Vous êtes sur la page 1sur 4

AYAT PELEMBUT HATI

Surah al-Imran ayat 200. Contohnya jika ada anak jiran yang tidak mahu/malas ke sekolah beliau akan membaca ayat tersebut dan tiup ke ubun-ubun anak tersebut. Ini akan melembutkan hati anak tersebut dan dia akan menurut kata. Ayatnya seperti di bawah

Ayat ini juga boleh dibacakan pada air minuman diikuti dengan Ayat Seribu Dinar dan diberi minum pada orang yang dituju. Niatnya adalah untuk melembutkan hati.

DOA UNTUK MENANGANI ANAK NAKAL


1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur 2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk 3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati 5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu 6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa. 7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar 8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah AlImran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya" 9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa. 11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku. Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102 Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah Aanbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24 Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5. Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali

AYAT SALAMUN (KESELAMATAN)


3 Salamun ( ) ( ) ( ) ( )

Khasiat 3 Salamun ialah untuk megurangkan panas api terutamanya untuk suri rumah atau tukang masak di hotel, restoren atau juga untuk mereka yang terlibat dengan industri yang melibatkan api seperti petronas, arang batu, kayu api dan lain-lain. 7 Salamun

7 Salamun itu sendiri banyak versi yang ada. Juga tidak menjadi masalah, asal jelas dengan hakikat salam itu. 7 Salamun versi ini (berasal dari Ustaz Wan Asrul telah diuji oleh Al-Muallij Faizal dari Akrine. Menurutnya, kaedah tikam dan tembak yang diperolehi dari AKRINE, halakan jari telunjuk pada tempat jin duduk kemudian baca 7 Salamun, jika ia bergerak hala terus ke mulutnya, insya Allah jin akan keluar.

Yassiin:058 Ash-Shaaffaat:109 Ash-Shaaffaat:079 Ash-Shaaffaat:120 Ash-Shaaffaat:130 Az-Zumar:073 Al-Qadr:005 Terdapat versi khusus untuk sihir dan saka iaitu: 7 Salamun Versi 7 salamun ini ditambah dengan selawat sulaiman. 7 Salamun versi ini digunakan untuk sihir, santau, susuk, sihir dan saka. Versi ini adalah dari Muallij Mustaqim. Ijazah terbuka untuk semua dan ijazah khusus hanya untuk mereka yang telah menghadiri seminar Muallij Islamiah kerana ijazah khusus menjelaskan lebih detail cara penggunaannya.

Yassiin:058 Ash-Shaaffaat:079 Ash-Shaaffaat:109 Ash-Shaaffaat:120

selawat sulaiman Ash-Shaaffaat:130 Al-Qadr:005 Semoga dengan pendedahan Ayat Salamun ini, maka ilmu yang terpencil sekian lama ini akan menjadi universal serta amalan harian bagi umat Islam di dunia ini, insya Allah.

Vous aimerez peut-être aussi