Vous êtes sur la page 1sur 4

HIJRAH KE HABSYAH

(615 M-622M)
Sebab berlaku perpindahan ke Habsyah
Penderitaan yang dialami oleh sahabat nabi yang diazab oleh orang Kafir Quraisy. Habsyah diperintah oleh raja yang baik dan tidak ada orang yang dizalimi di Habsyah. Sebab berlaku perpindahan ke Habsyah

Antara sahabat sahabat yang berpindah ke Habsyah (12 0rang)


1. Uthman 2. Abu Huzaifah 3. Zubair 4. Musab 5. Abu Salamah 6. Ummu Salamah 7. Uthman Bin Mazun

BILANGAN HIJRAH KALI KEDUA

Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Rejab Hijrah Ke Habsyah:


Apabila penyeksaan yang dilakukan oleh orang-orang musyrikin terhadap sahabatsahabat Nabi s.a.w semakin melampau, Nabi s.a.w memikirkan jalan keluar bagi mereka untuk mengurangkan bebanan yang mereka tanggung hasil dari penyeksaan tersebut. Lalu baginda memerintahkan mereka supaya berhijrah dari Mekah ke bumi Habsyah (Ethiopia sekarang ini) kerana di sana terdapat seorang Raja yang adil di mana beliau tidak menzalimi orang-orang yang tinggal di dalam kawasan pemerintahan beliau. Lantas umat Islam keluar berhijrah ke bumi Habsyah dan mereka lari untuk menyelamatkan agama mereka kerana Allah. Hijrah mereka ini merupakan hijrah yang pertama di dalam Islam. Bilangan mereka adalah seramai sepuluh orang lelaki dan empat orang perempuan di antara mereka ialah: Othman bin Affan dan isterinya Ruqiah puteri Rasulullah s.a.w. Selepas itu sejumlah umat Islam yang lain pula keluar berhijrah ke Habsyah. Bilangan mereka pada kali ini adalah lebih ramai dari sebelumnya iaitu menjangkau lebih kurang lapan puluh orang lelaki dan perempuan. Mereka tinggal di Habsyah dalam tempoh yang sangat lama apabila mereka dapati, mereka dapat tinggal aman di sana serta mendapat perlindungan daripada Rajanya An-Najasyi yang menyambut kedatangan mereka dengan baik.

Vous aimerez peut-être aussi