Vous êtes sur la page 1sur 14

A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 100

UNIT 6


APLIKASI GRAVIMETRI

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini, anda boleh

1. Menentukan analisis spesies tak organik dan spesies organik menggunakan anion dan kation tertentu.
2. Menghitung pemalar faktor geometri, GF yang diperolehi melalui nisbah stoikiometri.
3. Menyata dan menyelesaikan masalah hubungan antara GF dan peratusan berat bahan dalam suatu
tindak balas menggunakan nombor atau nisbah stoikiometri dan mol bahan ion yang terlibat.
4. Memahami maksud dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keterlarutan, keterlarutan molar
dan hasil darab keterlarutan.
5. Memahami kesan ion sepunya ke atas keterlarutan.
6. Meramalkan pembentukan mendakan melalui perbandingan nilai Qc dengan Ksp.


PETA KONSEP TAJUK

































APLIKASI GRAVIMETRI
Hasil darab keterlarutan, Ksp
Kepekatan
Keterlarutan
Kesan Ion Sepunya
Faktor Gravimetri
Keseimbangan Mendakan Pengiraan Analisis Gravimetri
Hubungan Ksp dan keterlarutan
A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 101



6.1 Pengenalan

Pahang merupakan negeri ketiga terbesar di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak yang dikurniakan pelbagai
sumber alam semulajadi. Di sebalik keindahan alamnya, Pahang juga mempunyai hasil bumi yang menjana
pendapatan kerajaan negeri serta memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan misalnya
perlombongan bijih besi. Baru-baru ini, terdapat kawasan baru yang ditemui mempunyai banyak sumber bijih
besi. Pernahkah anda terfikir bagaimana besi (Fe) itu diekstrak daripada bijihnya? Sebenarnya, dalam proses
pengekstrakan ini, bijih besi perlu dilarutkan dalam asid hidroklorik pekat sebelum ditambahkan dengan larutan
ammonia. Hasilnya, mendakan Fe(III) akan terbentuk sebagai Fe2O3.xH2O. Selepas proses penurasan dan
basuhan, mendakan tersebut akan dipanaskan pada suhu tinggi untuk menghasilkan Fe2O3 tulen. Proses
tersebut merupakan salah satu contoh aplikasi gravimetri yang digunakan dalam industri. Topik yang akan
dibincangkan ialah aplikasi gravimetri. Kaedah gravimetri adalah suatu teknik analisis berdasarkan penyukatan
jisim ataupun perubahan jisim yang melibatkan proses pemendakan, pengasingan dan penimbangan.


6.2 Penggunaan Kaedah Gravimetri

Jadual 6.1 menunjukkan beberapa contoh tindak balas pemendakan yang telah digunakan untuk unsur-unsur
dalam jadual berkala. Bahan yang dimendakkan dan bentuk terakhir yang ditimbang diberi dalam jadual.
Sebatian tak organik dan sebatian organik boleh dianalisis menggunakan teknik gravimetri. Sebatian organik
juga digunakan dengan meluas sebagai ejen pemendakan. Analisis unsur sebatian organik seperti karbon dan
hidrogen boleh ditentukan melalui teknik ini dengan cara membakar sampel dalam suatu aliran oksigen dan
menyerap semula CO2 dan H2O yang terhasil dengan menggunakan bahan penyerap yang sesuai. Tabung
penimbang ditimbang sebelum dan selepas pembakaran untuk mendapatkan berat CO2 dan H2O yang
dihasilkan.



Jadual 6.1 Penentuan Gravimetri bagi Unsur

Kumpulan dalam
Jadual Berkala
Unsur Mendakan Bahan yang
ditimbang
I A Kalium KClO4 KClO4
II A Kalsium CaC2O4 CaO
III A Aluminium Al2O3.xH2O Al2O3
IV A Silikon SiO2.xH2O SiO2
V A Fosforus MgNH4PO4. 6H2O Mg2P2O7
VI A Sulfur BaSO4 BaSO4
VII A Klorin AgCl AgCl
I B Argentum AgCl AgCl
II B Zink ZnNH4PO4 Zn2P2O7
III B Skandium Skandium oksinat Skandium oksinat
IV B Titanium Titanium kupferat TiO2
V B Vanadium HgVO3 V2O5
VI B Kromium Cr2O3.xH2O Cr2O3
VII B Mangan MnO2 Mn2O3
VIIIB Ferum Fe2O3.xH2O Fe2O3



A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 102

6.3 Pengiraan dalam Analisis Gravimetri
Dalam kaedah gravimetri, analit (bahan larut) ditukarkan kepada mendakan yang kemudiannya akan ditimbang.
Berdasarkan berat mendakan yang terhasil dan perhubungan berat di antara analit dengan mendakan, berat
analit di dalam sampel dapat ditentukan. Pengiraan peratus analit di dalam sampel dengan analisis gravimetri
dibuat berdasarkan kepada:
(6.1)

Berat analit ditentukan berdasarkan mendakan yang terhasil. Contohnya, jika CO3
2-
ditukarkan kepada BaCO3,
maka peratus CO3
2-
di dalam sampel boleh diketahui dengan menimbang mendakan BaCO3 yang terbentuk.
Tindak balas yang berlaku adalah seperti persamaan di bawah.

CO3
2-
BaCO3 (6.2)

1 mol CO3
2-
menghasilkan 1 mol BaCO3, maka




(6.3)









Jika Ca
2+
ditukarkan kepada Ca(OH)2, maka peratus Ca
2+
di dalam sampel boleh dibuat dengan cara menimbang
mendakan Ca(OH)2 yang terbentuk iaitu :

Ca
2+
Ca(OH)2 (6.7)

1 mol Ca
2+
menghasilkan 1 mol Ca(OH)2, maka












OH
-



100% x
g sampel Berat
g analit Berat
A %

3
3
3 3 3
3 3 3
3
3
BaCO 1mol
CO 1mol
BaCO mol BaCO g BaCO JM
CO mol CO g CO JM
BaCO g
CO g
2 2 - 2 - 2 2
x
(6.3)
3 3
3
3
3 BaCO g CO g
BaCO JM
CO JM
CO g
2
- 2
2
(6.4)
100%
sampel g
CO g
CO %
- 2
2
3
3 x

(6.5)
100% x
BaCO JM
CO JM
x
sampel g
CO g

3
3 3
2 - 2

(6.6)

2
2
2 2 2
2
2
Ca(OH) mol 1
Ca mol 1
x
Ca(OH) mol Ca(OH) g Ca(OH) JM
Ca mol Ca g Ca JA
Ca(OH) g
Ca g


(6.8)
) Ca(OH) g Ca g (
Ca(OH) JM
Ca JA
x Ca(OH) g Ca g 2
2
2
2
2

(6.9)
100% x
sampel g
Ca g
Ca %
2
2

(6.10)
A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 103





Secara umumnya, dapat dituliskan bahawa :





a dan b adalah merupakan angka-angka nombor bulat yang mewakili JMR atau JAR di dalam pengatas dan
pembawah dalam keadaan stoikiometri.









Daripada contoh diatas, di dapati bahawa :










100% x
Ca(OH) JM
Ca JM
x
sampel g
Ca(OH) g

2
2

(6.11)
b
a
x
mendakan JM
ditentukan yang bahan JM
x mendakan berat ditentukan yang bahan Berat (6.12)
b
a
x mendakan berat ditentukan yang bahan Berat
(6.13)
b
a
x
mendakan JM
ditentukan yang bahan JM
Gravimetri Faktor
(6.14)
1
1
x
Ca(OH) JM
Ca JA
2
(6.15)
1
1
x
Ca(OH) JM
Ca JM
Gravimetri Faktor
2

(6.16)
A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 104

Contoh 6.1
Suatu galian mineral CuS mempunyai jisim 5.000 gram. Sampel ini mengandungi sulfur dan apabila semua ion
sulfida ini ditukarkan kepada bentuk ion sulfat dan dimendakkan sebagai BaSO4, berat mendakan yang
diperolehi ialah 1.500 g. Kirakan peratus bahan CuS dalam sampel ini.

Penyelesaian

Ion sulfida ditukarkan kepada ion sulfat untuk dimendakkan. Daripada stoikiometri sebatian diatas, dan bahan
yang bertindakbalas, boleh dituliskan :

1 mol CuS =1 mol S
2-
= 1 mol S
1 mol BaSO4 = 1 mol SO4
2-
= 1 mol S





Mol BaSO4 = mol SO4
2-
= mol S






Daripada persamaan di atas,

1 mol S = 1 mol CuS

Jadi,

















=12.29 %
S mol
BaSO JMR
g 1.500
BaSO mol
4
4
S mol
BaSO JM
g 1.500
BaSO mol
BaSO JM
g 1.500
4
4
4

CuS mol
BaSO JM
g 1.500
S mol
BaSO JM
g 1.500
4 4

100% x
g 5.000
1) - gmol (95.61 1] - gmol 233.4 [(1.500g)/
sampel dalam CuS berat Peratus
1 -
1 -
gmol 95.61 x
gmol 233.4
g 1.500
gram dalam CuS Berat
100% x
sampel Berat
CuS Berat
sampel dalam CuS berat Peratus
100% x
g 5.000
) gmol (95.61 ] gmol 233.4 [(1.500g)/
sampel dalam CuS berat Peratus
1 - 1 -

A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 105




Contoh 6.3
Sebanyak 0.1592 g sampel yang mengandungi Na3PO4 yang tidak tulen telah dilarutkan di dalam 25.0 mL air
suling. Pengoksidaan PO3
3-
kepada PO4
3-
akan berlaku apabila sampel larutan ini dititikkan setitis demi setitis
kepada larutan yang mengandungi campuran 50 mL HgCl2 (3 % w/v), 20 mL natrium asetat (10% w/v) dan 5 mL
asid asetik glasial lalu memendakkan Hg2Cl2. Kemudian proses pencernaan, penurasan, pencucian mendakan
dan pengeringan dilakukan dan didapati 0.4250 g Hg2Cl2 terbentuk. Tentukan ketulenan sampel berdasarkan %
w/w Na3PO3.

Contoh 6.2
Keluli yang mengandungi hanya Ag dan Cu dianalisis dengan melarutkan keluli dengan HNO3, mencampurkan
IO3
-
berlebihan dan menimbang campuran AgIO3 dan Cu(IO3)2 yang terhasil setelah dituraskan. Jika berat
sampel keluli adalah 0.2175 g dan berat mendakan yang terhasil adalah 0.7391 g, kira peratus kandungan keluli
itu. JA Ag; 107.87, Cu; 63.546, JM AgIO3; 28277, Cu(IO3)2; 413.35

Penyelesaian

Katakan: Berat Ag = x g
Berat Cu = y g

Berat Ag + berat Cu = 0.2175 g

Berat AgIO3 + berat Cu(IO3)2 = 0.7391

x + y = 0.2175






2.6214x + 6.5047y = 0.7391

Selesaikan persamaan serentak,

x = berat Ag=0.1740 g




= 80 %

y = berat Cu= 0.0435 g




= 20 %
0.7391 )
1
1
x
Cu JAR
) Cu(IO JMR
x Cu Berat ( )
1
1
x
Ag JAR
AgIO JMR
x Ag (Berat
2 3 3

0.7391 y)
63.546
413.35
( ) x
107.87
282.77
(
100% x
g 0.2175
g 0.1740
Ag %
100% x
g 0.2175
g 0.0435
Cu %
A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 106


Penyelesaian

Dalam kes ini, analit adalah Na3PO3, manakala mendakan yang terbentuk adalah Hg2Cl2.

Keadaan nombor pengoksidaan fosforus dalam PO3
3-
dan PO4
3-
adalah masing-masing +3 dan +5. Jadi, 2
elektron telah dikeluarkan untuk mencapai pengoksidaan tersebut. Manakala, penurunan HgCl2 kepada Hg2CI2
memerlukan 2 elektron.

Jadi, faktor gravimetri boleh ditunjukkan seperti berikut :










= 0.1331 g





= 83.61%



6.4 Keseimbangan mendakan (keterlarutan)

Secara umumnya, apabila sebatian yang melarut sedikit ianya akan terurai menjadi ion-ion terlarut. Apabila
larutan menjadi tepu dengan ion-ion tersebut, pepejal yang dinamakan mendakan akan terhasil di dasar bekas.
Pada ketika ini wujud keseimbangan di antara ion-ion yang terurai dalam larutan dan mendakan. Ini bermakna
keterlarutan merujuk kepada keseimbangan garam-garam yang mempunyai keterlarutan yang sangat rendah
dalam larutan akueus seperti PbCl2, AgCl, Fe(OH)3 dan lain-lain. Contoh persamaan larutan tepu dalam
keseimbangan diberikan seperti di bawah (persamaan 6.17):

PbCl2 (p) Pb
2+
(ak) + 2Cl
-
(ak)

Keterlarutan (g dm
-3
) ditakrifkan sebagai jisim zat terlarut (g) dalam suatu larutan berisipadu 1 dm
3
. Manakala
keterlarutan molar (mol dm
3
) pula ialah bilangan mol zat terlarut dalam suatu larutan berisipadu 1 dm
3
.

Hubungan keseimbangan di antara pepejal dengan larutan tepunya diungkapkan melalui pemalar keseimbangan
atau lebih dikenal sebagai pemalar hasil darab keterlarutan (Ksp). Pemalar Ksp bagi tindak balas dalam
persamaan 6.17 oleh ditulis seperti dalam persamaan 6.18.

K
sp
= [Pb
2+
] [Cl
-
]
2


Oleh kerana kepekatan suatu pepejal tulen adalah tetap, maka mendakan PbCl2 tidak dituliskan dalam
ungkapan Ksp.

Oleh yang demikian secara am jika suatu pepejal ionik AxBy XA
+
+ YB
-

1 -
1 -
3 3
gmol 472.1
gmol 147.9 x g 0.4250
sampel didalam PO Na jisim Maka,
x100%
g 0.1592
g 0.1331
PO Na w/w % 3 3
(6.17)
(6.18)
2 2
3 3
Cl Hg JM
PO Na JM
Gravimetri Faktor
A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 107


K
sp
= [A
+
]
x
[B
-
]
y



Contoh 6.4
Tuliskan ungkapan hasil darab keterlarutan (Ksp) bagi ketiga-tiga garam di bawah.
a) CuCl
b) La(IO3)3

Penyelesaian:
a) CuCl (p) Cu
+
(ak) + Cl
-
(ak)

K
sp
= [Cu
+
] [Cl
-
]


b) La(IO3)3 La
3+
(ak) + 3IO3
-
(ak)

K
sp
= [La
3+
] [IO3
-
]
3





Pengiraan yang melibatkan pemalar hasil darab keterlarutan diberikan seperti contoh-contoh di bawah.


Contoh 6.5
Keterlarutan molar AgCl di dalam air ialah 1.5 x 10
-5
M pada suhu 25 C. Apakah nilai hasil darab keterlarutan,
Ksp bagi AgCl?

Penyelesaian:

AgCl (p) Ag
+
(ak) + Cl
-
(ak)
s s

s = keterlarutan (M)

Ksp = [Ag
+
] [Cl
-
]

= (s) (s)

= (1.5 x 10
-5
)
2


= 2.25 x 10
-10




Contoh 6.6
Kira kepekatan Pb
2+
dan Cl
-
bagi PbCl2 dan seterusnya keterlarutan PbCl2 jika Ksp bagi PbCl2 ialah 1.72 x 10
-13
.


A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 108

Penyelesaian:
PbCl2 (p) Pb
2+
(ak) + 2Cl
-
(ak)
s 2s s = keterlarutan (M)

Ksp = [Pb
2+
] [Cl
-
]
2


1.72 X 10
-13
= (s) (2s)
2

s
3

1.72 10
-13
4


s = 1.72 X 10
-13


s = 3.5 x 10
-5

Oleh itu kepekatan Pb
2+
ialah 3.5 x 10
-5
M dan Cl
-
ialah 7 x 10
-5
M, manakala keterlarutan PbCl2 ialah 3.5 x
10
-5
M







Contoh 6.7
Pada suhu 25 C kalsium karbonat, CaCO3 mempunyai keterlarutan 0.0180 gL
-1
. Kirakan nilai Ksp CaCO3.

Penyelesaian:
CaCO3 (p) Ca
2+
(ak) + CO3
2-
(ak)
s s

Untuk mengira Ksp keterlarutan, s mesti dalam unit mol L
-1


Oleh itu pertukaran g L
-1
kepada mol L
-1
melalui pengiraan:

s 0.081
g
L

1 mol
100.1 g
1.8 10
-4
molL
-1


Ksp = s
2
= (1.8 X 10
-4
)
2
= 3.23 x 10
-8


Maka Ksp bagi CaCO3 ialah 3.23 x 10
-8
.





Contoh 6.8
Kalsium florida, CaF2 melarut dalam air sehingga pada jumlah 0.00170 g per 100 mL. Kirakan nilai Ksp bagi
garam tersebut.


A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 109

Penyelesaian:
CaF2 (p) Ca
2+
(ak) + 2F
-
(ak)
s 2s

Keterlarutan CaF2 juga boleh dinyatakan

0.00170 g
0.1 L
0.017 gL
-1


Tukarkan keterlarutan dalam unit mol L
-1


s 0.017
g
L

1 mol
78.1 g
2.18 10
-4
molL
-1


Ksp = 4s
3
= 4(2.18 x 10
-4
)
3
= 4.12 x 10
-11


Maka Ksp bagi CaF2 ialah 4.12 x 10
-11








Contoh 6.9
Kirakan keterlarutan bagi kalsium sulfat, CaSO4 dalam unit g/L. Diberikan nilai Ksp bagi CaSO4 ialah 2.4 x 10
-5
.

Penyelesaian:
CaSO4 (p) Ca
2+
(ak) + SO4
2-
(ak)
s s

Ksp = [Ca
2+
] [SO
4
2-
]

2.4 x 10
-5
= s
2


4.9

mol L
-1


Tukarkan keterlarutan dalam unit mol L
-1


s 4.9


mol
L

136.1 g
1 mol
6.67 10
-1
g L
-1




6.5 Kesan Ion Sepunya

Keseimbangan yang wujud antara mendakan dan ion-ion yang terurai dalam larutan akan dipengaruhi oleh
penambahan larutan garam lain yang mengandungi kation atau anion yang sama. Anjakan keseimbangan
dengan kaedah ini dikenali sebagai kesan ion sepunya.

A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 110

Misalnya, jika satu garam sodium sulfida, Na2S yang larut ditambahkan kepada larutan tepu ferum(II) sulfida,
FeS boleh menyebabkan pemendakan FeS. Ini bermakna penambahan S
2-
sebagai ion yang sama akan
mengurangkan keterlarutan FeS dengan anjakan keseimbangan mengarah ke pembentukan mendakan FeS
(persamaan 6.19).

FeS (p) Fe
2+
(ak) + S
2-
(ak)


Contoh 6.10 Kira keterlarutan molar AgCl dalam 0.10 M larutan NaCl. Diberikan nilai Ksp bagi AgCl ialah 1.5 x
10
-10
.

Penyelesaian:
Pengionan dalam larutan 0.1 M NaCl

NaCl (p) Na
+
(ak) + Cl
-
(ak)
0.1 M 0.1 M

Keterlarutan AgCl dalam kehadiran 0.1 M NaCl

AgCl (p) Ag
+
(ak) + Cl
-
(ak)
s s + 0.1 M

Ksp = (s) (s + 0.1) = 1.5 x 10
-10


Oleh kerana s adalah terlalu kecil (hasil daripada nilai Ksp yang kecil) maka ianya boleh diabaikan.

Maka [Cl
-
] atau (s + 0.1 M) 0.1 M.

Ksp = (s) (0.1) = 1.5 x 10
-10


s
1.5 10
-10
0.1
1.5 10
-9
M

Oleh itu keterlarutan AgCl dalam 0.1 M NaCl ialah
-
.





Contoh 6.11 Kira keterlarutan molar barium fluorida, BaF2 dalam larutan 0.15 M NaF pada suhu 25 C.
Diberikan nilai Ksp bagi BaF2 ialah 1.0 x 10
-6
. Bandingkan keterlarutannya di dalam air.

Penyelesaian:
Pengionan dalam larutan 0.15 M NaF

NaF (p) Na
+
(ak) + F
-
(ak)
0.15 M 0.15 M

Keterlarutan BaF2 dalam kehadiran 0.15 M NaF

BaF2 (p) Ba
2+
(ak) + 2F
-
(ak)
(6.19)
A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 111

s 2s + 0.15 M

Ksp = (s) (2s + 0.15)
2
= 1.0 X 10
-6


Oleh kerana s adalah terlalu kecil (hasil daripada nilai Ksp yang kecil ) maka ianya boleh diabaikan.

Maka [F
-
] atau (2s + 0.15 M)
2
(0.15)
2
atau 2.25 x 10
-2
M.

Ksp = (s) (2.25 x 10
-2
) = 1.0 x 10
-6


s
1.0 10
-6

4.44 10
-5
M

Oleh itu keterlarutan BaF2 dalam 0.15 M NaF ialah
-
.

Bandingkan keterlarutan garam BaF2 dalam air:

Ksp = [Ba
2+
] [F
-
]
2
= (x) (2x)
2


s

1.0 10
-6
4
3
M 6.3 10
-3
M

Oleh kerana 6.3 x 10
-3
lebih besar daripada 4.44 x 10
-5
, maka garam BaF2 lebih larut di dalam air.

6.6 Hubungan Ksp dengan keterlarutan
Nilai Ksp bagi suatu garam menggambarkan adakah pemendakan akan berlaku di bawah keadaan kepekatan
ion-ionnya. Sekiranya maklumat kepekatan ion telah diketahui, maka pemalar keterlarutan, Qc boleh dikira dan
boleh dibandingkan dengan nilai Ksp. Penyataan di bawah merupakan kaedah untuk menentukan sama ada
pemendakan berlaku atau tidak melalui perbandingan nilai Qc dengan Ksp.

Jika Qc < Kc, tindak balas mengarah ke hadapan, bermakna larutan belum lagi tepu.
Jika Qc = Kc, tindak balas berada dalam keseimbangan, bermakna larutan itu sudah tepu.
Jika Qc > Kc, tindak balas mengarah ke belakang, bermakna pemendakan berlaku.



Contoh 6.12 Sebanyak 255 mL larutan 1.6 x 10
-4
M plumbum(II) nitrat, Pb(NO3) telah dicampurkan kepada
456 mL sodium sulfat, Na2SO4 dengan kepekatan 2.3 x 10
-4
M. Adakah pemendakan plumbum(II) sulfat, PbSO4
terbentuk selepas penambahan Pb(NO3)? Diberikan nilai Ksp bagi PbSO4 ialah 1.7 x 10
-8
.

Penyelesaian:
Kirakan kepekatan awal bagi Pb
2+
dan SO4
2-
terlebih dahulu.

Mol bagi Pb
2

1.6 10
-4
molL
-1
0.255 L
4.08 10
-5
mol


A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 112

Mol bagi SO
4
2-

2.3 10
-4
molL
-1
0.456 L
1.05 10
-4
mol

Selepas percampuran, isipadu baru ialah (255 + 456) mL = 711 mL , maka kepekatan baru bagi setiap ion ialah;

Pb
2

4.08 10
-5
mol
0.711 L
5.74 10
-5
molL
-1


SO
4
2-

1.05 10
-4
mol
0.711 L
1.48 10
-4
molL
-1



PbSO4 (p) Pb
2+
(ak) + SO4
2-
(ak)

Qc = [Pb
2+
][SO4
2-
] = (5.74 x 10
-5
) (1.48 x 10
-4
) = 8.49 x 10
-9
mol
2
L
-2
.

Didapati nilai Qc = 8.49 x 10
-9


< Ksp = 1.7 x 10
-8
,

maka tiada pemendakan PbSO4 yang terbentuk.








Latihan
6.1 Ortofosfat (PO4
3-
) ditentukan dengan menimbang ammonium fosfomolibdate, (NH4)3PO4.12MoO3. Kirakan
peratus P di dalam sampel dan peratus P2O5 jika 1.1682g mendakan terbentuk dari 0.2711 g sampel.

6.2 Bijih dianalisis untuk menentukan kandungan mangan. Mangan di tukarkan kepada membentuk mendakan
Mn3O4 dan ditimbang. Jika 1.52 g sampel menghasilkan 0.126 Mn3O4, kirakan peratus Mn2O3 di dalam
sampel. Berapakah peratus Mn?

6.3 Berapakah berat bijih besi (FeS2 tidak tulen) yang perlu di gunakan supaya berat mendakan BaSO4 yang
terhasil adalah separuh daripada peratus S di dalam sampel?

6.4 Suatu campuran yang hanya mengandungi FeCl3 dan AlCl3 mempunyai berat 5.95 g. Cl
-
di dalam sebatian
ini ditukar kepada hidrus oksida dan kemudian dipanaskan untuk membentuk Fe2O3 dan Al2O3. Sebatian
oksida itu mempunyai berat 2.62 g. Kirakan peratus Fe dan Al di dalam campuran asal.

6.5 Kirakan hasil darab keterlarutan, Ksp bagi garam Pb(IO3)2 jika keterlarutannya dalam air ialah 3.0 x 10
-5
mol
bagi setiap 1 L pada suhu 25C.

6.6 Kirakan keterlarutan molar AgCl dalam larutan 0.01 M AlCl3. Diberikan nilai Ksp bagi AgCl ialah 1.8 x 10
-10

mol
2
dm
-6
.

6.7 Adakah mendakan terbentuk jika 0.01 mol larutan AgNO3 ditambahkan kepada 0.30 mol larutan
(CH3COO)2Ca dan jumlah isipadu percampuran ialah 1 dm
3
. Diberikan nilai Ksp bagi CH3COOAg ialah 4.0 x
10
-3
mol
2
dm
-6
.


A p l i k a s i G r a v i m e t r i | 113

Jawapan

6.1 % P = 7.111 %
% P2O5 = 16.30 %

6.2 %Mn2O3 = 8.58 %
% Mn = 5.97 %

6.3 g sampel = 6.869 g

6.4 % Fe = 18.0 %
% Al = 9.8 %

6.5 Ksp = 1.08 x 10
-13
mol
3
dm
-9


6.6 6.0 x 10
-10
M

6.7 Mendakan terbentuk kerana nilai Qc > Ksp


Rujukan

Christian, G. D. (2004) Analytical Chemistry 6th Edition Washington : John Wiley and Sons. Inc.

Ramli Ibrahim, Illyas Md. Isa dan Anuar Kassim (2003) Kimia Analisis Tanjong Malim : Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris

Wan Saime Wan Ngah dan Che Sofiah Saidin (2005) Basic Analytical Chemistry Selangor : Pearson Education

Harvey, D. (2000) Modern Analytical Chemistry 1st Edition Singapore : McGraw-Hill Higher Education

Skoog, D.A., West, D.M., Holler, F.J. and Crouch, S.R. (2000) Analytical Chemistry : An Introduction 7th Edition
USA : Thomson Learning Inc.

Samus Higson (2004) Analytical Chemistry New York : Oxford University Press Inc.

Vous aimerez peut-être aussi