Vous êtes sur la page 1sur 6

BAB 7 a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerjasama serantau?

Kerjasama serantau ialah gabungan beberapa buah negara untuk kebaikan ahli-ahli yang terlibat. b) Mengapakah ASEAN ditubuhkan? Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur. Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa Bersatu. Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran. Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri, meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta memperbaiki taraf hidup penduduk. c) Senaraikan prinsip-prinsip asas ASEAN. Saling menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan identiti nasional setiap negara Hak setiap negara wujud tanpa campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara Penyelesaian perbezaan atau pertikaian dengan cara aman Penolakan ancaman atau penggunaan kekerasan Kerjasama yang berkesan di antara ahli-ahli

a) Terangkan kerjasama politik yang dicapai oleh negara-negara ASEAN. A) KERJASAMA POLITIK Perjanjian Kerjasama dan Keamanan Asia Tenggara (The Treaty of Amity and Cooperation TAD) menetapkan bahawa dialog dan kerjasama keselamatan dan politik ASEAN hendaklah bertujuan untuk mencapai dan meningkatkan kestabilan politik rantau Asia. Ini berasaskan kepada prinsip-prinsip keyakinan diri, kebergantungan diri (self-reliance), perasaan saling hormat-menghormati, kerjasama dan semangat perpaduan, di mana semua faktor ini menjadi pemangkin kepada kewujudan masyarakat ASEAN yang kuat dan seterusnya memperkukuhkan politik ASEAN.

b) Apakah AFTA? AFTA (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh ASEAN yang bertujuan mewujudkan kawasan perdagangan bebas dengan penghapusan tarif dan cukai secara beransur-ansur c) Nyatakan kerjasama telekomunikasi dan pengangkutan yang dicapai oleh ASEAN. Negara-negara ASEAN telah mengadakan perjanjian membangunkan telekomunikasi dan pengangkutan serta menyelaraskan undang-undang dan peraturanperaturan pengangkutan jalan. Salah satu projek ialah pelaksanaan kabel gentian optik dasar laut (submarine optical cable) dan komunikasi satelit dengan tujuan menghubungkan negara-negara ASEAN dengan dunia luar Kini telah mulakan pelaksanaan pembangunan rangkaian keretapi dari Singapura ke Kunming di selatan China, melalui Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam d) Terangkan kerjasama sosial yang dicapai oleh negara-negara ASEAN Kerjasama sosial dalam ASEAN mencakupi bidang-bidang kebudayaan, penerangan, pendidikan, lingkungan hidup, ilmu pengetahuan dan teknologi, bencana alam, kesihatan, tenaga kerja, pembangunan sosial, pembasmian kemiskinan, perlindungan wanita & kanakkanak dan peningkatan pentadbiran kerajaan. Contohnya: Pembentukan Jaringan Universiti ASEAN (ASEAN University Network - AUN) yang kini melibatkan 27 universiti dariapda ASEAN. Hasrat jaringan ini ialah penubuhan Universiti ASEAN tetapi hingga hari ia masih belum wujud. Bagaimana pun, universitiuniversiti terlibat dengan perbincangan tentang dasar dan kurikulum. Usaha sedang dilakukan untuk memperkenalkan konsep Sistem Pemindahan Kredit ASEAN (ASEAN Credit Transfer System) yang membolehkan pelajar memindahkan kredit di antara pusat-pusat pengajian tinggi ASEAN.

a) Senaraikan ahli-ahli SAARC. Ahlinya terdiri daripada negara India, Pakistan, Nepal, Bhutan, Bangladesh, Sri Lanka dan Maldives Afghanistan menyertai SAARC pada 13 november 2005 dan menjadi ahli pada 3 april 2007. Dengan adanya Afghanistan, ahli SAARC menjadi lapan. b) Siapakah yang mencadangkan penubuhan SAARC? Presiden Bangladesh, Ziaur Rahman mencadangkan untuk membentuk blok perdagangan yang terdiri daripada negaranegara di kawasan Asia Selatan

c) Apakah yang mendorong penubuhan SAARC? Tujuan utama SAARC ialah untuk mempromosi kebajikan masyarakat Asia Selatan dan untuk memperbaiki kualiti hidup mereka dengan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, perkembangan sosial dan pembangunan kebudayaan dalam rantau dan untuk memberi semua individu peluang hidup senang dan mengetahui potensi diri mereka. d) Nyatakan jenis kerjasama yang telah wujud setakat ini. Telah ditubuhkan untuk mengeratkan kerjasama di antara ahli-ahli seperti berikut: Pusat Budaya SAARC Telah mengadakan pameran lukisan pelukis-peluku daripada Sri Lanka, Bangladesh, India, Maldives. Aktivitiaktiviti lain ialah Pesta Filem dan Pesta Budaya. Pusat Tenaga SAARC Ditubuhkan pada Deklarasi Dhaka pada tahun 2005 yang bertujuan membawa ahli akademik, pegawai kerajaan, pakar alam sekitar serta badan-badan bukan kerajaan membincang tentang tenaga dan implikasinya kepada negara-negara SAARC dengan tumpuan kepada konservasi dan pencarian tenaga alternatif d) Apakah isu-isu yang menjejas kemajuan kerjasama di antara ahli-ahli SAARC? Pertikaian Kashmir juga telah mengancam persahabatan di antara India dan Pakistan India adalah negara yang paling berkuasa daripada segi ekonomi, ketenteraan dan pengaruh antarabangsa dan ahli-ahli ragu-ragu dominisai dalam SAARC. Contoh India telah mencampur tangan dalam masalah dalaman Sri Lanka apabila pemberontak minoriti Tamil menentang kerajaan. Ini membuatkan hubungan India-Sri Lanka menjadi tegang. infrastruktur pelabuhan-pelabuhan di negara-negara SAARC tidak mencukupi untuk menampung perkembangan perdagangan. Untuk meningkatkan perdagangan di antara negara-negara SAARC.

a) Apakah tujuan asal GCC ditubuhkan? Majlis ini ditubuhkan pada Mei, 1981 di Riyadh, Arab Saudi sebagai gabungan ketenteraan akhibat daripada perang di antara Iran dan Iraq selama lapan tahun. Kemudian Kuwait diserang oleh Iraq pada tahun 1991 dan keenam-enam negara GCC telah bersetuju mewujudkan suatu tentera bersama yang melibatkan angkatan tentera darat, tentera laut dan tentera udara yang diketuai oleh Arab Saudi. b) Siapakah yang menjadi ahli GCC? negara-negara Arab yang bersempadan dengan Teluk Parsi yang terdiri daripada Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, Arab Emiriah Bersatu dan Oman.

c) Bincangkan projek-projek usahasama yang telah dilaksanakan. Mengapa? Projek Grid Elektrik-menyambung negara-negara GCC dengan grid elektrik yang mencukupi untuk menampung keperluan perkembangan pesat kawasan berkenaan Projek Jalan Keretapi -menghubungkan Musat melalui Dubai, Abu Dhabi, Doha, Manama, Bandaraya Kuwait, Riyadh dan pelabuhan Dammam di Arab Saudi dan dengan adanya jalan keretapi berkenaan, beberapa pelabuhan akan berkembang pesat apabila dihubungkan kelak.

a) Apakah tujuan penubuhan APEC? Siapakah ahli-ahli APEC? Tujuan forum ini ialah untuk memperkuatkan pertumbuhan ekonomi kawasan dengan mempromos ihubungan pelbagai hala atau multilateral. Ahli ahli APEC: Anggota APEC terdiri dari 21 negara yang terdiri daripada Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico,Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat, New Zealand dan Vietnam b) Berikan contoh kerjasama negara-negara APEC. kerjasama negara-negara APEC adalah lebih fleksibel dan tidak terikat (non-binding) oleh peraturan tertentu. Berbagai keputusan diperoleh secara konsensus dan komitmen berlandaskan prinsip-prinsip konsultatif, transparan, terbuka dan pengakuan atas perbezaan pembangunan antara ekonomi maju dan ekonomi berkembang. c) Apakah tujuan penubuhan CAREC? Tujuan CAREC ialah untuk bersama-sama meningkatan pertumbuhan ekonomi serta membasmi kemiskinan dengan melaksanakan projek-projek dalam sekotor pengangkutan, perdagangan, tenaga dan sektor-sektor lain untuk kebajikan sama.

c) Bincangkan projek-projek kerjasama yang dilaksanakan oleh negara-negara CAREC. Projek-Projek Usahasama CAREC Projek Pengangkutan Projek 1: Jalanraya sepanjang 13,600 km dan 12,000 km jalan keretapi yang menghubungi Kazakhstan dan Republik Kyrgyz dengan China dan Eropah.

d) Bagaimana projek-projek ini membantu pembangunan CAREC? projek tenaga dilaksanakan untuk membekalkan tenaga elektrik untuk kawasana-kawasan tertentu dengan tujuan memperkembangkan proses perindustrian di negara-negara CAREC. Contohnya, grid elektrik telah dibina yang membekalkan tenaga elektrik kepada kawasan-kawasan perindustrian dan perumahan di negara-negara yang memerlukannya. CAREC juga terlibat dengan usaha memudahkan perdagangan di kalangan ahli-ahli. Tindakantindakan diambil untuk mengurangkan cukai dan duti yang dikenakan apabila barangan diimport dan dieksport. Beberapa peraturan kastam dikaji semula dan diubahsuai untuk memudahkan pengaliran barangan di antara negara-negara CAREC.

a) Apakah tujuan ACD? Tujuan penubuhan ACD ialah: Mengeratkan kerjasama di antara ahli untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti kehidupan penduduk Asia Memperluaskan perdagangan dan pasaran kewangan dalam Asia dan mempertingkatkan daya persaingan dalam pasaran global Menuju ke arah penubuhan Komuniti Asia yang dapat berinteraksi dengan Negara-negara lain dalam dunia dan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran global. b) Siapakah menjadi ahli ACD?
Bahrain, Brunei Darussalam, Cambodia Bangladesh India Indonesia malaysia Bhutan Korea selatan China Iran Japan kuwait Oman Laos

c)

Nyatakan projek-projek yang dilaksanakan. Di antara projek-projek yang dicadangkan, E-Pendidikan yang dicadangkan oleh Malaysia adalah yang paling berjaya dengan penubuhan Asia e University (AeU) pada tahun 2008 Pertanian China, Pakistan & Kazakhstan Tenaga Bahrain, Indonesia, Filipina & Qatar Pendidikan Alam Sekitar Jepun Kewangan Thailand Teknologi Maklumat Korea Selatan Bencana Alam Rusia Pembasmian Kemiskinan Bangladesh, Cambodia & Vietnam Pelancongan Thailand, Pakistan & Myanmar

Mengapakah AeU ditubuhkan? untuk memajukan epembelajaran dan mengurangkan jurang digital (digital divide).

Vous aimerez peut-être aussi