Vous êtes sur la page 1sur 11

Buletin Ramadhan SKBM

Panatia Pendidikan Islam/Panatia Bahasa Arab2010-SMM-


1
PENGERTIAN
Puasa dalam Bahasa Arab disebut bererti menahan. Menurut
syariat Islam , puasa ialah bererti menahan diri dari makan dan minum serta
mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkannya,
mulai terbit fajar sodiq sehingga tenggelam matahari dengan niat pada malam
hari mengikut peraturan-peraturan tertentu.
DALIL WAJIB PUASA
$g' %!# #qZB# =G. N6= P$_9# $J. =G. ? %!# `B N6=7%
N3=9 bq)G?
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa, Al-Baqorah 2:183
Syarat-syarat wajib puasa ada empat perkara:
Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
Sampai umur - kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib
berpuasa.
Berakal (siuman)-orang yang gila tidak wajib berpuasa.
Berkuasa (berdaya) berpuasa - orang yang sakit merbahaya, orang tua
yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.
Bermukim - orang yang dalam pelayaran (musafir) lebih daripada dua
marhalah tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib mengqada'nya di hari
yang lain.
Syarat-syarat sah puasa ada enam perkara:
Islam - tidak sah puasa orang-orang kafir dan orang murtad.
Berakal atau mumaiyiz - tidak sah puasa orang yang hilang akal atau
belum mumaiyiz.
Suci daripada haidh dan nifas sepanjang siang hari puasa.
Berniat tiap-tiap malam.
Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.
Pada hari yang sah puasa - tidak sah puasa pada hari yang diharamkan
berpuasa.
LAFAZ DAN NIAT PUASA
Niat puasa Ramadhan (sebulan) ;
Buletin Ramadhan SKBM
Panatia Pendidikan Islam/Panatia Bahasa Arab2010-SMM-
2

Sahaja aku puasa Ramadhan sekeliannya(sebulan) kerana Allah Taala.
Niat puasa Ramadhan (harian);

Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu bulan Ramadhan tahun ini
kerana Allah Taala.
Niat puasa qadha Ramadhan ;

Sahaja aku puasa esok hari kerana qadha puasa Ramadhan kerana Allah
Taala.
Niat puasa bulan Syawal;

Sahaja aku puasa esok hari sempena bulan Syawal kerana Allah Taala.
Niat puasa qadha Ramadhan serta puasa sunat Syawal ;

Sahaja aku puasa esok hari kerana qadha puasa Ramadhan serta puasa sunat
Syawal kerana Allah Taala.
Doa berbuka puasa

Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang-orang yang berpuasa
adalah:
Menyegerakan berbuka puasa manakala telah yakin masuk matahari.
Berbuka puasa dengan buah tamar atau benda-benda manis, dan jika
tidak didapati dengan air.
Membaca do'a yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Makan sahur
Menta'khirkan (melambatkan) makan sahur, tetapi janganlah sampai
masa yang disyak naik fajar.
Mandi kerana mengangkat hadath besar sebelum fajar.
Membanyakkan bersedekah dan ibadah seperti membaca Al-Quran,
sembahyang sunat seperti Tarawih dan Witir.
I'tikaf.
Buletin Ramadhan SKBM
Panatia Pendidikan Islam/Panatia Bahasa Arab2010-SMM-
3
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah
ini :
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan
sengaja.
Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan
depan) dengan sengaja.
Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka
seperti berpeluk cium dan sebagainya.
Kedatangan haid atau nifas.
Gila sekalipun hanya sekejap masa.
Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam
matahari.
Bersalin.
Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan
hati, perkataan atau perbuatan.
Puasa tidak akan terbatal dengan salah satu daripada perkara-perkara
di bawah ini :
Menelan air liur yang bersih dan dimaafkan orang yang gusinya selalu
berdarah.
Bersuntik.
Termasuk debu atau tepung yang halus ke dalam rongga.
Termasuk lalat atau nyamuk dan seumpamanya ke dalam rongga.
Termasuk air berkumur-kumur atau air yang dihisap ke hidung dengan
tidak bersangatan.
Termasuk air mandi wajib atau mandi sunat, tetapi batal puasa jika
mandi bersejuk-sejuk dan bersukaria
Perkara-pekara yang makruh dilakukan oleh orang yang berpuasa
adalah:
Menggosok gigi selepas gelincir matahari.
Merasa makanan-takut sampai ke rongga.
Memamah sesuatu-kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan
tertelan.
Mencium atau mengkucup isteri.
Banyak berkumur-kumur.
Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lain-lain
Buletin Ramadhan SKBM
Panatia Pendidikan Islam/Panatia Bahasa Arab2010-SMM-
4
Hukum-hukum meninggalkan puasa terbahagi kepada empat :
1. Wajib qadha'
Kedatangan haid dan nifas.
Sakit yang membahayakan.
Tersangat lapar dan dahaga.
Dalam perjalanan.
Pitam.
Mabuk.
Mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-
masing.
Menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri
masing-masing.
2. Wajib qadha' dan wajib membayar fidyah.
Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan
anak masing-masing.
Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan
kesihatan anak masing-masing.
3. Tidak wajib qadha'.
Kafir (tidak beragama Islam)
Kanak-kanak.
Gila
4. Tidak wajib qadha' tetapi wajib membayar fidyah.
Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya.
Tua yang tidak kuasa (daya)berpuasa
ORANG-ORANG YANG WAJIB IMSAK DAN TIDAK WAJIB
IMSAK
Orang-orang yang berikut dibawah ini adalah diwajibkan imsak, yakni
menahan diri daripada makan minum waktu siang hari pada bulan
ramadhan, sekalipun mereka itu dikira tidak mengerjakan puasa:
Orang yang meninggalkan puasanya dengan sengaja.
Orang yang meninggalkan berniat puasa pada waktu malamnya.
Orang yang kesiangan pada makan sahurnya.
Orang yang berbuka kerana menyangkakan masuk matahari rupa-
rupanya masih siang.
Orang yang menyangkakan 30 Sya'ban, kemudian ia mengetahui
telah masuk satu ramadhan.
Orang yang berlebih-lebihan pada berkumur-kumur dan masuk air
ke dalam hidungnya.
Buletin Ramadhan SKBM
Panatia Pendidikan Islam/Panatia Bahasa Arab2010-SMM-
5
Orang-orang yang tidak wajib imsak:
Kanak-kanak yang hampir baligh.
Orang gila ketika sembuh.
Orang kafir pada ketika masuk Islam.
Orang yang dalam perjalanan (musafir) ketika sampai ke tempat
yang dituju.
Orang yang sakit pada ketika sembuh.
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak,
antaranya :
Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang
banyak kepada hamba-hambanya.
Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap
orang-orang yang susah menderita.
Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong, hasad
dan dengki.
Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-ujian
dalam perjuangan hidup.
Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan
kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan semangat perpaduan.
Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza membeza
di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat kerana sama-sama
menjunjung perintah Allah.
Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan
menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas waktu
yang tertentu.
Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki dan
lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh, terutamanya
alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang tahun.
Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana
bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada
bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.
DARJAH-DARJAH PUASA
Puasa itu mempunyai 3 darjah (tingkatan):
Puasa Umum
Puasa kebanyakan orang hanya dengan menahan diri daripada makan, minum
dan keinginan syahwatnya.
Puasa Al-Khusus
Buletin Ramadhan SKBM
Panatia Pendidikan Islam/Panatia Bahasa Arab2010-SMM-
6
Berpuasa dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat
keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata,
telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.
Puasa Al-Khusus- Khusus
Berpuasa dengan cara memelihara segala perkara yang tersebut di atas tadi,
sambil menjaga hatinya daripada berfikir mengenai hal ehwal dunia dan sifat-
sifat riak, 'ujub, takabbur dan lain-lainnya.
MELAKUKAN PERSETUBUHAN DAN KIFARAT KERANA
BERSETUBUH
Hukum melakukan persetubuhan pada siang bulan ramadhan.
1. Persetubuhan itu akan membatalkan puasa jika dilakukan dengan sengaja
(dalam keadaan sedar) sekali pun tidak keluar mani.
2. Menyebabkan wajib membayar kifarat (denda) selain mengqadha' puasa
bagi orang yang melakukan persetubuhan (pihak lelaki sahaja) jika
sekiranya:
Persetubuhan dilakukan pada siang hari.
Persetubuhan dilakukan dengan sengaja (tidak kerana lupa atau
dipaksa)
Puasa yang dilakukan pada bulan ramadhan (bukan kerana nazar,
kifarat, puasa qadha' ramadhan dan lain-lainnya).
Tidak didahului oleh pembatalan puasa dengan makan dan minum dan
seumpamanya.
Kifarat kerana bersetubuh:
1. Banyak kifarat disediakan bagi banyak hari - bukan banyak kali
persetubuhan dilakukan. Ertinya, jika seseorang itu bersetubuh beberapa
kali dalam sehari, maka diwajibkan hanya satu kifarat sahaja, dan jika
bersetubuh dua hari, diwajibkan dua kifarat dan demikianlah seterusnya.
2. Satu kifarat atau denda bagi orang yang melakukan persetubuhan ketika
berpuasa pada bulan ramadhan ialah:
Memerdekakan seorang hamba yang mukmin, jika tidak kuasa;
Wajib berpuasa dua bulan berturur-turut, jika tiada kuasa;
Wajib memberi sedekah 60 cupak makanan asasi kepada 60 orang
miskin secupak seorang.
JENIS-JENIS PUASA
Buletin Ramadhan SKBM
Panatia Pendidikan Islam/Panatia Bahasa Arab2010-SMM-
7
Puasa Wajib
Puasa pada bulan Ramadhan atau qadha' kerananya.
Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang berkata kepada isterinya dengan
perkataan: "Belakang awak seperti belakang emak saya" dan
seumpamanya.
Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang membunuh orang.
Puasa Kifarah (denda) bagi orang yang bersetubuh pada siang hari
bulan Ramadhan.
Puasa ganti Dam Haji Tamattu' bagi orang yang menunaikan fardhu
haji.
Puasa ganti daripada Dam Haji sahaja.
Puasa sebab luput Nusuk (mengerjakan ibadah haji).
Puasa ganti daripada mengeluarkan fidyah
Puasa Kifarah kerana bersumpah
Puasa Sunat
Puasa pada hari Isnin dan Khamis
Puasa pada hari yang kesembilan bulan Dzulhijjah bagi orang yang
tidak mengerjakan haji
Puasa pada hari 'Asyura' ( hari yang kesepuluh) bulan Muharram.
Puasa pada hari 'Tasu'a' (hari yang kesembilan) bulan Muharram.
Puasa pada hari-hari: 13, 14 dan 15 pada tiap-tiap bulan Islam
melainkan pada 13 Dzulhijjah (dihukumkan haram).
Puasa pada 28,29 dan 30 haribulan tiap-tiap bulan Islam.
Puasa enam hari pada bulan Syawal(lebih afdhal kiranya dikerjakan
dengan berturut-turut)
Puasa hari yang kelima belas pada bulan Sya'aban (Nisfu Sya'ban.
Puasa Makhruh
Puasa orang yang mendapat sakit yang bersangatan.
Puasa orang yang dalam perjalanan atau pelayaran.
Puasa orang yang sangat tua.
Puasa yang asalnya sunat dikerjakan oleh orang yang ada menanggung
puasa qadha'.
Puasa perempuan yang hamil.
Puasa pada hari Jumaat.
Puasa pada hari Sabtu yang tidak dihubungkan dengan hari yang
lainnya.
Puasa pada hari 'Arafah bagi orang yang mengerjakan haji.
Puasa sepanjang-panjang tahun (sepanjang masa)
Buletin Ramadhan SKBM
Panatia Pendidikan Islam/Panatia Bahasa Arab2010-SMM-
8
Puasa Haram
Puasa pada Hari Raya Fitrah (Raya Puasa).
Puasa pada Hari Raya Adha (Raya Haji).
Puasa pada hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah).
Hari yang disyaki hari pertama bulan Ramadhan.
Hari-hari selepas 15 haribulan Sya'ban, jika bukan puasa qadha' atau
nazar atau bukan hubungan dengan puasa pada hari yang sebelumnya
atau bukan hari yang ia telah biasa mengerjakan puasa.
Puasa sunat bagi perempuan tanpa izin suami.
KEISTIMEWAAN MALAM LAILATUL QADAR
Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan
apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar
itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu
para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk
setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya
lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama
ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan
Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika
kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala
melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah
selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam
yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh
malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya
Buletin Ramadhan SKBM
Panatia Pendidikan Islam/Panatia Bahasa Arab2010-SMM-
9
dengan beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah,
memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.
Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara
daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga
malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika
sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada
bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau
tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang
tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:
Menghayati malam tersebut dengan ibadah
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan
dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan
mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa
tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :
Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan
melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga
keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata
yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah
sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak
semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak
disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul
qadar.
KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN
PUASA
Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar
martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah
menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Buletin Ramadhan SKBM
Panatia Pendidikan Islam/Panatia Bahasa Arab2010-SMM-
10
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang
padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi
sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah."
Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam
Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu
bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama, Lailatulqadar itu jatuh pada
salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia
diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan
dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal
ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.
Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia
mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan
didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan
atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa
besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar
ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini
jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah
(keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas
(mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur
hidup."(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu
Khuzaimah)
Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa
itu, antara lain seperti berikut:
Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan
pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh
agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati,
serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong,
mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan
dan mengucapkan kata-kata ria'.
Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang
dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula
didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan
pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-
Buletin Ramadhan SKBM
Panatia Pendidikan Islam/Panatia Bahasa Arab2010-SMM-
11
barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang
bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan
memakan barang yang haram." (Surah Al-Maidah:42)
Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada
membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci.
Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu
berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan
makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan
makanan yang haram.
Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun
daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang,
kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut
yang penuh dengan makanan yang halal.
Peringatan: Sila jaga kertas risalah ini dengan sebaiknya kerana
mengandungi ayat Al-Quran.
Catatan
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________

Vous aimerez peut-être aussi