Vous êtes sur la page 1sur 25

1.

Pendahuluan:

Pendekatan pengajaran sains di dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembeajaran. Dalam

pembelajaran dan pengajaran sains di sekolah rendah memerlukan beberapa pendekatan supaya murid dapat memahami apa yang hendak diajar dan ,mencapai objektif pembelajaran dalam bilik darjah.

2.0

Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada teori-teori peekembangan kognitif Gagne. kanak-kanak yang dikemukakan oleh Bruner, Asubel dan

2.1

Teori Pembelajaran Bruner:

Bruner telah mengemukan perkembangan mental manusia terbahagi kepada 3 tahap (a) Peringkat Enaktif Peringkat enaktif Peringkat ikonik (0-2 tahun) (2-4 tahun)

Peringkat simbolik (5-7 tahun)

Pada peringkat ini (0-2 tahun) kanak-kanak akan bergerak kearah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pasa masa ini masih belum pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa.Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperolehi makna atau tafsiran baginya. Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sangga untuk melihat keseimbangannya.

(b)

Peringkat Ikonik

Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah berupaya mengambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu . Kanakkanak juga berupaya menyebut objek yang tiada dihadapan matanya, iaitu telah terbentuk" imej mental". Contohnya kanak-kanak tersebut boleh melukis kayu yang seimbang di atas sangganya, walaupun objek tersebut tida di hadapan matanya.

(c)

Peringkat Simbolik

Pda peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan symbol, sepeti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya penakulan simbolik. Contohnya, kanak boleh menerangkan bagaimana kayu yang di letakkan di atas sangga menjadi seimbang.

2.2.1

Teori Pembelajarn Ausubel:

David Ausubel (1963-1977) mengemukan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperolehi ilmu kebanyankannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausumbel juga mengmukakan penbelajaran lisan bermakna (meaningful verbal leaning),termasu pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua pekara berikut: (a) Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang tepat dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah. (b) Menggunakn penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar mengigat semula konsep yang te;lah dipelajari dan

mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang pekara-pekara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

2.2.2 Teori Pembelajaran Gagne: Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat heiraki iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat paling komleks. Gange telah mengenal akan dapat pasti lapan peringkat pembelajaran. telah Setiap

pembelajaran

dicapai

sekiranya

pelajar

menguasai

pemnbelajaran di peringkat yang lebih awal. Seperti dalam rajah di bawah.

Peringkat-peringkat Ganne adalah seperti berikut:

(a) Pembelajaran Isyarat: Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya apabila seseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang kerumah dengan wajah muram, anak-anak dapat isyarat ayah mereka tidak mahu diganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, bila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan guru memberi salam. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku berikut. (b) Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus Ali pandai !. Ali

akan mengulang tingkah laku itu lagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya. (c)Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain lain. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. (d)Pembelajaran Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, Pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu. (e)Pembelajaran Diskriminasi Belajar membezakan benda benda yang dipelajari mengikut ciri tertentu, untuk memudahkan proses meengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yang sama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan member gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran. Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam igatan jangka panjang. (f)Pembelajaran Konsep Pembetukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat presepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh yang jelas supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.
5

(g)Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu ungutan dan rangkaian Pembelajaran ini melibatkan

penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi. (g)Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hokum. Untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.

Gagne (1974, 1977) dan Gagne dan Briggs (1979), telah menemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasakan model teori pemprosesan maklumat, di mana lapan fasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin, 1997). Fasa fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam rajah di bawah.

2.2.3 Teori Konstruktivisme Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan

bbagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Menurut Briner , M(1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,

mengaplikasikan kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Suskhkin, N(1999), pula menyatakan bahawa dalam teori konstruktivisme penekanan yang diberikan lebih kepada pelajar berbanding kepada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan insiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan. Nik Aziz Nik Pa (1999), menyeut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan. Berdasarkan pandangan pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima degan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

2.2.4 Pendekatan konstruktivisisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Pembelajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatn konstruktivisime boleh dilaksana dengan memberikan perhatian kepada perkara perkara berikut. Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan sesuatu konsep. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi presepsi antara satu sama lain. Menggalakkan pelajar meghormati pandangan alternative rakan mereka. Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka. Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar Menyediakan aktiviti aktiviti berbentuk hand on dan minds on Mementingkan kemahiran kalangan pelajar. Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis. Tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar. Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar pelajar lain. Memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. Menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan. sainstifik dan kemahiran berfikir di

Guru pula berperanan sebagai fasilatator yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahhuan baru. Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas tersebut. Seterusnya ciri ciri pembelajaran secara konstruktivisisme adalah mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar, menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar lain dan gurunya, menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen, memberi peluang kepada mereka untuk membina pengetahuan baru dan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar, mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar belajar sesuatu idea, menyokong pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran, menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar dan akhirnya menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar yang digunakan sebagai panduan merancang pengajaran. Bagaimana Penggunaan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran guru memberikan kesan ke atas pembelajaran pelajar. Untuk melihat bagaimana penggunaan teori ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar, Salah satu model pembelajaran yang menggunakan teori Pembelajaran Konstrukitvisme ialah Model Needham Lima Fasa (Needham & Hills, 1987). Model ini mencadangkan lima fasa yang berturutan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu fasa orientasi idea, fasa pencetusan idea, fasa penstrukturan semula idea, fasa aplikasi idea dan fasa refleksi.

Dalam fasa orientasi idea, pelajar-pelajar berfokus kepada topik pengajaran hari itu melalui segala deria mereka. Dalam fasa pencetusan idea, pelajar-pelajar mencetuskan idea mereka yang berlainan dan mungkin berbeza daripada idea
10

saintifik. Inilah fasa bagi guru mencamkan miskonsepsi pelajar ataupun kerangka alternatif pelajar dan memperbetulkan miskonsepsi pelajar melalui aktiviti hands-on dan minds-on seterusnya. Dalam fasa penstrukturan semula idea, segala miskonsepsi ataupun kerangka alternatif pelajar diperbetulkan melalui pelbagai aktiviti, penyiasatan ataupun eksperimen. Dalam fasa aplikasi idea, segala idea baru pelajar digunakan dalam suatu situasi baru ataupun kegiatan sehari-harian. Dalam fasa refleksi, pelajar dapat membuat refleksi terhadap perubahan idea kerangka alternatif mereka kepada idea saintifik melalui penulisan jurnal (Needham & Hills, 1987).

Kanak-kanak telah memperolehi pengalaman tentang alam sekitar sejak dilahirkan (Martin & Sugarman, 1996). Idea-idea ini dikembangkan bagi membolehkan mereka memahami apa yang berlaku di sekeliling (Slezak, 1994; von Glasersfeld, 1993). Idea-idea informal ini dibawa ke dalam bilik darjah (von Glasersfeld, 1995). Oleh yang demikian, adalah penting untuk guru mengambil kira idea awal yang dipunyai oleh pelajar demi memastikan sebarang perubahan atau perkembangan idea itu1997; dimiliki oleh pelajar sendiri (Maloney, 2007, Taber, 2003, Poh, 1997, Driver et al., 1985).

Apabila pengetahuan sains diajar melalui kemahiran proses sains, murid-murid diberi peluang untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Jawapan yang dikemukakan oleh murid boleh menunjukkan pengetahuan sedia ada mereka dan seterusnya juga mencerminkan miskonsepsi yang dibawa oleh mereka yang disebabkan oleh pengalaman mereka yang lampau. Miskonsepsi mereka mungkin terdiri daripada sama ada kerangka alternatif fenomena ataupun perbendaharaan kata.

Contoh kerangka alternatif fenomena ialah murid-murid menyatakan bahawa hanya objek yang berat akan tenggelam manakala hanya objek yang ringan akan timbul serta

11

bumi ini adalah rata. Contoh kerangka alternatif perbendaharaan kata ialah murid-murid menyatakan nyamuk dan lalat bukanlah haiwan dan hanya binatang yang berkaki empat ialah haiwan. Justeru, sebaik-baiknya pelajar sentiasa dapat mempelajari sains secara bermakna melalui kemahiran proses sains secara penerokaan berdasarkan pendekatan konstruktivisme (Maloney, 2007, Greeno, et al.,1998).

Implikasi konstruktivisme kepada guru terhadap pengajaran pembelajaran sains ialah guru terpaksa menyediakan alam pembelajaran dengan pelbagai aktiviti hands on supaya pelajar dapat membina dan menguasai kemahiran proses sains (Maloney, 2007, Greeno, et al., 1998, 17). Hal ini adalah kerana guru tidak boleh memaksa pelajar untuk mempercayai sesuatu melainkan pelajar sendiri membina pemahaman tentang perkara itu (Maloney, 2007). Oleh itu, pelajar perlu digalakkan untuk membina semula pemahamannya sendiri yang mungkin bercanggah dengan pandangan saintifik. Pendekatan ini mengambil masa yang lebih tetapi berkesan, ingatan yang lebih lama, pemahaman yang lebih mendalam dan keyakinan kendiri yang lebih kuat. Pelajar menjalankan penemuan dengan membentuk perkaitan mental sedangkan guru berperanan sebagai pemudahcara pembelajaran.

Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut: Bil I Fasa Oreantasi Tujuan/Kegunaan Menimbulkan minat dan Amali masalah tunjukcara Kaedah penyelasaian sebanar, oleh guru,

menyediakan suasana

tayangan filem, video dan keratin akhbar Ii Pencetusan idea Supaya murid dan guru sedar Kumpulan tentang idea terdahulu pemetaan konset keci, dan

12

laporan Iii Penstukturan semula idea i. Penjelasa n Mewujudkan kesedaran Perbincangan dalam

tentang idea alternatif yang kumpulan kecil dan buat berbentuk saintifik. Menyedari kesimpulan. dan bahawa idea idea sedia ada Perbincangan, diubahsuai, pembacaan, input guru. atau Amali, kerja projek, tunjukcara

pertukaran perlu ii. Pendedah diperkembangkan

an kepada diganti dengan situasi konflik iii. Pembinaa n baru iv. Penilaian lebih saintifik.

idea yang eksperimen, guru.

Mengenalpasti idea idea alternatif dan memeriksa idea secara kritis idea idea sedia ada sendiri menguji kesalahan ida idea sedia ada. Pengubahsuaian, pengembang atau penukaran idea. Menguji kesalahan idea idea baru dibina.

iv

Penggunaan idea

Pengukuhan yang teah

kepada dibina

idea Penulisan dalam projek.

sendiri

kerja

situasi baru dan biasa. v Renungan kembali Menyedari tentang perubahan Penulisan idea murid. Murid kendiri,

dapat perbincangan kumpulan, sejauh catatan peribadi dan lain

membuat

refleksi

manakah idea asal mereka lain. telah berubah

13

Rumusan Dari huraian di atas dapat dirumuskan bahawa konstruktivisme adalah satu daripada teori pembelajaran yang pada asasnya merupakan proses

pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan sedia ada disusun semula di dalam minda pelajar untuk membentuk pengetahuan baru. Melalui pembelajaran konstruktivisme, pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif daripada persekitaranya. Pelajar membina pengetahuan mengikut pengalaman masing masing dan pengetahuan sedia ada mereka. Ini menjadikan pelajar lebih seronok dan berminat untuk belajar kerana pengetahuan yang dibina adalah hasil usaha pelajar sendiri. Selain itu, untuk memastikan proses pertukaran idea berlaku pada tahap optimum, gaya pengajaran guru perlulah setara dengan gaya pembelajaran yang terdapat pada setiap pelajar untuk memastikan mereka terus termotivasi untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan.

14

Esei reflektif pelaksanaan P & P

Untuk menyatakan atau merealisasikan teori pembelajaran konstruktivisme dalam P & P, saya telah mengajar murid tahun 2 Amanah mengenai tajuk tumbuhan (keperluan asas tumbuhan untuk hidup). Masa yang diambil adalah selama 1jam (60 mini/2 waktu). Dalam fasa pertama iaitu Persedian, saya menggunakan orientasi berasaskan pengetahuan sedia ada. Saya telah menunjukkan 2 keping gambar anak pokok. Gambar pertama menunjukkan anak pokok yang subur dan gambar kedua menunjukkan anak pokok yang layu. Apabila melihat kedua-dua keping gambar murid akan berfikir dan akan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk membuat analisis mengenai keadaan anak pokok tersebut. Unsur

konstruktivisme akan berlaku apabila murid akan membina pengetahuan secara aktif dengan cara membandingkan maklumat baru dengan pemahaman yang sedia ada. Murid akan diajukan beberapa soalan mengenai perbandingan 2 keping gambar anak pokok tersebut. Contoh soalan: a) Apakah yang dapat diperhatikan daripada gambar 1 & 2? b) Apakah perbezaan yang dapat kamu lihat tentang gambar 1 dan dan gambar 2

Daripada soalan tersebut murid akan membina pengetahuan dan pengalaman mengenai kedua-dua gambar anak pokok itu. Murid akan menggunakan deria penglihatan dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan dengan betul. Disini guru akan mengimbau imiginasi murid tentang keperluan asas tumbuhan untuk hidup. Seperti air,udara dan cahaya matahari. Dalam konteks penddidikan murid akan berusaha untuk berfikir dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah dialami, kemudian menganalisis dan
15

meneliti untuk membuat keputusan mengenai keperluan asas tumbuhan yang dinyatakan oleh guru. Disini juga guru akan mengemukakan beberapa soalan mengenai keperluan asas tumbuhan kepada murid-murid. Contoh soalan: a) Pernahkah kamu melihat tumbuhan yang layu? b) Apakah punca menyebabkan tumbuhan layu? c) Bagaimanakah tumbuhan di dalam gambar 1 hidup subur? Dalam fasa perkembangan pula guru memberikan penjelasan yang lebih lanjut mengenai keperluan asas tumbuhan. Guru menyediakan contoh maujud iaitu 4 pasu tumbuhan yang berbeza daripada P & P yang lepas. Pasu A Pasu B Pasu C Pasu D anak pokok yang tidak disiram dengan air anak pokok ditutup dengan beg plastic anak pokok diletakkan di dalam kotak anak pokok disiram dan diletakkan di luar makmal

Guru pula akan mengemukakan beberapa soalan lagi mengenai keadaan anak pokok dalam pasu A hingga pasu D. Ini adalah untuk lebih menyumbang dan mencetuskan idea dan pengetahuan murid-murid. Apabila murid berfikif begini guru tidak boleh memaksa murid untuk mempercayai sesuatu melainkan murid sendiri membina pemahaman tentang pekara itu. Oleh itu, murid perlu digalakan untuk membina semula pemahamannya sediri yang mungkin bercanggah dengan pandangan saintifik. Pendekatan ini mengambil masa yang lebih tetapi berkesan, ingatan yang lebih lama, pemahaman ynag lebih mendalam dan keytakinan kendiri yang lebih kuat.

16

Contoh soalan: subur?

a) Bolehkah anak benih di pasu A,B,C dan D hidup dengan

b) Anak pokok yang manakah akan hidup dengan subur?

Untuk lebih memahami dan mencetus idea murid, guru akan memberi satu lembaran kerja supaya murid dapat melakar satu ramalan keadaan anak pokok dalam pasu A hingga pasu D. Murid diminta melakar keadaan anak pokok mengikut pemahaman mereka. Guru meminta setiap kumpulan membuat penambahan dan pengurangan pada lakaran yang dibuat oleh murid. Tindakan seterusnya setiap kumpulan diminta mempamerkan lakaran masingmasing.Disinilah guru boleh menyiasat dan menilai sejauh mana kefahaman dan ingatan murid mengenai keperluan asas tumbuhan dengan mengemukakan beberapa soalan. Contoh soalan: a) Apakah persamaan lakaran anak pokok kumpulan kumpulan lain? b) Apakah yang akan berlaku sekiranya semua tumbuhan di muka bumi ini akan mati? c) Apakah yang perlu kamu lakukan agar semua tumbuhan di muka bumi ini kekal subur? anda dengan

Pada peringkat terakhir guru akan membuat pentaksiran dan penilaian mengenai kefahaman murid.Murid diminta menyiapkan lembaran kerja. Dengan kata yang lain murid hanya perlu menjalankan penemuan dengan membentuk perkaitan mental sedangkan guru berperanan sebagai pemudah cara pembelajaran sahaja.
17

18

RPH PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME Tahun : 2 Amanah Bidang : Sains Hayat Tajuk : Tumbuhan : Murid dibimbing untuk: 3.2 Menyedari tumbuhan mempunyai keperluan asas untuk hidup

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: 3.2.1 Menjaga tumbuhan dengan memberikan keperluan asas bagi memastikan ia hidup dan subur.

Masa: 60 minit (2 waktu) Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

1. Persediaan - Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada Indicator Amalan 1.1.1 Menggunakan deria lihat, dengar, sentuh, rasa dan bau 1.2.1 Mengenal pasti perbezaan dan persamaan dengan betul 1.2.2 Mengasingkan

Membuat pemerhatian tentang 2 gambar tumbuhan

Apakah yang dapat diperhatikan daripada gambar 1 dan 2 ?

Gambar 1

Apakah perbezaan yang dapat kamu lihat tentang gambar 1 dan 2 ?

Gambar 2

19

maklumat berdasarkan krateria.

2. Imaginasi - Meneroka - Penstrukturan idea Indikator Amalan 2.1.1 Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak 2.1.4 Mencari hubungkait, gabungjalin atau corak berdasarkan maklumat yang ada.

Guru mencungkil imaginasi murid tentang keperluan asas tumbuhan untuk hidup. Contoh : Air Udara Cahaya matahari

Pernahkah kamu melihat tumbuhan yang layu ? Apakah punca tumbuhan itu layu ?

Bagaimanakah tumbuhan di dalam gambar 1 hidup dengan subur ?

3. Perkembangan - Aplikasi idea - Penjelasan lanjut Indikator Amalan

Guru menyediakan 4 pasu tumbuhan daripada p & p yang lepas.

Bolehkah anak benih di pasu A, B, C dan D hidup dengan subur ?

Anak benih yang 3.1.3 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea Anak benih B Ditutup 3.2.3 Membuat wajaran Dengan plastik. Anak benih C Diletakkan di dalam
20

Anak benih A Tidak disiram dengan air.

manakah yang akan hidup subur ?

Lakarkan ramalan anda pada lembaran yang diberikan.

kotak. Anak benih D Disiram dan diletakkan di luar makmal.

Murid diminta melakar berdasarkan situasi tumbuhan pada lembaran yang diberikan oleh guru.

Guru meminta setiap kumpulan membuat penambahan dan pengurangan pada lakaran yang dibuat oleh murid.

4. Tindakan - Penyiasatan lanjut - Penilaian Indikator Amalan 4.1.2 Menyusun idea dengan tersusun dan mudah difahami 4.2.2 Membuat

Setiap kumpulan diminta mempamerkan lakaran kumpulan masingmasing.

Apakah persamaan lakaran anak benih kumpulan anda dengan kumpulan yang lain?

Apakah yang akan berlaku


21

pemerhatian untuk mengenalpasti masalah kesilapan dan kelemahan

sekiranya semua tumbuhan dimuka bumi ini mati?

Apakah yang perlu kamu lakukan agar semua tumbuhan di muka bumi ini kekal subur?

Pentaksiran/ penilaian

Murid menyiapkan lembaran kerja 1

KPS : Memerhati Meramal

Nilai dan Sikap

Bekerjasama Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

22

Rekod Kolaborasi: Bil Nama Rakan & aktiviti Tarikh T.Tangan

1.

Mohd Hanif bin Che Jid -bincang mengenai teori pendidikan konstruktivisme.

21 Ogos 2011

2.

Surhayati bt Mohamad (guru sains th 6) -bincang mengenai RPH sanis tahun 2

25 Ogos 2011

3.

Wan Abdullah bin Wan Ismail -bincang mengenai format penulisan pelaksanaan P & P dalam kelas

04 Sep 2011

4.

23

Rujukan

Modul sains SCE 3102 (2011). Pembelajaran Sains Kanak-Kanak. Cyberjaya: Institud Pendidikan Guru Kementerian Malaysia.

Mohd Majid Konting(2004).Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia(2001). Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohd Majid Konting(2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konsruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.

24

25

Vous aimerez peut-être aussi