Vous êtes sur la page 1sur 22

3.

0 SISTEM OTOT

Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil
daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan oleh
penguncupan dan pemanjangan otot.

3.1 Komponen Sistem Rangka

i. Fiber otot
• Merupakan sel-sel otot

• Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues.

• Berjalur dan bersaiz besar.

• Diameter diantara 10-100 µm

• Panjang sehingga 40cm.

Rajah 1: Fiber Otot


ii. Tisu penghubung

• Endomisium

Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali
sebagai endomisium

• Perimisium

Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot


bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel

• Epimisium

Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu
penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium

Rajah 2: Tisu-tisu Penghubung

2
iii. Tendon

• Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang


• Tendon tidak begitu kenyal
• Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi
• Tendon yang lebar di panggil aponeurosis

iv. Ligamen
• Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan
yang boleh bergerak.

• Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada


kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.

v. Kartilej
• Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti
hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.

• Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran


antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.

Rajah 3: Tendon, Ligamen dan Kartilej

3
3.2 Fungsi Otot

i. Menghasilkan pergerakan

Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan


menulis.

ii. Mengekalkan postur

Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan


mengekalkan postur.

iii. Menstabilkan sendi

Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga


membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

iv. Menghasilkan haba

Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba


penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan
kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri
daripada otot rangka.

3.3 Jenis-Jenis Otot

Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat
dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.

4
Rajah 4: Jenis-jenis Otot
i. Otot Rangka

Rajah 5: Sel otot rangka

5
Rajah 6: Sel otot Rangka

Ciri-ciri Huraian
Lokasi Melekat pada tulang atau kulit

Bentuk Sel Tunggal, panjang dan berjalur


Kekerapan Kontraksi Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf
Kelajuan Kontraksi Dari perlahan ke cepat
Rentak Kontraksi Tiada
ii. Otot Kardiak

Rajah 7: Sel otot kardiak

6
Rajah 8: Otot Kardiak

Ciri-ciri Huraian
Lokasi Dinding jantung

Bentuk Sel Berangkai dan berjalur


Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung.
Kelajuan Kontraksi Perlahan
Rentak Kontraksi Ada

iii. Otot Licin

Rajah 9: Sel otot Licin

7
Rajah 10 Rajah 11

Ciri-ciri Huraian
Lokasi Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan
saluran jantung
Bentuk Sel Tunggal dan tidak berjalur
Kekerapan Kontraksi Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf, hormon,
bahan kimis dan regangan.
Kelajuan Kontraksi Sangat perlahan
Rentak Kontraksi Ada pada otot-otot tertentu sahaja

3.4 Ciri-ciri Otot

i. Kebolehujaan

• kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap


rangsangan yang diterima.

ii. Kebolehkucupan

• keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima


rangsangan.

iii. Kebolehpanjangan

• keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal.

8
iv. Kebolehanjalan

• keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas


meregang atau menguncup.

3.5 Jenis-jenis otot rangka

Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i. Otot aksial

• Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti
tulang vertebra, tulang tusuk dan sternum.

• Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.

ii. Otot apendikular

9
• Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti
radius, ulna, femur, humerus, patella.

• Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius.

Otot-otot rangka yang utama

Rajah 12: Pandangan hadapan dan belakang badan

• Bahagian Kepala

10
Rajah 13: Otot muka

Rajah 14: Otot leher

• Bahagian Badan

11
Rajah 15: Otot tengah badan

Rajah 16: Otot belakang badan

• Bahagian Lengan

12
Rajah 17: Otot lengan

• Bahagian Kaki

13
Rajah 18: Otot kaki

14
3.6 Lekatan otot

Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau
tisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu proksimal dan
distal.
i. Proksimal
• Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuh
badan.

• Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak.


• Dikenali sebagai origin.

ii. Distal
• Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan.

• Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak.

• Dikenali sebagai insertion.

Rajah 19 Rajah 20

Nama Otot Proksimal Distal


Sternocleidomastoid Sternum, klavikel Mastoid
Latissimus dorsi Bahagian bawah Hujung proksimal
vertebra, iliak
Deltoid Klavikel, skapula Bahagian tengah humerus
Bisep brakii Skapula Proksimal radius
Pektoralis major Klavikel, sternum, Proksimal humerus
tulang rusuk

15
Gluteal maksimus Sakrum, ilium Proksimal femur
Kuadriseps Bahagian atas pelvik Patella
Gastroknemius Distal femur dan fibula Kalkanus
Jadual 1 : Contoh Perlekatan Otot
3.7 Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka

Saling tindakan otot-otot


• Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan saling bertindak atau
bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan. Otot-otot akan
bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan:

i. Agonis
 Otot-otot penggerak utama (prime movers)
 Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan
khusus
 Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus
 Contoh: biseps brakii dan brakialis

ii. Antagonis
 Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot
penggerak utama.
 Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur atau
relaks.
 Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang
dilakukan oleh agonis.
 Contoh: triseps brakii

iii. Sinergis
 Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.
 Sinergis menambah daya pada pelekatan otot.
 Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat.
 Contoh: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis
bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.

16
Rajah 21: Perlekatan otot

3.8 Penguncupan otot rangka

i. Jenis-jenis penguncupan otot


Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang
umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil
daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-
duanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam
fiber otot. Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu:

• Penguncupan isometrik (penguncupan statik)


 Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi
menghasilkan daya.

 Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan


otot.

17
 Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding
tidak bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan
menghasilkan daya

Rajah 22: Menolak dinding

• Penguncupan Isotonik

 Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi


menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak.
 Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik.
Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.
 Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’.
Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.

18
Rajah 23: Biceps curl

• Penguncupan Isokinetik

 Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap


sepanjang pergerakan.
 Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang
dapat mengawal halaju pergerakan tersebut.
 Contoh: Pengunaan mesin “multi-gym’.

19
Rajah 24: Bench press

ii. Halaju Penguncupan

Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot. Halaju


penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan. Terdapat
dua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber
sentak cepat dan fiber sentak lambat . Peratusan fiber sentak cepat dan

20
lambat ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang
individu.

• Fiber sentak cepat

 Dikenali sebagai fiber jenis II.


 Saiz lebih besar dan berwarna putih.
 Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untuk
aktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.
 Contoh: lari pecut.
 Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.

• Fiber sentak lambat

 Dikenali sebagai fiber jenis I.

 Saiz lebih kecil dan berwarna merah.

 Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti


jarak jauh.

 Contoh: jogathon.

 Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan


dalam jangka masa yang panjang.

3.9 Rujukan

21
Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved
Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/
imagepages/ 19678.htm

Web-Shops (2007). Educational Cybermall: Human-Anatomy.com. Retrieved Jun 15,


2007 from http://www.anatomy-resources.com/

22

Vous aimerez peut-être aussi