Vous êtes sur la page 1sur 3

AL SARF 2012

A. DEFINISI Bahasa: penambahan Istilah: Al-Sarf ialah jual beli matawang/pertukaran matawang. Asal matawang adalah emas dan perak. Wang emas dipanggil Dinar dan wang perak dipanggil Dirham Pada zaman sekarang matawang juga diperbuat daripada nikal, kopranikal, tembaga dan kertas yang diberi nilai yang tertentu. Matawang daripada bahan ini disebut matawang pada istilah.

B. SUMBER HUKUM YANG BERKAITAN Al-Quran

Tidak menjelaskan dengan terang tentang konsep al-sarf secara mendalam bahkan hanya menyentuh tentang konsep urusniaga yang dibenarkan oleh Allah s.w.t secara umum. Urusniaga yang dibenarkan syarak mestilah bebas daripada riba seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah (2): 275. Riba yang diharamkan ialah Riba al Nasiah dan Riba al-Fadl. Ayat tersebut menjelaskan bahawa apa jua bentuk perniagaan adalah harus hukumnya kecuali urusniaga yang melibatkan unsur riba berdasarkan lafaz umum al-Bay dalam ayat dan ditakhsiskan oleh perkataan al-riba. Urusniaga dalam Jual beli yang Allah s.w.t halalkan termasuklah al-sarf yang perlu mematuhi peraturan peraturan yang ditentukan. Konsep al-sarf kemudian diterangkan secara lebih mendalam melalui Hadith-Hadith nabi yang merangkumi rukun, syarat dan keadaan urusniaga al-sarf. Al-Hadith

Hadith yang membincangkan hukum al-sarf dengan lebih mendalam berbanding al-Quran adalah banyak. Ia memberi penjelasan dan huraian sesuatu hukum dalam Quran yang masih mujmal. Antara sebahagian Hadith yang menerangkan konsep dan hukum al sarf adalah: A. Hadith daripada Abu Said al Khudri r.a jangan kamu menukar emas dengan emas kecuali dengan sama-sama (kuantiti), jangan Kamu menukar perak dengan perak kecuali sama-sama (kuantiti) dan jangan menukar dengan melebihkan atas yang lain, jangan kamu menjual al waraqa dengan waraqa kecuali sama (bilangan), dan jangan kamu melebihkan atas yang lain, dan jangan kamu menjual antaranya dengan sesuatu yang tiada. B. Hadith daripada Abu Bakrah (r.a.) Jangan kamu menukar emas dengan emas kecuali sama (bilangan) antara satu sama lain, jangan Kamu menukar perak dengan perak kecuali sama (bilangan) antara satu sama lain dan tukarlah perak dengan emas sebanyak mana yang Kamu hendak.(tidak perlu sama bilangan.)

AL SARF 2012
C. Hadith daripada Ubadah ibn al-Samit (r.a.) Tukarlah emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam dengan sama kuantiti dan dengan tangan ke tangan (serahmenyerah). Maka apabila berlainan jenis barangan yang ditukar, maka tukarlah mengikut yang kamu suka asalkan dilakukan secara serahan pada waktu yang sama. Ijmak Ulama

Jumhur ulama bersepakat (Mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali) bahawa hukum pertukaran mata wang adalah harus apabila adanya keperluan di samping ia mengakui adanya perubahan kadar pertukaran pada masa-masa tertentu, cuma ia perlu memenuhi dua syarat iaitu: Tamathul iaitu Pertukaran yang sama berat atau timbangan atau nilai. Al-Tanaqud atau al-Qabd iaitu pertukaran berlaku secara serah menyerah atau tunai dalam majlis akad. C. RUKUN DAN SYARAT AKAD AL-SARF Urusniaga al-sarf termasuk dalam kategori jual beli dan tertakluk kepada Rukun jual beli yang ditetapkan. Akad al-sarf yang tidak memenuhi rukun adalah fasid atau batal di sisi syarak. Jumhur fuqaha berpendapat Bahawa rukun jual beli terdiri daripada tiga rukun iaitu pihak yang berakad (aqidayn), sighah dan perkara yang di akad (maqudun alaihi). Aqidayn adalah dua pihak yang berkontrak iaitu penjual atau pembeli dalam dalam urusan pertukaran ialah penukar dan pemberi tukar. Sighah adalah lafaz akad dan maqudun alaihi adalah barangan atau wang yang digunakan dalam kontrak tersebut. 1. Pihak yang berakad (Aqidayn iaitu penukar/buyer dan pemberi tukar/seller): Setiap kontrak jual beli perlu ada penjual dan pembeli. Penjual dan pembeli perlu beraqal, mumayyiz, ahli tasarruf (keahlian untuk menguruskan harta), rushd, dan tiada paksaan dalam urusniaga. 2. Sighah (Ucapan/isi kontrak): Sighah ialah lafaz jual dan beli yang keluar daripada penjual dan pembeli sebagai tanda persetujuan dan keredaan mereka untuk mengikat kontrak. Keredaan merupakan syarat sah jual beli yang digambarkan melalui firman Allah swt di dalam surah al-Nisa:29. Ayat tersebut menjelaskan keperluan Sighah sebagai tanda kerelaan dalam apa jua kontrak jual beli termasuk dalam urusan pertukaran wang. 3. Perkara yang diakad (Maqudun Alaihi iaitu barang dan harga): Perkara yang di akad (Maqudun alahi) adalah subjek akad iaitu barang yang dijual dan harga yang diterima. Syarat-syarat Maqudun alahi adalah wujud semasa jual beli, harta yang bernilai, milikan yang sah, boleh diserahkan dan diketahui kuantiti, sifat dan jenisnya.

AL SARF 2012
D. SYARAT AKAD AL-SARF Berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, para Fuqaha meletakkan syarat syarat tertentu pada kontrak alsarf kerana ia merupakan akad jual beli yang amat hampir dengan riba iaitu: Tamathul iaitu Persamaan dalam bilangan atau timbangan pertukaran atau penjualan mata wang yang sama jenis seperti perak dengan perak atau emas dengan emas mestilah sama bilangan atau timbangannya (al-Tamathul) atau al-Tasawi biarpun berlainan dari segi kecantikan dan pencanaian. Ini berdasarkan sabda Rasulullah dalam Hadith riwayat Abu Said al-Khudri. Hadith tersebut menjelaskan bahawa persamaan boleh berlaku dari segi kuantiti dan timbangan. Sekiranya Dinar buatan sesebuah negeri apabila ditukar dengan dinar dari negeri yang lain yang sama kualitinya iaitu sama kadar emas yang terkandung di dalamnya, maka ia boleh ditukar dengan timbangan yang sama termasuk juga dengan jumlahnya. Lebihan kuantiti (fadl) yang wujud dalam jual beli/pertukaran ialah riba al-fadl yang diharamkam syarak. Manakala dibenarkan tafadul bagi jual beli barangan riba yang berbeza jenis tetapi jual beli itu hendaklah dilakukan pada masa yang sama (Yadan bi Yadin). Fuqaha juga menetapkan diharamkan Riba alnasiah (bertangguh) dalam jual beli bagi setiap benda yang diharamkan Tafadul. Al-Qabd sebelum Berpisah Dua Pihak yang Berkontrak (Al-Qabd atau al-Tanaqud): Ialah penyerahan kedua-dua barangan (mata wang) antara penjual dan pembeli dalam sesuatu urusniaga. Ini bermakna bahawa urusniaga al-sarf perlu dilakukan secara terus tanpa ada penangguhan iaitu adanya proses Taqabud. Taqabud ialah aktiviti di mana penjual dan pembeli saling menyerahkan subjek akad di antara satu sama lain. Ulamak telah berijmak bahawa wajib al-qabd dalam urusniaga Al-sarf sebelum selesai jual beli. Sekiranya kedua-dua pihak berpisah tanpa qabd maka urusniaga yang dilakukan tersebut adalah dikira tidak sah. Tidak berlaku khiyar dalam kontrak. Tidak diharuskan terdapat khiyar syarat dalam kontrak sarf pada dua pihak yang berkontrak atau salah seorang daripadanya. Terdapatnya khiyar dalam kontrak akan mencatatkan penerimaan yang disyaratkan. Kontrak terbatal jika disyaratkan khiyar didalamnya. Namun begitu, khiyar ruyah dan khiyar aib diharuskan kerana sempurna. Bagi pertukaran matawang, khiyar ruyah tidak tergambar kerana kontrak itu sah ke atas bandingannya (nilai matawang) dan bukan ainnya (sifat matawang). Tiada Tangguhan. Pertukaran dalam jual beli al-sarf tidak boleh dijalankan secara bertangguh. Jual beli secara bertangguh menyebabkab kontrak al-sarf batal kerana wujud unsur riba. Rasulullah s.a.w melarang pertukaran emas dengan emas atau emas dengan perak secara bertangguh. Pertukaran tidak boleh bertangguh kerana menyebabkan unsur riba alnasiah yang diharamkan.

Vous aimerez peut-être aussi