Vous êtes sur la page 1sur 5

ULASAN REFLEKTIF Apa itu pengujian ?

Pengujian bermaksud satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Ianya bertujuan untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Pengujian boleh dilakukan dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan dan ujian bertulis.

Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seseorang murid atau sekumpulan murid. Terdapat juga ujian yang dianggap sah tetapi gagal memberikan maklumat yang diperlukan oleh seseorang guru. Hal ini mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor seperti ujian tidak dijalankan dengan baik iaitu berlaku peniruan atau ujian yang dibantu sepenuhnya dengan buku atau ditunjuk ajar oleh guru.

Ujian yang sah dan boleh percaya tidak semestinya menghasilkan maklumat yang boleh digunakan. Oleh sebab itu, seseorang guru perlu menentukan aspek pengujian dari pelbagai aspek seperti yang berkaitan dengan prosedur dan tatacara bagi mentadbir sesuatu ujian yang mana setiap tatacara itu boleh diubah berdasarkan jenis ujian yang dijalankan.

Berdasarkan pengalaman yang saya alami sendiri di dalam mentadbir sesuatu ujian, Saya dapati banyak perkara yang perlu saya ambil kira untuk menentukan dan menjamin kesahan ujian yang dijalankan seperti aspek keselamatan dan kerahsiaan kertas ujian, pemilihan pengawas, pemilihan tempat ujian yang sesuai dan penentuan prosedur yang terbaik bagi sesuatu ujian tersebut. Saya merasa sangat teruja untuk melakukan tugasan ini kerana ianya merupakan satu rutin yang dihadapi para guru pada setiap kali melakukan pengujian kepada murid. Dengan menggunakan tugasan ini, saya dapat menilai sejauh mana sesuatu ujian telah berjaya saya lakukan.

Bagi memulakan prosedur pengujian ini, saya telah menetapkan hari yang terbaik bagi para murid setelah berbincang dengan Ketua Panitia Sains di sekolah tempat saya mengajardan juga guru mata pelajaran Sains tahun 5. Melalui hasil dapatan dan pembacaan ilmiah yang saya lakukan, saya telah menghasilkan satu Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) yang dipersetujui sepenuhnya oleh Ketua Panitia Sains iaitu Puan Suhaini Binti Mat Yassin dan guru mata pelajaran Sains tahun 5 iaitu Encik Ahmada Jahidi bin Yaakob.. Melalui keizinan mereka, maka saya mula menghasilkan item ujian berdasarkan kepada JSU yang telah digubal.

Setelah setiap soalan dihasilkan, saya sekali lagi perlu menunjukkan item-item yang dibina itu kepada Ketua Panitia Sains dan guru mata pelajaran sains tersebut. Setiap item dipantau oleh mereka agar tidak menyalahi spesifikasi yang telah ditetapkan. Setelah setiap dipersetujui dan disahkan, maka salinan dibuat agar dapat diberikan kepada 20 murid sukarela dari sekolah saya. Semua murid tersebut adalah muridmurid tahun 5 dan telah habis mempelajari semua unit di dalam silibus mereka.

Pada hari yang ditetapkan, semua pelajar telah dipanggil untuk menduduki ujian tersebut. Mereka telah diberikan masa selama 1 hari untuk mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari. Tempat yang sesuai telah dipilih oleh saya dengan persetujuan Ketua Panitia Sains, Puan Suhaini. Beliau telah memberikan saya kebebasan untuk menjaga sendiri kelas tersebut. Sepanjang mengendalikan sesi ujian tersebut, saya tidak menghadapi sebarang masalah. Hanya dua orang murid sahaja yang meminta bantuan saya untuk memahami maksud soalan. Ini menunjukkan bahawa para murid lain mempunyai keupayaan untuk memahami soalan-soalan tersebut secara bersendirian. Ia juga bermaksud bahawa item-item soalan yang digubal itu adalah menepati tahap kefahaman murid.

Sehingga ke akhir ujian, saya amat berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh semua murid. Setelah disoalselidik secara rawak, ada di antara murid yang merasakan item-item ujian ini mencabar pengetahuan sedia ada mereka. Skrip-skrip kertas soalan dan kertas jawapan murid dikutip bagi dijadikan bahan bukti kesahihan

ujian dijalankan. Saya juga tidak ketinggalan mengambil gambar semasa prosedur pengujian dijalankan. Setelah semua skrip jawapan ditanda dengan menggunakan skrip jawapan master, saya dapati skor yang diperoleh oleh murid-murid adalah sangat memberangsangkan. Skor murid di susun di dalam satu jadual yang disediakan untuk menganalisis setiap item yang dijawab oleh murid. Dariapada dapatan tersebut, saya telah melakukan analisis Indeks Kesukaran ( p ) dan Indeks Diskriminasi ( D ). Setiap item mempunyai IK dan ID yang tersendiri. Dapatan daripada pengiraan ini dapat saya tunjukkan dibahagian analisis ujian.

Berdasarkan kepada dapatan analisis, saya berjaya membuktikan bahawa 90% item ujian yang dihasilkan adalah menepati julat yang ditetapkan. Ini membuktikan bahawa murid-murid saya berupaya menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik dan dengan keupayaan sendiri. Walaupun terdapat beberapa orang murid yang menunjukkan skor markah di bawah paras 10, ini dapat membantu saya untuk mengenalpasti kelemahan mereka.

Daripada dapatan analisis juga, didapati bahawa Indeks Kesukaran ( IK ) dan Indeks Diskriminasi ( ID ) bagi soalan 1 hingga 9, soalan 11 dan soalan 13 hingga 20 adalah menepati sasaran dalam perangkaan pembinaan item ujian. Tetapi pada masa yang sama terdapat 2 soalan yang perlu diteliti semula iaitu soalan 10 dan soalan 12. Jika diperhatikan soalan 10 mempunyai Indeks Diskriminasi ( ID ) dengan nilai 0. Ini menunjukkan bahawa soalan ini boleh dijawab oleh murid dari kumpulan tinggi dan rendah walaupun pada dasarnya didapati bahawa julat Indeks Kesukaran ( IK ) yang ditunjukkan adalah sukar. Bagi soalan 12 pula didapati Indeks Kesukaran ( IK ) juga menunjukkan aras yang sukar. Tetapi didapati Indeks Diskriminasi ( ID ) memberikan bacaan yang negative. Ini bermakna soalan ini dapat dijawab oleh kumpulan murid rendah lebih baik daripada kumpulan murid tinggi. Oleh sebab ini, soalan tersebut perlu diteliti dan digubal semula.

Maklumat dan rumusan yang didapati selepas mentafsir skor ujian dapat saya gunakan bagi tindakan susulan yang betul dan tepat. Tindakan susulan yang kan diambil adalah untuk mencapai tujuan pengejaran dan pembelajaran yang berkesan. Saya dapat merangka pelan tindakan yang sesuai untuk semua murid sama ada untuk mengajar semual topik-topik tersebut, membuat aktiviti-aktiviti untuk pengayaan atau pemulihan.

TINDAKAN TINDAKAN SUSULAN SUSULAN

AjarSemula Semula Ajar

AktivitiPengayaan Pengayaan Aktiviti


Rajah 1

AktivitiPemulihan Pemulihan Aktiviti

Sekiranya ada sekumpulan murid mendapat skor yang rendah, ini bermakna mereka belum dapat menguasai hasil pembelajaran. Berkemungkinan, murid-murid ini memerlukan aktiviti pemulihan agar mereka dapat menguasai hasil pembelajaran. aktiviti pemulihan boleh dijalankan di kelas biasa atau kelas khas. Berdasarkan dapatan skor murid, saya dapat merancang aktiviti pemulihan untuk member peluang kepada murid tersebut untuk menguasai konsep dan kemahiran yang diajar. Aktiviti yang dirancang mestilah sesuai dengan kemampuan dan kebolehan mental murid.

Bagi murid yang telah menguasai konsep dan kemahiran pula, akan diberikan motivasi dan perhatian dengan memberikan mereka aktiviti pengayaan yang bersesuaian dengan kognitif mereka. Aktiviti pengayaan terdiri daripada aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengembangan. Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid. Aktiviti

pengembangan

pula

bertujuan

untuk

mempertingkatkan

pengetahuan

dan

kemahiran murid. Ianya adalah dijalankan oleh murid secara terarah sendiri.

Secara khususnya, saya dapati separuh daripada murid yang menjalani ujian dapat diberikan aktiviti pengayaan, manakala separuh lagi akan diberika aktiviti pemulihan bagi meningkatkan penguasaan terhadap konsep dan kemahiran yang telah dipelajari. Melalui pengujian yang dilakukan, saya berupaya meningkatkan kemahiran di dalam penyelesaian masalah agar saya dapat membantu murid mengikut tahap penguasaan mereka.

Vous aimerez peut-être aussi