Vous êtes sur la page 1sur 8

AMALI 4 : ELEKTRIK

Tajuk Tujuan Hipotesis Teori

: Elektrik : Menentukan rintangan bagi perintang R yang diberi. : Semakin panjang wayar semakin bertambah beza upaya. : Hukum Ohm

Hukum Ohm menyatakan bahawa arus yang melalui suatu konduktor Ohm berkadar terus dengan beza keupayaan yang dikenakan merentasinya, jika suhu dan keadaan fizikal yang lain adalah malar.

Konduktor Ohm ialah konduktor yang mematuhi Hukum Ohm.

Rintangan = Kecerunan = =3

Voltan, V / V

6 3

Arus, I / A

Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan graf voltan-arus bagi suatu konduktor.

Daripada graf tersebut, voltan yang merentasi konduktor ini berkadar terus dengan arus yang melaluinya. Konduktor ini mematuhi Hukum Ohm dan dengan itu, konduktor ini merupakan konduktor ohm.

Konduktor Ohm mempunyai nilai rintangan yang malar, jika suhu tetap malar. Hukum Ohm dapat diaplikasikan untuk sesetengah konduktor sahaja.

Dalam situasi di mana Hukum Ohm tidak dipatuhi, rintangan atau nisbah adalah tidak malar.

Rintangan

Rintangan, R bagi satu konduktor ialah nisbah beza keupayaan, V merentasi konduktor kepada arus elektrik, I konduktor itu. mengalir melalui

R= Atau

V=IxR I = R=
Unit bagi rintangan ialah Ohm ( ) atau volt per ampere ( V A 1) satu konduktor mempunyai rintangan 1 jika arus elektrik mengalir melalui konduktor apabila beza keupayaan merentasinya ialah 1V.

Tujuan eksperimen ini ialah untuk menentukan rintangan bagi perintang R yang diberi. Anda dibekalkan dengan dua sel kering, voltmeter, perintang R, joki dan wayar W yang telah diregang pada satu pembaris meter.

Sambungkan voltmeter merentasi sel-sel kering seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3, untuk mengukur jumlah daya gerak elektrik, E bagi kedua-dua sel kering itu. Perhatian: Jika julat voltmeter tidak mencukupi untuk mengukur E, anda perlu mengukur daya gerak elektrik bagi tiap-tiap satu sel kering dan kemudian, ambil jumlah keduadua nilai itu sebagai E.

E = 3.0 V

Sekarang sambungkan radas-radas yang dibekalkan itu dalam litar seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Sentuhkan joki pada wayar W supaya jarak, I , joki dari tanda sifar pembaris meter ialah 30.0 cm. Dapatkan bacaan voltmeter, V, yang sepadan.

Joki mestilah menyentuh wayar dan hendaklah ditekan dengan kuat mengikut jarak yang ditetapkan untuk mendapatkan bacaan voltmeter.

Ulangi eksperimen ini dengan jarak-jarak I berikut: I = 40.0 cm, 50.0 cm, 60.0 cm, 70.0 cm dan Dan dapatkan nilai-nilai bagi V yang sepadan. Rekodkan semua bacaan anda dalam jadual 1. Lengkapkan Jadual 1 dengan menghitung dan merekodkan salingan bagi v, 80.0 cm

Jarak I / cm 30.0 40.0 50.0 60.0 70.0 80.0

Bacaan voltmeter V/V 1.6 1.5 1.4 1.3 1.2 1.1 Jadual 1

Salingan bagi V

= 0.63 = 0.67 = 0.71 = 0.77 = 0.83 = 0.91

Lukiskan satu graf salingan bagi V,

, bertentangan jarak I pada kertas graf.

Daripada graf anda, tentukan kecerunan, n. ( Kaedah menentukan kecerunan ini hendaklah ditunjukkan dengan jelas.)

= = = =
0.0056

Rintangan bagi perintang R, dalam ohm, diberi oleh persamaan berikut: R = Hitungkan rintangan bagi perintang R itu. E = 3.0 V n = 0.0056 R = = = 5.7024 Rintangan bagi perintang R = 5.7024 ohm

Nyatakan dua langkah berjaga-jaga yang anda telah ambil dalam eksperimen ini. (i) (ii) Pastikan joki ditekan dengan kuat. Jarum voltmeter mesti pada sifar sebelum bacaan diambil untuk mengelakkan ralat sifar. (iii) (iv) Semua sambungan hendaklah ketat dan rapat. Pastikan aras mata tepat dengan aras bacaan untuk elakkan ralat paraleks.

RUJUKAN

SUMBER DARI BUKU

Chang See Leong, Chin Song Choy, Koay Kheng Chuan, Yew Kok Leh. (2005) SPM FOKUS FIZIK. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Chong Chee Sian. (2011). REFERENS EKSPRES SPM FIZIK. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Mohd. Khirrudin bin Ideris, Amani binti Abdullah Mubarak. (2002). FIZIK Tingkatan 5. Shah Alam: Rhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.

SUMBER DARI INTERNET

http://www.scribd.com/doc/129933327/Ppg-Fizik-Amali-2013

Vous aimerez peut-être aussi