Vous êtes sur la page 1sur 8

Geometri

Teselasi Jenis Escher

MTE 3103

Menghasilkan teselasi jenis Escher yang melibatkan 2 matra sememangnya satu tugasan yang sangat mencabar dan memerlukan pemahaman yang tinggi pada subjek geometri ini. Namun setelah melakukan pelbagai rujukan dan bantuan tutorial dalam talian yang terdapat di internet, akhirnya terhasilah teselasi jenis Escher ini. Langkah 1. Saya memilih untuk menggunakan segitiga sama sisi sebagai asas bagi menghasilkan teselasi 2-matra. Saya melakarkan segiti pada sekeping kertas. Kemudian saya melakarkan bentuk secara bebas pada satu bahagian sisi segitiga tersebut. Kemudian memotong mengikut lakaran tersebut dan mendapat hasil seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah. a a

Menggunakan lakaran yang telah dipotong, satu lakaran pendua di lakarkan pada kertas lain. Kemudia lakaran pertama yang telah dipotong tadi diletakkan bucu b pada bucu a lakaran pendua. Lakaran yang dipotong tersebut diputarkan 90o berpaksikan pada bucu a lakaran ke-2 dan satu lorekkan pada satu lagi bahagian segitiga dilakukan.

Seterusnya lakaran tersebut dipotong dan mendapat hasil seperti gambarajah di atas. Jadi hanya tinggal satu bahagian segitiga yang belum di lorekkan. Sekali lagi lakaran yang baru dipotong itu ditekapkan pada kertas.

Geometri

MTE 3103

Bahagian segitiga yang belum dilorekkan di lakar satu lakaran bebas pada sebahagian garisan sahaja seperti yang ditunjukkan di bawah. Kemudian diputarkan bertentangn bahagian yang belum dilorek. Setelah itu bahagian segitiga yang belum dilorek itu dilorekkan mengikut pendua tadi

Maka terhasillah bentuk teselasi asas yang dikehendaki. Kemudiannya hasil akhir itu dipotong dan ditekapkan pada kertas menggukan kaedah putaran sehingga memenuhi ruang kertas tersebut. Bagi menampakkan Teselasi Jenis Escher ini lebih menarik, bentuk tersebut diwarnakan menggunakan beberapa ton.

Geometri

MTE 3103

Geometri

MTE 3103

Geometri
Pepejal Archimedes

MTE 3103

Pembinaan Pepejal Archimedes ini juga amat sukar dan mencabar namun lebih mudah setelah mendapat bentangan bentuk pepejal tersebut. Setelah melayari beberapa laman sesawang dan mengenalpasti bentuk pepejal yang hendak dibina maka bentangan tersebut dicetak sebagai satu panduan untuk lakaran bentangan.

Rhombicuboctohedron Bagi mendapatkan hasil yang baik, ukuran dan potongan yang tepat dilakukan pada kertas tebal. Kemudian bahagian-bahagian bucu disambung menggukan gam dan pita pelakat. Bagi memastikan ianya kemas, setiap bucu dan sambungan di letakkan pita pelekat yang kuat. Setelah semua bahagian dilekatkan, kertas pelekat bewarna digunakan untuk kemasan pada setiap bucu. Dalam tugasan ini saya menggukan kertas pelekat bewarna hitam bagi lekatan kemasan pepejal. Kemudian bagi menambahkan seri pepejal tersebut saya memotong kertas pelakat bewarna mengikut bentuk pada pepejal dan melekatkannya. Penggunaan warna yang kontras dapat menceriakan lagi penampilan pepejal tersebut. Apabila semua telah siap dan cantik, pepejal berkenaan telah saya uji akan ketahanannya dengan menggolekkannya serta melambung beberapa kali. Sekali lagi pepejal

Geometri
saya berjaya. Teknik Pop-up

MTE 3103

tersebut diperiksa bagi memastikan tiada kerosakkan. Syukur, pembinaan Pepejal Archemedes

Teknik ini kelihatan amat ringkas dan mudah. Tapi sebenarnya ianya adalah lebih rumit daripada apa yang kita lihat. Ia amat mengeliruka saya semasa menjalankan pembikinan teknik pop-up ini. Namun saya cuba mendapatkan seberapa banyak mungkin contoh-contoh dari internet dan buku rujukan untuk menghasilkannya. Kebuntuan idea untuk mencari konsep kad ucapan juga menjadi punca kesukaran bagi tugasan ini. Namun hasil daripada perbincangan dan bertanya kepada rakan lain saya dapat siapkan kad pop-up ini. Namun saya terpaksa beberapa kali mengulang semula kerana tersalah potong kertas bagi menghasilkan objek top-up. Saya mencuba sebaik mungkin bagi memenuhi kehandak tugasan. Bagi menyediakan kad ini, masa yang panjang diperlukan untuk menyediakan rangka kad ucapan. Pop up ialah bermaksud terkeluar. Apabila kita membuka sesuatu kad pop up, kandungan di dalamnya akan terkeluar dalam bentuk 3 dimensi. Gambar-gambar atau tulisan serta karekter di dalam kad tersebut akan terjojol keluar atau berdiri di atas permukaan kad tersebut. Terdapat beberapa teknik pop up yang ada seperti lipatan lembah, lipatan bukit, lipatan selari, lipatan bersudut dan kaedah tampal. Teknik yang berbeza akan menghasilkan pop up yang berlainan dan gabunganbeberapa teknik akan membuatkan pop up lebih menarik. Bagi membuat kad pop up bahan asas yang digunakan ialah gunting, gam, kertas warna, kad keras, gambar-gambar yang bersesuaian dan sebagainya. Bagi menghasilkan kad pop up saya saya memilih beberapa kaedah teknik pop up dan menggabungkannya agar Nampak lebih menarik. Pertama sekali pemilihan tema mestilah dilakukan. Kemudian mengumpulkan bahan-bahan dan gambar yang bersesuaian dengan tema yang telah dipilih. Seterusnya, merangka dan melukis garisan asas pop up pada kertas atau kad keras dan seterusnya memotong garisan yang di lukis tadi mengikut keperluan pop up. Akhir sekali setelah dipotong, bahagian-bahagian tersebut dilekatkan pada satu kepingan asas kad ucapan. Bagi menampakkan lebih menarik, gambar-gambar yang bersesuan dilekatkan dan melekatkan beberapa jenis tulisan yang telak dicetak pada kad.

Geometri

MTE 3103

Refleksi Syukur kepada tuhan kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan berat ini. Amat mencabar sekali tugasan untuk kali ini. Untuk menyiapkan kesemua tugasan memang memerlukan rujukan yang terperinci. Sebaik mungkin saya mencuba untuk dapatkan maklumat dan contoh-contoh dari pelbagai sumber. Banyak yang saya dapat pelajari tentang kaedah dan teselasi, pepejal archemedes dan kad ucapan. Tugasan menyediakan satu teselasi jenis Archemes adalah amat mencabar kerana walaupun telah melihat berkali2kali cara menyediakan teselasi, saya masih lagi tersilap dan tidak boleh dipadankan. Namun setelah mengenal pasti kesilapan iaitu tersalah melakukan putaran semasa lorekkan barulah saya dapat satu teselasi yang betul. Atas nasihat pensyarah untuk menggunakan aturcara GSP bagi memudahkan pembinaan teselasi, saya cuba memuat turun aplikasi tersebut. Namun saya hampa kerana sukar mendapatkan aplikasi percuma. Mungkin ianya berpunca daripada kekurangan ilmu saya dalam dunia maya ini. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk menyiapka tugasan ini. Seterusnya saya mengambil keputusan membuat secara manual dan saya berjaya melakukannya. Setelah itu saya cuba melakar menggunakan aplikasi Microsoft Word dan Alhamdulillah saya berjaya walaupun mengambil masa yang agak lama. Namun sya puas dengan hasilnya. Bagi tugasan membina pepejal Archemedes pula saya lebih bergantung kepada ketepatan semasa mengukur dan memotong kerana ukuran yang kurang tepat akan menyebabkan pepjal yang dibina tidak sempurna. Mencantikkan pepejal dengan kemas menggunakan kertas pelekat juga memerlukan ukuran yang tepat bagi mendapatkan hasil yang baik. Dan bagi tugasan yang terakhir, saya berasa amat sukar kerana buntu idea dan tidak dapat merungkai kehendah soalan. Walau bagaimanapun saya tetap cuba sebaik mungkin mendapatkan maklumat dan contoh dari pelbai sumber dan akhirnya membina satu kad pop-up.

Geometri

MTE 3103

Walupun sedikit ragu kerana takut tersasar daripada kehendak tugasan. Secara keseluruhan, saya amat tertarik dengan tugasan kali ini kerana ianya lebih berfokuskan kemahiran dan ketepatan.

RUJUKAN http://www.mathwords.com/index_geometry.htm http://www.mathsisfun.com/geometry/index.html https://www.google.com.my/search?q=tessellation&hl=en&prmd=imvns&tbm=isch&tbo= u&source=univ&sa=X&ei=9P9sT8uDKpHKrAfplO2gDg&sqi=2&ved=0CEIQsAQ&biw=12 80&bih=585 http://mathworld.wolfram.com/Tessellation.html http://www.shodor.org/interactivate/activities/Tessellate/ http://www.coolmath4kids.com/tesspag1.html http://thecraftsdept.marthastewart.com/2011/05/pop-up-card.html http://www.youtube.com http://robertsabuda.com/popmakesimple.asp http://www.enchantedlearning.com/crafts/popupcards/

Vous aimerez peut-être aussi