Vous êtes sur la page 1sur 16

SURYATI BT.

UDAI

1.

PENGENALAN Matlamat Pendidikan Kesusasteraan Melayu adalah untuk membolehkan

pelajar-pelajar menjiwai unsur-unsur dan nilai-nilai murni dari segi kerohanian, keimanan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan, menanam rasa bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan kebudayaan yang dihasratkan dan menimbangkan perlakuan dan sahsiah yang berkesan sebagai anggota masyarakat. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga bertujuan menghargai, mencintai dan membanggakan bahasa dan kesusasteraan dengan berfikir secara analitis, kritis dan kreatif dan memupuk perubahan cita rasa sastera. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991:1) JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4 Bertolak dari hasrat inilah pengajaran bahasa sastera dan kesusasteraan Melayu tidak harus dipandang ringan. Subjek sastera itu sendiri juga tidak seharusnya dianggap sebagai subjek second class, kerana dalam membentuk generasi yang bersifat seimbang dan holistik, yang berminda saintifik dan berjiwa mapan, peranan sastera sebagai pengasuh etik dan nilai tidak mungkin kita pinggirkan. Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan merupakan karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. Bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar. EQ atau Emotional Quotion atau Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) menurut Ari Ginanja Ayustian 2005 : kemampuan mengenali dan mengungkapkan, mengurus emosi sendiri dengan baik, juga mengenali peranan orang lain serta kemampuan memotivasi diri sendiri dan orang lain dan mengekalkan hubungan baik dengan orang lain. Maka sehubungan dengan ini, penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah untuk membantu penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar di sekolah. Bahan sastera yang digunakan diambil kira dari segi aspek penggunaan bahasa, penggarapan nilai dan struktur bahan yang digunakan serta strategi dan kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran yang akan dibincangkan seterusnya.
HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SURYATI BT. UDAI

2.

ANALISIS CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU Dalam menganalisis bahan sastera cerpen Lambaian Malar Hijau, aspek-aspek

yang disentuh adalah dari segi aspek bahasa, aspek nilai dan aspek struktur. 2.1. kiasan Aspek bahasa Dalam cerpen Lambaian Malar Hijau ada mengemukakan beberapa bahasa bagi menampakkan keindahan keberkesanan penggunaannya dalam membandingkan fenomena kehidupan masyarakat pada masa itu. a. Kiasan berbunga~kiasan yang menggunakan rangkaian kata-kata yang indah dan berbunga. Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng yang dihujani titisan kegelisahan sejak bunga-bunga putih pohon resak laut di hadapannya itu mula berkembang. Nikmat kebebasan membanjiri segenap jiwa raganya. b. Kiasan asal~kiasan yang menyebutkan bandingan dengan terang. Seperti seekor rerama yang terbang bebas. Parang di tangannya digenggam dengan erat bagai seorang pemburu gagah. c. Kiasan berkacau~kiasan yang memperlihatkan kesesuaian antara satu bahagian dengan bahagian lain dan mengandungi unsur-unsur yang tidak logik. Kesenyapan mengunci mulutnya. d. Bahasa pembenar~mengiya atau mengesahkan sesuatu keterangan atau kenyataan. Tentu sekali! Belantara ini sememangnya satu anugerah ... . e. Bahasa ingkar~bahasa yang disusun dengan cara pertanyaan tetapi bukan menunjukkan pertanyaan yang tidak tahu dan seolah-olah mengejek untuk menguatkan kebenaran jawapan yang telah diketahui. Adakah negara akan kehilangan khidmat bakti seorang anak muda yang berkaliber pada masa hadapan? f. Bahasa kecil~bahasa yang menyifatkan sesuatu perkara itu kecil dengan tujuan untuk merendahkan diri walaupun sememangnya perkara itu kecil atau besar. ...siapalah saya di depan cikgu. Kalau tidak kerana cikgu, saya hanya Daneng, anak rimba,

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SURYATI BT. UDAI

2.2.

Aspek nilai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk

melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai masyarakat Malaysia harus diterapkan dengan terancang sama ada secara langsung atau tidak langsung dan dilanjutkan di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. Antara nilai murni yang diterapkan dalam waktu pengajaran- dan pembelajaran ialah: a. Kerjasama~Nilai murni ini diterapkan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan secara berpasangan. Semangat kerjasama antara pelajar membantu mereka menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan mudah dan cepat berbanding secara individu. b. Tanggungjawab~Setiap orang pelajar dipertanggungjawab untuk menyelesai masalah pembelajaran yang diberi guru secara berkumpulan maka secara tidak langsung memastikan mereka memikul tanggungjawab masing-masing dalam mencapai hasil pembelajaran yang hendak dicapai. c. Semangat kemasyarakatan~Nilai ini dipupuk melalui aktivit berkumpulan yang mana pelajar cuba menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran tanpa mengira bangsa dan agama. Semangat kemasyarakatan mewujudkan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. 2.3. Aspek struktur Struktur bahan sastera dalam cerpen Lambaian Malar Hijau adalah seperti berikut: 2.3.1. Sinopsis Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng. Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah.Akan tetapi, Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan nenek moyangnya. Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng.Selepas 25
HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SURYATI BT. UDAI

tahun kemudian, Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk. Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutan balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan padanya. 2.3.2. Tema Cerpen ini bertemakan tentang perasaan cinta akan alam sekitar. Daneng sanggup meninggalkan alam persekolahannya agar dia boleh memelihara hutan belantara yang merupakan warisan tinggalan nenek moyangnya. Dia tidak rela melihat hutan tersebut dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 2.3.3. Persoalan a. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan Pengarang telah mengutarakan isu pendidikan dalam kalangan remaja orang asli di negara ini. Kebanyakan mereka belajar setakat PMR kerana ketika menimba ilmu,mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan. Dalam cerpen ini, Daneng ditonjolkan sebagai remaja yang bijak namun enggan meneruskan persekolahannya. Daneng lebih bahagia dengan alam yang penuh dengan ketenangan, keindahan dan keasyikan yang telah menemaninya membesar. Watak Cikgu Jo juga digambarkan sebagai seorang yang tidak mudah putus asa untuk menyedarkan. b. Kekayaan flora dan fauna Cerpen ini menonjolkan keindahan flora dan fauna negara ini. Pengarang menggambarkan hutan yang dihuni oleh orang asli itu sangat indah, tenang dan mengasyikkan dengan pelbagai jenis pokok dan bunyi serangga dengan kicauan burung yang mempersonakan. c. Sikap tamak manusia Secara tidak lansung pengarang telah menyentuh persoalan ini. Kegiatan pembalakan haram berlaku secara berleluasa di hutan tempat tinggal orang asli. Pembalak haram ini tidak peduli akan kepupusan flora dan fauna kerana didorong oleh sikap tamak haloba. d. Kehidupan orang asli Melalui cerpen ini, pengarang menyuluh kehidupan lahiriah dan batiniah orang asli. Orang asli bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan.Mereka selesa dengan kehidupan yang sederhana, tidak terburu-buru mengejar masa, tidak sibuk,
HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SURYATI BT. UDAI

man dan tenang. Oleh sebab diulit kehidupan sedemikian, mereka tidak mengambil kisak tentang kepentingan ilmu. Golongan ini juga masih berpegang dengan kepercayaan animisme dan berpegang kuat dengan pelbagai pantang larang. Ini dapat dilihat melalui watak Daneng yang berpesan kepada gurunya agar mengikut pantang larang tertentu ketika berada di hutan. 2.3.4. Watak dan perwatakan a. Watak utama Daneng, merupakan anak orang asli yang menyayangi keindahan hidup di hutan. Watak Daneng adalah watak Dinamis (perubahan). Pada zaman remajanya mempunyai fizikal tubuh badan contohnya tubuh berotot kental, sihat, gagah dan tahan lasak.(ms : 91) dan mempunyai sifat dalaman contohnya bijak berdebat ( ms : 93 ) Daneng mempunyai minda yang bijak. Mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR, tetapi meninggalkan sekolah selama enam bulan (ke Lembah Tualang) dan bersekolah semula setelah dipujuk oleh Cikgu Jo. Dia mempunyai jiwa yang halus dan sensitif contohnya bila bercerita tentang hutan ditebang hatinya menjadi sayu. Dia memiliki sifat rendah diri dan amat menghormati gurunya contohnya dia tidak mahu Cikgu Jo memanggilnya Datuk. Daneng juga bersifat mengambil berat di mana apabila dia sudah dewasa, dia mengambil berat tentang perihal hutan. b. Cikgu Jo Seorang guru yang mengambil berat akan kemajuan anak muridnya dan bertanggungjawab terhadap pelajaran. Dia sangat perihatin terhadap masa depan hutan serta bersimpati terhadap nasib yang diterima oleh Orang Asli Lembah Tualang. Dia tidak pernah berputus asa dalam memberi nasihat kepada Daneng. Apabila Daneng berjaya di dalam hidupnya beliau adalah orang yang paling gembira. Cikgu Jo juga memiliki wajah yang berkedut di makan usia. b. Ibu Bapa Daneng Kedua ibu bapa Daneng sangat menghormati Cikgu Jo dan pemurah. c. Zamri, Inok, Siti dan Tuk Ketua Watak-watak ini adalah watak sampingan bagi menguatkan jalan cerita ini

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SURYATI BT. UDAI

d. Dany Watak Dany adalah anak Daneng. Generasi muda yang bernasib baik kerana masih berpeluang melihat dan menikmati serta mengagumi pohon petualang tua itu. 2.3.5. Plot a. Eksposisi Memaparkan keindahan hutan di Desa Tualang sambil Daneng memimpin lelaki tua (bekas gurunya) mendaki cerun ke rumahnya. Dipaparkan pengenalan watak-watak ( Imbas Kembali). b. Perkembangan Cikgu Jo memujuk Daneng kembali ke sekolah agar dapat belajar hingga ke universiti dan seterusnya mengubah nasib kaumnya. c. Konflik Cikgu Jo telah menimbulkan soal kepentingan ilmu dimana dia meyakinkan dengan pelajaran sahaja dapat memastikan usaha memulihara alam malar hijau dapat dilakukan. d. Puncak/Klimaks Berlaku percanggahan pendapat dan akhirnya Daneng bersetuju untuk bersekolah semula dan akur dengan kata Cikgu Jo. e. Peleraian Dipamerkan dengan pertemuan mereka 25 tahun selepas peristiwa atau konflik yang telah disebut. Daneng menjadi tokoh yang disegani, mendapat Hadiah Nobel, menerima anugerah Datuk dan dijemput oleh Kerajaan Brazil. 2.3.6. Teknik plot a. Pemerian Digunakan semasa di bahagian eksposisi.(ms:88) b. Imbas Kembali Digunakan dari awal cerita hingga akhir. c. Dialog (ms: 89) d. Monolog Dalam (ms:95) 2.3.7. Gaya bahasa a. Personifikasi~memindahkan sifat manusia kepada benda-benda biasa atau yang bukan hidup. Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng. Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus pagi

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SURYATI BT. UDAI

b. Metafora~merupakan perbandingan yang tidak jelas( tanpa bak, seperti, umpama, ibarat) Manik-manik peluh Rantai keresahan .....diselubungi awan kerisauan c. Simile~perbandingan langsung terhadap sesuatu keadaan Seperti seekor rerama yang terbang bebas Bagai seorang pemburu gagah. d. Perlambangan~menerangkan sesuatu dengan mernggunakan benda-benda lain. Engkau bunga bangsa belantara ini Atau mengeji tingkah hitam segelintir manusia. e. Peribahasa Terdapat penggunaan peribahasa yang telah diterbalikkan iaitu bara digenggam perlu menjadi arang.Sepatutnya genggam bara api biar sampai jadi arang . f. Pengulangan~sama pengulangan ayat ungkapan baris dan rangkap. Tidak!Tidak!Aku mesti melaksanakan tugas! Milik kami bersama,milik kami bersama 2.3.8. Latar a. Latar Masa Cerpen ini berlangsung dalam jangka masa satu hari sahaja (dari pagi hingga ke petang). Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk mengimbas kembali peristiwa yang berlaku 25 tahun yang lalu untuk menggerakkan cerita. b. Latar Tempat Perkampungan orang asli di Lembah Tualang yang menjadi tempat tinggal Daneng. Pada akhir cerita, Lembah Tualang dimajukan dan telah ditukar namanya kepada Dataran Tualang. c. Latar Masyarakat Cerpen ini mengambil latar masyarakat orang Asli yang ditonjolkan melalui watak Daneng.Masyarakan orang Asli hidup sederhana di dalam pondok dan mempercayai pelbagai kepercayaan dan pantang larang.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SURYATI BT. UDAI

2.3.9. Nilai a. Hormat-menghormati Daneng menghormati gurunya, Cikgu Jo dan Cikgu Jo menghormati bekas anak muridnya yang cemerlang dalam pelajaran dan boleh berjaya dalam hidup jika meneruskan pelajarannya. b. Kasih sayang Daneng amat mengasihi alam sekitar yang menghijau dan berharap keindahan ini dipertahankan. c. Kerajinan Daneng seorang anak muda yang rajin dan akhirnya mempunyai kejayaan dalam kerjaya dan penghormatan yang tinggi daripada masyarakat. 2.3.10. Pengajaran a. Kita perlu menyayangi dan menghargai alam sekitar. Alam sekitar yang dipenuhi flora dan fauna perlu dipelihara untuk dinikmati generasi akan datang seperti ditunjukkan menerusi watak Daneng yang berjaya menjadi tokoh pemuliharaan alam sekitar yang terkenal. b. Kita hendaklah mengutamakan pendidikan. Ini ditekankan oleh Cikgu Jo sewaktu memujuk Daneng agar ke sekolah semula dan terbukti kata-kata Cikgu Jo benar belaka. c. Kita perlu menghargai pengorbanan guru. Tugas guru bukan sahaja di sekolah, tetapi berterusan di luar sekolah untuk memastikan murid-muridnya menjadi orang yang berjaya dan kita wajar menghargai pengorbanan guru seperti ditunjukkan oleh Cikgu Jo.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SURYATI BT. UDAI

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

SURYATI BT. UDAI

3.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : Tingkatan 4 Emerald Jumlah pelajar : 30 orang Masa : 40 minit Tajuk : Cerpen: Lambaian Malar Hijau Objektif : Pelajar dapat memahami cerpen Lambaian Malar Hijau. Hasil pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar boleh: a. Fokus utama: Mengenal pasti dan menyatakan nilai-nilai murni daripada cerpen. b. Fokus sampingan: Mengaitkan nilai dengan pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerpen. Aktiviti : 1. Menyatakan nilai dan pengajaran berdasarkan lagu Hijau. 2. Mengenal pasti dan menyenarai nilai-nilai dalam cerpen Lambaian Malar Hijau. 3. Mengaitkan nilai dengan pengajaran daripada cerpen Lambaian Malar Hijau. 4. Membina ayat daripada kata dasar yang sama tetapi berlainan pengimbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna. 5. Mencipta dua rangkap pantun berdasarkan nilai yang terdapat dalam cerpen. Kemahiran bahasa : Lisan dan menulis Sistem bahasa : Morfologi pembentukan kata (pengimbuhan) Penerapan ilmu: Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Pendidikan Muzik Penerapan nilai: Kerjasama, tanggungjawab, dan semangat kemasyarakatan.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

10

SURYATI BT. UDAI

KBT (Kemahiran Bernilai Tambah): a. KBKK : Bersoal jawab, mengingat semula, mengenal pasti, menyenarai, menghubungkait dan merumus. b. Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan berbahasa, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan muzikal. Bahan bantu mengajar : Radio, kaset dan buku teks antologi Anak Laut . Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah mempelajari tentang konsep nilai pengajaran dalam cerpen sebelumnya. Refleksi : Langkah Set Induksi (5 minit) (Menarik Perhatian) Isi kandungan Lagu Hijau Aktiviti 1. Guru memutarkan lagu Hijau. 2. Pelajar mendengar lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin dan menyatakan secara lisan perasaan mereka setelah mendengar lagu tersebut. 3. Pelajar menyatakan perasaan mereka berdasarkan lagu yang diperdengar tadi. 4. Pelajar menyatakan nilai dan pengajaran daripada lagu. 5. Berdasarkan jawapan pelajar, guru mengaitkannya dengan tajuk pada hari ini. Langkah 1 (10 minit) Sinopsis Cerpen Lambaian Malar Hijau 1. Seorang wakil pelajar membaca sinopsis Cerpen Lambaian Malar Hijau. Catatan KBKK Mengenal pasti Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan Berbahasa Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Interpersonal Teknik sumbangsaran. KBKK Bersoal jawab

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

11

SURYATI BT. UDAI

2. Secara berkumpulan pelajar diminta mengenal pasti (Menyampaikan Objektif) Nilai-nilai - rajin - kasih sayang - sabar (Menampilkan Pencapaian) (Memberikan Maklum Balas) Langkah 2 10 minit (Menilai Pencapaian) Kaitan nilai dengan pengajaran. Contoh: Rajin Kita hendaklah menanam sikap rajin demi masa depan yang berjaya dan bahagia. 1. Secara berpasangan pelajar menulis pengajaran daripada cerpen berdasarkan nilai yang diberi. 2. Secara rawak pelajar menyatakan pengajaran daripada cerpen dengan menggunakan ayat yang gramatis. - baik hati - bertanggungjawab - mengenang jasa dan menyenaraikan nilai-nilai dalam cerpen . 3. Wakil kumpulan diminta mempersembahkan hasil perbincangan. 4. Pelajar dibimbing membuat hasil perbincangan.

Mengenal pasti Menyenarai Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan Berbahasa Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Interpersonal Teknik sumbangsaran. KBKK Menghubung kait Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan Berbahasa Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Interpersonal

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

12

SURYATI BT. UDAI

Langkah 3 10 minit (Menilai Pencapaian)

Pembentukan kata (pengimbuhan). Membina ayat daripada perkataan kata dasar yang sama. Contoh: Memulihara, memelihara, pemelihara, terpelihara, pemeliharaaan dan dipelihara.

1. Secara berkumpulan pelajar membina ayat daripada perkataan kata dasar yang sama dari karya yang dipelajari. 2. Wakil pelajar dari setiap kumpulan membacakan ayatayat yang telah dibina. 3. Pelajar dan guru bersama-sama berbincang tentang hasil jawapan setiap kumpulan dari segi penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna.

Teknik sumbangsaran. KBKK Mengenalpasti Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan Berbahasa Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Interpersonal

Langkah 4 5 minit (Pengukuhan dan Pemindahan)

Penutup: Lagu Hijau.

1. Pelajar diperdengarkan sekali lagi lagu Hijau. 2. Pelajar diminta mengamalkan nilai-nilai murni daripada lagu dan cerpen yang dikaji dalam kehidupan seharian mereka. 3. Pelajar diminta mencipta dua rangkap pantun berdasarkan nilai yang terdapat dalam cerpen.

Teknik sumbangsaran. Kecerdasan pelbagai: Kecerdasan Berbahasa Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Muzikal

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

13

SURYATI BT. UDAI

4.

PENUTUP Kesimpulannya daripada apa yang telah dibincangkan tentang aspek-aspek

bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu diawalnya dan seterusnya dikemukakan pula satu Rancangan Pengajaran Harian cerpen Lambaian Malar Hijau ini dapat dijadikan cadangan pemikiran para pendidik bahasa dan kesusasteraan Melayu bagi memperkasakan proses perancangan strategi dan pelaksanaan aspek utama dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan di bilik darjah. Disamping mencapai objektifnya dalam usaha membantu penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar, selari dengan matlamat pendidikan kesusasteraan Melayu sebagai komponen bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru berperanan penting dalam menerapkan pengajaran sastera. Kaedah yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran sastera harus meninggalkan kesan kepada para pelajar. Reader Response merupakan satu alternatif dalam pengajaran sastera yang dapat mendekatkan pelajar pada subjek ini di samping pelajar dapat menghayati teks-teks yang di baca. Melalui kaedah interaksi antara pelajar dengan teks ini akan dapat menimbulkan kesedaran pada diri pelajar tentang manusia dan kemanusiaan. Pelajar di bawa menjelajahi dan menginterpretasi teks dan dunia secara meluas yang bermula daripada pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakat dan budaya juga mengait dan menghubungkan pengetahuan dan pengalaman dengan perkara yang mereka pelajari. Penggunaan bahan sastera juga hendaklah disokong oleh kebolehan dan minat guru dalam menggerakkan hala tuju pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu agar objektif pengajaran Bahasa Melayu itu tercapai. Diharap penerangan serta analisis cerpen ini akan menjadi pembuka tirai ke arah transformasi pendidikan bahasa dan kesusasteraan Melayu yang lebih perkasa untuk masa akan datang.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

14

SURYATI BT. UDAI

RUJUKAN

Dr. Ali Mahmood, et al. (2007). Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia. Khairuddin Ayip, et al. (2006). Pro-Eksel Bahasa Melayu : Mutakhir dan Terkini Tingkatan 4. Petaling Jaya: Swan Printing Sdn. Bhd. Nasruddin Mat Hassan (2006). Xpress SPM Bahasa Melayu : Kertas 1103/2. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Saroja Theavy a/p Balakrishnan (2002). Anak laut : Antologi kesusasteraan komponen bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Suhasni Dollah, Hafizah Salleh (2007). Latihan 2U Bahasa Melayu : Tingkatan 4. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

15

SURYATI BT. UDAI

LAMPIRAN 1. Cerpen Lambaian Malar Hijau ( m/s 88 m/s 98 ).

HBML1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

16

Vous aimerez peut-être aussi