Vous êtes sur la page 1sur 4

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL Karnival Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh semua Unit PISMP Semester Lima

berjalan dengan lancar dan berjaya. Karnival ini telah berlangsung pada hari Sabtu yang bersamaan dengan 24 Mac 2012.Karnival Permainan Tradisional ini diadakan kerana mengikuti dan melengkapkan Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan. Bermula seawal jam lapan pagi, semua peserta telah berkumpul di dalam rumah sukan masing-masing. Sepanjang karnival ini berlangsung, peserta yang berjumlah seramai 21 orang telah dibahagi kepada tiga rumah sukan yang sama banyak jumlahnya. Setiap rumah sukan mempunyai tiga orang peserta perempuan dan empat peserta lelaki yang menjadikan sebanyak tujuh orang setiap rumah sukan. Rumah sukan tersebut adalah Rumah Merah, Rumah Kuning, dan Rumah Biru. Pada majlis pembukaan Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini setiap rumah berkumpul di rumah masing-masing sebelum ke acara perarakan masuk. Perarakan masuk pada pagi tersebut dimulai dengan peserta dari Rumah Kuning, Rumah Biru, dan diakhiri dengan Rumah Merah. Pada majlis pembukaan tersebut, Abdul Hadi bersama dengan Muhamad Ridzuan telah menjadi pengerusi majlis secara bersama. Selepas menyanyikan lagu Kebangsaan dan lagu institut, majlis diteruskan dengan bacaan ikral oleh Azwan Bin Ismail. Bacaan ikral ini sebagai satu simbolik kepada setiap peserta agar mengabil bahagian dalam acara yang dipertandingkan dengan bersungguh-sungguh dan bersaing secara sihat. Selesai bacaan ikral tersebut, setiap rumah sukan menunjukan tepukan masingmasing. Setiap peserta menunjukan tepukan rumah sukan mereka dengan baik dan mencabar rumah sukan yang lain. Sungguhpun kadangkala ada rumah sukan yang melakukannya tidak serentak, namun ia dapat diatasi dengan pengalaman yang sedia ada. Permainan tradisional adalah satu aspak pada kehidupan manusia. Permainan ini dikenlai juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada mas lapang seperi lepas bekerja di sawah padi ataupun semasa tidak turun ke laut. Sebaliknya sukaneka pula permainan yang dimainkan dalam bentuk pertandingan dan mempunyai beberapa peraturan-peraturan ringkas. Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dipertandiangkan mengikut peraturanperaturan dan undang-undang yang telah persetujui. Sukan akan lebih menarik jika terdapat unsur-unsur pertandingan, perancangan, kemahiran motor dan juga startegi.

Pada hari karnival tersebut, permaian pertama yang dijalankan ialah Isi Air Dalam Botol, diikuti dengan Lari Kepit Bola Celah Peha. Ketiga, permaian yang dipertandingan ialah Lari Bawa Bola Dalam Sudu, dan seterusnya ialah permainan tradisional iaiti Tarik Upih dan diakhiri dengan Baling Kasut. Pada permainan pertama, iaitu Isi Air dalam Botol, Rumah Kuning telah memenangi acara tersebut. Mungkin disebabkan oleh startegi yang meraka gunakan, maka permaina tersebut dapat digenggam mereka. Namun, pada permainan kedua, persaingan lebih banyak ditunjukkan oleh setiap peserta yang mengambil bahagian. Permainan Lari Kepit Bola Celah Peha ini telah dimenangi oleh Rumah Biru. Mungkin Rumah Merah masih belum menunjukan kehebatan mereka yan sebenar. Secara amnya, teknikal yang digunakan semasa permainan ini memberikan kelebihan kepada peserta. Cara dan kaedah yang betul hendaklah digunakan oleh peserta agar bola yang dikepit tidak jatuh, dan peserta dapat belari dengan laju dan baik. Lari Bawa Bola Dalam Sudu merupakan permainan yang banyak menimbulkan kontraversi. Pesert banyak yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan menyebabkan pihak pengadil membatalkan pemenang yang pertama. Olahitu, pertandingan ini telah dijalankan semula dan tenyata Rumah Kuningmasih mampu menguasai permainan tersebut. Antara kesalahan yang dapat dikesan oleh pihak pengadil semasa permainan ini dijalankan ialah perserta tidak meletakkan bola betul-betul pada sudu. Sebaliknya peseta melatakkan bola diantara sudu dan hidung menyebabkan bola melekat dan mudah dibawa lari oleh para peserta. Selepas rehat, permainan tradisonal mendapat tempat oleh semua para peserta. Permainan Tarik Upih yang sering dimainkan pada masa kecil dimainkan semula. Semasa permainan ini berlangsung, saya dapat melihat semua peserta menggunakan kudrat mereka yang ada untuk memenangi acara ini. Malang bagi pasukan Rumah Mereka kerana mendapat upih yang sudah tidak elok. Ini terbukti apabila upih tersebut telah putus semasa proses menarik. Namun, atas semangat kesukanan, maka permainan ini tetap diteruskan. Pada peringkat awal, sepatutnya Rumah Merah layak memenanginya, tetapi disebabkan oleh kekurangan yang dinyatakan tadi, maka kemengan Rumah Merah telah dirampas oleh rumah lain. Permainan terakhir yang dipertandingkan ialah Baling Kasut. Sungguhpun terdapat beberapa peraturan tambahan dikenakan, namun permainan Baling Kasut ini tetap mendapat tempat dihati setiap peserta. Kemenangan diberikan pada semua rumah kerana markah mereka menjatuhkan segi tiga kasut adalah sama.

Secara keseluruhannya, Rumah Kuning telah menjuarai Karnival Sukaneka Dan permainan Tradisional ini. Mereka mendapat sebanyak 15 mata. Rumah Merah dan Biru menduduki tempat yang kerana mereka terikat dengan markah yang sama. Pada majlis penyampaian hadiah tersebut, ia telah disempurnakan oleh En. Tan Kait Keong selaku penyarah pembimbing kami dan En. Razak Bin Sulung selaku tutor kami. Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini telah berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan. Sungguhpun terdapat beberapa masalah yang timbul pada awalnya, namun ia dapat diselesaikan dengan pengalaman dan bantuan daripada pensyarah dan juga kesungguhan yang ditunjukan oleh semua ahli jawatankuasa. Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini bermula daripada perlantikan ahli jawatankuasa. Setiap peserta kursus ini, iaitu PISMP Unit Pendidikan Jasmani telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa juga terbahagi kepada dua, iaitu ahli jawatankuasa pelaksana, dan ahli jawatankuasa kerja. Setiap ahli jawatankuasa ini mempunyai ketua mereka tersendiri. Pangkat dalam sesuatu jawatankuasa ialah pengerusi, dimana pengerusi akan bertindak sebagai ketua, selain daripada mempengerusikan mesyuarat, membuat keputusan, dan merancang aktiviti. Selepas merancang karnival ini, maka tindakan selanjutnya ialah mengadakan mesyuarat. Mengadakan mesyuarat adalah sangat penting. Begitu juga menghadiri mesyuarat yang diadakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan sesuatu perkara, menyelesaikan masalah yang timbul, juga membuat perbicangan untuk sesuatu perkara. Untuk program Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang jalankan ini, mesyuarat telah pun dijalankan sebanyak lima kali. Setiap mesyuarat membincangkan perkara-perkara penting, contohnya perubahan tarikh karnival, masalah-masalah yang timbul pada setiap jawatankuasa, dan cara penyelesaian yang baik. Daripada mesyuarat yang dijalankan, jawatankuasa pelaksana telah bersetuju untuk menjalankan karnival ini pada 30 Mei 2009. Karnival ini akan dijalankan bermula daripada jam lapan pagi dan dijangka tamat pada jam 10.45 pagi. Ini bermakna, setiap jawatankuasa kerja perlulah bersiap sedia sebelum hari karnival agar dapat menjalankan aktiviti tersebut dengan lancar dan sempurna. Walaupun pada peringkat awal jawatankuasa telah bersetuju untuk menjadikan KPLI Pj sebagai peserta, namun beberapa pindaan menyebabkan PISMP Unit Pendidika Jasmani akan menjadi perserta pada karnival tersebut.

Pada Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dijalankan tersebut, sukaneka yang akan dijalankan ialah Isi Air Dalam Botol, Lari Bawa Bola Dalam Sudu dan juga Lari Kepit Bola Celah Peha. Permainan tradisional yang dimainkan pada hari tersebut pula adalah Tarik Upih dan juga Baling Kasut. Sepanajng karnival ini berlangsung, para perserta dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh pihak pengajur. Permaian yang dijalankan juga adalah bersesuaian dengan peringkat para peserta kerana mereka kelihatan ceria dan semtisa menunjukan semangat bersaing dan bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap acara. Secara keseluruhannya, setiap fasa dlam mengelolakan sesuatu program itu adalah sangat penting dan perlu diambil perhatian. Seperti contoh, pada fasa sebelum hari kernival, setiap jawatankuasa perlulah mengetahui bidang tugas mereka agar mereka dapat menjalankan tugas yan telah diamanahkan dengan lancar dan baik. Mesyuarat perlulah diadakan untuk membuat keputusan dan menyekesaikan masalah yang tibul dan merangka beberapa cara yang kemungkinan perkara yang tidak diingini berlaku. Pada fasa semasa hari kernival, jawatankuasa sangat penting untuk menjalankan tugas mereka agar tentatif program dapat diikut dan karnival berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Pembahagian tugas yang spesifik pada hari kejadian akan melancarkan perjalanan karnival. Mereka juga tidak akan masuk ke bidang jawatankuasa lain. Tanggungjawab yang diberikan mereka dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna. Pada fasa selepas hari tersebut juga penting. Fasa ini akan membincangkan kekurangan yang ada pada hari karnival dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Apabila kekurangan dan kelebihan dapat dikenal pasti, maka pengalaman tersebut dapat digunakan untuk mengelola sebarang program pada masa akan datang.

Vous aimerez peut-être aussi