Vous êtes sur la page 1sur 2

KAEDAH STESEN UNTUK MENARIK MINAT DAN PENGLIBATAN MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Oleh: NUR FAZLIEN AL AIN BT. MAT HASAN PISMP PENDIDIKAN JASMANI (B)

ABSTRAK Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah penggunaan kaedah berstesen dalam pengajaran Pendidikan Jasmani memberi kesan terhadap proses pegajaran dan pembelajaran. Responden dalam kajian ini, terdiri daripada 25 orang murid iaitu 15 lelaki dan 10 perempuan. Responden dari Tahun Empat Kualiti Sekolah Kebangsaan Santan, Kangar, Perlis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga dan akademik. Responden dalam kajian ini berumur 10 tahun. Pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur, set borang soal selidik dan temubual berstruktur untuk memperoleh data kajian. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 20.0 (Statistical Package for the Social Science). Kaedah Stesen yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih tidak dapat mencapai objektif pengkaji pada kitaran pertama, pengkaji ke kitaran kedua. Kitaran kedua ini menggunakan alat reka ganti di setiap stesen supaya lebih dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Keputusan menunjukkan bahawa 92 peratus mengatakan banyak permainan yang boleh dipelajari dengan penggunaan kaedah stesen di kitaran pertama dan meningkat kepada 100 peratus pada kitaran kedua. Murid amat menyukai aktiviti yang dijalankan di dalam stesen sehingga mendapat 100 peratus. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah stesen dan penggunaan alat reka ganti boleh meningkatkan penglibatan serta minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dengan nilai min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan lebih baik pada kitaran kedua daripada kitaran pertama. Cadangan lain yang boleh digunakan ialah penggunaan sistem token sebagai peneguhan positif atau motivasi ekstrinsik. Kaedah stesen dan penggunaan alat ganti masih dikekalkan tetapi ditambah pula dengan penggunaan sistem token. Apabila murid mendapat pujian maka guru akan memberikan token kepada murid tersebut dan ini akan membuatkan murid lebih berdisiplin di dalam kelas Pendidikan Jasmani.