Vous êtes sur la page 1sur 30

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BELAJAR MEMBACA BERDASARKAN KAEDAH FONETIK UNTUK MURID PRASEKOLAH

NORSHUHADA BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BELAJAR MEMBACA BERDASARKAN KAEDAH FONETIK UNTUK MURID PRASEKOLAH

NORSHUHADA BINTI ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JANUARI 2012

iii

Istimewa buat...

Ayahanda dan bonda yang dikasihi Mohamad Ghazali Bin Othman Suaidah Binti Awang

Buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa diingatan Muhammad Aswad Bin Ahmad Lotffi Khairill Helme Bin Ramli Atifah Binti Aziz Nur Azawanee Binti Mohd Yusof Hafiza Binti Hassan Siti Nurwahyu Binti Mohd Jonid Noor Ashilla Binti Mohd. Razali

Untuk penyelia En. Abdul Razak Bin Idris Penilai dan para pensyarah Untuk semua yang menjayakan projek ini..

Semoga Kejayaan Sentiasa Menjadi Milik Kita di Dunia Dan Akhirat

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya dan segala kesempatan yang diberi, pembangunan perisian ini dapat disiapkan tepat pada waktunya. Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan setinggitinggi ucapan terima kasih kepada penyelia projek, Encik Abdul Razak bin Idris kerana memberi peluang kepada saya untuk berada di bawah seliaan beliau bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Segala jasa baik, tunjuk ajar, dan nasihat yang diberikan sepanjang pembangunan projek ini amat saya hargai. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan buat keluarga tersayang terutama sekali Abah dan Umi di atas sokongan dan dorongan yang diberikan bagi menyiapkan projek pembangunan perisian ini. Tidak ketinggalan, terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut menghulurkan bantuan, sokongan dan pendapat yang bernas dalam usaha menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Akhir kata, semoga Allah memberkati hidup kalian di dunia dan akhirat. Amin...

ABSTRAK

Perisian pembelajaran berbantukan kommputer (PBK) yang bertajuk Mari Belajar Membaca ini dibangunkan khusus untuk kanak-kanak prasekolah yang berumur empat hingga enam tahun. Perisian PBK ini dibangunkan bagi tujuan membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran membaca dengan mudah dan pantas. Kaedah pembelajaran yang digunakan dalam perisian ini ialah melalui kaedah membaca secara fonetik dengan sokongan grafik dan animasi. Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Flash CS 4.0 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian tambahan seperti Adobe Photoshop CS7, Sony Sound Forge 7.0 dan Microsoft Office 2007 bagi menyunting unsur-unsur multimedia seperti audio, grafik, animasi dan teks. Perisian PBK ini dilengkapi dengan isi kandungan pembelajaran belajar membaca yang meliputi penggunaan vokal, konsonan, diagraf, diftong dan pembinaan suku kata.

vi

ABSTRACT

A coursware ent itled Mari Belajar Membaca has been developed specially for pre-school children aged between four to six year old. The purpose of this courseware is to help pre-shcool children to learn reading in easier and fastest way. A phonetic method has been applied as the main way to learn reading in this courseware as well as being supported by graphic and animation. Adobe Flash CS 4.0 is the core software in developing this courseware. Other supporting softwares such as Adobe Photoshop CS7, Sony Sound Forge 7.0, and Microsoft Office 2007 were used in the process of editing multimedia elements such as audio, graphic, animation and text. This courseware provides learning method for reading that inlcudes the uses of vocal, consonan, diagraph, diftong, and syllable.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKASURAT

PENGESAHAN TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii xii xiii xv

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 1.2 Pengenalan Latar Belakang Masalah 1 4

viii

1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

Pernyataan masalah Objektif Projek Objektif Perisian Skop Kajian Kepentingan Projek Definisi Istilah 1.8.1 1.8.2 1.8.3 1.8.4 1.8.5 1.8.6 1.8.7 1.8.8

7 10 10 11 11 12

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 12 Kaedah Fonetik Prasekolah Kurikulum Teknologi Interaktif Fonologi Fonemik 13 13 14 14 15 15 15 16

1.9

Penutup

BAB 2

SOROTAN PENULISAN 2.1 2.2 2.3 2.4 Pengenalan Asas Membaca di Peringkat Prasekolah Belajar Membaca Berdasarkan Kaedah Fonetik Pengadaptasian Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ke dalam Pendidikan Prasekolah 2.5 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Konsep Multimedia 25 17 18 20 22

2.6

26

ix

2.6.1 2.7 Penutup

Pembelajaran Melalui Multimedia Interaktif

27 28

BAB 3

Reka Bentuk Perisian 3.1 3.2 Pengenalan Model Rekabentuk yang digunakan dalam Pembangunan Perisian PBK 3.2.1 3.3 Rasional Pemilihan Model 30 31 32 29 30

Model ADDIE 3.3.1 Fasa Analisis Keperluan 3.3.1.1 Analisis Masalah Pembelajaran Membaca Kanak-kanak. 3.3.1.2 Pemilihan Kaedah Pembelajaran 3.3.2 3.3.3 3.3.4 Fasa Rekabentuk Informasi Fasa Rekabentuk Interaksi Fasa Rekabentuk Persembahan Antaramuka 3.3.4.1 Skrin 3.3.4.2 Teks 3.3.4.3 Grafik Dan Animasi 3.3.4.4 Audio 3.3.5 3.3.6 Fasa Pembangunan Fasa Perlaksanaan Dan Penilaian

32 33 34 41 43 44 44 46 46 47 48 50 51

3.4 3.5

Penyebaran Perisian Yang Dihasilkan Penutup

BAB 4

Pembangunan Multimedia 4.1 4.2 Pengenalan Paparan Reka Bentuk Asas Perisian 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.3 Paparan Animasi Tajuk Perisian Paparan Skrin Daftar Masuk Paparan Laman Utama 52 53 53 54 55 56 57 58 59 60 61

Paparan Butang Kawalan 4.3.1 4.3.2 Butang Kawalan Navigasi Butang Kawalan Audio Dan Animasi

4.4

Paparan Skrin Menu 4.4.1 4.4.2 4.4.3 Paparan Menu Vokal Dan Konsonan Paparan Menu Vokal Berganding Paparan Menu Gabungan Vokal dan Konsonan 4.4.4 4.4.5 4.4.6 4.4.7 Paparan Menu Diagraf Paparan Menu Diftong Paparan Menu Suku Kata Paparan Menu Sudut Uji Minda

62 63 64 65 66 67 67 69 70 72 73

4.5

Paparan Rekabentuk Kandungan Pembelajaran 4.5.1 4.5.2 4.5.3 4.5.4 4.5.5 Paparan Pengenalan Vokal Paparan Pengenalan Konsonan Paparan Vokal Berganding Gabungan Vokal Dan Konsonan Paparan Diagraf

xi

4.5.6 4.5.7 4.5.8 4.5.9

Paparan Diftong Paparan Pembinaan Suku Kata Paparan Sudut Uji Minda Paparan Bantuan

75 76 77 82 83 84 85

4.5.10 Paparan Keluar Perisian 4.6 4.7 Elemen Audio dalam Perisian Penilaian

BAB 5

Perbincangan, Cadangan, Dan Kesimpulan 5.1 5.2 Pengenalan Perbincangan 5.2.1 5.2.2 5.2.3 Kelebihan Perisian Kelemahan Perisian Masalah-masalah yang dihadapi dalam Pembanguna Perisian 5.2.3.1 Kurang Kemahiran dan Kepakaran 5.2.3.2 Kekangan Masa 5.3 5.4 Cadangan Kesimpulan 89 90 90 91 91 86 87 88 89

BIBLIOGRAFI

92

xii

SENARAI JADUAL

NO. RAJAH

PERKARA

MUKASURAT

3.1

Cara Penyebutan Konsonan

36

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

PERKARA

MUKASURAT

3.1 3.2 3.3 3.4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12

Model Rekabentuk ADDIE Saluran Vokal Carta Alir Struktur Komposit Paparan Animasi Tajuk Perisian Paparan Skrin Daftar Masuk Paparan Laman Utama Butang Kawalan Navigasi Butang Kawalan Audio Dan Anmasi Paparan Menu Vokal Dan Konsonan Paparan Menu Vokal Berganding Paparan Gabungan Vokal dan Konsonan Paparan Menu Diagraf Paparan Menu Diftong Paparan Menu Suku Kata Paparan Menu Sudut Uji Minda

32 35 40 42 54 55 56 58 59 60 61 62 63 64 65 66

xiv

4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19 4.20 4.21 4.22 4.23 4.24 4.25 4.26 4.27 4.28 4.29 4.30 4.31 4.30 4.31

Paparan Simulasi Vokal Paparan Pengenalan Konsonan Paparan Vokal Berganding Paparan Contoh Vokal Berganding Paparan Gandingann Vokal Dan Konsonan Paparan Diagraf Paparan Contoh Penggunaan Diagraf Paparan Diftong Paparan Contoh Penggunaan Diftong Paparan Pembinaan Suku Kata Paparan Latihan Pertama Paparan Latihan Kedua Paparan Permainan Pertama Paparan Permainan Kedua Paparan Respon Positif Paparan Respon Negatif Paparan Bantuan Paparan Pengesahan Ingin Keluar Perisian Paparan Penghargaan Paparan Respon Positif Paparan Bantuan

68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 79 80 81 81 82 83 84 82 83

xv

SENARAI SINGKATAN

CAL CD KPM PBK PMR SPM STPM UPSR

Computer Aided Learning Cakera Digital Kementerian Pelajaran Malaysia Pembelajaran Berbantukan Komputer Penilaian Menengah Rendah Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Ujian Penilaian Sekolah Rendah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kanak-kanak merupakan aset yang penting dalam menentukan hala tuju corak pemerintahan negara pada masa akan datang. Mereka boleh diibaratkan seperti permata harapan negara yang terlalu tinggi nilainya. Golongan kanak-kanak ini mestilah

dibentuk sejak mereka kecil lagi supaya menjadi insan yang berguna dan berbakti kepada negara, bangsa dan agama. Seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Justeru, pendedahan awal kanak-kanak terhadap pendidikan adalah sangat penting dalam mewujudkan insan seperti yang dicita-citakan. Pendidikan awal kanakkanak atau prasekolah di Malaysia terbahagi kepada dua peringkat iaitu TASKA dan TADIKA. TASKA untuk kanak-kanak berusia antara lima hingga enam tahun,

sementara TADIKA pula untuk kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun. Pendidikan prasekolah di Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 1950-an. Namun, pada ketika itu pendidikan prasekolah hanya mampu diikuti oleh golongan atasan dan berada sahaja. Bermula pada tahun 1960-an, barulah pendidikan prasekolah

berkembang secara menyeluruh termasuk kepada golongan yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana timbulnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam golongan mereka.

Pendidikan prasekolah diwujudkan bertujuan untuk menyediakan pengalaman awal bagi kanak-kanak dalam dunia persekolahan sebelum mereka melangkah ke dunia pendidikan formal. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan dan pendidikan sepanjang hayat (KPM, 2003). Zuliana (2004) menyatakan bahawa pendidikan prasekolah adalah

pendidikan untuk membantu perkembangan jasmani dan rohani kanak-kanak di luar lingkungan keluarga sebelum mereka memasuki pendidikan dasar. Selain itu, pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas, mengukuhkan sikap hormat menghormati, disamping memupuk sikap bergaul dan berdisiplin.

Biasanya, kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah akan lebih komited dalam pembelajaran mereka. Hal ini kerana, kanak-kanak mudah untuk menerima ilmu pengetahuan secara efektif ketika awal usia. Seperti sabda Rasulullah s.a.w, kanak-kanak mula bercahaya akalnya ketika umur lima tahun. Ini jelas

menunjukkan kanak-kanak telah mempunyai keupayaan untuk menerima sebarang pengetahuan yang diajarkan sejak kecil lagi. Selain itu, kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian akedemik yang lebih baik semasa di tahun pertama persekolahan (Halim, 1989 dalam Zuliana, 2004).

Pendidikan prasekolah di Malaysia berlandaskan kepada satu kurikulum iaitu Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPM, 2003). Kurikulum ini merupakan dokumen rujukan yang penting kepada pengusaha dan guru-guru prasekolah supaya pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berkesan dan mengikut saranan yang ditetapkan. Pada dasarnya, diperingkat prasekolah, kanak-kanak diberi peluang untuk belajar membaca, menulis dan mengenal huruf. Kemahiran-kemahiran inilah yang menjadi batu asas bagi mereka untuk memasuki pendidikan diperingkat yang lebih tinggi.

Kebolehan membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sejak diperingkat prasekolah lagi. Kanak-kanak yang boleh membaca ayatayat mudah dengan lancar dan mampu menguasai kemahiran membaca dengan baik, berada dalam kedudukan yang lebih selesa berbanding dengan kanak-kanak yang belum mampu menguasai kemahiran tersebut. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak mula belajar membaca ketika di tahun satu. Tetapi, dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, bimbingan tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah apabila melangkah ke alam persekolahan.

Tambahan pula, matapelajaran Bahasa Melayu menjadi matapelajaran yang wajib lulus dalam semua peperiksaan utama negara baik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), (Rio Sumarni et al., 2003). Berikutan daripada perkara itu, usaha melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran membaca amat penting dalam pendidikan prasekolah.

1.2

Latar Belakang Masalah

Perkembangan teknologi multimedia dalam pendidikan semakin bertambah pesat. Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar

beberapa transformasi dibuat dalam sistem pendidikan (Johari dan Fazliana, 2011). Dahulunya, kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional dengan penggunaan kapur dan papan tulis menjadi medium utama penyampaian ilmu pengetahuan. Guru pula dianggap sebagai satu-satunya sumber maklumat bagi para pelajar.

Dewasa ini, dengan wujudnya teknologi komputer dan multimedia, kapur dan papan tulis tidak lagi dianggap relevan sebagai medium penyampaian ilmu pengetahuan. Guru juga sudah tidak dianggap sebagai satu-satunya sumber maklumat. Sebaliknya, konsep itu sudah berubah kepada guru sebagai fasilitator atau navigator yang hanya memandu arah para pelajar dalam usaha mencari ilmu (Norliza, 2004). Johari dan Fazliana (2011) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti pembelajaran yang berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian, dan pangkalan data atau maklumat. Perisian dalam bentuk cakera digital (CD), web dan alatan pengajaran multimedia jelas memberi daya tarikan baru kepada pelajar dari segi visual dan penyampaian yang menarik.

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah mula digunakan sebagai alat bantu mengajar sejak tahun 1950-an (Vernadakis et al., 2005). Malah, teknologi

maklumat dan telekomunikasi juga telah diperkenalkan dalam kurikulum sebagai salah satu daripada pendekatan serta pengelolaan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, suasana pembelajaran menggunakan teknologi multimedia lebih berkesan dan mampu menarik minat kanak-kanak terhadap sesi pembelajaran berbanding kaedah konvensional. Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan

membolehkan informasi dalam jumlah yang besar disalurkan kepada para pelajar (Jamalludin dan Zaidaton, 2003).

Menurut Jamalludin dan Nurul Ain (2011) penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan, contohnya pembelajaran berbantukan komputer bukan sahaja memudahkan para guru dalam proses pengajaran malahan dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan menggunakan satu kaedah baru yang lebih menyeronokkan. Kaedah pengajaran dengan bahan yang statik dikatakan kurang memberi kesan yang bermakna kepada kanak-kanak. Melalui PBK juga, pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir dengan lebih baik dan berkesan (Mohd Aris, 2007). Antara lainnya, PBK juga dapat memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap teknologi perkomputeran. Menurut Din dan Josephine (2001), kebelakangan ini komputer menjadi semakin popular sebagai alat bagi membantu proses pembelajaran, terutamanya bagi kanak-kanak. Selain itu, kualiti pendidikan negara juga akan bertambah baik jika teknologi digunakan kerana ia boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk menjalankan proses pembelajaran di samping mempercepatkan proses pembelajaran (Johari dan Fazliana, 2011).

Kemahiran membaca merupakan antara salah satu kemahiran penting yang wajib dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah sebelum melangkah ke alam pendidikan yang lebih tinggi. Membaca mempunyai hubungkait dengan aspek pemikiran, sosial, emosi dan persekitaran (Neuman dan Dickson, 2002 dalam Rita dan Rohaty, 2010). Untuk cepat pandai membaca, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkasa asas yang perlu dikuasai (Tiong dan Zaidatun, 2008). Statistik rasmi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006 seramai 138, 271 murid tahun satu di Semenanjung Malaysia dengan 35.52 peratus tidak mampu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (Md. Fuzi, 2007 dalam Tiong dan Zaidatun, 2008). Perkara ini ternyata sangat mendukacitakan. Oleh yang demikian, satu sistem pengajaran yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk belajar membaca perlu diwujudkan memandangkan bahasa memainkan peranan utama bagi menentukan

kejayaan dalam proses pendidikan setiap individu. Tambahan lagi, bahasa digunakan merentas semua aktiviti pembelajaran.

Sistem pengajaran secara tradisional dikatakan kurang berkesan untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar membaca. Menurut Munir dan Halimah (1998) dalam Farrah (2006) teknologi multimedia yang terdiri daripada lima komponen interaktif utama iaitu teks, grafik, audio, video, dan animasi amat berkesan dalam menggalakkan kanak-kanak belajar membaca. Sehubungan dengan itu, proses pengajaran perlu didedahkan dengan pendekatan, strategi dan kaedah yang lebih kreatif dan interaktif. Lantas, perisian PBK adalah merupakan satu cara yang paling sesuai untuk digunakan. Perkara ini turut dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Gingold (2000) dalam Shaliza et al. (2001) yang menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam kebolehan kanak-kanak mengenal huruf apabila menggunakan program berasaskan komputer berbanding kaedah berarahan tradisional di dalam kemahiran membaca.

Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan kerana strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah membaca secara tradisional (Yee, 2007 dalam Farah et al., 2010). Pengajaran membaca menggunakan kaedah tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanakkanak mahir dan menguasai kemahiran membaca.

Kaedah fonetik sebenarnya telah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Kaedah fonetik memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf. sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk menghafal. Kaedah ini sedikit Kaedah ini juga

merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.

Potensi kanak-kanak dalam menerima ilmu pengetahuan diperingkat usia empat hingga enam tahun berbeza sama sekali dengan mereka yang lebih berusia. Oleh sebab itu, bahan dan isi kandungan pengajaran yang ingin disampaikan seharusnya bersesuaian dengan usia mereka. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPM, 2003),

objektif utama kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk membolehkan murid;

i. ii. iii.

Mendengar dan menyatakan apa yang didengar. Bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila. Membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat murid. perkembangan

iv.

Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.

1.3

Pernyataan Masalah

Sehingga kini, masih terdapat ramai kanak-kanak yang masih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Menurut laporan, masih terdapat seramai 100,000 murid tahun dua hingga enam tidak tahu membaca (Utusan Malaysia, 12 Oktober 2005). Matlamat utama pendidikan prasekolah adalah memastikan kanak-

kanak yang berusia empat hingga enam tahun yang mengikuti pendidikan prasekolah boleh menguasai kemahiran membaca sebelum memasuki sekolah rendah.

Sesungguhnya, untuk mencapai matlamat ini tidaklah semudah yang dibayangkan kerana proses pengajaran membaca itu sendiri adalah amat kompleks dan mewujudkan

masalah dalam proses pembelajaran membaca (Mercer, 1989 dalam Rio Sumarni et al., 2003).

Masalah utama yang timbul adalah bentuk pengajaran konvensional dan bahan bacaan yang statik tidak menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Menurut Ee Ah Meng (1990) dalam Farrah (2006), kanak-kanak menghadapi masalah dalam pembelajaran yang masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Transformasi ke arah pengajaran baru yang lebih kreatif dan interaktif amat perlu bagi memastikan kanak-kanak lebih berminat dalam proses pembelajaran. Salah satu daripadanya adalah dengan memanfaatkan teknologi multimedia. Menurut Farrah (2006) lagi, ciri-ciri

multimedia yang menggabungkan elemen teks, grafik, animasi, audio dan video yang interaktif dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Melalui tinjauan yang dibuat dipasaran, terdapat lambakan perisian PBK untuk kanak-kanak yang tidak begitu sesuai dengan perkembangan usia kanak-kanak prasekolah. Malah, perisian-perisian tersebut juga tidak menepati ciri-ciri seperti yang telah termaktub dalam kurikulum (Norliza, 2004). Hal ini mungkin disebabkan oleh kebanyakan perisian PBK untuk kanak-kanak dibangunkan pengaturcara-pengaturcara cara bebas yang kurang pengetahuan mengenai teori pembelajaran dan psikologi kanakkanak (Rarni Ahmad, 2000 dalam Zuliana, 2004). Lantas, penerapan isi kandungan pengajaran yang sepatutnya diberi perhatian menurut kurikulum terabai begitu sahaja. Dalam kajian Les dan Pettengill (1993), satu proses pembelajaran berkesan menggunakan teknologi komputer sukar dijayakan tanpa keupayaan untuk

mengintegrasikan unsur pedagogi secara sistematik.

Penulis mendapati perisian PBK belajar membaca yang terdapat di pasaran masih lagi menggunakan kaedah lama. Oleh yang demikian, pembangunan perisian

PBK belajar membaca menggunakan kaedah fonetik haruslah diperbanyakkan sejajar dengan perubahan yang berlaku. Penulis menyedari tentang lambakan buku di pasaran yang kini telah beralih ke arah kaedah fonetik, sebagai contoh buku Bacalah Anakku yang ditulis oleh Nik Eliani dan Othman (2009). Namun demikian, penulis beranggapan pembelajaran membaca berdasarkan kaedah fonetik melalui buku sahaja tidak begitu sesuai kerana ianya memerlukan guru untuk membimbing pembacaan kanak-kanak. Dengan adanya perisian PBK belajar membaca yang menggunakan kaedah fonetik, guru hanya diperlukan untuk menjadi pemerhati dan fasilitator sahaja kerana perisian PBK ini sudah dilengkapi dengan audio yang akan membantu pembacaan kanak-kanak. Tambahan lagi, kanak-kanak boleh mengulang pembelajaran sesuka hati secara kendiri di rumah jika mereka mahu tanpa ada kekangan masa dan tidak terhad sewaktu berada di sekolah sahaja.

Selain itu juga, perisian-perisian membaca dan mengenal abjad yang terdapat di pasaran sekarang banyak dibina dalam Bahasa Inggeris (Zuliana, 2004). Seperti semua sedia maklum, Bahasa Inggeris merupakan bahasa pertama dunia dan menjadi bahasa kedua terpenting di Malaysia. Namun demikian, Bahasa Melayu tidak seharusnya terus dilupakan begitu sahaja memandangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia. Proses pembelajaran bermakna dan gembira sukar dicapai sekiranya tiada kefahaman dalam diri setiap individu. Kebanyakan pelajar mempunyai sikap positif terhadap rujukan yang tersedia. Namun, mereka mengalami kesukaran dalam

menggunakannya kerana bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris (Mohd. Samsol, 1999 dalam Zuliana, 2004).

Oleh sebab itu, penulis merasa amat perlu untuk membangunkan sebuah perisian multimedia PBK belajar membaca berdasarkan kaedah fonetik yang kreatif dan interaktif dalam Bahasa Melayu bagi membantu kanak-kanak belajar dan mencapai pembelajaran bermakna dan menggembirakan. Disamping itu, pembangun juga merasa

10

bertanggungjawab untuk membangunkan sebuah perisian multimedia PBK yang menepati objektif Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

1.4

Objektif Projek

Tujuan utama projek ini ialah: Mereka bentuk dan membangunkan sebuah Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) belajar membaca berdasarkan kaedah fonetik untuk kanakkanak prasekolah di bawah Komponen Bahasa dan Komunikasi mengikut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPM, 2003).

1.5

Objektif Perisian

Objektif pembangunan perisian ini adalah seperti berikut;

i.

Memastikan kanak-kanak prasekolah dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat melalui kaedah fonetik.

ii.

Memberi pendedahan awal tentang penggunaan teknologi komputer kepada kanak-kanak prasekolah yang berumur empat hingga enam tahun.

11

iii.

Menyediakan persekitaran proses pembelajaran berkesan dan menyeronokkan kepada kanak-kanak prasekolah.

1.6

Skop Kajian

Perisian PBK belajar membaca berdasarkan kaedah fonetik ini dibangunkan khusus untuk murid prasekolah yang berusia empat hingga enam tahun mengikut sukatan Kurikulum Bahasa Melayu yang termaktub dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPM, 2003).

1.7

Kepentingan Projek

Perisian multimedia ini dibina untuk membantu kanak-kanak belajar dan menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat dan pantas. Perisian multimedia ini penting bagi kanak-kanak, kerana perisian ini akan membimbing mereka belajar membaca melalui kaedah baru iaitu kaedah fonetik. Melalui kaedah ini pelajar tidak lagi perlu membebankan memori mereka dengan kaedah hafalan. Melalui perisian ini juga, kanak-kanak dapat didedahkan dengan komputer dan teknologi multimedia di usia awal. Malah, penghasilan perisian ini tidak hanya memberi faedah untuk kanak-kanak sahaja, guru juga turut mendapat faedah daripadanya.

12

Dengan adanya perisian ini, guru tidak perlu lagi membimbing bacaan muridmurid sebaliknya mereka hanya perlu menjadi pemerhati dan fasilitator terhadap muridmurid. Hal ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh guru. Selain itu, secara tidak langsung guru juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam penggunaan komputer dan teknologi multimedia.

Masyarakat juga turut tidak ketinggalan dari mendapat manfaat hasil daripada penggunaan perisian multimedia ini. Hal ini kerana, penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan individu yang berfikirkan kreatif dan inovatif serta dapat memberikan sumbangan yang sewajarnya dari segi teknologi kepada pembangunan masyarakat dan negara.

1.8

Definisi Istilah

1.8.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Pembelajaran Berbantukan Komputer adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan komputer. Melalui PBK, pelajar boleh mempelajari sesuatu secara lebih berkesan. Selain itu, sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik dan terancang dapat dicapai dengan menggunakan PBK. Para pelajar bebas untuk meneroka maklumat dengan menggunakan komputer.

Vous aimerez peut-être aussi