Vous êtes sur la page 1sur 4

SCE 3111 Penilaian Dalam Pengajaran Sains ISL 3

Artikel: Trend And Issues In Education For Mathematical Sciences Issues On Assessment Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk

pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS akan mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Selain itu, PBS akan dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam P&P mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaaan. Antara komponen PBS adalah pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum dan pentaksiran psikometrik. PBS terbahagi kepada dua bentuk format pentaksiran iaitu kerja kursus (PEKA) dan pentaksiran lisan berasaskan sekolah (PLBS). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang terbaru ini adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning. PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan.

SCE 3111 Penilaian Dalam Pengajaran Sains ISL 3

Walaupun PBS merupakan salah satu langkah untuk menambahbaik sistem penaksiran supaya bersifat lebih adil, tetapi terdapat juga isu yang timbul mengenai pelaksanaan PBS. Terdapat dua isu dalam pelaksanaan PBS iaitu kepimpinan guru besar atau pengetua dan guru akademik. Guru besar atau pengetua merupakan ketua dalam pelaksaan PBS di sekolah yang bertanggungjawab untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Oleh itu, guru besar haruslah memahami prosedur pelaksanaan PBS dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pentaksiran. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir guru besar atau pengetua yang kurang faham mengenai prosedur pelaksanan. Selain itu, ada juga segelintir guru besar yang kurang mengetahui ilmu dalam bidang pentaksiran termasuklah prinsip asas dalam pentaksiran pendidikan, pengendalian, penentuan standard dan penggunaan hasil pentaksiran. Isu yang seterusnya ialah guru akademik. Guru akademik merupakan individu yang penting dalam menjalankan PBS kerana merekalah yang akan menjalankan atau mengendalikan PBS. Terdapat empat pula isu yang timbul mengenai guru akademik sebagai pelaksana PBS iaitu guru kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep PBS, guru mengajar tidak mengikut opsyen yang sebenar, guru yang tidak terlatih dan persepsi guru terhadap PBS. Guru yang kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep PBS akan menyukarkan mereka untuk merancang strategi bagi menjalankan PBS. Selain itu, isu guru pelaksana PBS mengajar tidak mengikut opsyen sebenar dan guru tidak terlatih merupakan isu yang sering dipersoalkan kerana kompetensi guru sebagai pembimbing dan pemudahcara dalam melaksanakan pentaksiran di dalam bilik darjah yang kurang profesional. Hal ini demikian kerana mereka kurang mahir dalam subjek yang bukan opsyen dan keadaan ini akan menghasilkan penaksiran yang tidak berkualiti.

SCE 3111 Penilaian Dalam Pengajaran Sains ISL 3

Seterusnya adalah isu persepsi guru terhadap PBS. Terdapat segelintir guru yang menganggap PBS sebagai beban kepada mereka. Persepsi guru ini disokong oleh Gan (2000) yang menyatakan bahawa kebanyakan guru merasakan perubahan pendidikan telah meningkatkan beban kerja mereka. Guru bukan sahaja perlu mengajar tetapi juga melakukan kerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum. Guru juga perlu mentaksir dan mengajar dalam masa yang sama. Tan (2010) juga menyatakan perkara yang sama bahawa PBS menambah beban tugas guru di sekolah yang memang telah dibebani dengan tugas-tugas pentadbiran dan kokurikulum. Ini menyebabkan guru melaksanakan pentaksiran sebagai satu produk dan bukan sebagai satu proses.

Rujukan: Awang Batu, D., & Manching, M. (t.t). Trend And Issues In Education For Mathematical Sciences - Issues On Assessment. Didapatkan 6 26, 2013, daripada Slideshare: http://www.slideshare.net/lalalalallalalalalaallaal/penulisan-ilmiahsme3023-12998383

SCE 3111 Penilaian Dalam Pengajaran Sains ISL 3

Ringkasan Salah satu isu pentaksiran dan pengajaran ialah pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Ia bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam bidang akademik dan bukan akademik. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan dilaksanakan oleh guru-guru. PBS dibahagikan kepada dua bentuk format pentaksiran iaitu kerja kursus (PEKA) dan pentaksiran lisan berasaskan sekolah (PLBS) secara formatif dan sumatif. Antara dua isu dalam pelaksanaan PBS iaitu guru besar kurang faham mengenai prosedur pelaksanaan dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pentaksiran. Serta isu pada guru akademik iaitu guru mengajar tidak mengikut opsyen yang sebenar, guru yang tidak terlatih dan persepsi guru terhadap PBS. (101 patah perkataan)

Vous aimerez peut-être aussi