Vous êtes sur la page 1sur 3

AKTIVITI 2.

0
2.1 Tajuk Memerhati Lilin 2.2 Tujuan Untuk memerhatikan lilin sebelum dan selepas dinyalakan. 2.3 Radas / Bahan Lilin Mancis tanah liat

2.4 Prosedur a ) Sebatang lilin diambil dan diperhatikan. b ) Sebuah bola dibentuk dalam tanah liat. c ) Lilin tersebut diletakkan dalam bola tanah liat. d) Lilin tersebut dinyalakan dengan mancis. e ) Pemerhatian terhadap lilim dibuat. f) Api lilin tersebut dipadamkan. g ) Pemerhatian dibuat terhadap lilin selepas api dipadamkan. h ) Segala pemerhatian dicatatkan dan direkodkan.

2.5 Pemerhatian 2.5.1 Pemerhatian Kualitatif

Sebelum dinyalakan Lilin - tinggi, lurus, warna putih, tidak berbau, neutral, tidak panas dan keras

Semasa dinyalakan Lilin bercair, panas, berbau lilin dan api bernyala mengikut tiupan angin.

Selepas dinyalakan Ketinggian lilin berkurang, lembut, warna hitam pada pangkalnya dan berbau hangit.

2.5.2 Pemerhatian Kuantitatif

Pemerhatian ( Pusingan ) 1. 2. 3. 4.

Sebelum dinyalakan ( Ketinggian cm ) 6.3 5.5 4.5 4.2

Selepas dinyalakan ( Ketinggian cm ) 5.5 4.5 4.2 4.2

2.6 Perbincangan

a )Bagaimana kedua-dua pemerhatian berlainan antara satu sama lain?

Pemerhatian kualitatif mengguna kesemua pancaindera untuk memerhati manakala, pemerhatian kuantitatif pula diukur dengan unit tertentu yang melibatkan nombor atau kuantiti.

b )Yang mana satu yang lebih sesuai untuk digunakan dalam pemerhatian saintifik. Mengapa?

Pemerhatian kuantitatif adalah lebih sesuai untuk digunakan dalam pemerhatian saintifik kerana pemerhatian kuantitatif member maklumat dengan lebih tepat berbanding dengan

pancaindera kita. Dalam, pemerhatian saintifik ketepatan maklumat adalah sangat penting untuk mengidentifikasikan sesuatu prinsip teori yang tepat dan dapat dibuktikan. 2.7 Kesimpulan

Pemerhatian kualitatif melibatkan pancaindera sesorang ,manakala pemerhatian kuantitatif pula melibatkan nombor. Berdasarkan prinsip - prinsp sain, pemerhatian kuantitatif lebih tepat dan digunakan dalam perbincangan masalah masalah sains lebihh kerap jikan dibandingkan dengan pemerhatian kualitatif.

Vous aimerez peut-être aussi