sihat di kalangan remaja di Malaysia. .Sering terlibat dengan kegiatan gangster, rompakan berkumpulan , pergaduhan, rogol, kecurian dan buli. .Kebanyakan motosikal yang digunakan oleh mereka tidak memenuhi piawaian, atau pun telah diubah suai dengan kehendak dan cita rasa sendiri. Ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal yang dicuri. Taman perumahan, jalan raya merupakan litar lumba bagi golongan ini. .Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 orang golongan tersebut .Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. .Mereka beraksi di celah-celah kenderaan yang penuh sesak di bandar-bandar untuk mendapat perhatian orang ramai.

2.0.

PUNCA-PUNCA SAMSENG JALANAN

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti bahawa gejala samseng jalanan di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Fenomena ini dapat dilihat dari pelbagai sudut dan terdapat beberapa faktor yang menyumbang ke arah berleluasanya gejala ini. Antaranya ialah:

2.1.

Faktor Kerapuhan Institusi Kekeluargaan

Semester Mei 2009

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

Salah satu faktor yang dikaitkan dengan gejala samseng jalanan adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca yang mendorong menjadi samseng jalanan iailah akibat keruntuhan akhlak yang mana kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu bebas dan banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang ingin bersuka-suka. Kesan pergaulan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan

memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor anak-anak melibatkan diri dalam gejala samseng jalanan ini. Antara lain punca remaja terlibat dengan samseng jalanan juga ialah berkaitan dengan hubungan kekeluargaan ialah alam rumah tangga yang tidak teratur,

Semester Mei 2009

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anakanaknya boleh juga membawa kepada gejala tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari).

2.2.

Pengaruh Persekitaran (Sosial) Pengaruh persekitaran juga sentiasa membentuk perilaku para

remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Proses urbanisasi, kegiatan devian atau melencong dan keruntuhan moral di kalangan remaja juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industri yang kita alami. Ini kerana kedua-dua proses itu mengendurkan kawalan sosial (Gottfredson et. al, 1991) yang biasanya wujud dalam masyarakat tradisi kita. Akibatnya, anggota masyarakat bebas melakukan apa sahaja sesuka hati. Dalam masyarakat tradisi, hubungan antara anggota masyarakat begitu erat. Di dalam sebuah kampung misalnya, setiap orang saling mengenali, tolong menolong dan mengambil berat antara satu sama lain sehingga budaya ini meresap ke dalam jiwa setiap ahli kampung. Perhubungan ini secara tidak langsung menjadi suatu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara tingkah laku masyarakat. Perbuatan melanggar norma masyarakat kampung itu cuba dielakkan kerana bukan sekadar nama diri sendiri malah nama keluarga juga turut tercemar. Antara nilai yang dilihat dalam persekitaran proses urbanisasi dan

Semester Mei 2009

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

industrialisasi adalah nilai individualistik dan materialistik yang menyebabkan setiap anggota masyarakat membawa diri masing-masing dan tiada masa mengambil tahu hal orang lain. Sikap individualistik ini menyebabkan tiada hubungan antara satu sama lain di dalam kawasan kediaman. Jika ada sekalipun adalah pada tahap yang amat minimum.

2.3.

Pengaruh Rakan Sebaya Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang

baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa kawan juga kadangkala boleh makan kawan. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial. Firman Allah : Maksudnya : Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

2.4.

Kurang Didikan Agama (Rohani) Sistem pendidikan sekular yang bersifat memisahkan agama dengan

kehidupan manusia pada masa kini dilihat gagal mendidik rohani para pelajar di sekolah. Menurut Hassan Langgulung (1981: 17), sistem pendidikan sekular

Semester Mei 2009

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

dianggap gagal kerana tidak mampu membentuk insan yang utuh dan teguh dari segi moral dan akhlaknya, tidak dapat menerapkan pandangan hidup yang tepat, nilainilai yang tetap mutlak dan ilmu yang bersepadu. Sistemnya mungkin berjaya melahirkan warganegara yang baik, cekap bekerja dan sedia berkhidmat untuk negara tetapi kurang penghayatan Islam dan nilai-nilai murni Islam. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat seperti samseng jalanan. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

2.5.

Pengaruh media elektronik Pengaruh media masa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja

yang masih mentah. Pelbagai dorongan kurang sihat dipaparkan melalui media massa kini dan menyebabkan remaja terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran itu, bagi memenuhi perasaan ingin tahu akibat pendedahan tersebut, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks membeli-belah, pusat snuker, pusat permainan video dan sebagainya. Perbuatan seperti ini selalunya mendorong kepada pergaulan yang kurang sihat. Selain daripada pergaulan kurang sihat, remaja juga turut menuntut kebebasan secara melulu daripada ibu bapa. Tuntutan seperti ini banyak dipengaruhi oleh media massa (Cohen, 1975). Kemajuan dalam komunikasi mengakibatkan remaja terdedah kepada nilai-nilai baru yang belum pasti baik bagi perkembangan diri. Pengaruh negatif ini dapat dilihat daripada majalah-majalah hiburan, buku-buku yang mengandungi unsurunsur lucah serta radikal, televisyen dan tayangan-tayangan filem barat. Apabila dilihat, kebanyakan akhbar mingguan, majalah hiburan dan buku-buku cerita di

Semester Mei 2009

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

pasaran kini lebih mengutamakan hiburan, keganasan dan fantasi kosong. Bahan-bahan ini mendorong sikap negatif seperti suka mengelamun, berfoyafoya, boros dan pelbagai perlakuan anti-sosial. Hari ini setiap rumah mempunyai alat media elektornik. Yang diminati oleh pelajar ialah perisian budaya kuning, budaya bahasa dan budaya merah dalam perisian program televisyen dan komputer. Budaya kuning seperti keterlaluan seks. Budaya merah iaitu keganasan seperti wrestling. Satu lagi budaya bahasa lepak. Budaya ini mudah mempengaruhi pelajar-pelajar sekolah. Penggunaan komputer memang wajib tetapi tidak terkawal. Penggunaan Internet dan e-mail banyak disalahgunakan. Naluri pelajar dan memang suka membuat perkara yang ditegah. Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nila-inilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.

3.0.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja seperti

samseng jalanan adalah berkisar isu pelajar iaitu remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini.

Semester Mei 2009

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

3.1.

Pemantapan Institusi Kekeluargaan Dalam Islam, ibubapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak

untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Sama ada ibubapa itu senang atau susah, sama ada keluarga itu ada ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa sahaja, penjaga tidak terkecuali dari tugas ini. Cuma mungkin dalam keadaan kemiskinan dan keluarga induk, masa untuk mendekati dan mendidik anak dengan nilainilai yang murni dan mulia agak terbatas. Namun jika kajian menunjukkan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari jenayah dan delikuensi, maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik anak-anak dengan apa yang mereka perlu tahu, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang bapa serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsipprinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta

Semester Mei 2009

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

3.2.

Peranan Institusi Pendidikan (Sekolah) Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan

aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknikteknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undangundangdi peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis juga penting dalam membantu sekolah mengatasi gejala ini. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah

diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan

Semester Mei 2009

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

3.3.

Penguasaan Al-Quran Masalah gejala samseng jalanan yang dilakukan oleh remaja dapat

diselesaikan dan dikurangkan jika seseorang remaja menguasai Al-Quran. Remaja yang menguasai Al-Quran serta memahaminya akan akan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Al-quran bukan sahaja dapat membentuk akhlak remaja tetapi juga dapat membentuk aqidah yang benar. Secara fitrahnya jiwa remaja boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dengan al-Quran . Jika terdidik dengan ajaran Al-Quran, jiwa remaja boleh mencapai tahap termulia. Firman Allah dalam Surah As-Syam, ayat 9-10 berbunyi : Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

3.4.

Peranan Media Massa Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini,

media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan remaja dalam menangani gejala samseng jalanan. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran, memberikan kerjasama dalam menyampai maklumat tentang masalah samseng jalanan dalam apa bentuk rancangan yang disiarkan
Semester Mei 2009

atau yang terdapat di 10

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar remaja memahami tentang masalah samseng jalanan dan menghayati kempen Menghargai nyawa tanggungjawab bersama kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

3.5.

Peranan Anggota Masyarakat Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi

perhatian kepada anak remaja agar tidak melakukan perbuatan yang salah disamping perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala samseng jalanan yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting dengan memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak samseng jalanan. Generasi remaja perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka menjaga nyawa sendiri dan nyawa orang lain. Terangkan kepada remaja apa perasaan mereka sekiranya mereka dilanggar oleh samseng jalanan. Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

3.0.

CADANGAN UNTUK MEMBENDUNG GEJALA SAMSENG JALANAN DARIPADA TERUS BERLELUASA Masalah samseng jalanan bukan sahaja masalah pelajar, ibu bapa dan

guru tetapi masalah masyarakat. Dengan itu, pemimpin-pemimpin tempatan seperti penggawa, penghulu, pemimpin politik, pemimpin belia dan orang-orang yang berpengaruh perlu dihubungi bagi membantu dan bekerjasama

Semester Mei 2009

11

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

menyelesaikan kes-kes disiplin. Penglibatan semua pihak daripada anggota masyarakat umum kepada ketua masyarakat adalah perlu kerana masalah akhlak remaja ataupun pelajar adalah masalah masyarakat. Kawalan sosial perlu diwujudkan di kalangan penduduk dan sikap tidak apa ataupun tidak ambil tahu perlu diubah demi kepentingan masyarakat. Pusat kegiatan remaja satu lagi aspek pencegahan yang perlu diberi perhatian bagi penglibatan remaja dalam pusat kegiatan belia di mana semua aktiviti dirancang dengan teliti dan teratur. Dengan ini, program ataupun aktiviti yang diadakan di pusat-pusat latihan belia remaja membekalkan kemahirankemahiran supaya remaja dapat menggunakan kemahiran demi kepentingan diri mereka. Di samping kemahiran, pusat-pusat ini juga boleh memberi ceramahceramah, kelas-kelas bimbingan agama serta rekreasi-rekreasi sukan yang diperlukan dalam perkembangan sahsiah remaja. Seterusnya, pertukaran belia antara negeri dan negara yang diadakan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman para remaja. Kerjasama antara agensi Pada masa ini, sudah wujud satu jawatankuasa yang dibentuk antara Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi memerhati perkembangan aktiviti-aktiviti pelajar dari masa ke semasa dan mengambil langkah-langkah yang perlu sebelum pelajarpelajar terjebak ke dalam apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang. Namun, keberkesanan jentera ini dapat dipertingkatkan dengan membuat kajian dari semasa ke semasa berkenaan aktiviti, program serta pelaksanaannya dalam menangani masalah keruntuhan akhlak remaja. Program pemulihan dalam komuniti dan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dikaji dari semasa ke semasa supaya perancangan dan program-programnya selaras dengan kehendak dan persekitaran remaja. Peranan media juga perlu diberi perhatian yang serius dalam usaha membendung gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lebih mudah menganjurkan program berkaitan personaliti remaja berjaya. Remaja yang berjaya dalam lapangannya boleh memberi contoh yang positif kepada remaja

Semester Mei 2009

12

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

secara keseluruhannya. Di samping dapat menjadi daya penarik kepada para pembaca, gambar-gambar remaja berjaya juga dapat merangsang pembaca remaja supaya turut berjaya dalam kegiatan yang mereka ceburi. Oleh itu, pihak penerbit, terutamanya yang mempunyai sasaran pembaca remaja perlu lebih sedar dan peka pada tanggungjawab sosial dengan menerbitkan lebih banyak bahan bacaan bercorak pengetahuan bagi melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat yang baik.. Jawatankuasa tindakan disiplin perlu ditubuhkan pada peringkat daerah, kawasan, negeri mahupun negara supaya segala kegiatan pelajar di dalam dan luar sekolah diawasi. Khidmat nasihat Kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu, kaunseling juga dapat dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju oleh remaja. Guru kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan kaunseling rakan sebaya di kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik bagi membantu hubungan yang sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa tanggungjawab antara satu sama lain. Menurut kajian seperti yang dicatatkan oleh Cohen (1975) dan Phelps (1976), remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka kepada rakan sebaya. Oleh itu, program ini bermanfaat apabila di-rancang dengan teliti dan mengambil orang yang berpengalaman serta mempunyai asas-asas kaunseling remaja bagi menganjurkan dan memantapkan program ini. Lanjutan daripada itu, golongan remaja perlu dibantu dan diberi perhatian kerana masa remaja adalah zaman pergolakan yang serius. Pertumbuhan jasmani yang berlaku semasa baligh banyak mempengaruhi jiwa, perasaan dan fikiran remaja (Chais, 1976). Ini menyebabkan mereka menghadapi banyak masalah menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan membentuk identiti diri. Tingkah laku keruntuhan akhlak di kalangan remaja dewasa ini, mempunyai hubungan rapat dengan kemasukan elemen-elemen negatif dari luar yang tidak terkawal ke dalam negara serta masyarakat dan budaya kita. Lantaran itu, kemasukan aliran muzik

Semester Mei 2009

13

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

songsang perlu disekat dengan mengharamkan kemasukan muzik berunsur kuning. Pada masa yang sama, serbuan yang kerap perlu dilakukan ke atas premis-premis yang menjual barangan seperti rokok, pistol dan sebagainya bagi mengesan dalang yang mewujudkan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Usaha yang berterusan dapat membanteras jenayah di kalangan remaja hingga ke akar umbi. Bagi strategi umum, pendekatan yang wajar adalah melalui ceramahceramah sivik yang dapat dilakukan pada peringkat sekolah. Walaupun demikian, wajar seandainya program ceramah sivik ini melibatkan ibu bapa. Contohnya, pada Hari Ibu Bapa dan Guru yang diadakan setiap tahun, ceramah-ceramah dapat memberikan keterangan yang jelas berkenaan peranan ibu bapa dalam usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu, pengetahuan agama perlu ditekankan dalam ceramahceramah ini kerana lazimnya pengetahuan agama memberi garis panduan kepada individu apabila bertindak. Di samping pengetahuan agama, keterangan diri dan cara-cara bersosial perlu disampaikan kepada remaja dan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa penting supaya anak, pendidik dan ibu bapa berada pada gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan.

4.0.

PENUTUP Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh bagi golongan itu kerana

pada peringkat ini, mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya menjerumuskan mereka kepada perkara negatif.

Semester Mei 2009

14

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti salah laku dan juvenil. Oleh itu,sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang

bertanggungjawab, kita seharusnya

menjalankan kewajipan dengan

merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa. Firman Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 24 hingga 28 bermaksud Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana : Allah

mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. Tidakkah Engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah Dengan kekufuran, dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan?

Bibliografi :

Semester Mei 2009

15

RUHANIZA BINTI ISMAIL 700101116860002 HBIS4103 : PENDIDIKAN ISLAM : TINGKATAN 3

[SUMBER

UTUSAN

MALAYSIA :

20/05/09]

Semester Mei 2009

16

Vous aimerez peut-être aussi